Soalan : Apakah pandangan anda tentang sikap perdana menteri dalam isu Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC)? Jika anda ialah Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin, apakah cara terbaik untuk anda menyelesaikan kemelut NFC?
Mohamad Sabu:
Perdana Menteri hanya bermain sentimen propaganda anti rasuah, akan tetapi, di sebalik dan benda yang sebenar, Perdana Menteri kita adalah ketua kepada pelindung rasuah. Maklumlah, beliau juga amat takut untuk bertindak kerana beliau sendiri diselubungi kes kapal selam dan Altantuya. Inilah yang orang kata, burung gagak sama hitam.
Sekiranya saya ialah TPM, pertama sekali, saya akan menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk menyiasat NFC.
Hasil siasatan saya akan cadangkan diumumkan kepada rakyat… sekiranya ada kes rasuah dan penyelewengan, saya akan mendesak jabatan peguam negara mendakwa segera ke mahkamah.
Tuan Ibrahim:
Perdana menteri tidak boleh bersikap lepas tangan dengan sekadar mengumumkan pembekuan dana NFC, dan menyuruh menteri-menteri yang terlibat dalam skandal ini (Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Noh Omar) untuk menyelesaikan perkara ini.
Bagi membersihkan imej kabinet dan menteri-menteri yang terlibat, sepatutnya Perdana Menteri menubuhkan satu badan bebas untuk membuat siasatan terperinci dan mengemukakan cadangan tindakan seterusnya. Ini tidak, Muhyiddin, orang yang meluluskan projek ini kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mengumumkan tidak perlunya Suruhanjaya Diraja diadakan untuk menyiasat skandal NFC. Nak kata Perdana Menteri tak faham apa itu conflict of interest susah nak terima, ataupun perkara itu disengajakan supaya Muhyiddin tenggelam bersama NFC?
Isu NFC adalah isu pemberian projek bukan kepada yang berhak mendapatnya pada awal-awal lagi. Maka, sepatutnya projek yang tentu gagal ini tidak diberi sejak awal lagi kerana kerajaan mempunyai pelbagai agensi yang boleh dimanfaatkan bagi menjayakan program membekalkan daging untuk negara. Kerajaan sepatutnya menyalurkan dana yang ada kepada jabaran haiwan atau agensi lain yang sedia ada.
Penyaluran dana sepatutnya dibuat berperingkat bergantung kepada progres projek, bukan diberi secara sekaligus, bagi megelak dana awam dari diselewengkan. Jika saya ialah TPM, memandangkan keadaan sudah menjadi bubur, saya mesti bertanggungjawab penuh ke atas projek ini kerana saya yang meluluskan projek tersebut. Saya akan cadangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat perkara ini.
Desakan agar disiasat dan melepaskan jawatan bukan sahaja terhad kepada Shahrizat, tetapi juga saya, supaya tidak mengganggu siasatan kepada penyalahgunaan dana awam ini demi mengembalikan keyakinan awam kepada saya sebagai TPM.
Nasrudin Tantawi:
Isu NFC berkait dengan kepentingan negara dan rakyat. Ia juga satu isu yang mencabar nilai integriti kepimpinan kerajaan yang diberi mandat atau amanah mentadbir dan memimpin negara jika tidak ditangani dengan baik dan bijak.
Jika saya adalah Timbalan Perdana Menteri negara tercinta ini, langkah pertama yang saya ambil ialah memberi komitmen kepada rakyat dan menggesa kerajaan untuk menubuhkan satu Suruhajaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kes ini tanpa bias sungguhpun ia didakwa melibatkan seorang yang bertaraf menteri.
Langkah ini untuk menenangkan keresahan rakyat dan serentak itu, memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan komited menangani atau membenteras penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sebarang bentuk penyelewengan.
Memudahkan siasatan dilakukan, menteri terlibat akan dinasihatkan agar meletakkan jawatan atau mengambil cuti rehat yang panjang sehingga proses siasatan selesai dan laporan hasil siasatan mestilah dibentang kepada parlimen.
Menyerahkan kepada polis dan hanya membuat dakwaan ke mahkamah tanpa laporan lengkap hasil siasatan ke parlimen dilihat tidak mampu mengembalikan keyakinan rakyat kerana kes ini melibatkan individu dalam kategori high profile.
Andai menteri tersebut didapati jelas bersalah maka tindakan tegas mesti diambil dengan beliau tidak lagi boleh menganggotai kabinet dan jika beliau di dapati tidak bersalah, maka keadilan sewajarnya mestilah diberikan.
Jan 31, 2012
Sokongan Terhadap Israel: Kenyataan Rasmi Anwar Ibrahim....!!
Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:
Isu Pakatan Rakyat di Facebook
Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:
"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."
Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.
ANWAR IBRAHIM---
Mampukah PR Tawan Putrajaya...??
Tak sampai 100 hari, BN/UMNO akan bubar Dewan Rakyat dan akan diikuti semua DUN. Namun cakap-cakap kedai kopi maya dan ahli politk BN/UMNO/Pakatan Rakyat, mampukah Pakatan Rakyat menumbangkan BN/UMNOapco dalam PRU13?. Dan negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kedah bakal ditawan semula oleh BN/UMNOapco?. Malah tak kurang hebatnya yang menjadi polemik apakah benar Tuan Guru DS Haji Hadi Awang tidak mahu bertanding atau ingin berundur menjadi wakil rakyat?. Bagaimana pula kerajaan PAS Kelantan di bawah teraju Tuan Guru Datuk Nik Aziz kekal berkuasa dan Nik Aziz tetap menjadi Menteri Besar Kelantan?.
Itulah adalah tajuk berita yang menjadi bahan berita dan peristiwa yang menarik tahun 2012. Dan ianya dijadikan berita "songsang" oleh media milik BN/UMNOapco.
Secara amnya negeri Selangor dan negeri Kedah (Pakatan Rakyat) PAS, DAP dan PKR masih berliku dan ada kesukaran untuk Pakatan Rakyat melawan arus ganas dan jahat oleh gerombolan BN/UMNO terutama negeri Kedah.
Negeri Selangor Pakatan Rakyat bergantung kepada pengundi kaum cina dan india (sebahagiannya). Jika kaum cina membuat sedikit pusingan "U" memilih BN/UMNO/MCA/Gerakan peluang Pakatan Rakyat agak sukar kerana pengundi kaum Melayu Selangor tetap tegar kepada BN/UMNO. Begitu juga fenomena yang bakal berlaku di negeri Kedah dan Pulau Pinang.
Walaupun begitu ada sedikit harapan Pulau Pinang kekal Pakatan rakyat berkuasa jika kaum cina tidak membuat pusingan "U". Satu harapan agar kaum cina tetap memberi undi kepada Pakatan Rakyat, jika tidak peluang Pulau Pinang bakal berlaku seperti negeri Kedah atau Selangor.
Kaum cina adalah satu aset utama di semua negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia untuk menawan Putrajaya PRU13. Kerana bangsa melayu sukar memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Bangsa melayu cukup sekadar dengan wang RM500 menjadi lumpuh dan sukar membuat satu anjakan politik yang cerdik. Melayu tetap setia pada UMNO. Hanya marah dan benci sementara mudah makan umpan.
Di egeri pantai timur seperti Terengganu dan Pahang rata rata pengundi melayu yang penentu PRU13, Dari segi sejarah dan demografi politik dan sosial peluang Pakatan Rakyat masih gelap untuk menawan dan menumpaskan BN/UMNOapco yang penuh dengan penipuan dan teknik jahat menjelang pilihanraya.
Di negeri Kelantan satu-satunya "Universiti Politik" di mana negeri dan rakyatnya bijak dan cerdik membuat pilihan. UMNO/BN memang pening untuk membuat analisa. Ini disebabkan rakyat Kelantan rata-rata cukup suka pada BN/UMNO dan ambil apa sahaja yang diberi oleh pemimpin UMNO peringkat pusat dan negeri. Namum majoritinya rakyat Kelantan tidak akan memberi undi kepada BN/UMNO. Itulah kekuatan rakyat Kelantan dan PAS Kelantan serta pemimpin PAS Kelantan pandai menjaga tindak tanduk pemimpin dan wakil rakyatnya.
Tak usahlah membuat tekaan siapa yang bakal menjadi PM jika Pakatan Rakyat menang PRU13, kerana gelombang biru tetap menjadi ganas dan bakal membuat seribu helah dan fitnah serta seribu penipuan untuk BN/UMNO kekal berkuasa.
Hanya yang penting kita gerakkan satu gerak kerja dalam satu pasukan yang baik dan teratur untuk menghadapi gelombang biru yang ganas dan mempertahankan kerajaan Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan di bawah payung Pakatan Rakyat.
Seperti kata Tuan Guru DS Haji Hadi "jalan masih berliku untuk menawan Putrajaya. Renunglah kata kata ulama" . Dengan itu pemimpin PKR jangan bersifat besar kepala dalam meminta dan meletak calon PKR. Ukurlah baju di badan sendiri.
Timb. Mursyidul AM PAS Sah Bertanding Dalam PRU 13...!!
Pas Perlis mengesahkan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din akan bertanding pada pilihan raya umum ketiga berturut-turut sekali gus mengetuai Pas negeri itu dalam usaha menawan Perlis dari tangan Barisan Nasional (BN).Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pengesahan itu dibuat bagi menutup desas-desus pelbagai pihak mendakwa Haron Din tidak akan bertanding lagi pada pilihan raya umum (PRU) kali ini disebabkan masalah kesihatan
Menurutnya, Pas Perlis sudah mengemukakan tawaran bertanding PRU kepada tokoh pengamal perubatan Islam itu sejak setahun lalu dan baru menerima jawapan positif beberapa minggu lalu.
“Haron Din bersedia bertanding buat kali ketiga walaupun dua kali tertewas dalam PRU terdahulu dan Pas bersedia menyerahkan mana-mana kerusi yang dirasakan sesuai untuknya.
“Bagaimanapun, saya yakin beliau akan menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen sahaja dan mampu menang pada kali ini berdasarkan sokongan padu ditunjukkan rakyat Perlis,” katanya pada sidang media di Kompleks Pas Perlis semalam.
Hashim berkata, Pas menaruh keyakinan penuh mampu menawan Perlis kali ini berdasarkan trend sokongan padu ditonjolkan rakyat sehingga ramai pihak yang berebut-rebut menyampaikan sumbangan kepada parti bagi persiapan PRU.
Menurutnya, trend itu merupakan sesuatu yang tidak pernah dijangka apabila boleh dikatakan setiap hari ada sahaja yang datang berjumpa dengan pemimpin Pas negeri untuk menyampaikan sumbangan sehingga kadang-kadang mencecah ribuan ringgit.
Hashim turut menyifatkan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) kini mendapat jaminan padu rakyat bukan Islam Perlis untuk bersama-sama mereka setelah bosan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri sedia ada.S/H
Jan 30, 2012
Kami Masih Memerlukanmu.....!!
SHAH ALAM - Pas pusat akan membincangkan hasrat Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menawarkan diri untuk tidak bertanding lagi dalam pilihan raya umum, kata Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurut beliau, Abdul Hadi telah lama melahirkan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusinya demi memberi laluan kepada tenaga-tenaga muda dan pelapis.
"Hal itu telah lama disebut (oleh Hadi). Kita akan bincang hasrat beliau, kita akan bincang. Kami akan membincangkan hasrat beliau apabila mengadakan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat, bulan depan, pada 12 Februari," kata Tuan Ibrahim kepada Sinar Harian Online hari ini.
Abdul Hadi kini merupakan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Walaupun Abdul Hadi melahirkan hasrat untuk berundur, menurut Tuan Ibrahim, Pas masih memerlukan "suara" beliau didengar di Parlimen.
"Berdasarkan keadaan kesihatan dan kemampuan beliau, kami merasakan suara Abdul Hadi perlu didengar di Parlimen, salah satu (kerusi untuk ditandingi) akan ditimbang" kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.
Dalam pertemuan dengan Sinar Harian semalam, Abdul Hadi membayangkan kemungkinan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.
Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.
“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya.
Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.
Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13.
Panas : BN Hanya Mampu Tawan 5 Negeri...??
"Maklumat terbaru yang dipetik dari unit risikan Majlis Tertinggi Umno-APCO menyatakan bahawa BN hanya akan menang di lima buah negeri sekiranya pilihanraya umum ke 13 diadakan sekitar Mac hingga Jun tahun ini.
Justeru itu, bagi meningkatkan kembali sokongan terhadap mereka, sumber itu juga turut menyatakan pilihanraya umum sudah pasti akan diadakan pada bulan Disember tahun ini.
Lima negeri tersebut adalah Sarawak, Sabah, Pahang, Terengganu dan Johor.
Manakala lain-lain negeri akan menyaksikan pertarungan sengit seperti Perak, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis.
Adalah dipercayai, maklumat ini adalah berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh unit khas yang dilantik selain daripada maklumat risikan polis dan tentera sepanjang November hingga Disember tahun lalu.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dikhabarkan sudah memanggil kembali surat arahan pengosongan premis milik kerajaan seperti sekolah, balai raya dan dewan orang ramai yang dihantar akhir Disember tahun lalu.
Antara faktor yang menyebabkan pembubaran parlimen tidak diadakan pada bulan Mac seperti ramalan sesetengah pihak adalah kerana isu skandal Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang kini masih dalam siasatan pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain dari senarai calon pilihanraya yang masih belum dikemukakan kepada ibu pejabat Umno-APCO di PWTC.
Penangguhan rayuan kes fitnah liwat Anwar Ibrahim sehingga tiga bulan juga dikatakan antara faktor utama kerana pembebasan Anwar dilihat mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat setelah isu pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali kini selesai.
Najib selaku perdana menteri rejim telah dimaklumkan perkara ini dan meminta Umno-APCO mengemukakan laporan segera kepada ibu pejabat tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengembalikan semula sokongan yang terus merosot di sebalik pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang dalam proses pengagihan.
Negeri-negeri yang menjadi tumpuan seperti Selangor dan Perak sudah diarahkan supaya mengadakan program lebih kerap termasuk turun padang setiap dua minggu sebagai langkah susulan meningkatkan lagi tahap penerimaan rakyat terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar yang memihak Pakatan Rakyat.
Menurut laporan itu lagi, jentera pilihanraya sudah diminta supaya bekerjasama dengan SPR bagi menambah senarai daftar pengundi termasuk memasukkan sekali nama isteri anggota penjawat awam seperti polis dan tentera sebagai pengundi pos bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Kelantan dan Pulau Pinang sudah dianggap gagal kerana laporan tersebut juga menyebut aliran sokongan kekal tidak berubah dengan negeri pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dijangka memperolehi kerusi hampir sama seperti pilihanraya umum Mac 2008 lalu.
Pulau Pinang pula kekal milik Pakatan Rakyat dengan dijangka penurunan sedikit majoriti undi di beberapa kawasan parlimen "panas" seperti Bukit Gelugor, Nibong Tebal, Bukit Mertajam dan Kepala Batas.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng dijangka tidak menghadapi masalah mempetahankan kerusi parlimen Bagan selain kekal memegang kerusi DUN Air Putih dengan sedikit penurunan majoriti tetapi masih dalam keadaan selamat.
Perak dijangka kembali kepada Pakatan Rakyat dengan mandat lebih besar berbanding pilihanraya umum Mac 2008, dengan menyaksikan pertambahan kerusi DUN daripada 31 pada empat tahun lalu kepada 37 kerusi, selain berupaya menguasai 13 kerusi parlimen daripada 23 kerusi yang terdapat di negeri tersebut."
Jan 26, 2012
Jin Kapir Kacau Kampung ( JKKK )....!!
TERENGGANU – Tindakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Basung dekat sini yang rakus dan tamak, mengaut laba sehingga tidak menghiraukan perasaan orang kampung.
Demi untuk mendapat ribuan ringgit hasil menjual kayu Gaharu, mereka tidak peduli tindakan menebang kayu itu, telah memusnahkan beberapa kubur dalam kawasan tanah perkburan Islam Kampung terbabit.
Batang balak kayu yang besar, tidak dikawal ketika penebangan dibuat menyebabkan ia menimpa serta merosakkan kawasan tanah perkuburan.
Seorang warga emas yang dikenali sebagai Pak deris, ketika ditemui kesal dengan tindakan JKKK yang hanya mencari habuan.
Menurutnya, runtuhan pokok tersebut turut menimpa kubur arwah ayahnya, namun sehingga semalam, tidak ada seorang pun dari ahli JKKK menemuinya.
Sedarlah Wahai warga Felda....Cukuplah Selama Ini Kamu Telah Di Perbodohkan ....!!
Mazlan Dedah kandungan Perjanjian Felda-FGVH - HD
KUALA LUMPUR, 26 Jan: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini tampil mendedahkan isi perjanjian di antara Felda Holdings dengan Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd (FGVH) yang disifatkan sebagai berat sebelah dan menindas peneroka.
Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihaknya berbuat demikian kerana peneroka langsung tidak mengetahui perjanjian di antara kedua-dua pihak itu dalam usaha penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia.
Antaranya, jika perjanjian itu ditandatangani, segala kuasa akan jatuh kepada FGVH dan Felda akan hilang fungsinya sebagai institusi tanah milik Orang Melayu.
"Felda tidak punya apa-apa peranan, jadi seperti patung yang tidak punya kekuatan.
"Segala urus niaga akan diurus oleh FGVH dan FGVH mendapat kenikmatan aman sentosa," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS pusat itu turut berkata, pihaknya akan membuat pendedahan secara bersiri dan ini merupakan pendedahan yang pertama.
Ini kerana segala pandangan dan bantahan mereka terhadap penyenaraian tersebut tidak diterima kerajaan.
"Anak sudah bagi masa yang cukup kepada kerajaan khususnya perdana menteri untuk membuat pertimbangan terhadap penyenaraian ini.
"Sudah tiba masanya kami membuat pendedahan demi pendedahan kerana peneroka tidak tahu isi kandungan dan terma perjanjian sebaliknya peneroka terpengaruh dengan dakyah kerajaan bahawa penyenaraian itu memberi kesenangan kepada peneroka," katanya.
Kandungan perjanjian itu antaranya juga menyebut tanah Felda seluas 360, 067 hektar yang kini diurus Felda Plantations Snd Bhd (FPSB) akan dipajak kepada FGVH.
Selain itu, perjanjian tersebuty menyatakan, jika peneroka ingin mendapatkan aset dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF), mereka terpaksa menjual hasil perahan kelapa sawit kepada kilang milik FGVH.
"Kalau polisi itu dibuat, ia akan merugikan peneroka dan saya menjangkakan bukan sahaja soal nak salurkan hasil jadi masalah tapi tanah 10 ekar yng dimiliki peneroka akan terjejas.
"Memanglah Isa Samad kata tak usik tanah peneroka tapi secara tak langsung kesan dihadapi ke atas peneroka," kata Mazlan lagi.
Perjanjian tersebut turut diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk dipersetujui.
Setakat ini, semua negeri Pakatan Rakyat tidak bersetuju untuk menyerahkan tanah kepada Felda untuk dipajak kepada FGVH.
"Negeri-negeri PR tidak akan serah tanah Felda untuk dipajak tapi kita akan tetap buat roadshow dan bertemu dengan menteri-menteri besar dan wakil-wakil peneroka bagi jelas isu penyenaraian ini," katanya.
Felda defisit RM1.5 bilion
Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa Anak, Dr. Rosli Yaakob yang juga pakar ekonomi melahirkan kebimbangan terhadap jangkaan defisit tahunan sebanyak RM1.5 bilion yang akan dialami Felda apabila menyerahkan tanah kepada FGVH.
Menurut Perjanjian Pajakan Tanah tersebut, Felda hanya menerima bayaran RM251 juta sahaja setahun setelah Felda menjual semua saham di dalam FGVH.
Ini akan membolehkan Felda mendapat wang lebih kurang RM5.9 bilion berdasarkan penilaian FGVH dan berdasarkan 15 peratus keuntungan Operasi Pertanian atau perkongsian keuntungan tahunan yang bergantung kepada harga pasaran minyak sawit mentah.
"Pendapatan Felda daripada sekitar RM2 hingga 2.3 bilion setahun akan tinggal 508 juta sahaja. Itu pun jika harga komoditi berada di paras stabil seperti sekarang.
"Manakala perbelanjaan Felda tahun 2010 sahaja mencecah RM1, 980 juta. Felda akan mengalami defisit tahunan sekitar RM1.5 bikion. Siapa yang akan menampung kekurangan pendapatan Felda ini?" soalnya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.
Aziz Bari Pilih PKR...!!
Malam esok Anwar Ibrahim akan turun ke Sabak Bernam, Selangor dan akan bersama ceramah di mini stadium di sana. Katanya sempena ceramah itu juga Anwar akan mengumumkan bekas pensyrah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari bakal menjadi calon PKR yang akan bertanding di Parlimen Sabak Bernam.
Dengan pengumuman itu nanti akan tamatlah desas desus mengenai masa depan Aziz Bari yang sebelum ini tidak jelas beliau akan memilih parti mana sebagai wadah baru dalam politik.
Pengumuman itu nanti sudah tentu akan disambut dengan penuh kegembiraan oleh penduduk Sabak Bernam. Abdul Aziz adalah anak jati Sabak Bernam.
Sebeum ini Pemuda Pas menjemput Aziz Bari menyertai parti berkenaan dan tawaran itu disambut baik oleh para pemimpin Pas termasuk dua Naib Presiden. Kerusi Sungai Besar katanya ditawarkan untuk Aziz Bari.
Terdengar juga khabar kononnya Abdul Aziz Bari akan dibawa bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu.
Tetapi dengan pengumuman bakal dibuat Anwar malam besok jelaslah Aziz Bari melilih PKR untuk meneruskan perjuangannya bukan Pas. Pengumuman itu juga menamatkan spekulasi pakar perlembagaan itu mengenai masa depannya.
Selamat berpolitik kepada Aziz Bari.
Jan 25, 2012
Malaysia Tanahairku....!!
DUNGUN – Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar berkata beliau masuk PAS kerana PAS adalah parti yang sah di sisi undang-undang Negara kerana PAS berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS).
Selain itu, katanya, beliau menyertai PAS kerana parti itu dipimpin oleh tokoh-tokoh ulamak yang ingin membawa Negara ini kepada pemerintahan Islam.
“saya masuk PAS kerana PAS bukan parti ‘haram’ dan PAS di pimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan Islam, mempunyai maruah,
“bukan seperti mana parti ‘Melayu’ disebelah sana (Umno), yang kebanyakkan tokoh-tokoh dan kepimpinan tinggi mereka terlibat dengan pelbagai skandal,”ujanya.
[Gambar - Haji Abdullah berkata PAS bkan parti haram, yang haram hanya dua, parti komunis dan parti buruh]
Beliau berkata demikian dalam Majlis Penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah, dekat sini, pada Selasa 24 Januari.
Beliau menyifatkan Umno parti pengkhianat kerana membawa masuk warga asing, diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara.
Katanya, ‘pendatang haram’ tersebut menjadi pengundi dan menyebabkan kerajaan Terengganu jatuh dalam pilihanraya ke 11 pada tahun 2004.
“sebelum pilihanraya 2004, mereka (Umno) bawa 2,000 orang Myanmar bangsa Rohingya yang boleh bercakap Melayu, yang rupa mereka pun lebih kurang muka kita,
“melalui Langkawi perrgi ke Ladang Seri Bandi (DUN Kijal Terengganu), mereka di beri kerja dengan gaji RM18 sehari, diberi kad pengenalan, jadi pengundi yang jatuhkan kerajaan PAS pada tahun 2004,”jelasnya.
Menurutnya, ‘modus operandi’ yang sama telah dilakukan Umno pada tahun 2008 membawa masuk warga asing yang sama ke dalam parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi Perdana menteri, dato’ Seri Najib Razak.
Sebaliknya suatu masa dulu, kata beliau, sewaktu masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, sesiapa yang mahu memohon menjadi warganegara Malaysia mestilah dikalangan mereka yang ‘profesional’.
Namun sekarang, menurutnya, kerana pengkhianatan Umno kepada Negara, pekerja basuh pinggan di kedai mamak pun boleh menjadi warganegara Malaysia.
Turut menyampaikan ucapan dalam Majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ustaz Kamaruzzaman, Naib YDP Dungun Ustaz Azman Shapawi dan Pengerusi WARIS Ustaz Roslan Ismail. - Buletin Online
PAS Mesir Harapkan PAS Malaysia Menang Dalam PRU 13...!!
Ikhwan Harapkan Malaysia Selepas Mesir - HD
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Parti politik naungan Ikhwanul Muslimin Freedom and Justice Party (FJP) berharap Malaysia akan mencontohi Mesir selepas ini.
Timbalan Pengerusi FJP, Dr Essam El-Eryan dalam temubualnya dengan Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi ingin benar tahu apakah kebangkitan rakyat juga akan berlaku di Malaysia dalam pilihan raya ke 13 nanti.
FJP mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi dan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat.
Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi.
Dalam sidang Parlimen pertama, pimpinan kanan FJP, Dr Saad al-Katatni telah dilantik sebagai Ketua (speaker) Majlis Rakyat yang pertama selepas kejatuhan rejim Mubarak.
Sepanjang bulan lalu Dr Syed Azman berada di kota Kaherah sebagai anggota rombongan Ahli Pemerhati Antarabangsa Pilihan Raya Mesir di bawah seliaan PBB yang yang baru berakhir baru-baru ini.
Tidak siapa dapat menjangkakan Pilihan raya boleh dijalankan dengan aman selepas 'Revolusi 25
Februari' yang telah berjaya menggulingkan rejim 'kuku besi' Hosni Mubarak dengan hanya bersenjatakan 'Kuasa Rakyat' yang turun secara sukarela berdemonstrasi di jalan-jalanraya di seluruh negara.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Luar PAS telah bertemu dengan Dr Essam, sahabat lama beliau di sana.
Menurut Dr Essam, punca kemenangan FJP adalah melalui susunan trategi yang antaranya:
1. Organisasi kempen FJP yang tersusun dan berstrategik.
2. Teknik 'bantuan dan kebajikan' yang efektif kepada pengundi terutamanya di luar bandar.
3. Pendekatan kempen kepada golongan remaja dan anak muda yang mesra dan bersifat memenuhi realiti semasa.
4. Kempen dari rumah ke rumah yang berterusan.
5. Mengemukakan pelan ekonomi yang di terima rakyat.
6. Kempen melalui media baru seperti Twitter dan Facebook yang amat berkesan.
Seluruh Dunia Cakap Rosmah Boros....!!
SEBELUM ini telah didedahkan laporan portal berita berpengaruh Singapura, Asiaone berhubung perbelanjaan boros Rosmah di Australia di sebuah butik di Sydney, rujuk sini [Rosmah Boros].
Jika sebelum ini, Rosmah hanya perlu menyaman 3 buah media yang melaporkan cerita ini, kali ini sebuah lagi media berpengaruh Brunei turut menyiarkan laporan yang sama patut juga disaman. Itupun kalau cerita ini fitnah.
Di bawah tajuk, "Rosmah's 'Shopping Spree' Hits Aussie Paper", portal berita nombor satu Brunei itu turut menyiarkan laporan yang mendedahkan betapa jijiknya perangai isteri boros seorang Perdana Menteri yang sering menyuruh rakyatnya berjimat cermat.
Sementara itu, Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery, yang menulis artikel itu mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.
"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?
"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira 4 jam yang lalu.
Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".
Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya - Selatan Online
Wajah Sebenar MB Kedah Dr Azizan...!!
KEDIAMAN
Rumah dua tingkat di tepi jalan itu, sekilas pandang tiada satu pun kelihatan istimewa. Tiada bezanya dengan rumah-rumah sebaris dengannya. Bawahnya batu, menempatkan ruang dapur dan tamu. Tingkat atasnya kayu, tempat sepasang suami isteri beradu dan berkumpulnya anak menantu jua cucu. Pekarangannya agak sempit, cukup-cukup memuatkan dua buah kereta. Di pagarnya tersidai dua karpet kecil dan sebatang mop lantai.
Sekelilingnya beberapa pokok sederhana besar ditanam, menghijaukan laman. Tiada kolam renang mahupun rekaan air terjun buatan yang melambangkan kemampuan penghuninya berbelanja besar, menghias kediaman.
Sesiapa yang lalu-lalang, baik pejalan kaki mahupun pengguna jalan raya, pasti terlepas pandang dek kerana tiadanya nilai estitika ataupun kemuncak kemewahan yang mampu menarik perhatian.
BANGUNKAN INSANIAH
Memadai diceritakan antara kejayaan Ustaz Azizan bersama kerajaan Pakatan Rakyat ini ialah berjaya membangunkan Kolej Universiti Insaniah dengan penambahan bangunan baru di Kuala Ketil dan peningkatan mata pelajaran yang ditawarkan.
Sebelum ini, selama 12 tahun di bawah kerajaan lama, hanya 7 subjek ditambah sedangkan di kala pemerintahannya selama dua tahun ini, sudah 42 subjek baru diperkenalkan.
CUKUP BERANG
"Paling pantang, ada orang minta projek daripadanya. Dia juga cukup berang jika sesuatu itu harganya amat mahal dan tidak munasabah. Dia begitu teliti dan cerewet tentang duit," kata seorang kakitangan kerajaan negeri tentang sikap MB Kedah itu terhadap perbelanjaan dan peruntukan kewangan.
Selain itu beliau turut mengarahkan semua Exco Kerajaan negeri, melalui potongan gaji, menyumbang dana ke Tabung Tunku Mahmud, bagi tujuan kebajikan untuk rakyat Kedah.
Ya, memang tidak disangkal, Ustaz Azizan begitu cermat bila masuk bab wang kerajaan. Sikapnya itu sudah tidak menjadi rahsia lagi bahkan sebelum beliau bergelar Menteri Besar lagi. Malah tidak pernah campur adukkan antara wang kerajaan negeri dengan wang milik parti.
Apatah lagi dalam hal ehwal lantikan kuasa atau jawatan, Ustaz Azizan, bapa 14 orang anak ini tidak pernah menggunakan kuasa yang ada untuk menawarkan pekerjaan kepada anak-anaknya di pejabat kerajaan negeri sungguhpun diketahui ada antaranya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, kata satu sumber rapat dengan MB Kedah itu.
Ketika mula-mula mengangkat sumpah sebagai pemimpin negeri Mac 2008 yang lalu, rumahnya tidak mempunyai pagar. Kosong dan lapang begitu sahaja.
Namun atas nasihat Unit Perancang Ekonomi (UPEN) demi faktor keselamatan, Ustaz Azizan bersetuju dengan cadangan mereka supaya membina pagar rumah dan pondok pengawal. Bagaimanapun, beliau tidak mahu menggunakan peruntukan kerajaan negeri sebaliknya membina menggunakan duit sendiri.
HARGA KEMEJA MB
Bagi membeli pakaian, beliau akan ke sebuah kedai cina di Simpang Empat, Kangkong dan sebuah kedai di Pulau Pinang bagi membeli baju-baju kemeja yang diminatinya dan kedua buah kedai ini, merupakan kedai pakaian kegemarannya sejak dulu lagi.
Dan lebih mengujakan, ada antara kemeja-kemeja yang dibelinya di sini, yang dipakai ketika majlis rasmi ataupun sewaktu bertugas rata-ratanya sekitar RM19.00 sahaja!
Tidak cukup dengan itu, jika ada urusan rasmi di Kuala Lumpur atau ke mana sahaja di negara ini,beliau tidak pernah menaiki kapal terbang sebaliknya menggunakan jalan darat semata. Ustaz Azizan 'tahan' berjam-jam dalam kenderaan untuk ke lokasi yang jauh.
Kata juruiring dan pengawal peribadinya, beliau tidak akan singgah di sepanjang perjalanannya seperti dari Alor Setar ke Kuala Lumpur sehinggalah tiba ke destinasi yang dituju. Malah masa bertolak dan pulang tidak tentu masa, adakalanya tengah malam atau menjelang subuh.
Selain mengurangkan kos, beliau berasa selesa dan bergerak ke sini sana bertemu sesiapa sahaja menggunakan kereta. Cuma sesekali dijemput Tuanku Sultan Kedah untuk menaiki pesawat peribadi Boeing 737, beliau tidak upaya menolaknya.
HUBUNGAN DENGAN ISTANA
Bercerita pula hubungannya dengan istana, ustaz Azizan sememangnya terkenal dengan sikap hormatnya kepada Sultan dan institusi raja-raja. Kerana itulah, setiap hari Rabu, di awal pagi sebelum mesyuarat exco kerajaan negeri, beliau akan mengadap Sultan Kedah, untuk melaporkan perkembangan dan perjalanan urusan kerajaan.
Lazimnya, para pemimpin negara atau negeri akan menginap di hotel mewah khususnya di Kuala Lumpur bagi urusan-urusan rasmi. Bukan seorang perbelanjaan yang ditanggung, malah melibatkan para pegawai, setiausaha, petugas, pemandu dan pegawal peribadi
Tidak seperti Ustaz Azizan, bagi mengelakkan pembaziran, beliau menyewa sebuah rumah tiga bilik di lokasi yang dirahsiakan di ibu kota untuk didiaminya bersama para petugas. Betapa cermatnya dan bayangkan apabila perbelanjaan menginap di hotel yang boleh mencecah RM80,000 sebulan dapat dijimatkan!
Menarik cerita MB Kedah ini ketika berada di rumah sewanya itu. Saya bertanya makanan kesukaan beliau dan kata pegawainya sekiranya lapar, lewat malam Ustaz Azizan meminta pegawainya membungkus Roti Arab kuah Dal atau seperti selalunya, hanya meminta mereka memasakkan mee segera untuknya!
SERI MENTALOON
Ya, beliau tidak mahu menetap di Seri Mentaloon yang gah laksana istana itu tetapi menjadikan bangunan luas itu untuk dimanfaatkan oleh rakyat bagi apa jua program pembangunan Insan ataupun majlis-majlis rasmi, tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Sikap Ustaz Azizan terhadap rakyat, kawan dan lawan sudah menjadi buah mulut orang. Mereka amat kenal gerak gaya dan perangai Menteri Besar mereka yang cukup mesra dan suka berseloroh. Saya sendiri pernah, menyaksikan serombongan 10 artis serta 40 krew produksi sebuah drama yang menjalankan penggambaran di Kedah diraikan oleh Azizan di Seri Mentaloon dengan jamuan makan tengah hari. Biarpun rombongan itu terlewat satu jam sedangkan MB mempunyai acara di lokasi yang lain, Ustaz Azizan masih sabar menunggu dan melayan tetamu, membuat kebanyakannya malu tersipu. Bukti, pemimpin parti Islam ini sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja.
Selain itu, Ustaz Azizan sering mempamerkan keprihatinannya terhadap masalah dan kebajikan rakyat. Buktinya, sejurus selepas mengadap Sultan Kedah, beliau dengan lengkap berpakaian baju melayu bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan terdapat 14 buah kedai hangus terbakar di Sungai Limau sewaktu cuti Tahun Baru Cina tempoh hari.
Beliau tiba, ketika api sedang naik menjulang sambil memerhatikan bomba dan sukarelawan memadamkan kebakaran malah datang sekali lagi keesokan harinya bersama Tengku Bendahara Kedah, menyampaikan sumbangan derma kilat kepada mangsa.
Begitu juga dengan kejadian ribut kuat di Kuala Ketil yang melibatkan lebih 300 penduduk mengalami kerosakan kediaman, yang mana sehari selepas kejadian, Ustaz Azizan tiba awal dengan pasukan rombongannya menyampaikan sumbangan derma.
PERANGKAP WARTAWAN
Tetapi awas, bagi sesiapa yang tidak bersedia atau cuba 'menggoreng' fakta, akan menerima padah daripadanya yang cukup arif selok belok perangkap wartawan. Ada masa bidasan jawapan cukup pedih sehingga wartawan begitu berhati-hati mengelak serkap jarang.
"Sekarang ini Kedah tak ada air, macamana Dato' Seri? tanya seorang wartawan arus perdana yang dilihat cuba-cuba memprovokasi beliau.
"Kamu ni mandi tak pagi tadi?" tanya Ustaz Azizan pantas, kemudian dijawab 'ya' oleh wartawan itu, bagi mengelak dirinya dikatakan tidak mandi atau berbau busuk.
"Kalau begitu, macamana kamu kata tak ada air. Kamu mengaji Universti mana? Kan sekarang ni musim kemarau dan seluruh negara ada masalah kekurangan air. Ini urusan Allah SWT, jadi kita mohonlah doa, supaya hujan," katanya membuat wartawan itu terdiam seribu bahasa.
RAMADAN
Ada kisah menarik perhatian saya, ketika dititipkan semula pegawai khas MB tentang satu usaha kejadian sabotaj yang dilakukan pihak lawan sekitar Ramadan tahun lalu.
Waktu itu, di masjid-masjid telah teredar ribuan risalah palsu yang menyatakan bahawa Ustaz Azizan selaku MB Kedah akan memberi sumbangan wang saku untuk Hari Raya kepada rakyat Kedah.
Esok paginya lebih 300 orang memenuhi pekarangan pejabat MB bagi menuntut apa yang dijanjikan seperti yang dicanang risalah palsu itu. Ustaz Azizan yang baru tiba ke pejabat, hairan dan terpinga dengan kehadiran orang ramai itu, lantas memanggil para pegawainya menjelaskan apa yang berlaku.
Anda tahu keputusannya? Jika dilihat perwatakannya yang bengis dan tegas itu, ramai boleh mengagak tindakan selanjutnya. Namun yang berlaku adalah sebaliknya!
Ustaz Azizan berasa simpati pula dengan orang ramai yang tertipu dengan risalah itu. Lebih menghibakan beliau, ada bersusah payah datang dari jauh, hulu kampung, semata-mata berharap dan bergantung ihsan sumbangan yang dihebahkan palsu itu.
Lantas beliau mengarahkan para pegawainya mengagihkan wang sebanyak RM50.00 seorang kepada semua yang hadir dan wang yang dikeluarkan itu datangnya daripada poketnya sendiri!
Sumber : KedahLanie "
Ucapan Tahniah Kepada PAS Mesir....!!
Ikhwan Muslimin Terajau Kerajaan Baru Mesir - HD
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka di atas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah di syurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.
- As-Syahid Syed Qutb
Selepas 46 tahun pujangga dan sasterawan ulung as-syahid Syed Qutb melakarkan syairnya di sebalik jeriji besi penjara, kini gerakan Islam di Mesir yang diterajui Ikhwan Muslimin sedang bergerak merebut kemenangan bagi seluruh rakyat Mesir.
Kemenangan besar Ikhwan di bawah kepimpinan Mursyidul Am, Dr Mohamed Badie, menerusi Parti al-Hurriyah wal 'Adalah (parti Kebebasan dan Keadilan atau Freedom and Justice Party - FJP) dan parti-parti gabungannya dalam Pilihan Raya Umum Mesir minggu lepas, iaitu hampir setahun selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan, merupakan suatu perubahan besar kepada landskap politik di negara-negara Arab.
Walaupun Syed Qutb dan beberapa orang pimpinan Ikhwan dizalimi sehingga mati syahid di tali gantung pada pagi Isnin 29 Ogos 1966, tidak dapat merasai nikmat kemenangan perjuangan Islam, sekurang-kurangnya roh mereka berbahagia disisi Allah, kerana pengorbanan mereka sudah ditebus Ikhwan.
Selepas tiga pusingan pilihan raya yang dianjurkan secara bebas dengan pemantauan dunia, keputusan muktamad pilihan raya umum Mesir mencatatkan FJP menang 232 kerusi Parlimen (lebih 45 peratus kerusi), Parti Nur Salafi meraih 113 kerusi, Parti Wafdu (Sekular) dengan 47 kerusi, Parti Kutlah (Sekular) mendapat 39 kerusi, Parti Fulul (bekas penyokong Hosni) memperolehi 17 kerusi, Parti Wasot Islami 10 kerusi, Parti Thaurah Mustamirah dengan 8 kerusi dan parti bebas mendapat 14 kerusi.
Sementara 18 lagi kerusi Parlimen sedang menanti untuk diadakan pilihan raya dalam masa terdekat.
Secara keseluruhannya FJP mendapat 13 juta undi, Parti Nur Salafi dengan 7 juta undi dan golongan sekular mendapat 5 juta undi. Gabungan golongan Islam FJP dan Salafi mencatatkan undi keseluruhan 20 juta undi.
Dengan kemenangan besar ini, sudah pasti FJP iaitu parti tajaan Ikhwan akan menerajui Kerajaan Mesir. Sementara dalam tempoh peralihan ini (selepas Mubarak dijatuhkan) sehingga kerajaan baru mengangkat sumpah, khususnya tugas-tugas mentadbir masih lagi di bawah tugasan tentera.
Ikhwan menerusi FJP akan menjadi peneraju utama untuk menggubal Perlembagaan baru Mesir. Dalam perlembagaan baru yang bakal digubal nanti, akan ditetapkan sama ada kuasa pemerintahan akan diserahkan kepada Parlimen, atau kepada Presiden.
Penggubalan Perlembagaan sudah dipersetujui untuk diserahkan kepada Parlimen yang dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir menerusi pilihan raya yang adil dan bebas.
Perlembagan ini digubal kerana, sebelum ini Mesir diperintah secara diktator oleh Mubarak. Pada zamannya Parlimen hanya diberi kuasa sebagai legislatif, tetapi hak mutlak administratif dan eksekutif di bawah kuasa penuh Presiden.
Pengubalan Perlembagaan ini juga akan menentukan terma-terma pembahagian kuasa antara Parlimen dan Presiden. Apa pun Perlembagaan baru Mesir akan disiapkan sebelum Pilihan Raya Presiden Mesir yang dijangka akan diadakan awal Jun depan.
Sebagai langkah peralihan kuasa, Perdana Menteri (sementara), Dr Kamal Ganzouri mengadakan perbincangan dengan Presiden FJP Dr Mohamed Morsi dan Setiausaha Agung FJP, Dr Mohamed Sa'du Katatni.
Dalam pertemuan itu Dr Morsi menegaskan bahawa agenda utama yang menjadi fokus FJP untuk digubal Perlembagaan Mesir adalah, mengutamakan kepentingan rakyat termiskin.
Pada pertemuan itu Dr Morsi menegaskan,"Keutamaan kami (FJP) adalah untuk mencapai kestabilan dan harmoni untuk kepentingan seluruh rakyat Mesir.
"Untuk itu, saya menekankan peri pentingnya kerjasama semua golongan dalam masyarakat, terutamanya golongan pasca revolusi yang menguasai Parlimen yang bakal dibentuk. Buat pertama kalinya dalam dekad ini (Parlimen) akan mewakili kepentingan seluruh rakyat Mesir."
Dalam langkahnya bertahaluf siyasi dengan pelbagai golongan untuk mencapai kestabilan politik dan keharmonian rakyat, FJP mencalonkan Setiausaha Agungnya sebagai calon Speaker Parlimen, yang merupakan jawatan yang mempunyai kuasa besar di dalam sistem demokrasi berpresiden.
Selain Dr Sa'du Katatni, FJP juga mengumumkan akan menyokong seorang wakil Parti Nur Salafi (golongan Islam) dan wakil Parti Wafdu yang berhaluan sekular sebagai Timbalan Speaker.
Dr Katatni bukannya calang-calang orang. Beliau merupakan antara seorang pejuang Ikhwan yang ulung. Di zaman diktator Mubarak, beliau dipenjarakan dan diseksa bersama dengan Dr Mohamed Morsi dan Essam El-Erian.
Dr Katatni merupakan sarjana Phd dalam jurusan sains yang pernah bertugas sebagai Profesor, mengajar subjek mikro biologi dalam bidang botani di Universiti Minia. Kemudiannya dilantik sebagai dekan fakulti pada tahun 1994-1998.
Beliau juga memperolehi ijazah dalam bidang Pengajian Islam di bawah Fakulti Sastera pada tahun 2000. Selain itu beliau merupakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pengajar Universiti berkenaan.
Selain pengalaman politik, pengamalan Dr Katatni dalam bidang akademik sangat hebat. Sepanjang kariernya, beliau mengawasi lebih 21 kajian untuk pemegang Master dan Phd dalam hal ehwal botani selain menulis 36 kajian, di mana beliau menjadi Pengerusi Persatuan Saintis di Minia.
Katatni menceburi bidang politik selepas menyertai Ikhwan Muslimin. Beliau bertanding dalam pilihan raya umum Mesir pada tahun 2005 dan menang mewakili daerah Minia.
Di dalam Parlimen (pada zaman Mubarak) Dr Katatni merupakan Ketua Whip Parlimen Ikhwan sebelum disumbat ke dalam penjara oleh rejim Mubarak.
Justeru pelantikan Dr Katatni sebagai calon Speaker dari FJP berdasarkan pengalaman yang luas serta sumbangan besar beliau dalam bidang akademik dan politik di Mesir.
Tidak dinafikan bahawa perhatian dunia khususnya golongan Barat tertumpu ke Mesir pada waktu ini. Wakil-wakil Barat saban hari mengunjungi Ibu Pejabat Ikhwan di Jabal Muqattam dan pejabat FJP di Manial al-Roda.
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter turut berkunjung. Beliau menemui Mursyidul Am, Dr Badie. Manakala Timbalan Setiausaha Luar Amerika, William Branze menemui Presiden FJP, Dr Morsi.
Malah dalam pertemuan berasingan Duta Besar British ke Mesir, James Watt menegaskan pihaknya bersedia untuk memberikan sokongan bagi memulihkan ekonomi Mesir.
Kemenangan Ikhwan menerusi FJP turut menarik perhatian diplomat German. Dalam satu artikelnya dalam akhbar Frankfurter Allgemeine Zeitung, Menteri Luar German, Guido Westerwelle membicarakan tentang peranan parti-parti politik Islam yang sedang membuat perubahan kepada landskap politik di negara Benua Afrika Utara dan dunia Arab yang disifatkan sebagai Arab Spring.
Westerwelle berpendapat, perubahan besar yang melanda negara-negara seperti Tunisia, Maghribi, Libya dan Mesir terutamanya, masih berhadapan dengan beberapa ancaman, antaranya pada saat kritikal peralihan kuasa dari rejim lama kepada kerajaan baru. Selain itu, Arab Spring menghadapi cabaran besar untuk memulihkan ekonomi kerana rakyat di kebanyakan negara terbabit berada dalam belengu kemiskinan.
"Kita harus membantu proses transisi di utara Afrika dan dunia Arab dalam bentuk politik dan ekonomi. Menerusi pelaburan, kerjasama pendidikan dan pasaran terbuka. Kita boleh bantu menaiktarafkan prospek ekonomi rakyat dengan memberikan peluang yang lebih kepada mereka untuk mendapat kehidupan yang selesa," ujar Westerwelle.
Jan 21, 2012
Perutusan Tahun Baru Cina Oleh TG Presiden PAS....!!
Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan disambut oleh masyarakat Tionghua di Malaysia dan di seluruh dunia minggu ini, Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengucapkan selamat menyambut hari kegembiraan tersebut. Perayaan yang turut melibatkan majlis makan besar dalam keluarga besar merupakan satu nilai positif yang juga turut disanjung ajaran Islam.
Islam juga menggalakkan hubungan kekeluargaan dipereratkan, malah jika sudah memeluk Islam sekalipun, hubungan kekeluargaan tidak pernah putus khususnya dengan kedua ibu bapa mereka.
Apa yang malangnya ialah pemerintahan negara selama puluhan tahun ini masih belum mampu mewujudkan perpaduan nasional yang mantap. Malah hidup dalam kegelisahan akibat permainan politik perkauman pihak pemerintah. Bahkan hubungan masyarakat Tionghua di Tanah Melayu ini telah wujud seawal pemerintahan kerajaan Islam Melaka melalui hubungan diplomatik Laksamana Cheng Ho dengan kerajaan Melaka.
Masyarakat Tionghua di Malaysia merupakan kelompok kedua terbesar di negara ini dan memberi kesan terhadap politik dan sosial negara. Perubahan yang mereka lakukan dalam pilihanraya ke-12 yang lalu membuka lembaran baru politik negara yang menyentak keselesaan pemerintah di peringkat pusat. Perubahan yang dilakukan adalah untuk melihat negara maju ke hadapan dan keluar daripada politik usang yang menindas, diskriminasi dan zalim kepada rakyat kepada politik yang adil dan saksama sesama rakyat.
Namun ianya belum cukup merubah keseluruhan sistem 'usang' negara dan menginsafkan pemimpin pusat yang terus menerus menindas negeri-negeri dan rakyat. Maka tibalah masanya kita membuat perubahan total diperingkat kerajaan pusat. Maka sekali lagi masyarakat Tionghua adalah penting dalam mengekalkan dan meningkatkan undi mereka kepada Pakatan Rakyat dan seterusnya bersama membina negara yang adil untuk semua.
PAS akan sentiasa menghormati dan mengiktiraf kehadiran dan peranan masyarakat Tionghua di Malaysia dalam membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan makmur. PAS juga kini melalui Kelab Penyokongnya telah berjaya menjalin hubungan baik dengan masyarakat Tionghua khususnya dalam saling faham-memahami dan hormat-menghormati serta saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.
Gong Xi Fa Cai kepada semua.
Presiden PAS
Inilah Yang Kami Tunggu.......!!
KUALA LUMPUR,: Pengarah Starategi PKR, Mohd Rafizi Raberkata, saman daripada Datuk Seri Shahrizat Jalil terhadapnya berhubung pendedahan isu NFC sememangnya ditunggu-tunggu.
Katanya, ia kerana mereka mahu menggunakan peluang mahkamah untuk terus mendedahkan secara lanjut dakwaan penyelewengan dalam projek NFC tersebut.
"Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya
penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini.
"Peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan bakal diikuti oleh lebih ramai rakyat," katanya.
Beliau mengulas saman RM100 juta terhadapnya dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin oleh Shahrizat yang difailkan di mahkamah hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, beliau sangat yakin bahawa semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.
Sebelum memulakan siri pendedahan skandal itu juga jelasnya, mereka telah pun berbincang dengan peguam-peguam PKR mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman.
"Datuk Seri Shahrizat Jalil juga perlu berdepan dengan mahkamah rakyat yang mual dengan pelbagai keborosan dan salahguna wang yang didedahkan setakat ini.
"Sebab itu saya percaya tindakan mengenakan saman ini adalah tindakan politik untuk menutup mulut saya dan YB Zuraida Kamaruddin dari terus
membuat pendedahan, di samping cuba memberi gambaran seolah-olah beliau tidak gentar untuk mempertahankan NFC di mahkamah," katanya lagi.
Biarpun menyedari risikonya memang lebih berat di pihaknya dan Zuraida, sehingga boleh berdepan dengan kemungkinan muflis jika kalah, namun mereka tidak gentar.
"Datuk Seri Shahrizat Jalil hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman beliau ditolak. Dengan kekayaan keluarga beliau, sudah
tentu beliau mampu membayarnya.
"Jika pimpinan Umno seperti Dato’ Seri Shahrizat Jalil beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar," katany
Perjuangan Masih Belum Selesai....!!
Pejabat AG fail rayuan keputusan kes liwat II - MK
Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.
Ia difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang ini.
Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari yang juga bekas pembantunya.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya, berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.
Semalam, Saiful menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail meminta beliau memfailkan notis rayuan terhadap keputusan itu.
Saiful menerusi blog miliknya mohdsaifulbukhari.blogspot.com menulis bahawa surat itu dihantar melalui peguamnya Tetuan Zamri Idrus & Co.
Katanya, rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depannya.
Menurutnya, dia hanya menuntut haknya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan "di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi".
Katanya, jika dia berhak memfailkan rayuan itu sendiri, dia akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain.
Namun, katanya, kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan hanya terletak di tangan Peguam Negara.
Sementara itu, menulis dalam blognya, Saiful berkata, dia bersyukur kehadirat Allah SWT dan menerima baik keputusan Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
"Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan di sini bahawa dengan pemfailan notis rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang, adalah terlaksana.
"Saya dan keluarga juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan terlaksana.
"Saya akan terus berdoa, istiqamah, sabar. Kepada Allah saya berserah," tulis Saiful.
Nota :
Dah agak dah...silap hr bulan jd kes perak nie..mari rakyat kita bangkit lawan kezaliman puak2 beer end MARI KITA KASI ABU SAMA MERAKA....
Hassan Ali Makin Kuat Meroyan....!!
PAKAR `Moti Basi' Hassan Ali tidak habis-habis meroyan lagi di media pencacai. Kita tidak sabar-sabar mahu melihat Pakar `Moti Basi' ini mengelilingi dunia dengan `Road Show'nya ala `Road-Show' Anwar Ibrahim sewaktu mantan TPM tersebut dipecat dari parti dan kerajaan.
Adakah Pakar `Moti Basi' yang kini popular dengan gelaran `Pelesit' bukan `Parasit' ini boleh menyamai `Road-Show' Anwar Ibrahim?
Hakikatnya, Hassan Ali lebih beruntung kerana beliau berpeluang `Road Show' melalui media pencacai seperti TV 3 suku, berbeza dengan Anwar dahulu. Setakat ini, tiada satu pun hujah dari Pakar `Moti Basi' ini melambangkan PHd beliau yang kelazimannya penuh fakta dan boleh diterima oleh golongan bijak pandai. Sehingga kini, usahkan golongan cendiakawan, golongan orang-orang tua yang tidak tahu membaca pun mentertawakan Hassan Ali. Siapa kata semua yang memiliki PHd itu cerdik? Buktinya, lihat lah Hassan Ali.
Mulanya bersikap ego, mahu tunjuk bijak lebih bijak dari Tuan Guru Presiden PAS dan Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS apabila si hidung kembang ini mempertikaikan konsep Negara Berkebajikan PAS. Akhirnya, setelah di `brain wash', beliau memohon maaf dan mengakui secara tidak langsung kedunguannya itu. Tetapi, bila hati sudah busuk, beliau tidak serik selagi tidak boleh menjahanamkan PAS. Beliau berbunyi lagi dengan suara `terjerit-jerit dan mencerit' bagai anjing tersepit memperkatakan keburukan Anwar pula melalui media musuh Pakatan Rakyat. Sakitnya hati beliau terhadap Anwar tidak terkira mengalahkan bencinya Najib Altantuya kepada Anwar. Najib pun tidak melarang orang ramai hadir menyokong Anwar di mahkamah bahkan membenarkan mereka berhimpun secara aman, tetapi Hassan Ali dengan ego, bongkak dan sombongnya mengajak orang ramai agar tidak hadir ke mahkamah pada 09 Jan yang lalu.
Egonya Hassan Ali ini sehingga beliau masih bertanya tentang kedudukannya di dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor, sedangkan beliau sedar dan tahu bahkan tidak mahu merayu apabila beliau `dicampakkan' dari PAS. Ertinya apa? ertinya beliau masih sayang dan cinta kepada `kemewahan' kerusi Exco. Maka, berkatalah Pakar `Moti Basi' ini bahawa beliau seorang pejuang Islam tulin yang sanggup meninggalkan kerusi Exco yang berharga itu, demi Islam, kononnya. Hey, Hassan, kamu tidak meninggalkan kerusi Exco lah. Kamu dipecat dari PAS dan kerusi itu ditarik dari kamu, sedar atau tidak? Pengorbanan apa kejadahnya?
Seribu syukur atas nikmat Allah mencabutkan jasad Hassan Ali dari PAS. Jika tidak, boleh dibayangkan `Pelesit' ini akan bermaharalela dan merosakkan perjuangan PAS dari dalam. Orang yang hasad dengki, ego, bongkak lagi jahil tidak boleh bersama PAS, seadanya./wfauzdin.blogspot.com
Jan 19, 2012
Rakyat Malaysia Dah Mual Dengan Najib...!!
Sindiran banjiri laman Facebook Najib versi bahasa Cina - MR
Mungkin di luar jangkaan dirinya, cubaan Perdana Menteri Najib Razak untuk mendampingi komuniti Cina melalui Facebook telah mengundang kesan sebaliknya, apabila warga internet membanjiri laman rasmi Facebook versi bahasa Cina ini dengan sindiran dan kritikan yang tajam.
Tidak kurang komen yang menyasarkan isteri Najib Razak, iaitu Rosmah Mansor, misalnya mengajukan soalan nakal seperti "Nak shopping kat mana hari ini bersama isterimu? Apa jenama baru yang boleh kamu perkenalkan?", malah ada yang mengungkit semula nama "Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang diletupkan dengan C4 di Malaysia pada tahun 2006.
Laman Facebook ini menggunakan Ah Jib Gor (makna: abang Jib) sebagai namanya, membuatkan tidak kurang yang menganggap laman itu direka oleh warga internet yang sengaja menyindir Najib. Ini kerana "Ah Jib Gor" adalah nama yang digelar oleh pembangkang dalam ceramah, ketika merujuk kepada Najib Razak. Gelaran ini dipopularkan di ruang internet, sedikit sebanyak berunsur "sindiran" ketika digunakan. Bagaimanapun, laman ini akhirnya dikesahkan sebagai laman rasmi oleh Setiausaha Politiknya, Wong Nai Chee.
Ketika ditanya MerdekaReview mengapa laman itu dinamakan "Ah Jib Gor", sedangkan gelaran ini selalu digunakan untuk tujuan menyindir, Wong Nai Chee berkata ramai yang memberitahu Najib bahawa beliau digelar sebegitu. Malah, Najib sendiri menganggap panggilan sebegitu agak mesra, maka tidak mengapa jikalau digunakan, menurut Wong Nai Chee.
Tiada perbincangan politik
Bagaimanapun, laman "Ah Jib Gor" mengundang kritikan sebermulanya apabila menyatakan bahawa "tiada perbincangan politik" di situ. Admin menyatakan, "Sekali lagi anda diperingatkan, bahawa tiada perbincangan politik di sini, 'mengacau' tidak dialu-alukan. Anda boleh masuk dan melihat apa yang ada di sini, tetapi anda diharapkan berniat baik dan neutral, dan bukannya berniat jahat atau sengaja sabotaj. Kami sangat mengalu-alukan seandainya perbincangan berdasarkan fakta, juga perkongsian pengalaman hidup. Terima kasih!"
Kenyataan "tiada perbincangan politik" terus mengundang kritikan warga internet, mempertikaikan "Takkan rakyat bersembang soal cinta dan kasih dengan seseorang Perdana Menteri, jika bukan politik?" Kemudian ada pula yang mengalih topik ke shopping, beg tangan, Altantuya Shaariibuu, kapal selam dan sebagainya, memenuhi kehendak PM yang enggan membincang soal politik di laman ini.
Hampir semua soalan yang diajukan berlapik, misalnya ada yang memohon untuk membela lembu, ada pula ingin mengambil alih kontrak mengendali laman Facebook ini, menyindir peruntukan RM1.8 juta untuk Facebook Kementerian Pelancongan sebelum ini.
Terdapat juga warga internet yang cuba mengaitkan sikap "tiada perbincangan politik" ini dengan MCA pada zaman Ong Ka Ting menyandang jawatan Presiden. Pada ketika itu Ong Ka Ting cuba elak untuk menyentuh agenda besar politik, sebaliknya menumpu kepada soal kebajikan, sehingga mencungkil kritikan. Wong Nai Chee adalah ahli jawatankuasa pusat pergerakan belia MCA, dilihat berada dalam sekta Ong Ka Ting sebelum ini.
Bagaimanapun, Wong Nai Chee berkata kepada MerdekaReview bahawa ia bukan bermaksud tiada langsung perbincangan politik. PM akan respon kepada perkara yang mempengaruhi kehidupan orang ramai. Wong Nai Chee menjelaskan, Najib telah memiliki satu laman yang khas dalam bahasa Inggeris, maka laman versi bahasa Cina-nya tidak berniat untuk menjadi tiruan kepada laman tersebut. Lebih-lebih lagi, laman ini tidak berniat menampilkan imej Najib yang serius sebagai PM, tetapi sebaliknya.
Menurut pengamatan wartawan, respon rasmi laman ini terbahagi kepada dua, iaitu jawapan daripada Admin, dan kedua, jawapan daripada Najib setelah soalan diterjemahkan kepadanya. Sesetengah warga internet mengadu komen mereka telah dipadamkan admin, menyindir bahawa tidak usah menubuhkan laman Facebook seandainya tidak berani berdepan dengan kritikan.
Najib baru-baru ini hadir dalam majlis penayangan filem Cina tempatan, Ah Beng The Movie: Three Wishes. Ketika ditanya sama ada beliau faham apa yang dikisahkan filem tersebut, Najib menjawab dirinya cuba memahami jalan ceritanya melalui subtitle, dan adegan yang paling disukainya adalah apabila bapa Ah Beng mengambil keputusan untuk berhenti merokok, dan berjaya mengelak dari kebakaran rumahnya.
Jawapan Najib sedemikian lantas mengundang pertikaian warga internet, "Bagaimana pula pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas yang bakal menghancurkan rumah orang?"
"Ah Jib Soh"
Tidak lama selepas laman "Ah Jib Gor" ditubuhkan, satu laman dengan wajah Rosmah Mansor ditubuhkan, bernama "Ah Jib Soh" (makna: makcik Ah Jib). Laman itu secara terang-terang menyatakan bahawa ia "perwatakan rekaan", kini menarik lebih 3,000 peminat.
Status yang diperbarui dengan memilih topik-topik tertentu, menyasarkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, misalnya rambutnya, berat badannya, malah amalan menabung sejak zaman kanak-kanak - untuk membeli cincin intan, yang menjadi bahan sindiran warga internet sebelum ini.
Alasan Bodoh Dari Seorang Menteri UMNO....!!
Perisytiharaan harta menteri 'bahaya' kata Nazri-MK
Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.
"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.
Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.
Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.
Semalam, pengerusi lembaga penasihat panel SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata ahli keluarga dan pasangan menteri kabinet tidak lama lagi akan diwajipkan mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara prinsip telah bersetuju dan berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Minggu lalu, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengisytiharkan harta mereka secara terbuka manakala Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria juga membayangkan semua hakim juga akan dikehendaki berbuat demikian.
Nota :
Kalau bahaya majalah Forbes takkan dedahkan senarai manusia terkaya di dunia termasuk malaysia....
Di malaysia yg kaya seperti robert kuok, syed mokhtar, lim goh tong, ytl, ananda krishnan termasuk lah nazir razak....
Diaorg tu tak pernah dirompak atau ditembak atau marah bila forbes dedahkan nama mereka sbg bilionaire.kah...kah...kah....
Ini semua alasan bodoh dari seorang yang bergelar menteri.
Tak Ada Kerajaan Di Dunia Yang Bankrap Kerana Tolong Rakyat....!!
UMNO Kedah khususnya serta UMNO Malaysia amnya terasa terpukul dan terhentak dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke 3 yang berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti 14 Jan yang lalu.
Terloncat Tok Bashah bila melihat lebih dari 60 ribu rakyat khususnya membanjiri padang stadium sempena Rapat Setia Rakyat semata-mata ingin mendengar amanat-amanat pimpinan atasan Pakatan Rakyat. Tok Bashah ternganga tak boleh nak kata apa..
"apa sudah jadi..?" " tara tu kita punya main isu Madrasah Salihiah..masih ramai lagi ka dok sokong depa"...mungkin itu yang terkeluar dari mulut Tok Bashah. Picit kepala menahan pening..panadol active plus pun tak tinggalkan kesan....peningnya semakin menjadi-jadi.
Tapi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah mana boleh duduk diam...jawatan Menteri Besar Kedah jadi idaman...maka datanglah idea Tok Bashah yang kononnya baginya mantop dan berkesan untuk mengelirukan rakyat..
"Tiada perkara baru...konvensyen PR disifatkan hanya untuk selamatkan kerajaan Pas"
Katanya kehadiran rakyat dilokasi tempat ceramah semakin berkurangan. Tok Bashah tersilap hantar spy...lain kali hantarlah spy yang cerdik matematik...tapi rasanya spy UMNO ni memang tak cerdik matematik kerana selalunya melaporkan angka yang salah...faham-fahamlahkan....So..Tok Bashah akan kecewa...merana..lara..gundah gulana...bila laporan yang diberi bercanggah dengan realiti....
Kenapa harus nak selamatkan PAS, yang tersepit sekarang bukan PAS tetapi UMNO....UMNO dah kehilangan taring..semua isu yang ditengahkan satu pun tak dapat membeli minda rakyat...isu duit peruntukan jalan...belum lagi YB Phahrolrazi jawab dalam sidang dun, Tok Det awai-awai lagi dah mengaku....isu Madrasah Salihiah....semuanya kantoi....yang syoknya bukan berlawan dengan kerajaan negeri tapi berlawan dengan Majlis Fatwa....tunggu je dimahkamah...senang bercakap dengan orang cerdik dimahkamah dari bercakap dengan orang pendek akal...tak tak reti-reti nak faham-faham.
Ahaaa....itu tak termasuk lagi..duit kerajaan negeri digunakan untuk membiayai program UMNO..wau...banyak lagi wooo....bro...tu Puteri nak kata tak ada sebab PAS yang gelabah tapi yang lebihnya UMNO yang ibarat seperti kucing nak beranak.
Nak bagitau Tok Bashah...kita orang kalau bermuktamar ke..konvensyen ke..ijtimak ke...kita orang lebih suka bincang masalah kita orang leee...cari penyelesaian...kuatkan aqidah perjuangan...sebarkan isu-isu yang berfakta..kuatkan iltizam..tiup semangat perjuangan..bukannya macam kau orang semua...tak ada kerja lain...asyik hantam Pakatan Rakyat...sampai menghantam peribadi pimpinan..mereka-reka cerita untuk halua telinga yang memang suka mendengar cerita bohong dan fitnah...yang teruknya sampai menghukum PAS ajaran sesat....ada yang sampai nak selak-selak kain...fuhhhh..!
Jangan nak samakan Pakatan Rakyat dengan UMNO...jauh sekali bukan setakat jauh panggang dari api..tapi jauhnya ibarat langit dan bumi....
Takut sangat dengan tawaran Pakatan Rakyat dalam buku jingga...kenapa..? terpukul..? ye..InsyaAllah sekiranya rakyat memilih Pakatan Rakyat untuk PR ke13 dan diizinkan Allah....kita kan hapuskan tol...tok Bashah kata..kalau hapus tol negara boleh bankrap....betul ke? sekarang ni tol tak dihapuskan pun...negara dah nak bankrap..bukan pasai negara tak ada duit tapi duit negara dah banyak disongklap UMNO....sehingga kewangan negara hampir nak kontang...rakyat jadi sasaran...dibebankan dengan kenaikan harga barang.
Silap fakta tok Bashah ni...perangkaan yang tak berasas....negeri Pakatan Rakyat mana yang UMNO tak kata...." tunggulah..boleh bertahan 3 bulan saja...."...tapi Kelantan telah bertahan lebih dari 20 tahun...Kedah hampir 4 tahun...satu sen pun tak minta hutang kerajaan pusat...turun cukai tanah...hilang pendapatan negeri..tak juga bankrap..namun bertambah pendapatan....hrmmmm...UMNO silap perangkaan..
Sudah-sudahlah Tok Bashah,,jangan juai ubat sengal otot yang tak mujarab....minyak angin yang tak berkesan...minyak urat yang tak menyengat....cukuplah....Puteri nak nasihat...laa ni pebetui masalah dalaman UMNO tu...tumpu kat ahli hampa.......hat yang PAS ke..Pakatan Rakyat ke..biaq kami yang jaga...
Satu lagi jangan dok susah hati tentang masa depan negara Malaysia...kalau Pakatan Rakyat yang memerintah tahulah kami nak buat macamana...pisau kami pegang...mentimun ditangan kami...tau la kami nak potong macamana...
Jan 18, 2012
Tak Ada Maknanya....!!
Lagi UMNO tipu warga Felda. PM umum semua peneroka akan mendapat durian runtuh atau dengan kata lain wang tunai yang jumlahnya akan ditentukan oleh kerajaan nanti. Apakah warga Felda tidak dapat membaca dan menilai kata-kata pemimpin UMNO ini?
Itu bukan durian runtuh tetapi adalah wang dan hak milik peneroka yang selama ini dirompak dari peneroka. Kerajaan terpaksa bagi semula wang itu sebab musm PRU13 dah dekat apatah lagi dengan banyak pembongkaran penyelewengan wang Felda yang dilakukan oleh pihak pengurusan Felda dengan direstui oleh pemimpin dan Kerajaan UMNO selama ini.
Wang yang dikatakan durian runtuh itu tidak sepadan dengan wang milik peneroka yang telah dirompak sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Jika tidak dibongkar oleh "ANAK", maka peneroka tidak akan tahu dan akan terus ditipu oleh UMNO selagi mereka berkuasa.
Namun begitu peneroka harus sedar, wang milik mereka yang telah disamun selama ini entah kemana perginya, dan wang yang diberikan yang tak seberapa nilainya itu nanti adalah wang dari pihak lain, mungkin wang yang dipinjam dari KWSP. Ianya adalah hutang. Bukan kerajaan yang berhutang tetapi peneroka yang berhutang secara paksa dan secara halus oleh puak UMNO.
Walau banyak mana pun yang diberi, peneroka jangan sekali-kali terpedaya dan rasa terhutang budi dengan kerajaan dan UMNO kerana wang itu sememangnya milik mereka dan sebenarnya jumlahnya adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah yang telah disamun oleh UMNO selama ini. Harus ingat! Jika peneroka mengundi UMNO pada PRU13 nanti dan mereka menang, mereka akan rompak lebih banyak lagi untuk membayar hutang tersebut. Jangan kena tipu lagi. Ini semua adalah permainan dan muslihat UMNO yang hanya bertujuan untuk mendapatkan undi peneroka dalam PRU13 nanti. Bila dah menang nanti, mereka akan tindas dan hisap darah peneroka semula. Jangan sekali-kali percaya dengan kebaikan dan mulut manis puak UMNO ini.
Mereka gadai tanah peneroka (FGVH), bila dapat untung berganda kelak, mereka akan sapu, dan berikan kuahnya kepada peneroka, dan jika berlaku kerugian kelak, mereka akan lepas tangan dan paksa peneroka membayarnya dengan mengenakan pelbagai cukai dan bayaran yang akan direka-reka kelak. PM kata jamin akan untung, siapa dia yang boleh beri jaminan bahawa (FGVH) akan untung? Jika rugi bagaimana? Akhirnya semua tanah milik peneroka akan tergadai dan terlepas kepada pihak asing. Maka ketika itu pemimpin UMNO dengan muka selamba akan berkata ‘nak buat macamana, kita dah usaha, tapi rugi juga". Sebenarnya mereka yang gadaikan tanah-tanah itu dan mereka kaut keuntungan secara senyap dan terancang.
Penyenaraian (FGV H) ini adalah cara kerajaan untuk mendapatkan wang untuk membayar hutang negara. Mereka paksa peneroka supaya menerima perancangan mereka ini kerana hutang negara sudah sampai ke tahap yang amat membimbangkan. Mereka pinjam wang dari luar negara, kemudian rekacipta projek-projek mega yangmana mereka dan kroni mendapat keuntungan atas angin bernilai ratusan juta ringgit, apabila sudah tidak mampu untuk membayar hutang, mereka intai-intai mana-mana harta milik rakyat yang boleh dikorbankan secara paksa. Tanah-tanah peneroka adalah antara yang menjadi korbanya. Selepas ini, kita tidak tahu hak rakyat mana pula yang akan mereka korbankan demi untuk menutup penyelewengan dan pecah amanah mereka terhadap wang rakyat dan wang milik negara selama ini. Tak mustahil tanah-tanah milik Felcra dan Risda pula yang akan menjadi mangsa selepas ini.
Bangunlah wahai peneroka, jangan tidur dan bermimpi lagi. Terlalu banyak sudah pengkhianatan dan penipuan UMNO terhadap Melayu dan peneroka Felda. Wang yang akan diberikan nanti, ambil! jangan tak ambil kerana itu adalah antara hak peneroka yang disamun selama ini walaupun jumlahnya tidak setimpal dengan wang peneroka yang dihilangkan selama ini. Tetapi itu bukan durian runtuh. Yang dapat durian runtuh ialah puak UMNO selepas FGVH disenaraikan nanti. Mereka kaut hasil titik peluh peneroka secara sah dengan undang-undang yang mereka cipta sendiri.
Mereka tidak peduli apa peneroka nak kata. Sudah banyak kes peneroka dibawa ke mahkamah dan berpihak a peneroka. Ini adalah antara bukti bahawa sudah berpuluh tahun hakmilik peneroka ditipu dan diselewengkan oleh puak UMNO. Apakah peneroka masih ingin mengundi dan menyokong UMNO dalam PRU13 nanti?
Ingatlah wahai warga Felda, jangan tersilap lagi. Cukuplah selama ini kamu mengundi UMNO. Telah jelas dan banyak sudah penyelewengan yang telah mereka lakukan terhadap hakmilik kamu. Bangkitlah, bersama-samalah kita tumbangkan UMNO dalam PRU13 nanti supaya hakmilik kamu terus terpelihara untuk generasi-generasi yang akan datang.
Nota :
"Jika ARAK itu ibu segala kejahatan, UMNO pula adalah ibu segala kezaliman, penipuan, kemungkaran, kesesatan dan kekufuran. Untuk selamat dunia dan akhirat, benci dan jauhilah kedua-duanya".
Manifesto PR N9 Di Lancarkan....!!! Tepuk Dada Tanya Iman...!!
SEREMBAN : Dalam berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan tidak lama lagi, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah mengambil langkah awal untuk mengumumkan Manifesto Pakatan Rakyat negeri itu pada 15 Januari lalu.
Manifesto bertajuk '“Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat” - Tonggak Nan Sembilan telah dilancarkan dalam satu Ceramah Perdana 15 Januari lalu di Dataran Rakyat, Gemas.
Ceramah itu membariskan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu; dan barisan kepimpinan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri Sembilan.
Sementara Manifesto itu dilancarkan bersama ketiga-tiga pimpinan Pakatan Negeri Sembilan iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufik Abd Ghani , Pengerusi DAP Negeri, Antony Loke dan Pengerusi KeADILan Negeri, Dato’ Kamarul Bahrin Abbas.
Kira-kira 10,000 penyokong hadir ke ceramah berkenaan yang julung kali diadakan di Gemas, suatu daerah di Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Johor.
Berikut adalah Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan yang telah dilancarkan 15 Januari lalu.
Tonggak 1: Rakyat itu tuan
- Mewajibkan Menteri Besar dan Exco mengisytiharkan harta.
- Mengamalkan sistem tender terbuka bagi perolehan dan projek pembangunan sektor awam,
Tonggak 2: Rakyat nan senang dan sejahtera
- Memajukan tanah terbiar termasuk tanah pusaka adat.
- Mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancongan.
Tonggak 3: Rakyat nan bertelapak
- Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold).
- Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama lima tahun.
Tonggak 4: Rakyat nan berilmu
- Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan anak warga Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga peringkat SPM.
- Memberi sumbangan RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM 1,000.00 untuk Diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.
- Menjadikan Negeri Sembilan hub pendidikan utama di wilayah selatan Semenanjung.
Tonggak5: Rakyat nan berakhlak
- Memperkemaskan sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu instrumen pembasmi kemiskinan.
- Melanjutkan pendidikan KAFA sehingga kesekolah menengah
- Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM 1,000.00 sebulan danmemberi elaun RM250.00 sebulan kepada guru Al- Qur’an.
- Mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam.
- Memberikan peruntukan tahunan kepada badan-badan induk agama bukan
Tonggak 6: Rakyat nan aman dan mencintai alam
- Memperkasakan mekanisme penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial.
- Memberikan insentif kepada majikan yang menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja wanita yang bekerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka.
- Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tidak mengizinkan apa jua pembangunan dijalankan selagi kajian impak alam sekitar dan sosial belum dikemukakan.
- Memulihara rizab hutan simpan, hutan perlindungan hidupan liar kawasan tadahan air, taman hutan lipur dan rezab hutan bakau di kawasan persisiran pantai
Tonggak 7: Rakyat nan selesa
- Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar.
- Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan memastikan mutu air sentiasa tinggi.
- Mewuiudkan zon akses kepada lnternet secara percuma diseluruh Negeri Sembilan.
Tunggak 8. Wanita dimartabatkan, rakyat nan muda disayangi, nan dizalimi dibela, dan nan tua disantuni.
- Memberi bantuan tahunan RM500.00 kepada ibu tunggal yang layak.
- Memberi tujuh hari cuti ihsan pada pekerja sektor awam yang kematian pasangan
- Membuka akaun tabungan permulaan RM 100.00 bagi setiap kelahiran bayi
- Mengadakan projek usahawan muda bagi mengalakklan anak muda menceburkan diri dalam perindustrian dan Perniagaan
- Memastikan anak muda diwakili di dalam JKKK
- Meningkatkan pembangunan sukan
- Menyokong cadangan mengagihkan tanah Felda Plantation Sdn Bhd kepada generasi kedua peneroka
- Mempercepatkan pengeluaran hak milik tanah kepada peneroka yang telah melunaskan hutang kepada Felda.
- Menyokong usaha Felda membina rumah mampu milik di kawasan Felda untuk generasi kedua peneroka.
- Memperkasa sistem bantuan kebajikan kepada golongan sasar termasuk warga emas, fakir miskin, golongan berpendapatanrendah, tidak bernasib baik dan OKU
- Memberi sumbangan tahunan RM100.00 kepada warga emas.
- Menyediakan Insuran Takaful Kifalah secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500.00 dibayar kepada waris)
- Memberi bantuan pakaian seragam sekolah bernilai RM100 kepada
pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga berpendapatan bulanan RM 1,500 ke bawah
Tonggak 9: Rakyat nan berbudaya dan beradat
- Merakyat seni setiap kaum.
- Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Tanah Adat bagi membangunkan tanah adat yang terbiar.
- Menaikkan elaun Datuk tembaga Adat kepada RM 1,000.00 sebulan
dan memberi elaun sebanyak RM 250.00 kepada Buapak.
- Menubuhkan sebuah Institusi bagi memperkasakanAdat perpatih.
Manifesto bertajuk '“Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat” - Tonggak Nan Sembilan telah dilancarkan dalam satu Ceramah Perdana 15 Januari lalu di Dataran Rakyat, Gemas.
Ceramah itu membariskan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu; dan barisan kepimpinan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri Sembilan.
Sementara Manifesto itu dilancarkan bersama ketiga-tiga pimpinan Pakatan Negeri Sembilan iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufik Abd Ghani , Pengerusi DAP Negeri, Antony Loke dan Pengerusi KeADILan Negeri, Dato’ Kamarul Bahrin Abbas.
Kira-kira 10,000 penyokong hadir ke ceramah berkenaan yang julung kali diadakan di Gemas, suatu daerah di Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Johor.
Berikut adalah Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan yang telah dilancarkan 15 Januari lalu.
Tonggak 1: Rakyat itu tuan
- Mewajibkan Menteri Besar dan Exco mengisytiharkan harta.
- Mengamalkan sistem tender terbuka bagi perolehan dan projek pembangunan sektor awam,
Tonggak 2: Rakyat nan senang dan sejahtera
- Memajukan tanah terbiar termasuk tanah pusaka adat.
- Mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancongan.
Tonggak 3: Rakyat nan bertelapak
- Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold).
- Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama lima tahun.
Tonggak 4: Rakyat nan berilmu
- Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan anak warga Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga peringkat SPM.
- Memberi sumbangan RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM 1,000.00 untuk Diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.
- Menjadikan Negeri Sembilan hub pendidikan utama di wilayah selatan Semenanjung.
Tonggak5: Rakyat nan berakhlak
- Memperkemaskan sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu instrumen pembasmi kemiskinan.
- Melanjutkan pendidikan KAFA sehingga kesekolah menengah
- Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM 1,000.00 sebulan danmemberi elaun RM250.00 sebulan kepada guru Al- Qur’an.
- Mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam.
- Memberikan peruntukan tahunan kepada badan-badan induk agama bukan
Tonggak 6: Rakyat nan aman dan mencintai alam
- Memperkasakan mekanisme penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial.
- Memberikan insentif kepada majikan yang menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja wanita yang bekerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka.
- Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tidak mengizinkan apa jua pembangunan dijalankan selagi kajian impak alam sekitar dan sosial belum dikemukakan.
- Memulihara rizab hutan simpan, hutan perlindungan hidupan liar kawasan tadahan air, taman hutan lipur dan rezab hutan bakau di kawasan persisiran pantai
Tonggak 7: Rakyat nan selesa
- Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar.
- Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan memastikan mutu air sentiasa tinggi.
- Mewuiudkan zon akses kepada lnternet secara percuma diseluruh Negeri Sembilan.
Tunggak 8. Wanita dimartabatkan, rakyat nan muda disayangi, nan dizalimi dibela, dan nan tua disantuni.
- Memberi bantuan tahunan RM500.00 kepada ibu tunggal yang layak.
- Memberi tujuh hari cuti ihsan pada pekerja sektor awam yang kematian pasangan
- Membuka akaun tabungan permulaan RM 100.00 bagi setiap kelahiran bayi
- Mengadakan projek usahawan muda bagi mengalakklan anak muda menceburkan diri dalam perindustrian dan Perniagaan
- Memastikan anak muda diwakili di dalam JKKK
- Meningkatkan pembangunan sukan
- Menyokong cadangan mengagihkan tanah Felda Plantation Sdn Bhd kepada generasi kedua peneroka
- Mempercepatkan pengeluaran hak milik tanah kepada peneroka yang telah melunaskan hutang kepada Felda.
- Menyokong usaha Felda membina rumah mampu milik di kawasan Felda untuk generasi kedua peneroka.
- Memperkasa sistem bantuan kebajikan kepada golongan sasar termasuk warga emas, fakir miskin, golongan berpendapatanrendah, tidak bernasib baik dan OKU
- Memberi sumbangan tahunan RM100.00 kepada warga emas.
- Menyediakan Insuran Takaful Kifalah secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500.00 dibayar kepada waris)
- Memberi bantuan pakaian seragam sekolah bernilai RM100 kepada
pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga berpendapatan bulanan RM 1,500 ke bawah
Tonggak 9: Rakyat nan berbudaya dan beradat
- Merakyat seni setiap kaum.
- Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Tanah Adat bagi membangunkan tanah adat yang terbiar.
- Menaikkan elaun Datuk tembaga Adat kepada RM 1,000.00 sebulan
dan memberi elaun sebanyak RM 250.00 kepada Buapak.
- Menubuhkan sebuah Institusi bagi memperkasakanAdat perpatih.
Saya Tidak Akan Pangkah BN....!!
16 Januari."Saya tidak akan mengundi BN (Barisan Nasional). Kalau kedai judi depan mata pihak berkuas a tidak nampak dan tidak ambil tindakan"
Itu antara kenyataan peniaga di pekan SLIM VILLAGE, Perak.
Barangkali ramai terfikir apakah hubungkait di antara Barisan Nasional, BN, dengan premis perjudian diceritakan di sini.
Untuk rekod, sebelum ini, Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat dan kemudian tampuk pemerintahan berpindah tangan kepada BN. Sebagai rakyat, orang ramai melihat, pemerintah berhak mendapatkan bantuan pelbagai pihak berkuasa untuk memberhentikan kegiatan perjudian masih beroperasi sehingga ke saat entri ini ditulis.
"Premis itu dilengkapi kamera litar tertutup, CCTV. Hanya pelanggan tetap sahaja dibenarkan masuk. Kini pintu belakang ditutup. Kebanyakkan pelanggan golongan tua berbangsa Melayu. Masyarakat setempat sebenarnya berasa gusar jika anak remaja mereka terjebak dengan gejala judi. Setiap hari selepas jam 5 petang, premis beroperasi 24 jam itu akan penuh dikunjungi pelanggan," ujar source saya.
Di kalangan pegawai dan anggota polis, terma 'source' bermaksud pemberi maklumat.
Jam 1.39 tengahari tadi saya menghantar pesanan ringkas, SMS, kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjung Malim, MDTM, Mohamad Fariz Mohamad Hanip.
'Salam Tuan. Premis judi onlne telah beroperasi di SLIM VILLAGE sejak setahun lalu. Gambar dan laporan di http://mazidulakmal.com. Adakah MDTM tahu kegiatan itu? Terima kasih'.
Berikut balasan SMS saya terima 14 minit kemudian.
'Semua premis terlibat kita dah submit ke Bukit Aman termasuk polis juga memantau, sebagai makluman'
Saya kemudian mengajukan soalan seterusnya kepada beliau, juga menerusi SMS.
'MDTM tidak ada kuasa untuk menutup operasi, Tuan?'
Berikut respon diterima pada jam 2.27 petang tadi.
'Itu perjudian di bawah kuasa polis. Kami (MDTM) jika premis berlesen dengan MDTM, operasi perlu bersepadu dengan polis'.
Saya tidak berkhidmat dengan MDTM atau polis tetapi berikutan maklumat disalurkan, sebagai blogger saya terpanggil untuk melaksanakan tanggungjawab sosial dalam memerangi gejala merugikan masyarakat itu.
Jika pemerintah dan pihak berkuasa mengikut saranan 1Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 'Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan', pastinya banyak telah membuka mata sekaligus bersama menangani kes ini dengan kadar segera.
Ingat, kuasa memilih pemerintah terletak di tangan rakyat dan Pilihanraya Umum Ke 13bakal menjelang tiba.
Justeru, dengar keluhan rakyat dan laksanakan tanggungjawab dipikul.
Nukilan : Mazidul Akmal Sidik
Subscribe to:
Posts (Atom)