Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 24, 2010

Melayu Kini Berkerat Rotan Dengan UMNO/BN......!!!


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata orang Melayu tidak boleh lagi terus percaya Umno akan membela nasib mereka, setelah selama puluhan tahun rakyat melihat bagaimana sistem yang diwujudkan menuju kepada pengagihan hasil ekonomi negara kepada kelompok Umnoputra.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan ketidakadilan ini bukan sahaja dirasai oleh pelbagai kaum yang wujud dalam negara ini bahkan Umno-BN juga melakukan diskriminasi terhadap orang Melayu dan Bumiputera yang berlainan fahaman politik.
"Bukan itu sahaja, politik perkauman sempit dan laungan bersifat rasis kini telah menjadi bahan ugutan dan senjata untuk meraih sokongan oleh pimpinan BN dikala terdesak, seolah-olah rakyat dengan begitu senang boleh dipengaruhi pada zaman langit terbuka ini," tegas Abdul Hadi dalam blog rasminya Jumaat lalu.

Beliau berkata permasalahan yang dibangkitkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berbentuk resolusi daripada kongres ekonomi anjuran parti itu 14 Ogos lalu adalah satu lagi manifestasi kegagalan Barisan Nasional memahami kehendak keadilan yang perlu dilaksanakan terhadap rakyat pelbagai kaum dalam negara ini.

Keadaan ini, kata Abdul Hadi, bertambah rumit apabila MCA menjadi parti yang dianggotai oleh golongan elit dan kaya yang tidak membela nasib rakyat bawahan berketurunan Cina yang memerlukan.

Kegagalan ini juga turut dikongsi bersama oleh MIC.

Justeru itu beliau menyeru semua lapisan rakyat dalam negara ini bertenang dan menilai dengan adil usaha meniup api perkauman yang kini saban hari semakin menebal oleh pimpinan Umno-BN.

Abdul Hadi juga mengajak seluruh rakyat terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk lakukan perubahan dan keluar daripada politik songsang mainan Umno-BN.

"Dengan ini kita akan sama-sama meletakkan negara di landasan yang sepatutnya dalam menghadapi cabaran zaman yang mendatang, ke arah suasana yang lebih adil dan aman di Malaysia," ujar beliau lagi.

Nota :

Selamat Jalan Romeoku...UMNO...
Aku bencu..Aku benci...Pada mu...
Kah...Kah...Kah...!!!

Altantunya Kena C-4, Khairul Kena C-8


Kita pun masih tidak lupa bagaimana mayat Altantunya hancur berkecai dengan daging berterabur sehingga melekat keatas pokok. Misteri adegan wayang yang jelas disebalik mahkamah itu menyaksikan bagaimana bom C-4 dari pihak keselamatan Negara digunakan. Nampaknya sekali lagi pokok menjadi tempat tersangkutnya mayat seorang kanak-kanak Tadika berusia 6 tahun dari Chabang Tiga, Kuala Terengganu akibat angkara stor simpanan bunga api dan mercun meletup.

Apa nak jadi Terengganu ku!. Zaman Mat Said ni selalu timbul isu dan berita sensasi. Selepas isu Tok Mek Wook, isu simbah asid dan kini di bulan Ramadhan yang sepatutnya hening ini menyaksikan kanak-kanak pula meninggal dalam keadaan menyayat hati. Mangsa yang maut Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Taman didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin di sini, dikatakan tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok yang berhampiran dengan rumah itu akibat letupan kuat tersebut kira-kira pukul 12.30 tengahari. Seorang saksi Nor Shafli Azhar, 36, berkata mayat Khairul Arif yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, tersangkut di atas pokok berdekatan telah diturunkan oleh orang ramai sebelum membawanya ke hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

"Apabila sampai saya mendapati rumah berkenaan rosak teruk dengan sebahagian dinding rumah tercabut dan berandanya runtuh. Dua orang lelaki turut terbaring di luar rumah dalam keadaan cedera parah, kaki seorang lelaki hampir hancur, selain mengalami kecederaan di bahagian badan manakala seorang lagi mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Shukri Dahlan yang turut melawat tempat kejadian, mengarahkan satu siasatan terperinci dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kejadian selain jenis bahan letupan dan individu yang terlibat.

"Kita akan meminta bantuan Unit Forensik dan Unit Bom dari Kuala Lumpur untuk membantu menyiasat dalam kes ini," katanya. Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Lepas isu C-4 kini Seksyen-8. Tapi mungkin kerana tidak terlibat dengan ahli politik atau orang berkuasa, rasanya tanpa gangguan dan gangguan tangan ghaib, pihak polis Malaysia amat cekap sekali menyelesaikan kes seperti ini. Tidak berbelit-belit dan akan segera tertangkap mereka yang terlibat. Apatah lagi unit bom dari KL memberi bantuan. Kita mengharapkan pihak terlibat dapat dikenakan tindakan tegas dan sewajarnya memandangkan seorang kanak-kanak yang tidak berdosa telah menjadi mangsa dibulan ramadhan yang mulia ini akibat terlibat dengan benda-benda yang terlarang.

Nota :

Apapun buat rakyat Malaysia seolah dah jadi trauma. Teringat-ingat apabila setiap kali timbulnya berita yang melibatkan bahan letupan. Rakyat tak akan tutup file isu keadilan buat Altantunya. Ia sentiasa menjadi ingatan. Apatah lagi setiap kes yang melibatkan bom dan kecederaan. maka rakyat akan teringat dengan Altantunya. Teringat dengan C-4

Merdeka Kah Kita...???


"Lagi satu minggu lebih kurang, kita semua akan menyambut hari kemedekaan. Tahun ini sambutan adalah yang ke-53 tahun, nak kata tua sangat pun tidak, muda pun tidak!. Sepatutnya kita sambut merdeka tahun ini dengan penuh semangat dan cukup seronok.....tetapi

lima abad selepas merdeka, kita masih lagi di-persimpangan, banyak benda dan isu-isu yang semasa zaman Tun Mahathir perintah dulu, gurkah-gurkah politik di'port' kata dah selesai, tetapi pada hari ini telah di 'keronyeh' atau di-cacamerbakan semula oleh ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin dari umno/BN yang sudah mainkan macam-macam isu yang pada pandangan gurkah-gurkah politik di'port' boleh mengancam perpaduan dan boleh pecahbelahkan kita semua selepas umno/BN di-tolak rakyat.

Yang pasti, bila sudah jadi kacau bilau akibat isu-isu yang dimainkan, segala 'taik-taik' itu akan di-letakkan di-atas kepala Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpin mereka ... pundek betoiii..!!!.

Ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin PR pula, bukan sahaja bercakap tetapi mereka juga mendengar. Bukan macam ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin dari umno/BN yang hanya tau bercakap, pok..pek..pok..pek.. tapi satu habuk pun tarak !, tapi bila rakyat pula suruh mereka dengar rakyat nak bercakap, mereka buat-buat pekak, mereka tutup telinga tak dengar dan tak mau dengar.

Apa-apa juga 'approach' yang cuba di-bawa oleh ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin dari PR demi kebaikan, kesejahteraan dan keharmonian rakyat akan di-'hijack' oleh 'puki-mak' punya ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin umno/BN ini.

PR ada ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin yang yang boleh bercakap untuk semua rakyat tak kira bangsa, agama dan warna kulit, itu yang membuatkan umno/BN jadi takut !.

PR ada ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin yang boleh berfikir dan boleh cari jalan macam mana nak 'formulate'kan, bagaimana mahu membesarkan lagi 'kek-kek ekonomi' untuk dipotong-potong, dibahagi-bahagikan dan diagih-agihkan kepada rakyat jelata semua peringkat, sama rata dengan mengekalkan 30% ekuiti dan hak-hak keistimewaan orang-orang melayu, disamping mengembirakan bangsa-bangsa lain. Itu yang buatkan umno/BN ni jadi seram sejuk !

PR ada ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin yang berani untuk bercakap tentang kelemahan-kelemahan ekonomi kita yang telah membuatkan FDI menjunam, yang membuatkan pelabur-pelabur luar nampak negara-negara lain lebih menarik untuk mereka pergi daripada datang ke-sini.

Ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin dari PR yang pakar dalam bidang ekonomi boleh 'point out' apa yang tak kena dengan sistem ekonomi kita sekarang ini. Mereka boleh lakukan lagi baik ! demi kemakmuran rakyat dan demi untuk Malaysia. Itu yang buat ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin umno/BN 'kecut teloq'! sebab ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin umno/BN ini pula kalau bercakap bab ekonomi, ayat dan skrip paling popular yang mereka tahu hanyalah ..." kita lebih baik dari Myanmar, kita lebih baik dari Laos, kita lebih bagus dari Timor Leste..." ..... kongkek betoiii...!!

Nota :

Yang pasti, untuk menjadikan Malaysia Baru yang lebih baik, ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin PR hendaklah bersiap sedia dari sekarang untuk merealisasikan impian dan harapan rakyat...........

Sembahyang Hajat Untuk Kamalanathan Macam Mana...???


Pasukan khas siasat isu khutbah ditubuh -MKini

Kongsi 0Polis Pulau Pinang telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat isu kejadian khatib yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri Lim Guan Eng, dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Ketua Polis negeri Datuk Ayub Yaakob berkata polis negeri telah menerima dua laporan mengenai isu itu - satu di Balai Polis Butterworth dan satu lagi di Balai Polis Tasek Gelugor dalam daerah Seberang Perai Utara.

"Satu pasukan khas polis telah ditubuhkan bagi menyiasat kejadian tersebut dan sehingga kini 15 orang saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata polis menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 4 A, Akta Hasutan 1984 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua- duanya jika sabit kesalahan.

Nota :

Betullah Ustaz Idris Ahmad kata UMNO memang tiada Otak...
Ini semua menampakkan bahawa UMNO kini dah nazak...
Apa salah kalau khatib doakan agar Guan Eng di buka hati untuk peluk Islam...!!!
Apa hukumnya bila UMNO bersembahyang hajat supaya calon kafir BN menang pilihanraya...!!!
Kesalahan UMNO ini seksyen yang ke berapa...???
Itulah sebabnya UMNO ni memang spesis yang amat jahat...
Tiada sebab untuk kita sokong UMNO lagi...
Tepuk dada tanya iman...!!!

UMNO/BN Kini Selok Kera.....!!!


DODOL SATU MALAYSIA - MStar

Penduduk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Dahlia, Seremban menggunakan kesempatan bulan Merdeka dan Ramadan dengan menganjurkan program Semarak Merdeka dengan moto "Moh Kito Mengacau Dodol Perpaduan' di taman itu.

Sebanyak 22 kawah dodol dimasak melibatkan hampir 300 penduduk berbilang bangsa dari 14 KRT sekitar zon Paroi termasuk KRT Taman Kobena, Taman Guru, Taman Exora dan Taman Kemuning.

Nota:

Apa terjadi dengan Wawasan 2020...??
Apa terjadi dengan Islam Hadari....??
Apa terjadi Cermerlang Gemilang Temberang...??
Apa terjadi dengan Bersih Cekap Amanah...??

1 Malaysia Rakyat Di Dungukan...Duit Di Utamakan...!!!
Kah....Kah....Kah....!!!