Jun 9, 2011
Meloya Sampai Nak Termuntah....!!
"Terima kaseh utusan malaysia, satu satu surat khabar yang paling jijik di Malaysia. Jelas utusan malaysia adalah racun dan ibu segala adu domba yang paling jahat.
Tajuk dan berita utama, berita muka depan utusan Malaysia dengan tajuk yang sungguh sensasi untuk rekod sebelum ini berita sex dan berita lucah menjadi tajuk utama dengan fitnah yang paling jahat kepada mantan timbalan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hari ini tajuk utama utusan Malaysia "PAS BERBALAH". MENGAPA TIDAK TULIS PAS BERPECAH?. ( berminat rujuk kepada surat khabar berkenaan).
Jelas utusan Malaysia membuat fitnah membabi buta. Sebenarnya tidak berbalahdalam kempimpinan PAS selepas pemilihan yang baru berlalu. Ma;ah perpaduan dalam PAS dan pakatan rakyat bertambah kuat dan segar.
Tujuan utusan Malaysia adalah untuk memecahkan belah perpaduan pimpinan PAS dengan penyokong dan pengundi PAS terutama bangsa Melayu.
PAS dibawah Dato' Seri Tuan Guru Haji Abd. Hadi Haji Awang dan timbalannya Tuan Haji Muhammad Sabu @ Abang Mat Sabu tetap teguh dan bersatu dari akar umbi hingga keperingkat tertinggi.
Kepada utusan Malaysia dan tv3 dan media pembodek UMNOporno berhentilah mengadakn fitnah dan hentikan dasar perkauman yang jahat dan tidak sihat, macam biawak lidah bercabang.
Dunia Dah Terbalik....!!
KARPAL SINGH NASIHATKAN MADEY SUPAYA BERTAUBAT - MK
Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya.
Katanya, Mahathir yang sedang “meniti usia yang senja” sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya.
“Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat,” katanaya.
“...Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu.”
Menurut Karpal lagi, Mahathir juga tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat.
Beliau mengulas komen dalam blog yang dimuat-naik oleh Mahathir semalam yang mendakwa Karpal sepatutnya gembira dengan barisan kepimpinan baru PAS yang dikatkan lebih rapat dengan DAP.
UMNO Sebenarnya Yang Fobia Dengan Hudud...!!
INDIVIDU PERTAMA HALANG HUDUD BUKAN KARPAL TAPI MAHATHIR, SELAR NIK AZIZ - MI
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Mahathir Mohamad bukan Karpal Singh seperti mana didakwa bekas perdana menteri itu.
Kata Nik Aziz, kemungkinan Mahathir sudah lupa bahawa beliau telah menghantar surat amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada melaksanakan hukum hudud.
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.
Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.
Bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amaran dihantar kepada Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.
“Seingat saya orang yang menghantar surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.
“Barangkali orang yang bernama Mahathir Mohamad ini sudah lupa, untuk tujuan mengingatkannya saya boleh tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,” kata Nik Aziz dalam laman Facebook beliau hari ini.
Semalam Dr Mahathir mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal.
Bodek Biar Sampai Terlondeh...!!
KHAIRY PERTAHAN LAWATAN NAJIB KE KAZAKHTAN - MI
Khairy Jamaluddin mempertahankan lawatan Najib Razak ke Kazakhstan sambil menafikan perdana menteri menyalahgunakan dana awam untuk menghadiri majlis pertunangan anak perempuannya di negara itu.
Dalam akaun Twitternya, Khairy (gambar), Najib berada di negara bekas Kesatuan Soveit itu untuk menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia Ketujuh (WIEF), di mana beliau akan menyampaikan ucapan hari ini, dan untuk membalas lawatan diplomatik presiden Kazakh Nursultan Nazarbayev ketika Abdullah Badawi merupakan perdana menteri.
“Lawatan Najib ke Kazakh telah lama dirancang sebelum majlis pertunangan anak perempuannya.
“Malah, sebenarnya membalas lawatan Presiden Nazarbayev ke Malaysia ketika masa Pak Lah,” katanya pagi ini.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menuduh Najib, yang juga presiden Umno, menggunakan dana awam untuk tujuan peribadi.
Nota:
dari maklumat wikileaks jelas dolah dan anak menantu tahu kes bunuh ini
dari maklumat wikileaks kita tahu dolah telah menggunkan fail ini
untuk mengenakan najib.
kj telah menafikan ketika itu
tetapi 2 minggu lalu wikileaks telah membuka kes ini
kerana itu kj tidak diberi jawatan
kerana ini juga kj sedang membodek mat mongol
bodek gila gila kerana kj akan kena tendang
kerusi di rembau akan diberikan kepad presiden cuepacs
Jangan Lupa 9 Julai....!!
PAS : MALAYSIA NEGARA DITAKTOR BUKAN NEGARA KEBAJIKAN - MK
Malaysia yang ada sekarang jauh daripada sebuah negara berkebajikan tetapi lebih mirip negara di bawah pemerintahan kuku besi yang menindas rakyat dan memperkayakan pemimpin serta kroni, kata timbalan presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu
Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin kononnya Malaysia di bawah teraju Umno sudah pun menjadi negara berkebajikan sebagai amat dangkal.
“Yang ada sekarang ialah yang kaya bertambah kaya, rasuah berleluasa, penindasan rakyat berlaku. Ini bukan negara kebajikan, ini negara diktator,” kata Mohamad ketika diwawancara oleh TV Selangor.
NOTA:
inilah jawapan yang tepat
negara ini sedang menuju
kepada negara kuku besi
negara anak bini adik beradik ini
wajib ditalkin kan
kalau tidak orang ramai
akan dijaikan kuli dan hamba
jawabnya ialah 300 ribu turun ke jalan raya
jawabyna jangan lupa 9 julai
jawabnya ke jalan raya sebelum ke pilihanraya
Subscribe to:
Posts (Atom)