Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 12, 2010

Dulu SUARA...Kini WARTA KEADILAN...!!!


Nota :

Dapatkan akhbar Warta KEADILAN yang sedang hangat dalam pasaran sekarang....
Cari dan cari sampai dapat...
Kalau kedai itu tak ada WK..minta tuan kedai talipon dan tanya PKR...
Kalau kedai itu jual basikal...minta tuan kedai tolong jual WK...
Katakan padanya naik basikal sambil baca WK adalah perkara yang paling coool...
Kah....Kah...Kah...

Maybank2u Di Israel...??


"Dalam beberapa siri pendedahan mangsa penggodam, penulis telah beberapa kali mengingatkan wab master supaya berfikir seperti penggodam. Kerana penggodam akan melakukan pelbagai cara untuk mencapai matlamat mereka untuk menggodam laman mangsa. Dengan hanya sedikit kesilapan pada coding mereka dengan pantas boleh melakukan sql injection dan mengisi server mangsa dengan bermacam-macam masalah.

Tidak cukup dengan menggodam, mereka juga melakukan spam. Email penulis sendiri boleh dikatakan setiap hari menerima spam yang meminta supaya pengguna mengemaskini maklumat perbankan internet mereka. Kadang-kadang url yang digunakan juga tidak masuk akal. Sebagai contoh url berikut:http://israeligasmasks.com/includes/languages/secure_data/ yang cuba memperdaya pemilik akaun maybank2u.


Nota :

Persoalannya, mengapa penggodam masih juga menggunakan url yang nampak seperti melucukan ini..? Pada hakikatnya dunia diluar ini lebih melucukan lagi daripada dunia maya...Ini kerana masih ada mangsa terpedaya dengan mengisi user login dan password. Malah turut mengisi tag dalam ruang yang disediakan. Walaupun pada sebilangan kita perkara ini tampak remeh, tetapi pada sebilangan yang lain, mereka masih perlukan amaran dan peringatan sebegini.

Malang Sungguh Nasib Menantu First Lady....!!!


BBC dakwa Fazley ada ijazah palsu-Kosmo

KAMPUS University of Wales di Cardiff yang didakwa menggantung hubungan dengan Kolej Antarabangsa Fazley.

LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.

Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.

BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.

Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu. -kosmo

Nota :

Dari dulu aku dah cakap...
Tapi kau memang seorang anak yang degil...
Pemuzik mana mungkin ada pelajaran sampai Phd...
Dari dulu aku dah agak Phd nya itu adalah palsu....
Dan aku memang tak suka bermenantukan seorang pemuzik....
Kah...Kah...Kah....

Ini Fatwa Kerajaan Atau Fatwa Swasta..??

CADANGAN FATWA HARAM JUAL TANAH MELAYU PULAU PINANG -UM

Para ulama di negara ini disaran bermuzakarah untuk mengeluarkan fatwa melarang tanah milik orang Melayu di negeri ini dijual kepada bukan Islam.

Ia bertujuan membendung masyarakat itu daripada terus terpinggir akibat pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan yang semakin rancak berlaku dewasa ini.

Cadangan itu dilontarkan oleh seorang peserta forum 'Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaiannya?' dalam sesi soal jawab dengan ahli panel, di sini malam tadi.

Peserta berkenaan mengambil contoh di Palestin, ulama-ulamanya pernah mengeluarkan fatwa bahawa haram hukumnya menjual tanah orang Palestin atau menjadi orang tengah dalam urusan penjualan itu dalam apa bentuk sekalipun.

Salah seorang ahli panel forum anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang itu, Mohd. Azmi Abdul Hamid ketika mengulas cadangan peserta itu berkata, ia tidak seharusnya dipandang ringan berikutan kedudukan tanah milik orang Melayu di Pulau Pinang boleh dianggap kritikal.

Ahli-ahli panel lain ialah Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Nota:

Ini baru di namakan Fatwa...berani..Betul & kena pada Tempatnya....

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

SPRM Adalah Parti Komponen BN....!!!


PAS Harap SPRM Berani tangkap 'Jerung' - HD

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Rakyat sekali lagi sedang memerhati apakah akan ada sebarang tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pesalah 'jerung' seperti yang didedahkan Ketua Audit Negara dalam laporan audit 2009 baru-baru ini.

Bagi PAS, mereka mahu SPRM berani berani bertindak khususnya terhadap 15 kes penyelewengan termasuk di Kementerian Pertahanan yang melibatkan sejumlah RM310,000 wang rakyat digunakan untuk persiapan bilik VVIP.

Ianya termasuk kos set lampu (chandelier) RM10 000, home theatre RM12,000, kertas dinding (wallpaper) RM95,800 dan set sofa RM13,000.

"Setiap kali laporan audit dikeluarkan menyebabkan rakyat yang prihatin sesak dada kerana memikirkan bagaimana wang negara dibelanjakan semacam harta emak bapa mereka, tanpa memikirkan rakyat yang masih ramai menderita.

"Kita tentu masih ingat bagaimana Pendedahan yang dipetik dari Laporan Ketua Audit Negara 2006 tentang perbedaan ketara harga pasaran dengan harga yang dibayar untuk beberapa peralatan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.

Tambahnya, ramai terkejut bagaimana harga set screw driver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital kodak melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik RM42.80 (harga pasaran RM5.20), set tea 6 kerusi RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).

Lebih menarik lagi katanya apabila pihak audit tahun 2006 tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan 6 buah kapal peronda (Petrol Vessel – PV) Tentera Laut Diraja Malaysia yang berjumlah RM943.46 juta kepada kontraktor bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan yang berkenaan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan.

"Kos membina 6 buah PV ini ialah RM5.35 bilion. Baucer yang hilang bukan bernilai RM10, tetapi hampir RM1 bilion. Jika pegawai kerajaan yang buat tuntutan tol sebanyak RM 3 pun perlukan dokumen, tiba-tiba wang rakyat sebanyak RM 1 bilion diberi kepada kontraktor tanpa dokumen. Apa sudah jadi dengan negara kita?," soalnya.

"Apa makna laporan audit yang saban tahun melaporkan cukup baik, malangnya yang memimpin negara tidak sensitif untuk memperbaiki penyelewengan," tambahnya lagi.

Pada laporan audit negara 2008 juga melaporkan berlaku ketirisan sebanyak RM 28 bilion.

Sehubungan itu, PAS tegasnya mengharapkan SPRM bertegas dan mengheret mereka yang bertanggungjawab atas kewangan awam mesti ke muka pengadilan, termasuklah jerung yang bertaraf menteri.

Nota :

Mana mungkin SPRM berani tangkap sesama parti komponen....
SPRM di tubuhkan untuk pantau pembangkang....
Kalau BN...sorry...SPRM tak cukup kakitangan...
walau ada fakta lengkap pemimpin BN terlibat salah laku rasuah...
Kalau pembangkang....tak payah fakta..cukup dengan hanya sekeping surat layang...
Maka lari bertempiaran pegawai SPRM pergi menyiasat....
Apa cerita kes Rafidah Aziz...dah selesai ke..??
Apa jadi dengan kes Rahim Thamby Chik...dah dakwa ke...??
Itulah sebab...SPRM hanya layak di panggil sebagai "Lembu" saja...
Kah...Kah...Kah....!!!

Pemimpin Rompak Duit Negara....Rakyat Curi Tabung Masjid...!!!


Curi duit tabung masjid untuk beli susu anak di Johor-TKO

"Seorang bapa juga suami berumur 39 tahun dari FELDA Aping Barat, Johor yang terdesak telah dikatakan mencuri duit tabung masjid di Kota Tinggi hanya semata-mata untuk membeli susu anak telah ditangkap oleh jemaah masjid.

Menurut pihak polis bapa tadi tidak pernah mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini dan tiada rekod menagih dadah.

Kalau benarlah cerita ini, ianya sungguh menyedihkan. Mana pergi wang zakat ? Felda bankrap ke tidak ?

Berita ini adalah dari laporan akhbar New Straits Times 11 Nov 2010

Nota :

Negara sedang menunuu ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi...
Berapa tinggi..?? Tak tahu lagi...!!!
Kalau macam ni macam mana nak tinggi...??
Nak beli susu pun terpaksa mencuri...
Berlaku pulak di negeri kelahiran UMNO...
Malah terjadi pada rakyat dinegeri yang paling kuat UMNO di dunia...
Memang tak salah kalau kita kata " Pergi Jahanamlah Dengan UMNO...!!
Ohhh...Baru rasa lega sikit selsema....
Kah...Kah...Kah....!!!

Presiden PAS : Tahniah Kepada Yang Berjaya....!!!

Marang, 12 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010.

“Jadikan kecemerlangan tersebut sebagai panduan untuk mencari keredhaan Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang dalam laman twitter.

Keputusan UPSR 2010 adalah terbaik dalam sejarah iaitu pertama kali melebihi 10 peratus apabila 48,327 calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Semasa mengumumkan keputusan itu, semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, berkata calon memperoleh keputusan semua A meningkat kepada 10.02 peratus berbanding 9.51 peratus tahun lalu.

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu turut mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Walau bagaimana pun kepada pelajar yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang dinasihatkan tidak berputus asa dan terus berusaha lagi untuk masa hadapan disamping sentiasa berdoa kepada Allah Taala untuk kejayaan yang akan datang dalam PMR dan SPM.

Cabaran Fardhu Haji Bermula...!!!


MAKKAH – Keadaan penuh sesak Masjid al-Haram di sini akan menjadi lengang selama 5 hari apabila seluruh jamaah akan meninggalkan Makkah menuju Arafah.

Seramai 34,000 jamaah haji Malaysia akan bergabung membentuk himpunan terbesar umat Islam sedunia di Padang Arafah pada 14 November, bersamaan 8 Zulhijjah.

Kira-kira 4 juta umat Islam dari lapan benua akan berhimpun di padang yang bersejarah itu menjelang waktu maghrib hari Ahad tersebut.

Perjalanan ‘Manasik Haji’ secara berperingkat dengan menaiki bas sejauh kira-kira 20 km, merupakan cabaran terakhir bagi musim haji 1431H.

Menurut Penyelia khidmat Haji swasta, Haji Razali Md Yunos, para jamaah akan bertolak pula ke Mina pada hari raya Eidul Adha, selepas ‘mabit’ di Muzdalifah.

Menurutnya, para Hujjaj akan berhimpun dan berkhemah di Mina pada hari-hariTasyrik, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

“Semua sekali (termasuk swasta dan) Tabung Haji lebih kurang 30,000 orang, (akan bertolak ke Arafah) pada 8 Zulhijjah,

“(beberapa kesukaran akan dihadapi oleh jamaah Haji) tetapi kesukaran itu boleh kita ‘minima’kan kerana ia bergantung kepada arahan daripada ‘Muassasah’,”ujarnya ketika ditemui disni.

Katanya, antara kesukaran yang mungkin dihadapi adalah risiko ‘banjir’ yang melanda sekiranya hujan turun dalam waktu ‘perkhemahan’ di Mina, sebagaimana yang berlaku pada tahun lalu.

Selain itu, menurutnya, situasi ‘sukar’ juga akan dihadapi, sekiranya berlaku sebarang kemalangan, samada semasa perjalanan atau di tapak perkehemahan di Mina.

Oleh itu, beliau menasihati semua jamaah agar supaya berhati-hati dan betrsabar dalam menempuhi perjalanan terakhir ‘kerja haji’ tersebut.

Nota :

Harapan agar semoga jemaah haji supaya bersabar (menghadapi ujian), (kita berdoa) semoga Allah memberikan kita kemudahan, (dan) ketenangan,

Ssemoga apa yang kita hajatkan di makbulkan, InsyaAllah dan semua orang (para Hujjaj) dikurniakan Haji yang mabrur, InsyaAllah.....