Feb 8, 2011
Rakyat Mesir Pilih Untuk Teruskan Protes.....!!
Penunjuk perasaan terus duduk di Dataran Tahrir Kaherah untuk hari ke-14 berturut-turut dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda walaupun perbincangan antara kumpulan pembangkang dan kerajaan Mesir yang berlangsung semalam.
Mereka yang terus mendesak supaya Hosni Mubarak berundur, masih berkhemah di dataran tersebut pada hari Isnin 7 Februari.
Sementara itu, kehidupan dikawasan lain, di luar Kaherah mulai kembali normal selepas dua minggu berlangsung kekacauan.
Al-Jazeera melaporkan, lalu lintas di jalan-jalan utama semakin meningkat, manakala peniaga mula membuka kembali premis mereka.
Namun kereta-kereta kebal terus mundar mandir, menjaga bangunan-bangunan kerajaan, kedutaan dan agensi penting lain di bandaraya tersebut.
Perintah berkurung yang diabaikan oleh sebahagian besar rakyat Mesir telah disingkatkan dari jam 8 malam hingga 6 pagi.
Dalam pada itu, Hosni Mubarak dilaporkan mengadakan mesyuarat kabinet pertamanya, sejak rusuhan bermula pada tarikh 25 Januari.
Kerajaan cuba mempertontonkan bahawa kestabilan dan keamanan telah kembali ke bumi Mesir, sedang para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir masih tidak yakin.
"Perkataan ''Kestabilan' adalah kata-kata yang digunakan rejim sepanjang waktu - tapi ... apa makna kestabilan tanpa kebebasan?" kata Dr Sally Moore, seorang wakil dari Kempen Popular Menyokong ElBaradei, salah satu daripada enam kumpulan yang menubuhkan pakatan "Pemuda Revolusi Mesir"
"Kami (akan) berada (di sini) untuk jangka masa yang panjang. Rejim ini cuba untuk mempermainkan (melaga-lagakan) kami dengan mereka (yang berdemo) di Dataran Tahrir, tapi kami selalu mengingatkan mereka (rejim), mereka (di Dataran Tahrir) adalah orang-orang kami, keluarga kami....,,,, Kami bercakap soal kebebasan ... tentang hak hilang selama 30 tahun, ... tentang penyeksaan ... dan saya fikir rakyat inginkan perubahan radikal, bukan hanya reformasi kecil. "
Suasana Dataran tegang
Sementara itu, dilaporkan dari Dataran Tahrir, hubungan antara para penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan telah berubah menjadi kembali tegang.
Pada malam Ahad, pasukan keselamatan yang ditempatkan berhampiran Muzium Mesir telah melepaskan beberapa das tembakan.
Ketegangan juga meningkat ketika tentera berusaha cuba memasang pagar kawat berduri dan dibantah oleh para pengunjuk perasaan.
Beberapa orang telah ditahan kerana tidak mahu bergerak apabila tentera memasang kawat tersebut.
Mesir telah megalami pergolakan sejak 25 Januari lalu apabila para pengunjuk rasa turun ke jalan raya mendesak pengunduran Hosni Mubarak.
Perbincangan diantara Omar Suleiman, yang baru dilantik sebagai wakil presiden, dengan enam kumpulan pembangkang, termasuk Ikhwanul Muslimin, dalam usaha untuk menamatkan krisis telah menemui kegagalan.
Jangan Lupa Jumaat Ini - HIMPIT 2011.....!!
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu akan mengadakan program tahunannya Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) pada 11 Februari 2011 ini bertempat di Padang Bola Pekan Batu Enam.
Himpunan kali ini sangat berlainan daripada yang diadakan pada sesi-sesi lalu kerana ia bertemakan MASA UNTUK BERUBAH, PAS GANTI UMNO.
DPPNT menyambut dengan penuh semangat program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu pada 15 Januari 2011 yang lalu di Dataran Tok Guru Geliga Kemaman.
Berdasarkan kepada penyertaan pemuda yang sangat memberangsangkan di program tersebut, kami yakin akan dapat menghimpunkan seramai 11 ribu pemuda pada 11 Februari ini.
Program Himpunan kali ini juga berbeza dengan yang lepas kerana ia cuma memakan masa sehari suntuk, berbanding HIMPIT tahun-tahun sudah yang memerlukan peserta bermalam di tapak program.
Program akan bermula seawal 8 pagi dengan pendaftaran peserta di tapak program, kemudian akan dimulakan dengan Motivasi Jihad pada jam 9 pagi yang bakal disampaikan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hasan sudah menyatakan kesanggupan untuk menghadirkan diri ke program tersebut dan akan memberi amanat kepada pemuda pada jam kira-kira 10.30 pagi.
Lebih menarik lagi, Dato’ Seri Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga akan bersama-sama dengan pemuda pada pagi hari tersebut, dan akan menyampaikan amanat beliau kira-kira jam 11.30 pagi.
Pada sebelah petang pula, seawal jam 3 petang, pemuda akan dihidangkan dengan ucapan-ucapan beberapa tokoh pemuda dari pelbagai jurusan kehidupan, termasuklah selingan lagu-lagu persembahan bekas pemain gitar kumpulan Visa, Ustaz Zul.
Kemuncak program siang hari ialah Sembang Pemuda Bersama Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus, seorang penceramah bebas yang tidak asing lagi, sekitar jam 4 petang.
Program akan berakhir pada malamnya dengan Ceramah Perdana oleh Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohamad Sabu, dan juga Tuan Haji Salleh Embong, bekas ahli Umno yang akan membongkarkan kezaliman Umno dalam isu pengambilan tanah di Kampung Banggol Donas.
Seperti biasa, kami akan sediakan kaunter-kaunter pendaftaran ahli Pas, daftar pemilih, dan keahlian Alternatif Riding Club (ARC).
MURNIKAN PERJUANGAN, MAKNAKAN KEMENANGAN
ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS
Setiausaha DPPNT..
PAS Wakili PR Di DUN Merlimau....!!
KUALA TERENGGANU - PAS akan menentukan calonnya pada 13 Februari ini, bagi mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan negeri (DUN) Merlimau , Melaka, 6 Mac depan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata demikian ketika mengulas keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP petang semalam, Isnin, 7 Februari.
Ketika mengumumkan keputusan sebulat suara Pakatan Rakyat itu, Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim menafikan khabar angin bahawa Pakatan akan meletakkan sebarang calon sebagaimana dihebohkan sesetengah media.
"Tentang Merlimau kami setuju sebulat suara untuk sokong calon PAS dan seluruh jentera Pakatan Rakyat akan membantu.
“Kami telah bincang dan bersetuju menyokong calon PAS sebagai wakil Pakatan,” kata Anwar.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang hadir bersama dalam sidang media itu meminta supaya seluruh jentera Pakatan Rakyat khususnya PAS, dikerahkan untuk berkempen.
Sehubungan itu, jentera PAS negeri Terengganu sudah bersedia dan akan bergerak pada bila-bila masa sekiranya diarahkan oleh pihak PAS Pusat.
BN memang Suka Menipu..!!
Jumpa Najib: Sesetengah ADUN BN menipu-MK
Beberapa ADUN BN dilaporkan berbohong tentang diri mereka sendiri ketika pertemuan hati ke hati mereka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib di Miri, minggu lalu.
ADUN BN, Dr Jerip Susil dan Daud Abdul Rahman mengesahkan sesetengah rakan mereka berbohong.
Dr Jerip, seorang pengamal perubatan berkata perdana menteri kelihatan marah apabila mendapati sesetengan ADUN tidak memberikan cerita yang sebenar mengenai kawasan mereka.
"Beliau memiliki semua maklumat yang tercatat dalam buku nota bagi setiap ADUN yang diperolehi dari BN.
"Maklumat ini dikumpul oleh Cawangan Khas, Jabatan Penerangan dan agensi-agensi yang berkaitan berhubung setiap ADUN.
"Walaupun kami bertemu satu dengan satu dengan perdana menteri, tetapi mereka yang menunggu di luar boleh mendengar perbualan yang berlangsung.
"Saya terdengar ada yang cuba untuk mengatakan sesuatu, tetapi Najib yang menyelak halaman buku notanya dan bertanya 'awak pasti?'dengan suara yang jelas," kata Dr Jerip, yang juga ADUN Bengoh.
Beliau memberikan contoh, apabila perdana menteri bertanyakan tentang demografi penduduk, beberapa ADUN jelas tidak dapat memberikan jawapan dan cuba menukar tajuk.
"Perdana Menteri tidak senang dengan jawapan seperti itu," katanya.
Menurutnya, perdana menteri dilaporkan berkata pengetahuan mengenai demografi penduduk adalah penting bagi menentukan pola pengundian sesuatu kawasan dan masyarakat.
Dr Jerip berkata dia tidak menghadapi masalah pada sesinya dengan Najib.
Daud, yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan penolong menteri di pejabat ketua menteri berkata sesetengah ADUN menaanggap diri mereka sebagai luar biasa kemampuan mereka.
Menurut Daud, tidak ada gunanya berbohong atau terlalu memuji diri mereka sendiri di hadapan perdana menteri kerana Najib tahu perkara yang sebenarnya.
"Apabila mereka terlalu memuji diri sendiri, perdana menteri terus menegur mereka. Najib tidak menyembunyikan rasa tidak senangnya pada ADUN seperti itu, "katanya yang juga ADUN Tupong.
Lagi Isu Debat Tok Guru Nik Aziz....!!
Nik Aziz nafi mahu debat dengan Majlis Fatwa-MK
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan yang beliau mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung beberapa kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah.
Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu berkata yang beliau hanya bersedia berdebat dengan pihak yang lain tetapi bukan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.
"Cerita nak debat dengan Majlis Fatwa ini saya tak tahu daripada mana punca keluar (berita) macam ini. Boleh jadi ada orang nak tumpang semangkuk nak naik nama dia.
"Tapi saya sendiri langsung tidak timbul nak debat dengan Majlis Fatwa. Saya kata kalau saya (hanya) nak debat dengan sesiapa tetapi bukan dengan Majlis Fatwa," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.
Beberapa hari lalu akhbar tempatan melaporkan kesediaan Nik Aziz untuk berdebat dengan mana-mana pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan umat Islam di negara ini.
Pada Jumaat lalu, beliau dilaporkan berkata tiada masalah sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam, malah beliau juga bersedia berdialog dengan majlis itu bagi menjelaskan pendiriannya.
Dua hari selepas itu pula, Nik Aziz dilaporkan meletakkan syarat supaya debat antara beliau dan Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa perlu dilakukan secara terbuka bagi memastikan semua pihak dapat menilai perjalanan debat dan tidak dimanipulasi.
Sebelum ini, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan, Prof Madya Mohd Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
Beliau turut mencabar Nik Aziz untuk berdebat bagi mencari kebenaran namun ditolak pemimpin PAS itu yang mahukan debat itu dilakukan dengan mereka yang mempunyai kuasa sahaja dan bukan dengan Mohd Noor.- Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)