Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 6, 2011

Lawak Malam Khamis...!!

Tipah Tertitpu Tipu Tetipah....!!


KEMATIAN PEGAWAI KASTAM DISIASAT SEBAGAI KEMATIAN MENGEJUT - UM

KUALA LUMPUR 6 April - Polis menyiasat kes seorang penolong pengarah kastam Selangor, yang ditemui mati di tingkat satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini hari ini, sebagai kematian mengejut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Zulkifli Abdullah berkata, siasatan awal Unit Patologi Forensik mendapati Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang ditemui dalam keadaan tertiarap di gelanggang badminton di Tingkat 1 bangunan itu, mengalami kecederaan di kepala.

Nota:

pelik juga mati jatuh
dari tingaklat tiga?

macam mana boleh jatuh?
Habis melayu kena tipu
pagi ditipu utusan meloya
Malam ditipu RTM
kah kah kah

Menongkah Arus Fitnah...!!

KENYATAAN MAP

5 APRIL 2011

Pendedahan Video Seks Cemarkan Politik Nilai di Malaysia


Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) memandang serius pendedahan video seks di YouTube membabitkan nama Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ia amat keterlaluan dan mencemarkan nilai budaya politik Malaysia.

Samaada video tersebut tulen atau tidak bukanlah menjadi persoalan pada tahap ini, tetapi yang lebih penting adalah mengawal penyebarannya agar tidak menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. Kenyataan Ketua Polis Negara mengenai ketulenan video tersebut menimbulkan kekeliruan persepsi di kalangan sebahagian rakyat.

Tindakan menayangkan dan membiarkan penyebarannya juga bermakna menghukum bersalah terhadap sesaorang sebelum keputusan hukuman mahkamah.

MAP menyeru semua pihak bergerak ke arah politik nilai yang menekan kepada penjagaan akhlak sesama insan, proses undang-undang yang telus, mengutamakan kepentingan rakyat serta menjaga kemurnian budaya murni Malaysia.

MUSTAFFA KAMIL AYUB
Presiden MAP

Macam-Maca Cara Nak Tipu Melayu...!!


Inilah padang yang disedikan oleh SPR...padang ini boleh turun naik
ini untuk memastikan BN menang...!!


HAD 50 PENYOKONG UNTUK TUTUP MALU BN – HD

KOTA SAMARAHAN, 5 April: Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan peraturan yang menghadkan seramai 50 orang penyokong sahaja mengiringi calon parti-parti yang bertanding bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak pada penamaan calon esok adalah untuk menutup malu BN.

Ini kerana kata Khalil, setiap kali pilihan raya, penyokong Pakatan Rakyat lebih ramai daripada penyokong BN.

"Saya melihat peraturan ini tidak lebih dari usaha untuk menutup malu BN apabila setiap kali pilihan raya lebih ramai penyokong Pakatan Rakyat mengiringi calonnya.

"Mereka juga datang tanpa diupah dan datang sejak awal secara sukarela. Berbeza jauh dengan penyokong BN, walaupun 50 orang yang ditetapkan, saya pasti ianya perlu dengan sejumlah upah kepada mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau turut mempersoal kewajaran peraturan itu dibuat sedangkan Perlembagaan Negara membenarkan rakyat berhimpun secara aman.

Nota:

kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa
telah lama puilihanraya diharamkan di malaysia...
kah kah kah....!!

Cukong Dah Mula Marah...!!

jangan bermain dengan radioaktif
tidak ada tahap selamat
kata kata yang mengatakan radiposktif
ada tahap selamat hanyalah propaganda
dari saudgar penjual loji
tak caya?
pernah dengar ada racun selamat?


MCA: HENTIKAN PEMBINAAN LOJI NADIR BUMI - MK

MCA menggesa supaya kerajaan supaya membekukan kerja-kerja pembinaan loji pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) di Kuantan, Pahang, sehingga ia terbukti ia benar-benar selamat pada alam sekitar.

Presiden MCA,Dr Chua Soi Lek berkata satu kajian menyeluruh mengenai potensi risikonya dan kajian penilaian kesan alam sekitar, mesti dilaksanakan dan hasilnya diumumkan.

Katanya, kerajaan wajib mempertimbangkan pro dan kontra projek kontroversi itu, dan "bukan terlalu tergesa-gesa" dalam menerima pelaburan yang membawa risiko besar kepada rakyat dan alam sekitar.

Nota:

selalunya cakap cukong masin
bila cukong marah semua takut
bila cukong komen semua ikut
kuasa pada duit
yang berduit cukong

kita lihat kali ini
kalau gerombolan tak ikut cakap cukong
bermanaa pahang akan jatuh ke tangan pakatan

kalau pahang jatuh ke tangan pakatan
ini berita amat tak baik
kah kah kah

Raja Berooke Dah Bangun Melawan...!!


TIADA TEKANAN PEMIMPIN PERSEKUTUAN : TAIB - UM

KUCHING 5 April - Disebalik bahang pilihan raya semakin memuncak dengan kempen secara rasminya bermula esok, Abdul Taib Mahmud kekal tenang menyatakan beliau tidak berdepan sebarang tekanan dalam pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu berkata, sememangnya menjadi harapan BN Sarawak untuk meraih kemenangan besar dalam pilihan raya negeri dan pilihan raya negeri kali ini juga akan dihadapi seperti mana pada semua pilihan raya negeri sebelum ini.

"Tiada sebarang tekanan (daripada pemimpin-pemimpin Persekutuan). Kami sentiasa berusaha untuk memperoleh majoriti besar dalam pilihan raya. Tidak perlu tekanan untuk itu.

"Anda tidak desak orang untuk lakukan sesuatu yang mereka memang mahu lakukan,” katanya.

Nota:

raja berooke ini telah berjuang hebat untuk selamatkan diri
mat mongol dan malikul telah beri tekanan
agar berooke ini berhenti kerana jika dia
bertanding akan mebawa bala pada sarawak

raja berooke ini cukup cekap dia bersetuju untuk undur

bila mat mongol dan malikul naik kapal terbang
raja berooke buat kenyatan akan bubar adun serawak
kah kah kah

mat mongol tak dapat buat apa untuk balas balik
mat mongol kata akan ada beberapa nama untuk dicalonkan
ini untuk memastikan kaki ampooo raja berooke tidak ramai bertanding

sekarang perang suadara antara UMNO dengan dayak, iban dan bidayuh sedang berjalan
berjuta ringgit bertukar tangan

kalau sarawak tergelincir, akan ada perkembangan baru
mat mongol akan berfikir sekali lagi untuk buat pilihanraya di semenanjung

tak cukup dengan ini – kerajaan negeri pakatan
tak akan ambil pot dalam pilihanraya
semua ini membuatkan hati malikul sembab senang
perhatian dalam kes video porno malikul tak cakap apa apa
dia bersiul gembira kerana yang kena tibai ialah mat mongol
kah kah kah

kalau raja berooke tak melawan sudah pasti dia akan dijadikan contoh
SPRM akan mula buka fail macam kes toyo dan liong sik

mat mongol perlu satu lagi contoh
untuk membuktikan bahawa BN serious nak lawan rasuah dan penyalah
gunaan kuasa
kah kah kah

Meloya Sampai Termuntah...!!


DUA SMS UNTUK ZUNAR

Dua SMS dari staf Utusan yang saya terima - Zunar

1. SMS dari staf Utusan:"Saya dengan rasa rendah diri dan sedih memohon maaf kepada keluarga Anwar kerana turut terlibat dalam akhbar yang memfitnah DS Anwar. Minta sdr Zunar sampai mesej ini kepada Kak Wan dan Nurul Izzah

2. SATU lagi SMS staf Utusan:"Sejak 30 thn kerja dgn Utusan, hari ini merupakan paling memalukan bg aku. Utusan Jadi Utusan Porno

UTUSAN, KOSMO DAN TV3 MEDIA LUCAH - HD

Akhbar Utusan Malaysia, Kosmo dan TV3 akan diisytiharkan sebagai media lucah dalam satu program anjuran PAS Johor malam ini.

Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, majlis tersebut akan bermula jam 9.30 malam di markas PAS Taman Dahlia, Tampoi, Johor Bharu.

Kata beliau, semua pimpinan utama Pakatan Rakyat negeri Johor akan sama-sama dalam pengistiharan tersebut yang akan disusuli dengan pembakaran akhbar Utusan dan Kosmo sebagai protes dan mesej (bantahan) kepada media tersebut.

Katanya, tindakan itu merupakan bantahan terhadap loporan keterlaluan akhbar serta syarikat televisyen tersebut dalam melaporkan isu rakaman video seks yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Nota:

Kalau bersaing dengan akhbar lain
Tanpa sokongan UMNO/BN...akhbar ini dah lama bungkus...
kah kah kah

Senyum Petang Rabu...!!

Terkini & Terbaru....!!


WOIT !!! MATI LAGI

Seorang pegawai kastam mati jatuh dari tingkat tiga ketika disoal siasat oleh
SPRM.

Siasatan ini bersangkutan dengan berbilion ringgit duit cukai yang tidak dibayar.

Jangan lupa kepada kes Teoh Beng Hock. Teoh juga mati jatuh ketika disoal siasat.

Pada masa ini kes Teoh Beng Hock masih belum ditemui siapa yang bertanggung jawab
diatas kematian Teoh. Suruhanjaya Diraja sedang bersidang untuk menyelesaikan kes Teoh Beng Hock.

Nota:

Dah Jadi satu trend
siasat sampai mati
kah kah kah...!!!


PEGAWAI KASTAM DISIASAT MATI JATUH DARI BANGUNAN SPRM - MI

Seorang pegawai Kastam yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali.
Agensi itu akan mengadakan sidang media tengah hari ini.

Insiden terbaru ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai Kastam di seluruh negara