Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 25, 2010

Taubat Hanya Untuk yang Sesat & Menyesatkan...!!


Perpecahan Melayu: Mahathir Perlu Taubat Nasuha-TKO

Sudah tiba masanya Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan taubat nasuha kerana menjadi punca perpecahan dan juga kemunduran masyarakat Melayu pada hari ini, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama,(BIPPA), PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Manuty dalam satu kenyataan media berkata, Mahathir sejak kebelakangan ini sering mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman namun tanpa semena-mena menyalahkan PKR, kononnya menjadi penghalang kepada orang Melayu dan Islam untuk bersatu.

Justeru ujarnya, Mahathir harus segera melakukan taubat nasuha iaitu semurni-muni taubat yang harus dilakukan oleh seorang Islam.

"BIPPA menasihatkan adalah lebih wajar mantan Perdana Menteri sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu.

"Muktahir ini mantan Perdana Menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT," tulis kenyataan itu.

Sinar Harian hari ini melaporkan, Mahathir sebagai berkata, semua pengikut PKR harus bertaubat dan kembali ke pangkal jalan dengan menyertai Umno supaya dapat menyatupadukan semula orang Melayu yang berpecah.

Namun ujar Manuty, Mahathir tidak harus lupa bahawa beliaulah individu yang bertanggungjawab mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah timbalannya sehingga akhirnya melahirkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Parti yang dianggap kecil oleh Mahathir itu hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir dari gejolak kemarahan rakyat di atas kezaliman yang dilakukan beliau sendiri.

"Beliau mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun," tulis kenyataan media itu lagi.

Anwar pada tahun 1998 telah dipecat dari Umno dan semenjak itulah beliau terus diaibkan sehingga ke hari ini.

Maka menurut Manuty, sekiranya perpecahan berlaku hari ini kerana tindakan Anwar menuntut keadilan untuk dirinya, maka perpecahan itu adalah pertembungan di antara kebenaran dan kepalsuan.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil," tulis Manuty lagi.

Nota :

Sebenarnya Mahathir lah yang perlu betaubat kerana beliau juga lah yang bertanggungjawab menghancurkan kekuatan bangsa Melayu dari pelbagai aspek termasuk bahasa, agama dan pendidikan di negara ini.

"Belaiu juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik Melayu,"