Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 15, 2011

Sampai Sekarang Pun Kuasa Raja Hanya Sekadar Di Kertas saja...!!


Pakar: Kuasa raja 1948 sekadar di kertas - MK

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini menolak pendapat ahli akademik terkenal Prof Datuk Ramlah Adam berhubung kuasa raja selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Katanya, berdasarkan kerangka perjanjian itu dan konteks raja berperlembagaan, raja sebenarnya sekadar formaliti dan mula kehilangan peranan.

"Contohnya, meskipun perlantikan menteri besar adalah kuasa mutlak sultan, ada sejarahwan yang mencatat bahawa Umno mendesak supaya para pemimpin mereka dilantik ke jawatan itu.

"Fenomena itu tidak mengejutkan kerana Umno berjaya menggembleng Orang Melayu menentang Malayan Union dan raja-Raja terhutang budi kepada mereka," kata Dr Abdul Aziz.

Ramlah semalam ketika mempertahankan status polis semasa tragedi Bukit Kepong berkata, selepas 1948, British benar-benar menjadi penasihat raja-raja Melayu dan arahannya tidak mesti diikuti, berbeza ketika Perjanjian Pangkor dimeterai pada 1874.

Katanya, British juga membuat perjanjian bertulis dengan raja-raja Melayu yang mengakuinya ketua negeri masing-masing dan berkuasa melantik menteri besar dan pegawai kerajaan.

Menurut Ramlah , selepas Malayan Union ditolak dan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk, raja-raja Melayu dipulangkan kuasa mentadbir negeri dan jajahan takluknya, kecuali Kuala Lumpur yang masih bawah British.

Dr Abdul Aziz juga menolak pendapat Ramlah yang dikatakan dibuat tiga bulan lalu dalam seminar di Brunei bahawa bawah perlembagaan sekarang Agong dan Raja-Raja begitu berkuasa.

Status Kuala Lumpur

"Dia bawa macam-macam peruntukan perlembagaan sebagai bukti. Yang anehnya dia semacam tidak menyedari bahawa peruntukan-peruntukan itu perlu difahami dalam konteks raja berperlembagaan.

"Maksudnya di atas kertas memang raja nampak begitu gagah dan berkuasa sekali. Tetapi kenyataannya raja hanya mengikut nasihat.

"Dan malangnya dalam hal-hal yang raja ada kuasa pun kita tak nampak apa-apa yang siginifikan," katanya kepada Malaysiakini.

Sebagai contoh, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata, boleh dilihat dalam bidang agama yang secara peribadi kuasa raja.

Sementara itu, Dr Abdul Aziz turut mempersoalkan hujah Ramlah bahawa kuasa mentadbir negeri dipulangkan kepada raja pada turut 1948, kecuali Kuala Lumpur yang masih bawah British.

"Bukankah KL waktu itu di bawah Selangor? Tapi dia kata Sultan berkuasa semula di bawah perjanjian 1948.

"Pelik. Macam mana British boleh berkuasa di tempat yang dimiliki oleh sultan? soalnya lagi.

Polemik berhubung status Tanah Melayu ketika tragedi Bukit Kepong pada tahun 1950 timbul apabila pada 9 September lalu, Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara Datuk Dr Zainal Kling (kiri) berkata, kecuali tiga Negeri Selat, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi British.

Ia lanjutan kenyataan kontroversi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada 21 Ogos yang berkata, penyerang balai polis Bukit Kepong Mat Indera wira sebenar dan bukan "polis British".

Nota :

Ulasan yang sungguh meyakinkan dari pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkenaan sejarah Malaysia dari zaman penjajahan British hingga ke ambang kemerdekaan.Hujah beliau yang bernas ini dengan sendirinya telah menolak hujah hujah Prof Kangkong dan Prof Lengkong!

Siapa Yang Bersusah Payah Memperjuangkan Kemerdekaan...??


A.Samad: Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan-MR

"Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Ini memang orang-orang yang berjuang. Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang. Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang. Dia menyambut. Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan."

"...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."

Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam. Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut".

A.Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa "British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah."

"Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British. Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.

"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," simpulnya di akhir ucapan beliau. Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.

Kuasa diwarisi oleh golongan bangsawan

"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan. Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."

Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.

"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya. Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."

"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja. Rakyat lain...hampir sama saja," katanya.

Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan. Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu. Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya.

Lee Ban Chen: UMNO mewarisi penjajahan

Sementara itu, penganalisa politik Lee Ban Chen menyifatkan kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1957 sebagai "kemerdekaan tiga suku", dan bukan "kemerdekaan yang tulen". Ini kerana British telah menolak perlembagaan rakyat ketika itu, sebaliknya memilih UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 untuk kerjasama.

Bagaimanapun, UMNO dalam Perikatan ataupun Barisan Nasional kemudiannya tidak mengisi nama dan bentuk kemerdekaan, sebaliknya mewarisi penggunaan akta-akta zalim dalam zaman penjajahan, misalnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang merintangi proses reformasi dan pendemokrasian negara kita, kata Lee Ban Chen (gambar kiri).

Pak Samad turut bersetuju bahawa "kita sebenarnya masih dalam pemerintahan penjajahan", kerana undang-undang zalim yang digubal ketika zaman British masih kekal sehingga kini. Malah, Menteri Dalam Negeri siang-siang mengingatkan tentang ISA ketika menangani isu BERSIH 2.0.

Dengan nada menyindir, Pak Samad berkata "yang menjadi wira sentiasanya UMNO", sementara "orang awal yang berjuang semuanya tenggelam". "Dan paling mudah untuk mengatakan bahawasanya mereka semua ini kelompok komunis yang jahat, dan komunis yang ingin mencengkam...",dan pada waktu yang sama pula kita berbaik-baik dengan komunis (China) yang ada - antara beberapa "keanehan" yang sedang berlaku di negara dewasa ini, katanya.

Seorang lagi panelis dalam forum ini adalah Arumugam, selaku Penasihat Tamil Foudation dan Pengerusi SUARAM. John Brian, iaitu Pengerusi Majlis Penasihat Dayak dan blogger Dayak baru yang dibariskan sebagai panelis sebelum ini, gagal menghadirkan diri kerana masalah tertentu. Forum ini dipengerusikan oleh Adam Adli Bin Abd Halim, iaitu Pengerusi Legasi Mahasiswa Progresif UPSI.

Apa Lagi Mau....!!


Kelantan,Terengganu juga dapat 20 peratus royalti minyak-KD

KUALA LUMPUR: Sekretariat Pakatan Rakyat menegaskan semua negeri pengeluar minyak di Malaysia akan menerima royalti minyak 20 peratus, jika gabungan itu mentadbir negara ini.

Anggota sekretariatnya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, selain Sabah dan Sarawak, Terengganu serta Kelantan juga akan menerima royalti berkenaan seperti mana yang terkandung dalam Buku Jingga.

“Buku Jingga ialah tawaran terbaik untuk rakyat melalui dasar bersama Pakatan Rakyat dan Terengganu serta Kelantan layak menerima kerana dua negeri ini juga merupakan pengeluar minyak antara yang terbesar di Malaysia,” katanya dalam sidang media sekretariat itu hari ini.

Beliau berkata demikian kerana terdapat kekeliruan mengatakan hanya Sabah dan Sarawak sahaja tertakluk kepada 20 peratus royalti minyak seperti dijanjikan Buku Jingga.

Sejak beberapa tahun lalu, ke empat negeri itu kekal berada di antara lima negeri paling tinggi mencatatkan kadar miskin dan kemiskinan tegar, meskipun mempunyai kekayaan sumber minyak.

Menurut Dzulkefly, di bawah dasar Umno Barisan Nasional sejak dahulu sehingga kini, negeri berkenaan hanya menerima lima peratus dari keseluruhan hasil minyak.

“Lima peratus itu pun hanya dinikmati segelintir kelompok yang rapat dengan Umno BN. Berbanding 20 peratus tawaran Pakatan, ia bermatlamat membasmi kemiskinan sekaligus memberi manfaat majoriti rakyat di empat negeri itu,” katanya.

Buku Jingga ialah manifesto bersama Pakatan Rakyat yang mengandungi sebahagian besar dasar bersama KEADILAN, Pas dan Dap.

Ia mengariskan rancangan berbentuk jangka pendek dan jangka panjang dalam mentadbir negara sekiranya pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya akan datang.

Buku tersebut turut mengariskan program 100 hari PR yang dilihat sebagai rancangan jangka pendek selepas berjaya mentadbir negara, termasuk memansuhkan ISA, merombak struktur subsidi dan menghapuskan tol.

Akibat ketakutan kerajaan terhadap Buku JIngga, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengarahkan media yang dikuasai Umno, khususnya Utusan Malaysia memburuk-burukan kandungan Buku Jingga.

Pada masa sama, Najib sehingga kini enggan menyahut cabaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai buku itu, meskipun sebelum ini beliau dilihat memperlekehkan agenda Pakatan Rakyat itu.

Hutang Nyawa Mesti Di Bayar Dengan Nyawa...!!


Kematian Aminul: Kpl Jenain dihukum 5 tahun penjara -MK

Koperal Jenain Subi, 49, hari ini dijatuhi hukuman lima tahun penjara setalah didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah.

Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Hakim Latifah Mohd Tahar turut menetapkan jaminan sebanyak RM10,000.

Katanya, pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan.

Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya.

Menurutnya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

Berdasarkan kenyataan anggota polis yang turut bertugas ketika insiden itu berlaku, mahkamah turut mendapati bahawa Jenain tidak perlu melepaskan tembakan berkenaan memandangkan motokar yang dipandu Aminulrasyid telahpun dipandu dengan perlahan.

Aminulrasyid telahpun hampir tiba di rumahnya di Seksyen 11, Shah Alam dalam kejadian tersebut apabila beliau maut akibat tembakan bertalu-talu oleh anggota polis yang mengejarnya itu.

Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya, Mohd Dusuki Mokhtar, Idham Abd Ghani dan Adilla Ahmad, manakala Jenain diwakili peguam M Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah peguam kepada keluarga Allahyarham, N Surendran dan juga anggota keluarga mangsa yang dilihat mengalirkan air mata ketika keputusan dibacakan hari ini.

Kalau UMNO Nafi...Maknanya Betul UMNO Memang Zalim...!!


Wakil rakyat Umno/BN berbohong apabila beliau mengatakan bahawa tanah yang dirampas dari rakyat oleh kerajaan Umno dan BN di kampong Batu13 dan Tenang sejak 2004 telah diberi kepada pemohon asal. Sebenarnya tanah terbabit yang diluluskan permohonannya pada zaman pemerintahan kerajaan PAS.

Iamelibatkan beberapa lot tanah di kampung berkenaan yang diusahakan oleh peneroka asal. Mereka telah membuka sendiri tanah-tanah tersebut berpuluh tahun dahulu tetapi tidak pernah diberi kelulusan di zaman pemerintahan Umno.

Apabila PAS memenangi Pilihanraya pada tahun 1999 banyak permohonan lama telah diperoses dan diluluskan untuk diberi hak milik. Majlis penyerahan Jadual 5A telah diadakan di Perkarangan masjid Felda Tenang pada awal tahun 2004 oleh Menteri Besar YAB Dato Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang.

Ramai daripada tuan-tuan tanah tersebut membuat bayaran Premium tetapi sebelum sempat pengeluaran surat hak milik dikeluarkan, apabila pilihanraya ke-11 tahun 2004 berlaku.

Apabila Umno merampas pemerintahan dari PAS pada tahun 2004, bermulalah tindakan zalim Umno/BN bermula. Mereka membatalkan kelulusan itu dan membayar balik premium yang telah dibayar oleh pemiliknya. Malangnya sehingga hari ini sudah 2 penggal, sejak tahun 2004, namun tidak ada apa-apa tindakan yang dibuat oleh wakil rakyat Umno tersebut.

Saya ingin bertanya kepada wakil rakyat Umno/BN terbabit, tanah mana yang diberi kepada tuan asal? (Rujuk akhbar Sinar Harian Edisi Terengganu 9 Sepember, 2011.). Tanah di Kampung Batu13 sudah lebih 40 tahun diteroka sampai saat ini tidak ada satu pun suratan hak milik yang dikeluarkanj oleh kerajaan Umno. Begitu juga tanah lot bagi tapak rumah di Kampung Baru.

Umno/BN hanya memperalatkan tanah sebagai 'umpan' menjelang pilihanraya..dengan 'menabur' pelbagai janji palsu. Wakil rakyat Umno/BN tersebut mendakwa Umno/BN tidak bertindak zalim, namun peristiwa pembahagian tanah di Bukit Kemiung Batu13 masih menjadi igauan kepada penduduk sekitar.

Apa tidaknya! Tanah-tanah yang telah diteroka dan ditanam dengan pokok getah akhirnya dibahagikan kepada 'kroni-kroni Umno di sekitar Hulu Besut. Orang kuat Umno/BN dapat memilki 6 ekar seorang tanah tersebut tanpa perlu bersusah payah, sedangkan orang yang meneroka, menebas dan menebang serta mengusahakan tanah tersebut 'menangis' sedih hingga ke hari ini.

Saya turun berjumpa dengan mereka ini. Kita ada senarai nama pemilik asal dan kita ada senarai nama orang kuat Umno/BN yang dapat. Ini bukti kezaliman dan penipuan Umno/BN. InsyaAllah kita akan dedahkan satu persatu dalam penulisan dan siri-siri ceramah yang akan dibuat dari masa ke semasa.

Perkara terbaru yang ingin dilakukan pemimpin Umno/BN ialah tanah Bukit Langkap Felda Tenang. Tiga bulan lalu mereka cuba rampas tanah tersebut dari pemilik asal dan membahagikan kepada kroni mereka. Sedangkan tanah tersebut telah diukur semasa pemerintahan PAS dulu mengikut rentahan peneroka asal.

Saya telah berjumpa dengan tuan-tuan tanah tersebut meminta tandatangan bantahan dan menghantar sendiri kepada Pejabat tanah Besut bersama beberapa orang tuan tanah. Alhamdulillah respon baik dari pejabat tanah. Kita tahu apa yang dibuat oleh 'anak-anak buah wakil rakya' yang tidak sempat dipantau oleh wakil rakyat kerana sibuk hal peribadi. Saya menasihatkan agar wakil rakyat Umno/BN turun padang dan jangan menzalimi rakyat sendiri. Kalaupun tidak mahu menyelesaikan masalah rakyat, toidak mengapa. Namun jangan sekali-kali bertindak zalim!

Jawapan yang tidak tepat wakil rakyat Umno/BN dalam kenyataannya kepada akhbar Sinar Harian yang diterbitkan pada 9 September lalu menyebabkan rakyat Hulu Besut semakin marah kepada Umno. Kita akan kumpul mereka ini dalam satu majlis tidak berapa lama lagi Insyaallah.

Kenyataan Media Oleh :
Cikgu Shalahuddin Jaafar,
Timbalan Yang DiPertua PAS Besut

Alang-Alang Nak Bongkar...Biarlah Sampai Terburai....!!


KUALA LUMPUR, 14 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa mengenal pasti terdapat lebih 10,000 kes kad pengenalan (IC) palsu.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi DPPM, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, buktinya, pertama yang paling jelas adalah melalui kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang disiarkan The Star pada 24 Julai lalu.

Katanya, Wan Ahmad mengakui bahawa terdapat kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor menambah, bukti kedua adalah melalui data yang telah dikeluarkan SPR daripada Daftar Pemilih Induk (DPI).

“SPR telah mengeluarkan dua jenis data yang telah dibongkar oleh Dewan Pemuda PAS iaitu, pertamanya isu dua nama yang sama memiliki nombor kad pengenalan yang hampir sama, dan keduanya isu satu kad pengenalan lama dimiliki dua individu,” ujarnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, tengah hari ini.

Katanya, antara perkara yang menjadi persoalan pihaknya kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ialah SPR mengenal pasti kad pengenalan palsu berdasarkan kepada maklumat JPN.

Menurutnya, apabila SPR telah membuat pengesahan maklumat daripada JPN, maka langkah seterusnya adalah mengeluarkan maklumat pemilih palsu tersebut daripada DPI.

"Persoalannya, bagaimanakah dalam masa singkat, dua bulan sahaja JPN begitu mudah mengenal pasti data palsu dalam pangkalan datanya?

"Bagaimana JPN bolah mengesahkan salah satu data tersebut tidak sah?" soalnya.

Katanya lagi, bukan mudah untuk sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan.

"Persoalannya, apakah JPN sememangnya sudah memilik senarai kad pengenalan palsu yang akan dimasukkan dalam daftar pemilih SPR untuk tujuan manipulasi pilihan raya?

"Apakah JPN terlibat dalam penyelewengan kad pengenalan palsu," tanya beliau lagi.

Kalau Pemuda PAS yang tidak boleh masuk ke dalam bilik kebal JPN pun boleh membuktikan lebih 10,000 kad pengenalan palsu, beliau bertanya berapa jumlah sebenar kad pengenalan palsu yang telah dikeluarkan JPN.

Beliau berkata, bukti-bukti yang Permuda PAS bangkitkan adalah melambangkan kecelaruan kerja yang terdapat dalam JPN dan mendesak agar siasatan segera perlu dilakukan ke atas jabatan itu.

Tegasnya, pilihan raya tidak boleh diadakan dalam waktu terdekat jika kecelaruan maklumat di peringkat JPN dan akan menjejaskan SPR.

"Pemuda PAS bertekad akan terus membongkarkan manipulasi pilihan raya ini sehingga SPR dan JPN benar-benar bersih dan adil," tegasnya lagi.

Oleh Hrakahdaily

Itulah UMNO...Yang Jahat Itulah Yang Baik...Yamg Haram Itulah Yang Halal...!!


Gambar diatas ialah gambar rakaman screen sebuah blogger tegar Umno, Blog RBF atau lebih dikenali sebagai Ruang Bicara Faisal ialah antara blogger tegar Umno yang telah menyuarakan kekecewaan terhadap Perdana Menteri kerana tidak dapat bertemu dengan PM walaupun mempunyai idea dan aspirasi, sedangkan Nawemee yang dikatakan telah menghina negara, bangsa dan agama diberikan peluang untuk bertemu dengan Perdana Menteri.

Dengan tajuk "Parang Panjang Untuk Potong Kaki Namewee Sudah Tersedia", sebuah blog penyokong kerajaan telah bertindak liar di atas ketidak-puas-hatian kepada Perdana Menteri, iaitu orang yang selama ini dipertahankan habis-habisan.

dalam blog tersebut jelas menyatakan;

Kawan-kawan sekalian, sepertimana yang anda tahu bagaimana saya serta kawan-kawan saya, siang malam, pagi petang kami berusaha mempertahankan kerajaan serta PM. Bukan setakat mempertahankan PM, malah terpaksa mempertahankan juga isteri PM daripada fitnah-fitnah yang dilemparkan termasuklah isu cincin 24 juta , tapi kami tidak pernah pun dijemput seperti namewee untuk berjumpa PM.

Tapi si bangsat tersebut sudah melakukan bermacam-macam dajal dan sial serta menghina kaum serta agama , tiba-tiba mendapat layanan istimewa untuk berjumpa PM. Mana pergi namewee ketika Rosmah difitnah beli cincin 24 juta. Kenapa dia tak buat lagu yang mengatakan tuduhan itu fitnah ?

Kawan-kawan semua, saya dah lama menyimpan impian untuk berjumpa PM bagi memberitahu beberapa perkara termasuk idea-idea, tapi tak kesampaian. Saya terfikir , siapalah saya ini untuk berjumpa pemimpin tertinggi negara. Kalau ada pertemuan dengan PM pun di majlis-majlis besar yang melibatkan ramai orang. Maka sudah tentulah sukar untuk kita bercakap di majlis-majlis seperti itu.

Tapi anak haram itu senang-senang sahaja dapat jumpa PM. Siapa yang tak berasap beb ?
Kekecewaan RBF dilihat tidak dapat lagi disorok apabila secara terbuka menempelak pimpinan sendiri beserta dengan satu ancaman bunuh terhadap Nawemee yang akan berjumpa dengan PM. Ia seolah-olah mencabar kewibawaan PM sekiranya mengambil tindakkan kepada RBF akan dilihat sebagai tidak prihatin ke atas bangsa sendiri tetapi membela Nawemee.

Mari kita lihat sejauh mana pihak berwajib berani mengambil tindakan dalam ugutan yang memang terang dan jelas ini.


Namun kemarahan blogger ini ada asasnya. Masih ingat kita bagaimana Nawemee yang dikenali sejak video klipnya mengolah semula lagu negaraku menjadi "Negarakuku" disiarkan di youtube. Beliau bukan saja berdepan dengan tindakan undang - undang tetapi media mengolah kebencian yang melampau dengan mengaitkan Nawemee dengan Pakatan Rakyat dan kebencian melampau diwujudkan dengan api perkauman sebagai asas bahan bakar.

Maka Najib (baca: pimpinan UBN) meraih sepenuhnya keuntungan dengan menunggang sentimen yang dibakar blogger dan 'ngo-ngo' ciptaan mereka tampil ke depan menyemarak kemarahan. Ingat lagi bagaimana Arman ketika itu dia ketua pemuda PERKASA mengamuk dan membakar barang di depan pagar dewan himpunan china dimana Nawemee berada didalam dewan untuk satu program.

Akhirnya setelah melihat semuanya gagal meraih sentimen majoriti rakyat malah di kelas pertengahan imej UBN menjadi lebih negatif kerana tindakan tersebut maka Najib telah tukar strategi. Nawemee diberi ruang membuat filem pula dan semalam bertemu secara peribadi dengan Najib sendiri.

Jika difikirkan kesian dengan kawan - kawan 'bawah' yang begitu emosi pada satu ketika dahulu dalam isu Nawemee ini dan akhirnya dia sendiri mendapat ruang istimewa.

Walaupun memahami kekecewaan kawan-kawan ini tetapi che'GuBard nasihat janganlah sampai ugut-ugut bunuh...itu kurang tamadunnya. Jadikan ini sebagai pengajaran berpada dalam tindakan.

Oleh Chegubard

Oooo...Patutlah Beriya-Iya Sangat Setuju Pakai Dakwat Kekal...!!


Korang ingat lagi laporan oleh Malaysiakini berkenaan penggunaan dakwat kekal pada 8 September lalu yang membuatkan ramai Penyokong Pakatan Rakyat gembira?

Dalam laporan itu Malaysiakini telah memetik laporan dari Sin Chew Daily, antara laporannya ialah Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang.

laporan akhbar Sin Chew Daily pada 8 Sept itu menyebut, keputusan menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet pada 7 Sept.

Laporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan seumpama itu.

Tak tahu atau pura-pura tidak tahu.. Nazri tidak menafikan pun laporan itu. Bak kata pepatah 'pokok tak akan bergoyang jika tiada angin...' lagipun pemimpin UMNO ni bab menipu bukan perkara luar biasa..

Korang nak tahu pasal apa tiba-tiba boleh timbul laporan Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal itu sedangkan sebelum ini SPR pernah membatalkan penggunaan dakwat kekal suatu masa dulu secara tiba-tiba dan SPR juga yang bermati-matian mahu menggunakan sistem biometrik?

Sebabnya ialah bahan untuk melunturkan dakwat itu sudah ditemui dan ianya mudah didapati dalam pasaran.. bacalah laporan The Star kat bawah ni..

Indelible ink can be easily removed, says firm
By MARTIN CARVALHO and RASHVINJEET S. BEDI

PETALING JAYA: An international firm specialising in fingerprint security systems claims it has evidence to show that indelible ink used for voting may not be foolproof and that it can be easily removed with common solvents.

The Europe-based company, with 25 years of experience in over 40 countries, has carried out a reliability test on the ink with its findings to be submitted to the authorities.

Off it goes: Indelible ink used to mark voter’s fingers can be washed off with off-the-shelf detergents.

In a demonstration for The Star, it was shown the indelible ink stain on the test subject's index finger was easily rubbed off in minutes using off-the-shelf stain removal solvent found in most hardware shops.

“The ink is a controlled item which contains silver nitrate and is not openly sold in the market,” a senior company spokesman said, adding that India was the main source for indelible ink.

The controversy over indelible ink is not new as its use was questioned in the Afghan presidential elections in 2004 and elections in Palestine in 2005.

“It was discovered in both elections that some voters managed to remove the ink and vote more than once,” the spokesman said.

“Indelible ink could also be easily substituted with other inks and polling stations may not be equipped with test kits to test their genuineness.”

Health concern is another factor affecting the use of the ink as it contains silver nitrate which can cause irritation.

“Its use is not permitted in Europe and the US,” he said.

The use of indelible ink was among the demands of Bersih 2.0 which described it as a simple and cost-effective means to prevent voter fraud.

In 2007, the EC decided to implement the use of indelible ink but did not do so in the 12th General Election following fears of fraud.

Election Commission chairman Tan Sri Abdul Aziz Yusof refused to comment on the company's findings, saying that any such matter would be discussed by the Parliamentary Select Committee set up to implement electoral reforms - TheStar Online

Ini terjemahannya...

Dakwat kekal mudah dipadam?

Sebuah firma antarabangsa yang mengkhusus dalam sistem keselamatan cap jari mendakwa mereka mempunyai bukti bahawa dakwat kekal akan digunakan oleh pengundi boleh dihilangkan dengan mudah menggunakan pelarut biasa.

Menurut syarikat yang berpangakalan di Eropah, dengan pegalaman lebih 25 tahun di lebih 40 buah negara telah menjalankan ujian dengan menggunakan dakwat berkenaan dan hasil penemuaan tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Dalam satu demonstrasi kepada The Star, telah ditunjukkan bagaimana dakwat kekal yang dicelup pada jari telunjuk dapat dihilangkan dengan mudah dalam tempoh beberapa minit sahaja dengan menggunakan pelarut biasa yang boleh didapati di kedai menjual barang perkakasan.

Menurut jurucakap syarikat berkenaan, pelarut tersebut merupakan barang kawalan kerana ia mengandungi argentum nitrat dan tidak boleh dijual secara terbuka di pasaran.

Kontroversi penggunaan dakwat kekal bukanlah perkara baru apabila penggunaannya turut dipersoalkan pada pilihan raya Presiden Afghanistan pada 2004 dan pilihan raya Palestin pada 2005 - terjemahan spenuhnya sila baca di (SINI)

Gempar : Kadi Kena Tangkap Khalwat...??


Sehari dua ini kita digemparkan dengan berita seorang Kadi @ Pegawai Agama ditangkap khalwat di negeri Melaka ini. Saya mendoakan agar berita ini tidak benar kerana ianya jelas memalukan umat Islam jika ia benar.

Mana tidaknya jika benar, di mana kita hendak letakkan muka kerana Kadi ialah seorang yang berilmu yang sering memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah berkaitan dengan agama.

Saya mengharapkan Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Ustaz Rahimin Bani menafi atau mengesahkan berita ini kerana ianya penting bagi menjaga kesucian Islam. Kalau ianya tidak benar maka pihak yang menabur fitnah mesti didakwa kerana menabur fitnah. Kalau ianya benar ia merupakan suatu peristiwa malang bagi negeri Melaka setelah berlakunya penyelewengan dalam wang zakat kerana digunakan untuk buat bangunan kini Pegawai Agama @ Kadi pula didakwa melakukan khalwat.

Dua Perjanjian Mega, Nazir Razak & UMNO Yang Sudah Sedia Mengaut Untung...!!


Sejak beberapa bulan ini Nazir Abdul Razak anak bongsu kepada perdana menteri, Tun Abdul Razak sangat sibuk. Beliau yang juga adik kepada Perdana MenteriNajib Tun Razak dilihat sebagai harapan apabila berurus niaga.Walaupun masih diselubungi bayang ayah dan abangnya yang terkenal, beliau tidak pernah leka. Beliau tidak boleh dikatakan pengurus bank yang berjaya sendiri kerana tidak perlu bermula dari bawah, namun pengetahuannya dalam dunia kewangan dan visi pengurusannya memang dicemburui ramai pengurus bank ternama dalam negara dan ada yang iri hati dengan penghormatan dan anugerah yang dimilikinya

Pada 2006, Nazir digelar tokoh Asia ke- 50 yang paling terpengaruh bagi abad lalu oleh FinanceAsia. Haun bertA tBeliau juga dinamakan “ Execuitive Terbaik di Malaysia” oleh Asiamoney untuk dua tahun berturut-turut. Beliau kemudian bekerja dalam jabatan penasihat korporat untuk Commerce International Merchant Bankers Berhad dalam tahun 1999 dan kini menjadi director pengurusan dan ketua executive CIMB Group, salah satu institusi kewangan terbesar di Malaysia.

Pengaruh Nazir dalam landscape economy memang tidak disangkalkan, sama ada secara persendirian atau dikaitkan dengan abangnya. Selepas menjadi perdana menteri, langkah pertama Najib adalah untuk meningkatkan charge service untuk pemegang kad kredit. Ini telah mengakibatkan Najib dikecam oleh pengkiritic beliau yang mengatakan langkah ini untuk menguntungkan adiknya dan orang-orang ternama dalam dunia perbankan dimana dipercayai PM yang dipalit korupsi ini teringin berkenalan. Dalam kata lain Nazir boleh dikatakan penasihat tidak rasmi Najib dalam urusan kewangan Malaysia.

MAS-AirAsia

Dalam minggu-minggu yang lalu, Umno dikritik hebat apabila MAS dan Air-Asia bertukar saham. Jelas sekali pertukaran itu adalah hal ehwal keluarga UMNO, persoalanny Cuma persoalannya kini siapa bakal mendapat habuan yang lebih daripada perjanjian ini. Malah yang menguruskan penukaran ini tidak lain adalah keluarga sendiri- tidak lain tidak bukan Nazir Razak.

Syarikat beliau adalah penasihat bagi urus niaga yan penuh kontrovesi ini sebulan yang lalu apabila Khazanah Holdings Bhd meniagakan 20.5% saham Malaysia Airlines untuk 10% saham AirAsia dan bersetuju untuk membeli 10% saham AirAsia X’s untuk harga yang belum ditentukan. Air Asia yang kini sedang berhuatang kelililng pinggan dan Mas yang telah lama ditubuhkan mempunyai banyak asset tetap. Perjanajian ini dilihat sebagai tidak adil dan ramai pekerja MAS membantah namun dengan kawalan media BN, proses ini secara bijak ini disiafatkan sebagai “perjanjian kerjasama”.

Urus niaga antara MAS dan Air Asia menimbulkan musykhil kerana ia tidak banyak diterima akal dalam arena perniagaan yang sebuah syarikat besar milik Kerajaan untuk membenarkan sebuah syarikat kecil menjadi watak utama dan menerima bahagian yang besar. Dalam kata lain urua niaga antara MAS dan Air Asia adalah suatu pengambil alihan dimana Air Asia mempunyai kata muktamad dalam princip asset national.

Walaupun AirAsia adalah dari Malaysia dan ketuanya Tony Fernandes namun niat baik dari kerjaan persekutuan atau lebih tepat Menteri Kewangan yang diteraju oleh Najib menimbulkan banyak kemusykilan. Walaubagaimanapun Najib telah membenarkan perkara sedemikian berlaku dan menyangkal fakta yang pemabayar cukai telah menyumbang berbillion wang ringgit tahun demi tahun untuk manyelamatkan MAS yang di ambang bankrupsi. Bukan itu saja, beliau juga mangarahkan supaya GLC yang lain untuk berhenti mangambil tindakan undang-undang keatas bekas pengerusi Tajudin Ramli yang memenag terkenal sebagai kroni bekas perdana menteri Mahatir Mohamad dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.

Bagi Nazir, berapakah keuntugan yang berjaya dikaut urus niaga ini? Maklumat ini sudah semestinya sulit, akan tetapi ia telah membuka jalan untuk “ perjanjian kerjasama”- Sime Darby mengambil alih 30% saham dalam E&O untuk RM 766 juta.

Sime-E&O

Perjanjian Sime Darby-E&O sudah pun menimbulkan sangsi apabila pengerusi E&O Azizan Abdul Rahman yang merupakan suami Zainah Anwar, ketua pengawal industri pengawalan Komission Sekuriti.

Azizan juga mempunyai hubungan erat dengan usahawan UMNO Kalimullah Hassan, yang menpunyai saham saham dalam ECM Libra. Empat bulan selepas perjanjian Sime-E&O, ECM Libra mengandakan saham mereka kepada 5.35% atau 41.41juta selepas berjaya mendapat keuntungan tambahan sebanyak 3.4 juta pada bulan May.

Perkara ini sudah semestinya diketahui oleh media perdagangan dan pakatael UMNO juga telah menyuarakan rasa tidak puas hati. Adakah Azizan memberitahu Kalimullah tentang niat Sime Darby untuk membeli E&O? Dalam UMNO Kalimullah- bekas ketua kumpulan NSTP-adalah penyokong setia bekas perdana menteri Abdullah Badawi dan anak mentuanya Khairy Jamaluddin.

Tidak boleh dinafikan yang politik dalam UMNO adalah rumit. Ia dipenuhi pengkhianatan dan me permainkan kesetiaan dan baru-baru ini elite UMNO dan kroni mereka sedang membuat urus niaga besar dan mangaut untungnnya. Dan ada lagi yang akan datang.

Bagaimanakah Nasir Razak terlibat dalam dan apakah yang beliau berjaya raih daripada kedua yang kedua ini? Blogger UMNO Big Doglah yang pertama mendedahkan yang CIMB Nazir juga penasihat transasi antara Sime dan E&O. Secara kebetulan Big Dog adalah antara blogger yang dipercayai setia kepada puak Mahatir dalam UMNO dan habuannya dirampas oleh rakan sejawatnya untuk menyerlakan tanggungjawab Nazir dalam perjanjian ini.

Terus-terang dikatakan sebagai juru bank pelaburan, Nazir hanya mampu buat apa yang sepatutnya-iaitu memerhati perjanjian orang-orang kaya kepada broker. Itulah sebabnya beliau mendapat gaji yang tinggi onleh pemegang-pemagang saham UMNO. Samada perjanjian ini ini tdak berprinsip dan jika CIMB perlu menasihatkan atau menolak transaksi yang meninbulkan syak wasangka adalah satu issue yang berbeza, walaupun selapas itu telah dibuktikan yang mereka perlu menghadap kausa undang-undang.

Huru-Hara apabila UMNO bagaikan Titanic

Dalam masa ini, dua perjanjian besar yang mempunyai unsure-unsur politik telah dibuat dalam persediaan mananti pilihanraya umum ke-13. Ini telah menyadarkan ramai pihak seperti pembayar cukai, pemegang saham dan rakyat jelata untuk sedar dan meminta jawapan.

Elit UMNO telah pun mengambil kesempatan keatas kuasa mereka setelah berabad-abad lamanya untuk menguntungkan diri mereka sendiri kini tidak mencukupi oleh itu pluang ini dipercatai adalah pelauang keemasan yang terakhir. Ini megatakan yang UMNO seddang mengambil peluang untuk menggunakan perjanjian-perjanjian ini keatas satu sama yang lain.

Apabila perjanjian MAS-AirAsia diungkaikan, rami yang memihak Badawi membangkang. Pertalian antara Tajuaddin kepada Daim dan Mahatir dan kelemahan MAS didedahkan. Tidak ada lagi perjanjian yang boleh membawa manfaat kepada BAdawi menerusi Kalimullah kerana blogger-blogger kini sibuk mengutuk perkara yang musykhil dalam transasi ini dan ini disifatkan sebagai “ menjadi kejam demi kelembutan” dan negara sebelum puak.

Mungkin Nazir kurang disenangi kerana caranya uyang kurang sopan namun beliau bukanlah target sebenar. Untuk Sime-E&O yang kebetulaan melibatkan tycoon yang mempunyai pertalian dengan Daim dam Mahatir, target utama mereka adalah Najib dan Badawi

Najib yang diselubungi scandal sudah bersedia untuk keluar dan ia tidak penting yang beliau telah dibantu oleh adiknya seorang juru bank yang bijaksana yang juga dikecam sekali. Ini juga untuk memastikan yang pilihan Mahatir mudah mendapat jawatan Ketua UMNO dan semua usaha penyokong Badawi untuk memebolehkan anak mentua badawi yan bercita-cita tinggi itu mengambil alih.

Dalam hari-hari yang akan datang akan berlaunya lebih banyak pendedahan salah laku Najib dan puaknya, keluarga BAdawi dan juga puak Mahatir yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin balak didedahkan. Kini Anwar dan Pakatan Rakyat boleh berehat, musuh politik mereka bakal memusnahkan diri mereka sendiri. Seperti Titanic, kapal lanun UMNO bakal tenggelam. Peperangangan dalaman bakal menjadi hangat pada pusingan akhir.

- Sumber : Malaysia Chronicle

PAS Parti Yang " Gentlemen"...!!


Tindakan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sanggup berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah mengecewakan banyak pihak kerana sebelum ini, beliaulah yang secara yakin menyuruh Mohamad untuk bertaubat seolah-olah pasti apa yang Utusan Malaysia laporkan terhadap kenyataan Mohamad Sabu adalah benar.

Walaupun demikian, ingin ditegaskan bahawa debat yang dicadangkan PAS berbentuk ilmiah, dan bukannya untuk mencari siapa menang siapa kalah, tetapi untuk rakyat menilai hujah mengenai tafsiran sejarah pra-kemerdekaan masing-masing. Jadi seharusnya, tiada apa yang harus ditakutkan oleh mana-mana pihak sebab debat ilmiah ini bersifat terbuka kepada rakyat.

Meskipun Muhyiddin menolak, namun PAS tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat menghina beliau sebagaimana yang dilakukan oleh graduan Oxford Ketua Pemuda Umno kerana PAS yang mengundang beliau, maka kita perlu hormati keputusan beliau samada untuk terima atau tolak.

Orang ramai ingin mendengar hujah dari kepimpinan kedua-dua parti politik terutamanya setelah pemimpin dan media Umno telah begitu hebat menghentam dan mengkritik serta memutar-belitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Sabu. Apa tidaknya isu ini dibelitkan sehinggakan ada seorang Menteri Besar terpaksa menidakkan kandungan buku yang beliau buat kata pengantarnya 7 tahun lalu demi menyelamatkan putar-belit yang semakin hilang arah.

Sikap demikian tidak menggambarkan keberanian untuk mempertahankan hujah yang dikemukakan sebagaimana PAS, yang telah menyatakan 8 pendirian tegas dalam isu kontroversi sejarah ini.

Cuma PAS nasihatlah kalau undangan debat ilmiah tidak sanggup diterima, Umno haruslah berhenti londehkan hipokrasi sendiri di depan rakyat lagi dengan hanya berani di belakang; tapi bilamana diajak bersemuka, tak sanggup pula.

Selain itu, PAS juga bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Khaled Nordin dan Tun Dr Mahathir bahawa perlunya ada kajian semula terhadap sejarah kemerdekaan negara kerana terdapat fakta yang dihilangkan dalam sejarah.

Perkara ini dilihat semakin perlu hari ke hari, lebih-lebih lagi dalam keadaaan rakyat, terutamanya pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan tidak pasti samada perkataan ‘Merdeka’ patut digunakan bersama tarikh 31 Ogos 1957 apabila Majlis Professor Negara (MPN) dan Dr Mahathir telah secara tegas dan yakin menyatakan secara teknikalnya negara kita tidak pernah dijajah.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat