Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 29, 2011

Bongkar : MeatWorks - Restoran Mewah Keluarga Shahrizat Di Singapura....!!


SEBELUM ini telah disiarkan beberapa keping gambar kondominium mewah Orchard Scotts di Singapura milik keluarga Shahrizat Jalil yang dibeli menggunakan wang NFC (sebut National Family Corruption) [Kondo Singapura].

Aktivis jingga 13 juga berjaya menemukan Restoran Makanan Mewah, MeatWorks milik keluarga Shahrizat di Ion Orchard, Singapore yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Di restoran mewah inilah salah satu destinasi terakhir daging-daging lembu dari ladang NFC dihantar.

Aktivis Jingga 13 dapat melihat dengan mata kepala mereka sendiri, kehebatan Restoran makanan mewah, MeatWorks yang terletak di dalam bangunan sebuah pusat membeli belah mewah yang terletak di tengah-tengah kota Singapura itu.

Setibanya kami di situ, kami disapa oleh seorang pekerja wanita berbangsa cina. Salah seorang aktivis Jingga 13, Kwan Chen memberitahu bahawa wanita itu berasal dari Negara Cina berdasarkan dialek dan cara pertuturannya.

Kehadiran kami sekitar hampir jam 1:30 petang menyaksikan tiada pengunjung yang hadir untuk menjamu selera di situ. Berbeza dengan restoran bersebelahan yang dipenuhi pelanggan.

Oleh kerana bimbang dengan harga makanan di MeatWorks ini yang terlalu mahal, maka kami mengambil keputusan untuk tidak memesan sebarang makanan mahupun minuman, sebaliknya sekadar duduk sebentar untuk merakam gambar.

Tambahan pula kami bimbang dengan status halal makanan dan minuman di restoran ini kerana tiada sebarang logo ataupun sijil Halal keluaran Majlis Ugama Islam Singapura, Muis dipaparkan.

Nampaknya sudah terang lagi bersuluh. Wang rakyat RM257 juta yang disalurkan kepada NFC untuk melaksanakan projek impak tinggi membekalkan daging seluruh Malaysia sudah jadi projek impak tinggi bekalkan daging ke restoran mewah menteri.

Bekalan daging lembu di negara sendiri pun masih tak cukup, boleh pula bekalkan daging untuk negara jiran Singapura?

Senang betul jadi keluarga menteri. Nak meniaga boleh pakai duit rakyat RM257 juta bagi alasan nak bantu negara. Tak pernah bela lembu pun boleh dapat projek ratusan juta ringgit.

Siap boleh beli kondo mewah merata negara, beli kereta mewah ratusan rubu ringgit, beli tanah bagai. Apa ada hal? Kalau kantoi wanita Umno boleh tolong back up.

Upah RM500, bagi kain sutera 4 ela sorang dah boleh singsing lengan berdiri belakang Shahrizat masa Shahrizat nak selak kain kah kah kah... Tak percaya tanya wanita-wanita Umno yang berdiri belakang Shahrizat. jangan bohong Allah nampak...

Sumber : Selatan Online

Benteng Tak Benteng...Sama Saja....!!


KEMAMAN – Ombak besar dan angin kencang yang datang bersama musim tengkujuh sejak minggu lalu meranapkan benteng yang baru dibina , di pantai Kemasik, dekat sini.

Menurut Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid, (Gambar atas kiri) pembinaan benteng ‘pelik’ yang digelar benteng 1Malaysia tersebut siap pada bulan Ogos 2011.

“saya terima rungutan dari penduduk mengenai rekabentuk benteng (yang pelik) tak pasti samada benteng (itu) pemecah ombak atau benteng penahan hakisan,

“benteng itu siap (tapi) tak sampai tiga bulan, ranap dipukul ombak,”ujarnya ketika ditemui selepas melawat tempat kejadian pada Selasa 27 Disember.

Ekoran kejadian itu, beberapa rumah penduduk mengalami kerosakan teruk .

Di antara mangsa yang sempat ditemui ialah Md Ariffin Muda, 62 tahun, seorang buruh binaan yang tinggal bersama 7 orang anaknya.

Ariffin berkata kejadian tiga hari lalu membawa kenangan yang amat pahit kepada kehidupan keluarganya.

“ia melupakan detik - detik ngeri sewaktu rumah saya dipukul ombak dan angin kuat, antara hidup dan mati, tak tahu ke mana nak lari,”katanya.

Menurutnya, sejak dari awal pembinaan, beliau amat sangsi dengan pembinaan benteng an menyifatkan ia adalah satu kerja yang sia-sia.

Katanya, projek itu sia-sia dan hanya menghabiskan wang rakyat, umpama ‘mencurahkan garam ke laut’ sahaja.

Ariffin turut dukacita kerana permohonan beliau untuk mendapatkan rumah yang lebih selamat tidak dilayan oleh kerajaan negeri.

'Saya ada memohon Perumahan Penduduk Rakyat Termiskin (PPRT) dan surat sokongan dari JKKK telah diterima tetapi sampai ke hari ini tiada apa berita mengenainya', ujarnya dengan perasaan sedih.

Seorang lagi penduduk, Haji Wan Abdullah Wan Ali, 70 tahun, (gambar kiri, bawah) turut mengalami pengalaman pahit apabila rumahnya ‘dilambung ombak’.

Beliau yang bekerja sebagai seorang nelayan memaklumkan, rumahnya sekarang adalah di atas tanah milik kerajaan dan berharap pihak berkenaan dapat menyediakan lot rumah atau rumah PPRT bagi beliau meneruskan kehidupan sehariannya.

Wan Abdullah bersetuju dengan pedapat Ariffin, benteng yang dibina tidak kukuh dan diragui ketahanannya.

Beliau melahirkan rasa kesal kerana walaupun hasil minyak diproses tidak berapa jauh dari kampung itu, namun tidak dapat menikmatinya.

“Saya harap pihak berkenaan dapat cakna keadaan kami disini apatah lagi Kampung Pantai ini terletak berhampiran dengan Kuwait Malaysia, dimanakah kekayaan hasil bumi yang dapat dinikmati oleh orang seperti kami ini”, rayunya Wan Abdullah.

Sehubungan itu, Ustaz Alias yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kemaman berharap kerajaan dapat bertindak seadilnya dan membuat pertimbangan yang wajar ke atas permohonan mangsa-mangsa terbabit.

“saya menyeru pihak yang berkenaan agar membuat pertimbangan yang sewajarnya terhadap kesemua rumah - rumah yang berada di persisir pantai di Kampung Pantai ini,

“seperti menyediakan penempatan baru atau memberi rumah alternatif bagi mereka meneruskan kehidupan dengan suasana yang selamat,”jelasnya.

Beliau berkata, sekiranya PAS diberi mandate oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum akan datang, PAS akan melaksanakan janji manifesto, memberikan tapak rumah kepada mereka.

Turut bersama Ustaz Alias dalam lawatan tersebut adalah ialah Ketua PAS Cawangan Kemasik Pantai, Hj. Salleh Mohd Amin.

Prof....!! Tepuk Dada Tanya Iman....!!


Pakar perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari sehingga kini masih berkira-kira untuk menyertai politik apabila melihat peluangnya untuk kekal berkhidmat di universiti semakin tipis.

Katanya, beliau sudah memikirkan sejak beberapa lama untuk meninggalkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), walau beliau telah berkhidmat lebih 22 tahun di kampus berkenaan.

Beliau turut mengukur tindakan yang dihadapinya daripada kampus berkenaan, semenjak dikenakan surat tunjuk sebab atas satu kenyataan kontroversinya berhubung fungsi dan hak sultan sebagai ketua agama negeri.

Abdul Aziz, 53, berkata pentadbir UIAM tidak membalas surat tunjuk sebabnya, sama ada untuk menutup kes beliau atau meneruskan tindakan disiplin ke atasnya walau sudah dua bulan berlalu.

Beliau sebelum ini pernah dikenakan tindakan sama berhubung kenyataan yang dibuatnya – termasuk berhubung kenyataannya pada tiga tahun lalu yang menyamakan Malaysia dengan Zimbabwe.

Satu lagi surat tunjuk sebab yang diterimanya adalah berhubung penglibatan dalam membantu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri.

"Saya berasa sampai peringkat ketiga ini sukar bagi saya untuk teruskan.

"Dari segi kelangsungan universiti sekarang, agak sulit untuk teruskan dalam suasana yang semakin sukar dan suasana menekan dan tak mesra akademik, lebih kepada kolej atau sekolah tinggi begitu.

"Sukar bagi kita yang sampai ke tahap yang dikehendaki masyarakat untuk berikan input dengan komen. Mungkin ini waktu terbaik untuk tinggalkan universiti," katanya lagi dalam satu wawancara denganMalaysiakini minggu lalu.

Sudah terima tawaran

Anak kelahiran Sabak Bernam itu juga berpendapat, tindakan universiti itu bermaksud beliau tidak lagi dibenarkan berkomunikasi dengan masyarakat sebagai ahli akademik.

"Jadi saya terpaksa memilih jalan lain, antaranya pentas politik yang saya rasa satu pendekatan baru," katanya lagi.

Tambahnya, beliau telahpun menerima tawaran untuk bertanding, baik daripada DAP, PKR mahupun PAS namun tawaran berkenaan "tidak konkrit."

"Sebelum ini pun ada, sebelum 2008 sekitar 2007 sudah ada tawaran masuk politik tapi saya tidak berminat. Sepatutnya saya sudah bertanding tapi saya tak berminat.

"Bendera (tiket parti) macam ada tapi kerusi tidak ada. Dalam politik seperti itu, sama ada kita minat atau tidak masuk dalam gelanggang.

"Selepas minat, kerusi itu boleh diuruskan. Saya memang tidak berminat dari awal lagi, tidak melihat saya satu calon atau karakter sesuai dalam politik dan saya tidak lihat saya punya tempat dalam politik," katanya lagi.

Katanya, beliau juga masih belum memikirkan secara serius pilihan untuk menyimpang daripada jalan akademik dan menjadi tokoh politik.

Cari ruang fleksibel

"Mungkin bagi saya ini masa untuk cari ruang atau tugasan yang lebih fleksibel," katanya yang menambah, beliau masih belum memikirkan secara serius pilihan untuk memasuki bidang baru.

"Tapi apa pun, saya tidak akan lari daripada apa yang saya buat sebelum ini – rundingan, penulisan, penyelidikan dan juga untuk menganggotai (badan berkaitan)," katanya yang kini giat berucap dalam program ceramah di serata negeri.

Beliau juga maklum bahawa ruang untuk menyatakan pandangan dalam terbatas sekiranya beliau menyertai parti politik kerana perlu akur dengan kekangan dan dasar parti berhubung sesuatu isu.

"Setakat ini saya tidak berparti jadi saya tidak melihat masalah. Cuma, di mana-mana pun sebenarnya ada sekatan atau batasan.

"Kalau kita kekal dalam akademik pun sama juga, harus fikir apa kesan daripada kenyataan, huraian kepada universiti atau majikan.

"Kalau jadi perunding atau felo badan bebas sekalipun, saya hanya boleh sentuh perkara yang mereka boleh terima," katanya lagi.

sumber: malaysiakini.com

Bersiap Sedialah Untuk PRU Ke 13....!!


Pilihanraya umum atau PRU13 bakal diadakan bulan Febuari atau Macrh 2012. Kita tak perlu membuat teka teki. Sebaik sahaja wang RM500 dibahagikan kepada rakyat menerusi satu agenda kerajaan menggunakan logo parti BN,dan semua komponen BN,

Dari maklumat dari pehak BN/UMNO semua pengerak parti dan wakil rakyat Bn/UMNO dan semua kompenen BN mengadakn himpuna bersana rakyat dan diberi wang RM500 kepadaorang ramai setempat.

Kami sarankan kepada semua komponen pakatan rakyat tidak perlu membuat teka teki PRU13 . hanya tarikh sahaja menjadi penentuan DALAM BULAN FEBUARI DAN LEBIH TEPAT BULAN MARCH 2012 .

PRU13 tarikh sudah tidak menjadi "suspen" umum dapat dilihat bulan Febuari dan March 2012 telah ditepakan oleh BN. Tak usah terkejut dengan tarikh.

Adakah pakatan rakyat dapat kekal negeri negeri yang ada sekarang dengan wakil rakyat atau ahli parlimen bertambah atau menjadi kurang ?. Inilah persoalan yang sukar dijawap dan sukar diramal oleh semua orang.

Namun kemelut Hasan Ali dijadikan modal dan isu menyerang PAS dan pakatn rakyat. Kedua DS Anwar Ibrahim ada 9 JANUARI 2012 DIJATUH HUKUM BERSALAH OLEH MAHKAMAH NAJIB RAZAK.

Dalam waktu hanya tidak 100 hari sahaja lagi kita pemimpin pakatan rakyat terutama orang seperti Hasan Ali dan pemimpin PAS, DAP, PKR serta wakil rakyat pakatan rakyat jangan menjadi mulut GATAL DAN MEMBUAT HURUHARA DALAM PAKATAN RAKYAT.

Jika pemimpin pakatan rakyat dan wakil rakyat pakatan sudah benci kepada parinya sendiri disarankan keluar dari pakatan rakyat dari sekarang.

Dalam masa 100 hari jangan membuat dan merekaperangai yang boleh menjadikan isu kepada BN menyerang pakatan rakyat.

Kisah Hasan Ali menyerang PAS dan pakatan rakyat sudah cukup membuat UMNO menyerang PAS.

100 hari perlu dijaga dari sekarang. Calun atau bakal calun pakatan rakyat bersedialah dari sekarang .

Perjuangan dan pengorbanan penyokong PAS dan pakatan rakyat ditagih. Jangan pula pemimpin berwajah binatang seperti seekor khinzzir, boleh dibasuh dengan sleut atu tanah bagi mensucikannya."

Ramalan Yang Bakal Jadi Kenyataan...!!


KUALA LUMPUR, 28 Dis: Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.

Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.