Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 18, 2010

Hidup Susah...Mati Lagi Susah....!!!


Mahkamah Koroner di sini pagi ini mendengar keterangan pakar pathologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand bahawa beliau yakin kematian Teoh Beng Hock bukan disebabkan bunuh diri.

"Saya tetap percaya 80 peratus kematian Teoh disebabkan dibunuh," katanya ketika memberi keterangan di depan hakim Azmil Muntapha Abas.

Walaupun saya tidak mahu menyebut tentang peratus tetapi selepas memeriksa mayat itu sendiri, saya yakin Teoh mati bukan kerana bunuh diri," tegas beliau, ketika disoal oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar.

Pada Oktober tahun lalu, Dr Pornthip berkata berdasarkan pemerhatiannya pada bedah siasat pertama, beliau dapati ada 80 peratus kemungkinan Teoh mati dibunuh.

Dr Pornthip yang dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor sepatutnya datang memberi keterangan pada bulan April tetapi enggan berbuat demikian selepas majikannya, Kementerian Keadilan Thailand menasihati beliau.

Teoh, 30, setiausaha politik ahli exco Ean Yong Hian Wah, dijumpai mati di tingkat lima, Plaza Masalam, di sini pada 16 Julai tahun lepas berikutan disoal siasat semalaman oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di tingkat 14, bangunan yang sama.

Nota :

Kes Kematian Teo Beng Hock semakin hari jadi makin bercelaru...
Bagi pihak pendakwa...mengatakan Bukti Nota yang di temui..Beng Hock Bunuh Diri...
Bagi pihak Peguambela...melaui pakar forensik...Beng Hock Di bunuh...

Ini semua membuktikan bahawa Undang-Undang rekaan manusia tidak menjamin keadilan yang sebenarnya...
Hanya undang Allah sahaja akan membawa menausai menuju kepada keadilan dan kesaksamaan yanh hakiki...
Tepuk dada tanya iman....!!!

Terengganu : Memahat Sejarah Mencipta Tamadun...!!!


Perbuatan terkutuk zina dan pembuangan bayi tidak boleh dipandang ringan dan mesti ditangani segera kerana ia semakin 'membarah' di negeri ini.

Terbaru, Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan telah ditemui di hadapan pintu pagar, rumah seorang anggota polis di Kampung Hulu Takir, dekat sini, semalam 17 Ogos.

Ironinya, mereka yang tidak berhati perut itu, seolah-olah mahu bayi hasil hubungan haram itu diselamatkan.

Oleh itu, tindakan mereka, bagaikan telah mengetahui penghuni rumah yang ditinggalkan bayi tersebut adalah seorang anggota Polis di Ibu Pejabat Kontingen, Kuala Terengganu

Bayi tersebut ditemui oleh seorang remaja perempuan Nur Hafiana Marzuki, 19, kira-kira jam 10.15 malam di atas rumput hadapan pintu masuk pagar rumahnya dalam keadaan berbogel tanpa secebis pakaian.

Sejurus selepas bayi ‘malang’ tersebut ditemui dan diambil oleh Nur Hafiana terus diselimutkan dengan tuala sebelum menghubungi ibubapanya yang kebetulan tiada di rumah ketika itu.

Menurutnya, kejadian penemuan bayi tersebut amat mengejutkan ahli keluarga berkenaan dan jika terlambat diselamatkan kemungkinan boleh mati kesejukan.

“Kira-kira jam 10.15 malam saya mahu keluar ke kedai dan terjumpa seorang bayi lelaki dalam keadaan berbogel tanpa sebarang pakaian ditinggalkan di atas rumput depan pintu pagar rumah saya.

“Selepas diambil (bayi) saya masuk semula ke dalam rumah dan menyelimuti bayi itu dengan kain tuala saya.

“Dan saya terus menghubungi ibu dengan memberitahu kejadian penemuan seorang bayi lelaki yang masih hidup dan bertali pusat,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata beliau bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) oleh ibubapanya untuk pemeriksaan kesihatan.

Encik Marzuki Hamid, 44, (Gambar) merupakan seorang anggota Polis di IPK Kuala Terengganu yang berkhidmat di bahagian Hal Ehwal Awam.

Menurutnya, ketika kejadian beliau bersama isteri serta anak-anak lain berada di bandar Kuala Terengganu atas urusan keluarga.

“Saya terkejut apabila diberitahu oleh anak (Nur Hafiana) melalui panggilan telefon tentang penemuan bayi itu.

“Setelah pulang ke rumah, saya terus membawa bayi itu ke hospital (HSNZ) dan membuat laporan Polis,” jelasnya.

Nota :

Adalah amat memalukan bila negeri yang di nobatkan sebagai Darul Iman...
Tetapi malang Rakyatnya langsung tak beriman...
Gejala buang anak sudah membarah di Terengganu...
Siapakah yang patut di persalahkan...
Siapa yang akan bertanggungjawab dalam soal ini...??
kenapa ianya terus terjadi...??
Ini semua adalah salah para pengundi...
Kenapa ianya salah pengundi...
Lu Fikirlah sendiri....Kah...Kah...Kah...!!!!

Abdul Ghani The AG...

-Sumber : Buletin Online

Blogger Pelarian, Raja Petra Kamaruddin meledakkan satu lagi bom skandal yang berlakuan dalam dunia perundangan dan kehakiman Malaysia dan kali ini, tidak lain dan tidak bukan, skandal Peguam Negara, Gani Patail sendiri.

Dalam posting terbaru blognya yang bertajuk "Okay, what about this affair then?", Raja Petra telah mendakwa ketua Jabatan Peguam Negara itu telah terlibat dalam hubungan romantik dengan orang bawahannya yang mengetuai Hal Ehwal Antarabangsa, Azailiza Mohd Ahad. (gambar)
Sebelum ini, pendedahan Raja Petra telah menggegarkan negara apabila tuduhannya keatas timbalan pendakwa Farah Azlina Latif dengan saksi utama kes Liwat II Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan ternyata benar.

Farah akhirnya telah digugurkan dari mewakili Jabatan Peguam Negara dalam kes Anwar.

Menurut Raja Petra, hubungan intim antara Gani Patail dan Aizaliza bukanlah satu rahsia.

“Ramai yang tahu tentang hubungan sulit ini, Ia bukan satu rahsia, Peguam Negara dan Azailiza acap keluar negara bersama dan bagi menjimatkan wang negara, hasil cukai rakyat yang membiayai perjalanan Peguam Negara, mereka (Gani dan Azailiza) hanya menempah satu bilik untuk mereka berdua dan bukan dua bilik berasingan,"kata raja Petra yang kini menetap di United Kingdom.
------------------------------------------------------------------
Kah....Kah......PERKATAAN AG BOLEH DI TAFSIRKAN DENGAN BERBAGAI MAKNA....!!!

Kah...Kah......AG ...MAKNANYA ATTORNEY GENERAL....!!!

Kah...Kah.....AG...BOLEH DIBACA SEBAGAI ABDUL GHANI...!!!

Kah...Kah.....AG....BOLEH JUGA MENJADI AZAILIZA GHANI...!!!

Kah...Kah.....SELAMA UMUR HIDUP INI...TIADA LAGI JAWATAN AG DI SANDANG OLEH MEREKA YANG ADA BACKGROUND DIDIKAN AGAMA...

Kah...Kah.....MAKA SEBAB ITU SOAL INTIM-INTIM NI MACAM DAH JADI RESAM DALAM KEHIDUPAN MEREKA

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH.....SISTEM PERUNDANGAN NEGARA KITA DAH LAMA PINCANG...SEMUANYA BOLEH DI BELI...SEMUANYA BOLEH DI ATURKAN...

Terengganu Makin Pokai...!!!!


Batalkan Projek Jambatan Losong-Pulau Sekati-Teluk Pasu

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal menyifatkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu 'mengigau' kerana membatalkan projek jambatan yang menyambungkan Losong dengan Pulau Sekati dan Teluk Pasu.

Menurutnya, projek jambatan tersebut adalah projek yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat sejak lama dahulu.

Oleh itu, beliau berkata, adalah tidak munasabah kerajaan Terengganu dan Menteri Besarnya Dato' Seri Ahmad Said membatalkan projek tersebut.

"Apa rasional kerajaan (Terengganu) atau apa sebab kerajaan membatalkan (projek) jambatan Losong ke Pulau Sekati ke Teluk Pasu dan terus disambungkan ke Jalan Banggol Tuan Muda ke Jeram Tokong,

"sedangkan projek itu adalah projek kerajaan pusat yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat dengan peruntukan kerajaan pusat. Apa kena mengena kerajaan negeri nak batalkan hak orang yang telah diluluskan dengan peruntukan pusat,"soal Dr. Alias.

Beliau berkata, justifikasi pembinaan jalan tersebut telah dipersetujui kerana dengan pembinaan tersebut ia boleh menambah satu lagi laluan alternatif untuk keluar dari Lebuhraya Pantai Timur apabila ia siap kelak.

Ia juga, menurutnya, boleh memudahkan laluan dan mengurangkan kesesakan lalulintas apabila jalan tersebut dapat mengelakkan Pekan Batu Enam.

"Ia (menjadi) jalan yang ketiga yang boleh memudahkan laluan tidak payah lalu di Batu Enam, mengurangkan kesesakan jalan yang sedia ada, ia satu justifikasi yang baik,"tegasnya.

Katanya, beliau telah mengemukakan soalan tersebut dalam sidang DUN baru-baru ini dan telah dijawab oleh Exco Infrastruktur yang baru, Dato' Zaabar.

Namun begitu, beliau tidak berpuas hati kerana menurutnya dato' Zaabar menjkawab dalam keadaan tidak ada maklumat.

"(soalan saya) telah dijawab oleh Exco Infrastruktur Dato' Zaabar, (tetapi) Dato' Zaabar jawab pun (dengan keadaan) tidak yakin dan tidak pasti, samada perkara ini telah dirunding dengan Kementerian kerjaraya ataupun belum,"jelasnya.
----------------------------------------------------------------
Woittttt......KALAU UNTUK PROJEK INFRASTRUKTUR..MEMANG PAYAH NAK BUAT....!!!

Kah...Kah....TAPI KALAU PROJEK DUIT EHSAN...SENANG PULAK BUAT...!!!

Kah..Kah.....KALAU INFRSTRUKTUR...SEMUA ORNAG BOLEH GUNA...ORANG PAS KE..PKR KE..DAP KE..SEMUA BOLEH GUNA...!!!

Kah...Kah....KALAU DUIT EHSAN..HANYA AHLI UMNO JE YANG AKAN METANG KEDARAH...!!!

Kah...Kah....JKKK APATAH LAGI...HABIS ANAK BERANAK SEMUA DAPAT...YANG TELAH MATI PUN ADA DALAM SENARAI JUGA...

Kah....Kah...AIMAN TAK KISAH...ITULAH MENTALITI PEMIMPIN UMNO..KLAU UNTUK RAKYAT MEMANG PAYAH...KALAU UNTUK TEMOLOK SENDIRI MEMANG CEPAT...!!!