Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 9, 2011

Bukti PAS Akan Ganti UMNO...!!


Sobree Serah Borang Menyertai PAS - HD

KOTA BHARU, 9 Mei: Setelah berteka-teki kemanakah Sobree Shafii akan pergi selepas keluar dari Umno akhir tahun lepas, hari ini terjawab apabila beliau menyerahkan borang permohonan menyertai PAS.

Sobree menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz di pejabat MB Kelantan jam 10.30 pagi tadi.

Sobree Shafii digelar penglima hitam Umno sejak tahun-tahun 80-an

Menurut Mohd Sayuti Omar dalam blognya, ekoran kemasukan Sobree ke dalam PAS itu, seorang orang kanan Ketua Umno Bahagian Ketereh, Annuar Musa akan mengambil keputusan yang sama bersama beberapa pengikutnya.


Dengan berlangsung peristiwa itu pada pagi ini maka tamatlah teka teki mengenai kedudukan Sobree yang sebelum ini kabur sama ada hendak bersama PKR atau Pas.

Sobree meninggalkan Umno akhir tahun lepas selepas kecewa dengan sistem diamalkan parti berkenaan dan juga tindak tanduk pemimpin parti berkenaan.

Katanya semasa mengumumkan keluar dari Umno, beliau rela kecewa di luar Umno dari kecewa di dalam Umno.

"Kalau Tuhan mahukan saya menyertai PAS, tidak ada usaha lain yang saya boleh lakukan melainkan akur saja sebab saya makhluk kerdil di mana sepanjang masa dalam kawalan takdir Allah," ujarnya tenang dalam satu majlis sebelum ini.

Mengulas mengenai pertemuan beliau dengan Nik Abdul Aziz hari ini, Sobree melahirkan rasa gembria yang amat sangat.

"Saya tidak ada bahasa untuk melukiskan perasaan gembira saya kecuali hanya bersyukur kepada Allah dan terima kasih banyak kepada Tok Guru dan seluruh kepimpinan PAS Kelantan," ujarnya.

Beliau juga menyifatkan kemurahan hati Tok Guru untuk menerima borang kemasukannya menggambarkan sikap tawaduk, rendah diri dan jiwa besar Menteri Besar Kelantan itu sebagai seorang mursyid.

"Beliau senang saja menerima kemasukan saya bila saya menyatakan hasrat, tanpa ada dolak dalih dan membayangkan berbagai kemungkinan dan implikasinya," ceritanya.

Sebelum ini beliau sudah berjumpa dengan Nik Aziz dan setiap kali berjumpa MB itu selalu bertanya beliau bila nak serah borang dan berceramah bila mana beliau mula memberi gambaran berminat dengan PAS.

Malam esok Sobree akan muncul di pentas ceramah di Ketereh buat pertama sekali sebagai bakal ahli PAS bersama Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan Husam Musa.

Katanya dalam ceramah itu dia akan mendedahkan kepincangan kepimpinan Umno Ketereh khasnya mengenai Alwi Che Amat.

PA Exco Negeri Sembilan sertai PAS


(Gambar: Anuar [dua dari kanan] ketika bercakap kepada media selepas umumkan sertai PAS)

Sebelum ini, bekas Pembantu Khas (PA) Exco kerajaan Negeri Sembilan, Yunus Rahmat iaitu Anuar Hashim meninggalkan Umno dan menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan menyertai PAS itu kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefli Mohd Omar.

Anuar berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti itu sudah membelakangi perjuangan asalnya dan menyalahgunakan Islam.

"Umno telah mengambil pendekatan fitnah dalam politiknya dan ia sudah tidak selari dengan kehendak Islam," kata beliau dalam satu sidang media bersama Pesuhjaya PAS Negeri Sembilan itu.

"Saya menyertai PAS kerana perjuangannya sentiasa konsistem dengan Islam sejak dahulu hingga kini," kata

Foto Istana SU Agung UMNO Yang Terbakar....!!






Takziah Ku Nan, Setiausaha Agung Umno kerana tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar awal hari ini. Kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan percikan api

Kebakaran itu hendak menunjukkan kepada kita betapa besarnya 'istana raja-raja Umno'. Ini salah seorang kalangan 'raja-raja Umno yang memiliki 'istana', begitu juga dengan 'raja-raja' yang lain. Ini banglo empat tingkat yang jarang-jarang dimiliki 'rakyat biasa'. Tahniah kerana kesungguhan dan kerajinan mereka mampu memiliki 'istana', tak gitu!!

Inilah Dia Blogger Pencacai "Bigdog"...!!


"Kalau ko orang nak tau inilah dia blogger pencacai UMNO "BigDog" (Mohamad Zakhir) yang menyebarkan fitnah kononnya ada pertemuan rahsia antara Jeff Oii (MP Jelutong) dengan paderi - paderi nak tukar agama rasmi di perlembagaan persekutuan.

Ini permainan yang cukup jahat oleh UMNO untuk menggugat keharmonian antara kaum di negara ini. Kat bawah ini aku sertakan gambar kabur yang mengatakan pertemuan tersebut oleh si blogger pencacai ini.

DAKWAT KEKAL: Penyelesaian Bagi Penipuan Besar-Besaran BN di PRU13?


Semua sedia maklum, PRU13 dijangka akan diadakan tidak lama lagi. Berbeza dengan negara lain, tarikh PRU di Msia selalu menjadi salah satu bahan teka teki dan dirahsiakan kepada umum. Di negara-negara maju, tarikh pilihanraya umum biasanya diistiharkan dan sangat jarang menjadi rahsia. Tetapi tidak dinegara kita.

Namun, apa yang paling menarik pada PRU13 kali ini adalah PENTING dan menentukan mandat baru kepada kerajaan baru Najib dan Rosmah.

Penipuan Besar-Besaran BN di PRU13?

Setelah kejatuhan kerajaan BN di negeri-negeri strategik spt Pulau Pinang dan Selangor, kedudukan Kerajaan Najib dan Rosmah agak sedikit goyah (selepas pemindahan kuasa dari Pak Lah), maka menjadi satu matlamat besar agenda BN untuk kali ini merampas kembali salah satu negeri ini, dan Selangor akan menjadi target utama disebabkan undi Melayu mempunyai majoriti yang tinggi berbanding di Pulau Pinang. Maka, ‘serangan’ habis-habisan terhadap Pakatan Selangor mula dilancarkan sejak dari dahulu hinggalah yang terkini oleh PM Najib sendiri agar menggesa semua penyokong BN menggunakan apa jua ‘senjata’ untuk menumbangkan kerajaan Pakatan di Selangor.

Setiap mandat baru, mestilah disertai dengan satu negeri ‘kaya’ ditumbangkan. Ini terbukti sewaktu PRU11, dimana Pak Lah telah menjadikan Kerajaan Pas Terengganu sebagai matlamat.

Mengimbau kembali kekalahan Pas Terengganu di PRU11, pengundian di seluruh Msia telah menjadi kelam-kabut dan jumlah pengundian juga menjadi tanda tanya hingga ke hari ini.

Jika kita selongkar kembali keputusan pilihanraya negeri di Terengganu pada tahun 2004;

(1) Pas tumbang dengan mengekalkan hanya 4 kerusi, dari sebuah kerajaan sebelum itu.

(2) Kemenangan majoriti BN hanya berkisar dalam ratusan dan hanya puluhan sahaja.

(3) Jumlah yang keluar mengundi paling kurang 85% dan puratanya antara 88% hingga 98%!!!

Tanpa menyelongkar selebihnya, secara kasar kita sudah tahu ada yang tidak kena dengan status pengundian di Terengganu sewaktu PRU11. Dan yang pentingnya, keputusan akhir adalah Pas tumbang di Terengganu!

Mengapa ini boleh berlaku?

Semua sudah maklum, dari dahulu lagi, dalam mana-mana PRU di Msia, semua agensi kerajaan (baca: hak rakyat) akan turut sama memainkan peranan dalam memenangkan parti pemerintah. Lebih dahsyat lagi, bukan sahaja media, malah SPR, JPN, PDRM, ATM dan pelbagai lagi agensi rakyat telah dipergunakan oleh BN secara terbuka!
Untuk memastikan semuanya berjalan lancar, ia amat memerlukan kerjasama dari semua ketua atau pengarah jabatan yang terbabit. Ketua Polis, Ketua Hakim, Ketua SPR dan pelbagai lagi ketua agensi kerajaan mestilah memberikan kerjasama tanpa berbelah bahagi kepada kerajaan yang memerintah sekarang supaya setiap apa yang dirancang berlaku seperti mana yang dikehendaki.

Pak Lah sewaktu PRU11, mendapat kerjasama yang cukup baik dikalangan agensi-agensi kerajaan (baca: hak rakyat) yang dinyatakan tadi. Lalu beliau mendapat kemenangan mudah di PRU11, bukan sahaja berjaya menumbangkan kerajaan Pas Terengganu, tetapi mendapat mandat baru dengan penuh bergaya, dan ‘tersenyum lebar’.

Namun, ia tidak berpanjangan, setelah beberapa tahun memerintah, Pak Lah dikritik hebat, bukan sahaja dari pembangkang, malah dari pihak Umno sendiri. Ia telah menjadi kritikal bila Dr. Mahathir pun secara terbuka menghentam Pak Lah tanpa ‘belas kasihan’. Umno mula menghadapi krisis kenyakinan yang teruk, sehinggakan Dr Mahathir (yang memegang kad keahlian Umno [baru] no.1) turut keluar dari Umno pada masa itu.

Krisis dalaman Umno memberi kebaikan kepada pihak pembangkang apabila bukan sahaja sokongan rakyat mudah menyondong kepada Pakatan, tetapi kerjasama dan integriti yang berlaku di agensi kerajaan mula disabotaj. Kesepaduan dalam gerak kerja ‘menipu’ pilihanraya tidak lagi semantap PRU11.

Maka, Pak Lah telah kehilangan 5 negeri di PRU12! Bukan itu sahaja, menteri-menteri lama juga turut tumbang di dalam ‘Tsunami politik 2008’ tersebut.

Walaupun penulis bersetuju dengan analisis yang mengatakan sokongan terhadap Pakatan meningkat di PRU12, tetapi penulis lebih yakin yang kekalahan BN di negeri-negeri tertentu adalah disebabkan adanya sabotaj dikalangan agensi-agensi kerajaan yang tidak memihak kepada Pak Lah.

Era PRU13

Umno tidak sangat mengalami masalah pada kali ini. Walaupun, Najib dilihat agak memihak terhadap isteri Rosmah, tetapi pada hakikatnya beliau disenangi oleh kroni sendiri. Najib adalah seorang yang cukup terkenal dari menjadi MB Pahang lagi, iaitu seorang yang akan buat apa sahaja untuk menjaga kepentingan kroni. Beliau boleh ‘mencipta’ mana-mana jawatan baru/khas (jika perlu) bagi memenuhi kehendak kroni beliau.

‘Orang kuat’ Mahathir ini tidak akan mensia-siakan amanah yang diberikan oleh Penasihat Umno tersebut untuk meneruskan agenda BN. Maka, untuk kali ini, Najib dan Rosmah tidak mengalami masalah sukar untuk mendapat kerjasama sepenuhnya dari agensi-agensi kerajaan tadi, terutama SPR dan JPN.

Penipuan sedang dan sudah bermula?

Antara perkara penting untuk menjatuhkan pihak lawan adalah melalui kehadiran pengundi yang tinggi. Walaupun kemenangan majoriti yang kurang dari 100 pun, yang penting BN mampu mengalahkan pihak lawan.

Kerajaan Najib-Rosmah mula melonggarkan kemasukan pekerja asing ke Msia sejak akhir-akhir ini. Sebenarnya, kemasukkan pekerja-pekerja asing mempunyai kelebihan yang ketara dalam menjayakan aktiviti ‘penipuan’ undi di mana-mana negeri yang berkaitan. Hampir mustahil untuk mendapatkan peratus kehadiran penggundi yang lebih dari 90%, tanpa bantuan ‘pihak luar’. Dan ‘pihak dalaman’ hanya menyediakan ‘kad pengenalan’ dan ‘nama pengundi’ sudah cukup untuk melaksanakan agenda ‘penipuan’ tersebut.

Pengalihan pengundi-pengundi juga giat dilakukan di Selangor sekarang. YB Iskandar telah membongkarkan semuanya di Harakah baru-baru ini.

Dimana BERSIH????

Pada pandangan penulis, BERSIH masih gagal mencapai matlamat! Kalaulah hanya ingin mengumpulkan penyokong Pakatan yang berbaju kuning, bukan sahaja 100 ribu, malah 300 ribu pun boleh! Tetapi yang penting, apakah matlamat sebenar BERSIH sudah tercapai?

Sebagai recap, empat (4) tuntutan BERSIH yang masih lagi di’pandang sepi’ oleh SPR:

1. Pengunaan Dakwat Kekal

2. Pembersihan Daftar Pemilih

3. Pemansuhan Undi Pos

4. Akses kepada Media

Dalam keempat-empat tuntutan tersebut, mana satukah SPR/kerajaan laksanakan? Jawapannya, TIADA! Yang ada, hanyalah undang-undang ‘kosmetik’ seperti peti undi transparen dan pelbagai perkara yang tidak masuk akal. Tuntutan BERSIH hanya tinggal tuntutan!

Penggunaan dakwat kekal hampir menjadi kenyataan sebelum PRU12, namun ia disekat oleh Polis dan Peguam negara yang kununnya ia memberi implikasi negatif dan menyalahi undang-undang.

Terbaru, YB Nurul Izzah telah membankitkannya lagi di Parlimen sewaktu perbahasan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, dengan mencabar BN supaya menggunakan dakwat kekal di PRU nanti. Tapi, mereka diam dgn seribu bahasa!

Gesaan!

Penulis sungguh-sungguh berharap agar pihak Pakatan memainkan peranan untuk menuntut supaya perlaksanaan dakwat kekal diadakan sewaktu PRU nanti. Gesaan ini boleh dimulakan dengan mengajak semua Pemuda-Pemuda dari parti Pakatan (PAS, PKR, DAP) termasuklah NGO-NGO seperti Solidariti Anak Muda (SAMM), Persatuan-Persatuan Mahasiswa dan lain-lain yang berkaitan.

Mengapa PEMUDA? Ia adalah simbolik kepada tuntutan ‘pemimpin’ dan generasi akan datang. Mereka juga adalah satu ‘kawanan’ yang tahan lasak dan mampu memberika impak yang cukup positif dalam tuntutan tersebut. YB Nurul Izzah juga anak muda!

Apakah perlu memboikot pilihanraya? Tidak! Jangan memboikot pilihanraya kali ini. Tetapi apa yang perlu adalah lancarkan gesaan ini terhadap Najib dan Rosmah.

Sepatutnya, pihak Pakatan lancarkannya sewaktu berbelas-belas PRK lalu. Jika tidak tertunai, maka masa itu boleh diboikot, terutama di tempat yang BN ada kekuatan spt Kerdau, Merlimau dan Tenang. Namun, kita masih tidak terlambat. Lancarkan gesaan itu sekarang!

Pihak Pemuda PAS, PKR dan DAP jangan hilang fokus! Sekarang, banyak isu-isu ciptaan Umno/BN untuk menimbulkan polemik tidak kesudahan. Semua isu-isu ciptaan Najib-Rosmah tersebut hanyalah untuk mengganggu tumpuan sebenar agar PEMBERSIHAN SPR dilupakan dan Rakyak marhaen terus mendapat tekanan demi tekanan kehidupan.

Ingatlah, gesaan ini adalh untuk membela masa depan negara dan juga rakyak marhaen!

KESIMPULAN

1. PRU13 nanti Kerajaan Najib-Rosmah akan mendapat kerjasama sepenuhnya dari agensi-agensi kerajaan (baca: hak rakyat) yang bakal di’perkuda’kan untuk mendapat mandat baru.

2. Pihak PEMUDA Pakatan wajib melancarkan gesaan agar menuntut DAKWAT KEKAL di PRU13 nanti agar mengurangkan kejadian undi lebih dari sekali.

3. Pihak ahli Parlimen Pakatan mesti mengusulkan agar DAKWAT KEKAL digunakan dalam sidang Parlimen kali ini. Kalulah isu perundanagn emnjadi masalah.

4. Perhimpunan demi perhimpunan tidak membawa makna jika tiada suatu tindakan yang ‘mengertak’ pihak kerajaan Najib-Rosmah dilalukan, antara yang kritikal sekarang adalah tumpuan terhadap proses pengundian.

5. Jangan mudah tertipu dengan hanya kehadiran pengunjung ceramah dan perhimpunan, kerana tanpa tindakan tuntas terhadap SPR dan Kerajaan Najib-Rosmah, mereka tetap tersenyum lebar dan selesa untuk menyambung tugas di Putrajaya!

Ayuh bertindak sekarang wahai pemimpin Pakatan dan penyokong Pakatan. Kerana kalau hanya bertindak sewaktu pilihanraya, spt ‘tahan bas’, sekat pengundi asing, maka ia sudah terlambat! Jangan perjudikan nasib dan masa depan anak bangsa dan negara kita oleh Warga Asing yang mengundi BN di PRU13 nanti!

Selamat berjuang!

Asal Bukan UMNO....!!


PEMBANGKANG GUBA PENDEKATAN BARU PADA PRU13 – ABDUL GHANI - tiewnama

Pakatan pembangkang akan menggunakan pendekatan baru untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dengan menumpukan sasaran mereka terhadap UMNO pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Abdul Ghani Othman.

Dia berkata, pendekatan ini dilakukan setelah matlamat mendapatkan sokongan 80 peratus pengundi bukan Melayu dalam bandar dalam pilihan raya umum 2008 telah tercapai.

Pakatan tersebut kini menggunkan slogan undilah calon Melayu asalkan bukan dari UMNO berbeza dengan pilihan raya umum lalu yang mengajak pengundi beralih kepada pembangkang asalkan bukan BN sehingga calon MCA dan Gerakan mengalami kekalahan teruk di Johor.

"Pendekatan terbaru yang dimulakan sejak dua tahun lalu semakin rancak selepas pilihan raya Dewan Undangan Negeri Serawak yang menyaksikan pembangkang menguasai kerusi kawasan bandar dan pekan pada 16 April lalu,” katanya.— Bernama

Nota:

malaon ini sengaja buat kenyataan macam ini
untuk memberi satu gambar bahawa menjatuhkan
kerajaan adalah satu kesalahan

kah kah kah

sebenarnya memang tujuan dap, pas dan pkr
untuk menjatuhkan kerajaaan barisan nasional
ini bukan satu kerja yang salah
ini memang tugas dan kerja politik
untuk menumbangkan kerajaan gerombolan

menjatuhkan kerajaan gerombolan ini
adalah agenda induk pakatgan rakyat
kah kah kah

Siapakah Perdana Menteri Malaysia...??



Nota:

Inilah dia keadaan negara kita..
ini lah hakikat negara malaysia...
Kah...Kah...Kah...

Mari Bersama Lemahkan Kerajaan....!!


Lihat sejarah..apabila rakyat kuat...mahafiraun dapat dihalau...apabila rakyat kuat...mahafiraun manangis hilang kuasa...kah kah kah

EKSTREMIS TUNTUT PELBAGAI PERKARA KERANA ANGGAP KERAJAAN LEMAH : MAHATHIR – BH

Tindakan pihak ekstremis tertentu membuat pelbagai tuntutan sehingga sanggup mengubah apa yang termaktub dalam Perlembagaan disebabkan mereka beranggapan kerajaan ketika ini adalah lemah, kata Mahathir Mohamad.

Katanya, kehilangan kuasa majoriti dua pertiga kerajaan di Parlimen menyebabkan puak terbabit berani mengambil kesempatan untuk menimbulkan pelbagai masalah berbanding suasana semasa di bawah pemerintahan beliau dahulu.

"Dulu masa saya tidak ada. Saya mendapat sokongan daripada semua, orang Kristian, Hindu, atau orang Buddhist semua sokong, tidak ada tuntutan apa-apa.
"Puak ekstremis ini buat begitu sebab dia nampak yang kerajaan lemah maka dia timbullah macam-macam masalah untuk bagi kotor lagi keadaan," katanya.

NOTA:

lihat dan sedarlah
bahawa ada kebaikkan yang dibawa apabila kerajaan lemah
apabila kerajaan lemah maka yang kuat ialah rakyat

belajar dari sini – lihat bila yang memerentah lemah
maka tuntutan dapat dibuat
lagi lemah kerajaan lagi banyak rakyat berjaya
dalam tuntutan

bila kerajaan banyak majoriti
maka rakyat akan rugi

kerajaan yang majoriti besar akan merugikan rakyat
kerajaan majoriti besar akan jadi angkuh
kerajaan majoriti besar tak akan peduli rakyat

tak kira kerajaan gerombolan
atau kerajaan pakatan
yang wajib kerajaan perlu tidak diberi majoriti besar

lihat kilang arang batu di sabah di batalkan
kerana kerajaan lemah
ppsmi di batalkan kerana kerajaan lemah
gerombolan minta maaf pada china
walau pun perempuan ketumbuk ketampi bukan warga china
ini kerana kerajaan lemah

apa yang perlu dilakukan oleh rakyat ialah memastikan kerajaan lemah

bila kerajaan lemah rakyat jadi kuat!

Demonstrasi Aman Di Teluk Chempedak Kuantan....!!







NOTA:

kesedaran tentang bahaya radioktif makin meluas
kesedaran ini masih perlu diperluaskan lagi

orang ramai terutama orang orang kampong wajib
diberi maklumat tentang bahaya radio aktif dan
bahaya tenaga nuklear

gerombolan sedang merancang untuk membina
loji jana kuasa nuklear - ini untuk memastikan
syarikat kroni yang akan akan menguruskan loji
ini dapat membuat duit...

sila ambil perhatian - loji ini TIDAK akan
diuruskan oleh syarikat tempatan - ini untuk
memastikan kita tidak tahu apa yang sebenarnya
berlaku dlam loji ini

waspada! kalau hendak melihat ikan patin sebesar gajah...
maka sila bina loji tenaga nuklear!

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

"PAKATAN RAKYAT MEMPERKASA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA MALAYSIA"

8 Mei 2011

Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin mempertegaskan bahawa kami bersama-sama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat telah meletakkan asas yang sama dalam menerajui politik negara sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Shah Alam (2009) dan diperkukuhkan menerusi Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang (2010) iaitu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini. Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat.

Oleh yang demikian hirup pikuk yang di lemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah.

Kegagalan mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kealpaan dan kelemahan pimpinan UMNO yang telah diberi amanah memerintah negara selama lebih dari 50 tahun ini. Merekalah yang sebenarnya gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan, sehingga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat, melemahkan jati diri orang melayu
beragama Islam, dan seterusnya menghadapi kecelaruan sakhsiah dan bencana akidah yang tidak mampu untuk menguatkan orang melayu beragama Islam dalam negara kita ini.

Apa lagi yang boleh diharapkan dari UMNO, kerana mereka juga gagal memberikan kefahaman Islam sebenar dan seterusnya gagal menunjukkan contoh Islam yang unggul kepada rakan mereka MCA dalam Barisan Nasional. Hasilnya kita dapat lihat sendiri bagaimana pendirian dan kenyataan politik pimpinan MCA ini semakin hari semakin hanyut dan menampakkan kecelaruan dalam memahami Islam sebagai
agama rasmi negara kita ini.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam SeMalaysia (PAS)