Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 28, 2011

Kenyataan Media..!!


Akhirnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengistiharkan kepada rakyat Malaysia 70,361 pemilih digugur dan 50 ribu lagi pemilih sedang di siasat. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Dato Kamaruddin Mohamed Baria Setiausaha SPR kepada Bernama pada 27hb September 2011. Daripada jumlah pemilih yang digugurkan, terdapat 69,293 adalah pemilih yang telah meninggal dunia dan baki 1,068 pemilih yang telah dilucutkan kewarganegaraannya oleh pihak JPN.

Setiausaha SPR menyatakan bahawa tindakan itu diambil bermula Julai hingga 15 hb Sptember 2011 membabitkan jumlah pemilih berdaftar terkini seramai 12.3 juta orang. Proses pemutihan ini telah melibatkan semakan rekod pemilih dengan kerjasama JPN, Jabatan Arah rekod dan Pencen (JRP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pendedahan terbaharu SPR ini telah menolak penafian Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof pada 19 hb Ogos 2011 yang telah menyatakan bahawa kemungkinan kesilapan dalam daftar pemilih SPR hanyalah 0.0001% sahaja. Jumlah pemilih yang digugur dan di siasat adalah 120,361 daripada 12.3 juta pemilih. Jumlah ini adalah 0.98 % bukannya 0.0001 % seperti yang didakwa oleh Pengerusi SPR. Jumlah pemutihan yang besar ini juga membuktikan dakwaan Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad Bin Wan Omar yang menyatakan bahawa kesilapan yang berlaku adalah kesilapan kerani SPR adalah tidak benar. Tidak mungkin kesilapan kerani SPR sehingga melibatkan ratusan ribu data SPR.

Pemuda PAS Malaysia berpendapat bahawa pengguguran dan penyiasatan daftar pemilih SPR ini adalah kejayaan rakyat Malaysia dalam mendesak kerajaan membersihkan daftar pemilih terbabit. Desakan ini bermula daripada Himpunan Bersih 2.0 pada 9hb Julai 2011 dikuti siri-siri pendedahan yang telah dibuat oleh Pemuda PAS Malaysia. Persoalannya apakah SPR akan melaksanakan pemutihan secara intensif tanpa sebarang desakkan daripada rakyat? Pemuda PAS penuh yakin bahawa pemutihan ini tidak akan berlaku tanpa tekanan yang kuat daripada rakyat. Tahniah rakyat Malaysia.

Pemuda PAS mahu terus mendesak kepada SPR agar mengemukakan hasil siasatan ke atas 50 ribu pemilih yang pernah diwartakannya. Satu jawapan yang bertanggungjawab daripada SPR perlu dikeluarkan iaitu berapa ribukah jumlah pemilih yang memiliki kad pengenalan klon/palsu. SPR tidak boleh berdalih dalam perkara ini kerana Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad bin Wan Omar sendiri telah mengakui pada 24 Julai 2011 bahawa terdapat kad pengenalan klon/palsu dalam daftar pemilih sah SPR. Soalan ini boleh dipecahkan kepada berikut :

1. Berapa banyakkah kad pengenalan lama dimiliki oleh lebih daripada satu identiti pemilih.
2. Berapa ramaikah pemilih berkembar?(Memiliki nama pemilih yang sama dan kad pengenalan yang 83% adalah sama)
3. Berapa ramaikah pemilih yang berkod negara “71” yang telah digugurkan?

Cabaran yang paling besar dihadapi oleh SPR dalam mengemukakan hasil siasatan di atas adalah halangan daripada Menteri Dalam Negeri yang menjaga Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). Tidak mungkin hasil siasatan ini akan dimaklumkan secara telus kepada rakyat selagi kerajaan yang memerintah adalah Barisan Nasional(BN). Jika rakyat mahukan maklumat sebenar berkenaan manipulasi kad pengenalan klon/palsu dalam daftar pemilih SPR maka kerajaan BN perlu ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang. Rakyat perlu digembelingkan untuk mengagalkan sebarang bentuk ruang manipulasi dalam pilihanraya akan datang.

SUHAIZAN BIN KAYAT
PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI PEMUDA PAS MALAYSIA.
KETUA PEMUDA PAS JOHOR

Antara Dua Darjat...!!


Perdana Menteri Najib Tun Razak diiringi isteri Rosmah Mansor menaiki bas sempena lawatan sehari beliau ke Perak di sini, Sabtu lalu.

Turut hadir Menteri Besar Perak, kaki bodek, Zambry Abd Kadir (kanan) dan isteri Sharifah Zulkifli (kiri)

Gambar ini dirakamkan ketika Najib dalam perjalanan dari pekan Tanjung Tualang ke Sekolah Kebangsaan Changkat Tin bagi menghadiri majlis perkahwinan iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd Radzi dan pasangannya Ahmad Fariz Hassan.

Namun, ramai yang tidak tahu, inilah bentuk dan rupa bas yang dinaiki Najib dan isterinya itu. Kalau macam ini rupa bas yang dinaiki Najib dan Rosmah (macam hotel) memang tidak terasa apa-apa macam naik kapalterbang sahaja. Namun tahukah Najib bahawa bas yang rakyat naik kadang-kadang tiada air-condition, kadang-kadang kusyennya tercabut, bunyinya macam lori hantu.

Saya mencadangkan supaya Najib dan Rosmah naik bas dari Batang Melaka ke Bandaraya Melaka, baru dia tahu betapa peritnya bas yang dinaiki rakyat.

Hudud Hanya Untuk MUSLIM...Orang Bukan Islam Jangan Bimbang...!!


Ketua Pemuda PAS berkata, Hudud hanya untuk orang Islam bukan untuk bukan Islam.

Malangnya Umno mempolitik dan mempolimekkan hukum hudud semata-mata untuk mengalihkan isu yang sedang menghantui Umno seperti isu Kad Pengenalan palsu, daftar pemilih, ISA dan sebagainya.

Umat Islam yang taat kepada Allah sememangnya bercita-cita untuk Hudud diamalkan di negara kita. Pada masa yang sama rakyat bukan Islam tidak perlu bimbang kerana mereka tidak akan dipaksa menerima hudud.

Melayu..Arak dan UMNO..!!


Gambar ini dijumpai di Library Ohio University. Pada muka surat 2 buku program KGMMB’s (Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat) AGM 1968. Sebelah pada iklan ini kenyataan daripada Tun Abdul Razak Hussein, Pendana Menteri ketika itu.

54 Tahun Merdeka...Islamisasi UMNO Gagal....!!


Walaupun negara Malaysia sudah 54 tahun merdeka, namun proses Islamisasi gagal di bawah Umno, malahan semakin malap dan kelabu. Umno bukan sahaja gagal memahami Islam kepada MCA, MIC dan Gerakan malahan pemimpin Umno juga gagal menunjukkan penghayatan Islam yang sebenar.

Amaran yang diberikan oleh pemimpin MCA dan Gerakan untuk keluar Barisan Nasional adalah kayu ukur kegagalan Umno memahamkan rakan sejawat mereka. Jika di Pilihanraya Kecil tenang dahulu pemimpin MCA menghina Cikgu Norlamala kerana tidak mahu bersalam dengan lelaki, Umno membisu, inilah dalil Umno gagal. Ertinya pemimpin Umno sendiri memberikan sumbangan kegagalan orang bukan Islam memahami Islam dan hukumnya.

Tidak ada makna penyertaan tokoh agama di dalam Umno walaupun mempunayai kesarjanaan yang tinggi, namun gagal untuk melebarkan ajaran Islam kepada masyarakat di negara ini. Puncanya kerana ulamak di dalam Umno hanya menjadi alat untuk membaca Yasin dan tahlil setiap 11 Mei, sempena ulang tahun Umno.

Isu hudud di Kelantan terserlah lagi sikap pemimpin Umno mengenai hukum Allah SWT. Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak "Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

Sekarang rakyat sudah boleh menilai siapakah Umno sebenarnya. Kenyataan Datuk Seri Najib membolehkan generasi muda yang tidak sempat melihat gelagat Tun Dr Mahathir ketika menyerang hudud di Kelantan suatu ketika dahulu. Sekarang mereka sudah dapat membaca surat Tun Kepada Kerajaan Kelantan suatu ketika dahulu.

Media Barisan Nasional cuba mencari peluang untuk memecahkan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Tetapi pemimpin Pakatan Rakyat sudah matang dalam sepak terajang ini akan cuba mencari penyelsaian yang terbaik.

Jangan terkejut jika orang bukan Islam menerima hudud, tiba-tiba pemimpin Umno menolak hudud.

Kenyataan media :

Ustaz Idris Ahmad
Pengerusi Lujnah Tarbiah PAS
..

12 Resolusi SAMM Menggoncang Politik Tanahair...!!


RESOLUSI RAPAT KEBANGSAAN (PENGURUSAN) SAMM 02/2011 24-25 SEPTEMBER 2011

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengadakan Rapat (Pengurusan) Kebangsaan yang menghimpunkan penyelaras kebangsaan dan negeri dari seluruh negara selama dua hari di Shah Alam. Rapat kali kedua ini berjaya mengumpulkan orang sumber dari perbagai latar belakang dan penuh dengan sesi diskusi sehingga menghasilkan idea pelaksanaan praktikal.

Sempena rapat ini SAMM telah mencapai 12 resolusi penting yang perlu diangkat.

1. SAMM ialah sebuah gerakan radikal muda bebas bukan 'front' mana mana parti politik tetapi sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik mahupun apa jua organisasi untuk menyelamatkan negara dari kerakusan pemerintah korup yang kedudukan indeks rasuahnya yang parah mengikut beberapa statistik badan dunia.

2. Demokrasi negara ini sedang 'tenat' apabila kadar kepercayaan rakyat terhadap proses pilihanraya amat rendah, SAMM menyokong usaha telus penambah-baikkan sistem pilihanraya dan mendesak PRU WAJIB hanya boleh diadakan selepas proses penambahbaikan selesai.

3. Apa jua DASAR dan PERUBAHAN NEGARA perlu mengambil-kira pandangan rakyat khususnya orang muda. Justeru itu SAMM melancarkan kaji selidik (skala besar) dalam masa 10 minggu untuk mendapatkan pendapat anak muda khususnya dari 11 juta golongan pekerja muda yang sedang bergelut dalam menyara kehidupan seharian yang semakin menggila kosnya.

4. SAMM meyakini pemansuhan ISA adalah kejayaan desakan rakyat dan perlu diteruskan terhadap undang-undang 'draconian' lain seperti AUKU. SAMM gesa rakyat jangan termakan gula-gula pengumuman. Undang-undang tidak boleh mansuh dengan pengumuman tetapi pemansuhan harus dilakukan di Parlimen. Selagi tidak dibawa ke parlimen pengumuman pemansuhan tidak bermakna dan tidak boleh dipercayai lagi.

5. Isu-isu yang menyentap sensitiviti agama dan perkauman serta permainan politik lucah yang tidak langsung menguntungkan rakyat harus segera dihentikan. Tumpuan sumber dan tenaga harus ditumpukan kepada bagaimana membantu rakyat yang semakin susah.

6. Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 manakala bagi Sabah,Sarawak pula 1963. Maka SAMM dengan tegas mengatakan semua organisasi dan individu yang berjuang melawan penjajah sebelum tarikh merdeka wajar diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.

7. SAMM menegaskan semua keperluan asas rakyat seperti pembekalan eletrik,air,lebuhraya perlu dimiliknegarakan. Pendidikan serta perkhidmatan kesihatan percuma tidak boleh dikompromi. SAMM menggesa rakyat agar menjadikan ini sebagai agenda utama penilaian ketika PRU nanti.

8. Menyedari betapa pentingnya kesedaran dan kepedulian di kalangan anak muda, Rapat SAMM kali ini membuat keputusan SAMM harus punya sekolah politik dan jabatan penyelidikan bagi memantapkan pemahaman politik dan kesedaran hak warga dikalangan anak muda.

9. SAMM menentang keras pengkhianatan pemerintah terhadap kedaulatan negara yang mengagihkan taraf kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya.

10.SAMM juga menyeru supaya rakyat menolak SEMUA ahli politik atau kaum keluarganya yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri dan mengumpul kekayaan. Imej Rosmah Mansor bermewahan amat mengguris hati rakyat yang sedang bergelut dalam kehidupan seharian. Ia umpama mencurah garam ke luka rakyat.

11. Kenaikan harga barang semakin menghimpit, ini diparahkan lagi dengan kewujudan cukai terus kepada pengguna seperti GST/VAT. Adalah satu pembohongan sistem cukai terus kepada pelanggan belum dilaksanakan. SAMM menuntut pemerintah segera bertindak membatalkan sistem cukai yang menjerut leher rakyat. Sistem cukai ini memberi ruang selesa kepada korporat dengan mengalihkan cukai kepada peniaga besar kepada rakyat.

12. Negara semakin berada di bawah kawalan korporat besar. Indeks jenayah kononya dikatakan turun, tetapi amat berbeza dengan realiti kerana setiap hari jenayah terus kepada rakyat seperti ragut, rompakan (rumah seumpamanya), bunuh, ugut semakin meningkat. Yang dikatakan turun hanyalah kerana diberi tumpuan kepada jenayah skala tinggi seperti rompakan bank dan seumpamanya. Ini memberi persepsi Negara dikawal pemodal dan korporat besar. Indeks jenayah yang mempengaruhi turun indeks jenayah Negara ialah jenayah besar yang jejas korporat besar, tetapi bagaimana dengan jenayah yang semakin menggila yang berlaku terus kepada rakyat.

SAMM mendapati negara ini bukan sekadar diambang krisis tetapi sudah memasuki pintu krisis dan perlu diselamatkan segera.

SAMM melihat anak muda harus menjadi pelopor politik nilai. Dalam isu membela hak rakyat dan memberdaya anak muda, SAMM mengajak anak muda agar tidak kompromi, tidak ada istilah kedurjanaan yang harus dihalalkan untuk mencapai matlamat baik.

Untuk maksud resolusi,serentak dengan itu juga dirancang perbagai aktiviti dengan pendekatan radikalisma muda.

Selamatkan negara.

Resolusi ini telah disepakati oleh 28 pengarah, penyelaras pusat dan negeri SAMM yang hadir mewakili perbagai segmentasi anak muda. SAMM mengadakan rapat (pengurusan) kebangsaan 3-5 bulan sekali bergantung kepada keperluan. Resolusi ini akan memberi pedoman kepada semua gerakan SAMM sehingga rapat (pengurusan) kebangsaan akan datang.