Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 3, 2011

Kenyataan Rasmi...!!


Jika Benar Osama Mati, Saya Doakan Keampunan Untuknya - HD

KUALA LUMPUR, 3 Mei: “Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dalam satu kenyataan.

Tambahnya, itulah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

Menurutnya, sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

Anwar Ibrahim Di Terengganu....Hadir Beramai-Ramai...!!

6 Mei 2011 (Jumaat)

Program 1) 5.00 - 6.30 ptg

- Rapatsetia Pimpinan KeADILan Terengganu Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim

Lokasi: Gem Beach Resort, Batu Rakit


Program 2) 7.00 – 8.30 Mlm

- Solat Magrib Dan Hajat Rakyat Terengganu Untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim

(Imam – Ustaz Zainal Abidin Ahmad – Mantan Timb Mufti Negeri Terengganu)

- Tazkirah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Untuk Rakyat Terengganu

Lokasi: Surau Kampong Tanjung, Batu Rakit (Tapak Ijtima’ PAS 2010)


Program 3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1

Lokasi : Perkarangan Madrasah Darul Iman, Kedai Buloh, Bukit Payung

Penceramah:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Azan Ismail
4. YBhg Abu Bakar Chik
5. YBhg Abd Rahman Yusof

Program 4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 2

Lokasi : Tanjung , Bandar Kuala Terengganu (Belakang Astaka)

Penceramah:

1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Azan Ismail
4. YB Wahid Endut
5. YBhg Fariz Musa

Tun Cina Tipu Tun India....!!


TUN LING DERITA KERANA BICARA KES PKFZ ASYIK DITANGGUH - MI

Tun Dr Ling Liong Sik yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) hari ini secara terbuka berkata tidak harus ada sebarang kelewatan dalam perbicaraan sehingga menyebabkan tertuduh ‘menderita’.

Justeru, bekas menteri pengangkutan ini menuding jari ke arah Jabatan Peguam Negara atas penagguhan terbaru kes beliau sehingga awal Ogos ini.

Dr Ling, 67, bekas presiden MCA mendakwa ketidakcekapan agensi itu tidak sewajarnya menyebabkan pihak lain menderita.

“Anda tidak boleh membiarkan seseorang itu menderita hanya disebabkan anda tidak cekap,” kata Dr Ling kepada pemberita di pekarangan mahkamah hari ini.

Nota:

semua ini adalah rancangan yang teratur
untuk mengolah persetujuan oarang ramai

tak percaya tunggu dan lihat
kah kah kah

Satu Lagi Projek Nak Tipu Rakyat....!!

Akhirnya Mati Ibrahim Ali lah Jawabnya...!!

MAHKAMAH KORONER BUAT PEGHAKIMAN TERBUKA KES RAMLI - UM

TUMPAT 2 Mei - Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan, kematian pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad yang ditembak pada 19 Mei 2010 sebagai penghakiman terbuka kerana tidak ada keterangan mencukupi untuk menunjukkan kematiannya disebabkan faktor selain tembakan.

Dalam keputusannya, Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat yang mendengar inkues itu mulai 10 Januari lalu juga berkata, tidak ada bukti untuk menentukan siapa pelaku yang menyebabkan kematian mangsa.

"Berdasarkan keterangan saksi dan pemerhatian, saya mendapati kes inkues ini adalah satu kes `open verdic' (penghakiman terbuka) di mana ianya berlaku apabila keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan,'' katanya.
-------------------------------------------------------
woit…SATU LAGI KES MATI IBRAHIM ALI….

kah kah kah..INI BELUM LAGI KES SARBANI….

kah kah kah…INI BELUM LAGI KES AMINULRASHYID….

kah kah kah… INI BELUM LAGI KES KUGAN….

kah kah kah…INI BELUM LAGI KES TEOH BENG HOCK…

kah kah kah…DIA MATI TAPI BUKAN BUNUH DIRI... TAPI MATI….

kah kah kah..AIMAN TAK KISAH...TAK TAHU MACAM MANA MATI...TAPI MATI...HABIS SEMUA MATI IBRAHIM ALI….

Kita Tungguuuu.....!!


ESKAY JANJI PENDEDAHAN BARU - UM

Masa depan politik Anwar Ibrahim dijangka bertambah kelam, kerana satu lagi pendedahan menggemparkan negara akan dilakukan bekas rakan baiknya, Shazryl Eskay Abdullah, minggu depan.

Menurut Shazryl Eskay, pendedahan itu kelak, mempunyai implikasi yang jauh lebih besar berbanding rakaman video seks yang wajah pelakunya mirip Anwar kerana ia dikatakan melibatkan soal negara.

“Apa yang saya boleh beritahu ia pendedahan yang cukup besar. Implikasinya jauh lebih besar berbanding rakaman video seks Anwar. Perkara ini melibatkan kepentingan negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Nota :

sila teka pendedahan baru:

1 – anwar entot antantuya – lee kuan yew ada gambar
2 – lee kuan yew pegang telor anwar
3 – anwar terpaksa beri tanah ktm pada lee kuan yew

atau

1 – anwar kena serkup oleh jabatan agama negeri sembilan di portdickson
2 – anwar buat janji dengan mb negeri sembilan

atau

1 - datuk eskay ada gambar sarimah? kah kah kah

nota:
sapa sarimah?
apa hal dengan sarimah? kah kah kah

Malaysia Negaraku....!!


PENYALAHGUNAAN INSTITUSI POLIS DAN PENDIDIKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK UMNO

Minggu lepas YB Nurul Izzah Anwar dan YB Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan tentang peranan seorang pegawai polis kanan yang mendalangi agenda fitnah UMNO terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cuba menghasut warga pendidik atas nama seminar keselamatan negara.

Pegawai yang dimaksudkan ialah Senior Asisten Komisioner (SAC) 1 Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Ismail, Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas dari Bukit Aman. Saya lampirkan gambar yang diambil daripada sebuah program di Sabah.

Salinan aturcara program yang dimaksudkan dan dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Bachok, Kelantan ini di atas tajuk ‘Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Masa Kini’ dan dilancarkan oleh YB Dato’ Dr. Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia turut dilampirkan.

Jawatankuasa Induk Pengelola melibatkan pihak Polis DiRaja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Pelajaran Daerah Bachok.

Saya dimaklumkan 4 siri seminar ini dijalankan dengan membabitkan lebih 2000 pengetua dan guru-guru dari seluruh Kelantan. Setiap sekolah diwajibkan menghantar pengetua dan 8 orang guru.

Pembentangan Abdul Rahman Ismail bukan tertumpu kepada isu keselamatan negara sebaliknya menjadi ejen agenda fitnah UMNO dengan mengupas isu-isu seks dan lucah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga tragedi berdarah Memali.

Abdul Rahman Ismail telah menghukum Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah sebagai peliwat dan juga pelanggan pelacur.

Mengapa seorang pegawai kanan polis terlibat menyampaikan ceramah politik yang mengulangi propaganda murahan UMNO Barisan Nasional?

Bagaimanakah pihak polis dapat menjalankan siasatan yang telus dan professional dalam isu fitnah 2, video seks dan kes Altantuya jika pegawai tertinggi PDRM terlibat dalam agenda fitnah yang keji ini?

Mengapakah institusi polis disalahgunakan, bukannya untuk memerangi jenayah yang menghantui rakyat Malaysia?

Mengapakah pengetua dan guru-guru sekolah dari seluruh Kelantan diminta hadir di seminar ini? Apakah kaitan program politik ini dengan mengangkat martabat pendidikan negara?

Adakah langkah terdesak BN ini berpunca daripada ketakutan BN menghadapi pengaruh Buku Jingga Pakatan Rakyat khususnya di kalangan guru-guru dan keinginan merampas kuasa Kerajaan Negeri Kelantan?

Saya menuntut Ketua Polis Negara untuk menjawab persoalan-persoalan ini dengan jujur agar kita dapat menghentikan penyalahgunaan jentera kerajaan khususnya polis dan Pejabat Pendidikan untuk tujuan agenda fitnah UMNO.

Apakah jaminan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara yang baru dilantik untuk memastikan institusi polis menjadi institusi yang berwibawa untuk memelihara keselamatan negara.

MOHAMED AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT
3 MEI 2011