Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 12, 2010

SPRM Adalah Parti Komponen BN....!!!


PAS Harap SPRM Berani tangkap 'Jerung' - HD

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Rakyat sekali lagi sedang memerhati apakah akan ada sebarang tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pesalah 'jerung' seperti yang didedahkan Ketua Audit Negara dalam laporan audit 2009 baru-baru ini.

Bagi PAS, mereka mahu SPRM berani berani bertindak khususnya terhadap 15 kes penyelewengan termasuk di Kementerian Pertahanan yang melibatkan sejumlah RM310,000 wang rakyat digunakan untuk persiapan bilik VVIP.

Ianya termasuk kos set lampu (chandelier) RM10 000, home theatre RM12,000, kertas dinding (wallpaper) RM95,800 dan set sofa RM13,000.

"Setiap kali laporan audit dikeluarkan menyebabkan rakyat yang prihatin sesak dada kerana memikirkan bagaimana wang negara dibelanjakan semacam harta emak bapa mereka, tanpa memikirkan rakyat yang masih ramai menderita.

"Kita tentu masih ingat bagaimana Pendedahan yang dipetik dari Laporan Ketua Audit Negara 2006 tentang perbedaan ketara harga pasaran dengan harga yang dibayar untuk beberapa peralatan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.

Tambahnya, ramai terkejut bagaimana harga set screw driver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital kodak melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik RM42.80 (harga pasaran RM5.20), set tea 6 kerusi RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).

Lebih menarik lagi katanya apabila pihak audit tahun 2006 tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan 6 buah kapal peronda (Petrol Vessel – PV) Tentera Laut Diraja Malaysia yang berjumlah RM943.46 juta kepada kontraktor bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan yang berkenaan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan.

"Kos membina 6 buah PV ini ialah RM5.35 bilion. Baucer yang hilang bukan bernilai RM10, tetapi hampir RM1 bilion. Jika pegawai kerajaan yang buat tuntutan tol sebanyak RM 3 pun perlukan dokumen, tiba-tiba wang rakyat sebanyak RM 1 bilion diberi kepada kontraktor tanpa dokumen. Apa sudah jadi dengan negara kita?," soalnya.

"Apa makna laporan audit yang saban tahun melaporkan cukup baik, malangnya yang memimpin negara tidak sensitif untuk memperbaiki penyelewengan," tambahnya lagi.

Pada laporan audit negara 2008 juga melaporkan berlaku ketirisan sebanyak RM 28 bilion.

Sehubungan itu, PAS tegasnya mengharapkan SPRM bertegas dan mengheret mereka yang bertanggungjawab atas kewangan awam mesti ke muka pengadilan, termasuklah jerung yang bertaraf menteri.

Nota :

Mana mungkin SPRM berani tangkap sesama parti komponen....
SPRM di tubuhkan untuk pantau pembangkang....
Kalau BN...sorry...SPRM tak cukup kakitangan...
walau ada fakta lengkap pemimpin BN terlibat salah laku rasuah...
Kalau pembangkang....tak payah fakta..cukup dengan hanya sekeping surat layang...
Maka lari bertempiaran pegawai SPRM pergi menyiasat....
Apa cerita kes Rafidah Aziz...dah selesai ke..??
Apa jadi dengan kes Rahim Thamby Chik...dah dakwa ke...??
Itulah sebab...SPRM hanya layak di panggil sebagai "Lembu" saja...
Kah...Kah...Kah....!!!

Pemimpin Rompak Duit Negara....Rakyat Curi Tabung Masjid...!!!


Curi duit tabung masjid untuk beli susu anak di Johor-TKO

"Seorang bapa juga suami berumur 39 tahun dari FELDA Aping Barat, Johor yang terdesak telah dikatakan mencuri duit tabung masjid di Kota Tinggi hanya semata-mata untuk membeli susu anak telah ditangkap oleh jemaah masjid.

Menurut pihak polis bapa tadi tidak pernah mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini dan tiada rekod menagih dadah.

Kalau benarlah cerita ini, ianya sungguh menyedihkan. Mana pergi wang zakat ? Felda bankrap ke tidak ?

Berita ini adalah dari laporan akhbar New Straits Times 11 Nov 2010

Nota :

Negara sedang menunuu ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi...
Berapa tinggi..?? Tak tahu lagi...!!!
Kalau macam ni macam mana nak tinggi...??
Nak beli susu pun terpaksa mencuri...
Berlaku pulak di negeri kelahiran UMNO...
Malah terjadi pada rakyat dinegeri yang paling kuat UMNO di dunia...
Memang tak salah kalau kita kata " Pergi Jahanamlah Dengan UMNO...!!
Ohhh...Baru rasa lega sikit selsema....
Kah...Kah...Kah....!!!

Presiden PAS : Tahniah Kepada Yang Berjaya....!!!

Marang, 12 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010.

“Jadikan kecemerlangan tersebut sebagai panduan untuk mencari keredhaan Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang dalam laman twitter.

Keputusan UPSR 2010 adalah terbaik dalam sejarah iaitu pertama kali melebihi 10 peratus apabila 48,327 calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Semasa mengumumkan keputusan itu, semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, berkata calon memperoleh keputusan semua A meningkat kepada 10.02 peratus berbanding 9.51 peratus tahun lalu.

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu turut mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Walau bagaimana pun kepada pelajar yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang dinasihatkan tidak berputus asa dan terus berusaha lagi untuk masa hadapan disamping sentiasa berdoa kepada Allah Taala untuk kejayaan yang akan datang dalam PMR dan SPM.

Cabaran Fardhu Haji Bermula...!!!


MAKKAH – Keadaan penuh sesak Masjid al-Haram di sini akan menjadi lengang selama 5 hari apabila seluruh jamaah akan meninggalkan Makkah menuju Arafah.

Seramai 34,000 jamaah haji Malaysia akan bergabung membentuk himpunan terbesar umat Islam sedunia di Padang Arafah pada 14 November, bersamaan 8 Zulhijjah.

Kira-kira 4 juta umat Islam dari lapan benua akan berhimpun di padang yang bersejarah itu menjelang waktu maghrib hari Ahad tersebut.

Perjalanan ‘Manasik Haji’ secara berperingkat dengan menaiki bas sejauh kira-kira 20 km, merupakan cabaran terakhir bagi musim haji 1431H.

Menurut Penyelia khidmat Haji swasta, Haji Razali Md Yunos, para jamaah akan bertolak pula ke Mina pada hari raya Eidul Adha, selepas ‘mabit’ di Muzdalifah.

Menurutnya, para Hujjaj akan berhimpun dan berkhemah di Mina pada hari-hariTasyrik, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

“Semua sekali (termasuk swasta dan) Tabung Haji lebih kurang 30,000 orang, (akan bertolak ke Arafah) pada 8 Zulhijjah,

“(beberapa kesukaran akan dihadapi oleh jamaah Haji) tetapi kesukaran itu boleh kita ‘minima’kan kerana ia bergantung kepada arahan daripada ‘Muassasah’,”ujarnya ketika ditemui disni.

Katanya, antara kesukaran yang mungkin dihadapi adalah risiko ‘banjir’ yang melanda sekiranya hujan turun dalam waktu ‘perkhemahan’ di Mina, sebagaimana yang berlaku pada tahun lalu.

Selain itu, menurutnya, situasi ‘sukar’ juga akan dihadapi, sekiranya berlaku sebarang kemalangan, samada semasa perjalanan atau di tapak perkehemahan di Mina.

Oleh itu, beliau menasihati semua jamaah agar supaya berhati-hati dan betrsabar dalam menempuhi perjalanan terakhir ‘kerja haji’ tersebut.

Nota :

Harapan agar semoga jemaah haji supaya bersabar (menghadapi ujian), (kita berdoa) semoga Allah memberikan kita kemudahan, (dan) ketenangan,

Ssemoga apa yang kita hajatkan di makbulkan, InsyaAllah dan semua orang (para Hujjaj) dikurniakan Haji yang mabrur, InsyaAllah.....

Nov 11, 2010

Siapakah Wanita Paling Berpengaruh Di Putrajaya...??


Chegubard dakwa pegawai JPM ada RM200 juta -MK

Seorang pegawai kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa memiliki harta dan mengumpul kekayaan bernilai RM200 juta.

Perkara ini didedahkan di laman blog Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Dalam tulisan di laman blognya, Badrul Hisham atau juga dikenali sebagai Chegubard berkata maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' di Jabatan Perdana Menteri memberikannya dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri itu mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

"(Beliau) mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini," dakwanya.

Menurut Badrul Hisham, pegawai kanan itu dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM

Nota :

Adakah ini gerangannya.....??? - Sumber : TKO

"Satu lagi pembongkaran kekayaan luar biasa pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kali ini melibatkan Setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri iaitu. Dato’ Zakiah Ibrahim.

Dato Zakiah AKA ZAKAYA merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini.

Tidak menyukai publisiti, ZAKAYA dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.

ZAKAYA adalah individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui direct nego atau restricted tender di Kementerian Kewangan.

Kuasanya melebihi kuasa datuk Seri Husni Hanazlah, Menteri Kewangan Kedua.

Menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM, ZAKAYA membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua UMNO bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri.

Beliau dalam masa yang singkat telah mengumpul kekayaan sebanyak RM200 juta dengan cara diam-diam melalui dua orang rakannya Dato Norida Hamzah, CEO Aero Tree Defence & Services Sdn Bhd dan seorang lagi Halim Othman, bekas petugas Sri Satria dan “Nominee Director” untuk ZAKAYA.

Modus Operandi ZAKAYA adalah dengan menukar proposal syarikat yang terpilih kepada syarikat Dato Norida dan Halim atau memanggil ketua bahagian UMNO atau Kerabat Diraja yang berjaya merebut tender untuk berkongsi kekayaan dengan beliau.

Satu lagi keistimewaan ZAKAYA adalah beliau boleh terus menghubungi menteri untuk “rundingan terus” dengan beliau supaya projek itu boleh dikongsi antaranya dan pihak menteri atau pegawai kanan kementerian tersebut.

Hari ini kami kemukakan dua bukti 2 syarikat milik ZAKAYA yang menggunakan kroni beliau dengan memaksa Bank Pembangunan dan Malaysia Debt Ventures Berhad memberikan pinjaman berjumlah hampir RM200 juta untuk projek bernilai RM20 juta.

UMNO Adalah Bapak Kepada Segala Bapak Pengkhianat...!!


Khianat Paling Besar Tidak Laksana Amanah - BO

Marang : Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata amanah yang paling besar adalah melaksanakan perintah Allah SWT di atas muka bumi ini terutamanya kepada pemimpin negara.

Menurutnya, mana-mana pemimpin negara yang tidak melaksanakan perintah Allah SWT itu menjadi pengkhianat yang sangat besar.

“Orang yang jadi pemimpin negara adalah amanah yang paling besar. Sekiranya dia tidak melaksanakan perintah Allah. Maka, dia menjadi pengkhianat yang sangat besar,” ujarnya ketika menyampaikan kuliah Jumaat, di Masjid Rusila, Marang, baru-baru ini.

Malah, katanya orang yang diberi hak serta peluang melantik pemimpin negara tetapi tidak mengikut kehendak Islam juga mendapat kemurkaan Allah.

Menurutnya, tanggungjawab melantik pemimpin negara juga bukan perkara permainan bagi mendapatkan imbuhan wang ringgit.

“Khianat yang paling besar adalah memimpin negara tidak mengikut syariat Allah SWT.
Begitu juga dengan orang yang melantik pemimpin negara dan tidak mengikut cara-cara Islam, murka yang sangat besar.

“Kerana itu, adalah amanah yang sangat besar, bukan main lantik pemimpin boleh RM50, boleh RM100. Ini amanah yang sangat besar di hari kiamat,” tegasnya.

Ustaz Abdul Hadi turut mengingatkan dengan sepotong hadis yang bermaksud,“Barang siapa yang melantik kepimpinan bukan kerana kelayakkannya, tetapi kerana dunianya. Maka, dia telah khianat terhadap dan Rasul-Nya SAW”.

Justeru itu, katanya pelaksanaan hukum hudud yang terkandung dalam perundangan Islam wajib ditunaikan oleh pemerintah Islam yang diamanahkan.

Nota :

Dahlah menang dengan cara menipu...
Bila dapat kuasa tak amanah pulak...
Patutlah kita gelarkan UMNO ni sebagai Bapak Pengkhianat....
Denagn erti kata yang lain..."Pergi jahanamlah Dengan UMNO.."
Ohh...baru rasa lega sikit....
Kah...Kah...Kah....!!!

Kecil Tapak Tangan, Nyiru UMNO Tadahkan....!!!


MCA Mahu Ambil Alih Syarikat Judi, Apa Kata UMNO- HD

KUALA LUMPUR, 10 Nov: Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke hari ini meminta Umno menyatakan pendirian mereka terhadap parti komponen Barisan Nasional, MCA yang dikatakan sedang berusaha mendapatkan pegangan saham ke atas firma perjudian Tanjong PLC.

Loke yang juga ahli Parlimen Rasah berkata, ini kerana Umno bermati-matian menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan wang judi untuk memberi bantuan kepada orang miskin di negeri itu.

"Kita nak minta pandangan Umno jugalah. Apa pandangan pemimpin-pemimpin Umno sekiranya ada rakan mereka dalam Barisan Nasional mengambil alih satu syarikat perjudian, Tanjong PLC yang memiliki saham dalam perjudian.

"Mereka begitu beria-ia membangkitkan isu di Pulau Pinang kononnya ada sumbangan daripada kelab lumba di Pulau Pinang bagi kepada kerajaan negeri dan kita bagi kepada orang miskin dan mereka kata ini wang haram dan kita tidak menghormati orang Islam dan sebagainya," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Loke turut mempersoal rancangan badan pelaburan MCA, Huaren Holdings Sdn. Bhd untuk mendapatkan firma perjudian ke atas syarikat perjudian ketiga tebesar di Malaysia itu selepas Berjaya Sports Toto dan Magnum.

"Pertama sekali, adakah benar mereka merancang untuk berbuat demikian? Jika betul, di mana autoriti moral MCA? Adakah ia (MCA) entititi perniagaan atau sebuah parti politik?" soalnya.

Beliau juga mempersoalkan tindakan MCA yang hanya berdiam diri rancangan Kementerian Kewangan sebelum ini yang bercadang meluluskan lesen judi sukan di negara ini.

"Adakah kerana mereka menyokong rancangan itu kerana mereka juga ada perancangan untuk melabur dalam perniagaan perjudian?” soalnya. Menurut Loke lagi, terdapat konflik kepentingan apabila MCA diwakili oleh seorang timbalan menteri kewangan yang keputusannya memberi impak kepada industri perjudian.

"MCA masih adalah sebahagian daripada kerajaan. Meskipun mereka tidak berkuasa, tetapi mereka tetap sebahagian daripada kerajaan dan ini mungkin menyebabkan konflik kepentingan, katanya.

Loke berkata jika MCA meneruskan hasratnya untuk terbabit dengan industri perjudian, DAP akan terus memanjangkan isu berkenaan.

Nota :


Agak-agaknya UMNO mesti akan berkata macam ni....

Lu MCA mesti kena ambik peluang ini...
Lu MCA kalau tak ambik memang lu sangat bodoh...
Tiada halangan punya...hanyalah peluang...
Ini bisnes boleh bikin kita kaya maaa...
Kita UMNO tak boleh ambik...sebab kita orang melayu maaa...
Kalau lu takut mahu ambik..tak apa...
Kita UMNO ada satu cadangan....banyak bagus...
Lu mesti ambik itu judi..lu taruk lu punya nama..tapi UMNO akan bayar maaa...!!
Haiyaaa....Wa cakap ambik...lu mesti ambik laa...
Haiyaaa...Lu tarak mau duit ka...!!!
Ini duit maaa....judi mana ada rugi...
Ini baru nama kawan....lu tolong gua..gua tolong sama lu....
Kah...Kah...Kah...!!!

Keda Payang Jual Budu Belacang....Na..Na...Na...Tranung Kite...!!!


Remaja 15 tahun ditahan edar dadah - Berita Harian 9 Nov 2010

Jadikan rumah pusat pengedaran pil kuda - KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang berhenti sekolah untuk mencari kerja berpendapatan lumayan, akhirnya terkandas apabila dia ditangkap di rumahnya di Kampung Batu Buruk di sini, kelmarin.

Polis yang berjaya menghidu kegiatan gadis itu menjadikan rumahnya pangkalan pengedaran dadah di sekitar kawasan terbabit membuat intipan sejak beberapa minggu lalu sebelum melakukan serbuan pada jam 10.45 pagi kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata ketika serbuan, remaja perempuan itu bersama kakak ipar dan dua rakan lelaki sedang khayal dipercayai akibat mengambil pil kuda (methampetamine) dan ujian air kencing kemudian mendapati mereka positif dadah.

Katanya, polis merampas 67 pil kuda bernilai RM2,400 dalam serbuan di rumah itu. “Remaja perempuan, kakak iparnya dan dua rakan lelaki berusia 20-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dan memasukkan dadah ke dalam tubuh,” katanya.

Beliau berkata, semua suspek direman seminggu bermula semalam di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

KES DADAH SERIUS DI TERENGGANU- Utusan Malaysia 8 November 2010

SETIU 7 Nov. - Kes pengedaran dan penagihan dadah di negeri ini kian serius dan memperlihatkan gejala amat membimbangkan ketika pihak polis terus memperhebatkan operasi mereka. Secara keseluruhannya, ia meningkat sebanyak 14 peratus dengan 7,837 kes melibatkan 8,187 tangkapan sehingga September lalu berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 202 kes pengedaran dikesan melibatkan 277 tangkapan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini yang mencatatkan peningkatan sebanyak 22 peratus. Dalam tempoh yang sama juga, beliau memberitahu, penagihan dadah meningkat sebanyak 14 peratus membabitkan 7,635 kes dengan 7,910 tangkapan.

"Manakala tangkapan dan tindakan ke atas pengedar di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 meningkat sebanyak 44 peratus kepada 75 kes berbanding 52 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. "Masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi juga terus meningkat dan mencetuskan kebimbangan, daripada 87 orang kepada 126 orang.

Nota :

Negeri Terengganu Darul Iman...
Negeri cantik..Budaya Menarik....
Rakyat Jahat..MasyaAllah..dok reti nok royat....!!

Keda payang jual budu belacang...
Pakat mari ghama-ghama.....
Ke negeri kamiiiiii....!!

Na..na...na..tranung kiteeee.....!!!

Harga Ubi Gadong Di Jangka Melambung Tinggi....!!!

Terengganu dijangka alami banjir besar -MK

Terengganu dijangka mengalami banjir besar bulan ini atau bulan depan sekiranya hujan turun melebihi paras normal.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana (JPBB) Terengganu, Datuk Mazlan Ngah, berkata Jabatan Meteorologi meramalkan Terengganu akan mengalami jumlah taburan hujan 20 hingga 40 peratus melebihi paras normal pada musim tengkujuh sehingga Mac tahun depan akibat kesan Fenomena La Nina.

"Ia boleh menyebabkan berlaku beberapa episod hujan lebat serta bencana banjir di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu hari ini.

Mazlan yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, keadaan itu diburukkan lagi dengan beberapa kejadian air pasang besar diramal akan berlaku di Terengganu dalam tempoh seminggu dua ini.

Beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengenalpasti 198 kawasan yang sering dilandar banjir di negeri ini.

Di Besut, katanya terdapat 30 kawasan, Setiu (21), Kuala Terengganu (17), Marang (27), Hulu Terengganu (29), Dungun (32) dan Kemaman (42).

Sebagai persediaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri telah menyediakan sejumlah 341 pusat pemindahan yang berupaya menampung seramai 48,807 orang mangsa banjir dalam sesuatu masa.

Pusat itu ialah di Kuala Terengganu 27 buah, Kemaman (36), Dungun (52), Besut (98), Hulu Terengganu (73), Marang (23) dan Setiu (32) buah.

Dalam masa sama, JKM telah mengenalpasti sebanyak 121 pangkalan hadapan di seluruh negeri iaitu Kuala Terengganu (3), Kemaman (16), Dungun (10), Besut (22), Hulu Terengganu (33), Marang (15) dan Setiu (22).

Mazlan berkata, bilik gerakan banjir negeri akan dibuka 24 jam apabila banjir berlaku lebih dari satu daerah, manakala bilik gerakan daerah pula akan dibuka sebaik banjir melanda daerah berkenaan. - Bernama

Nota :


Inilah dia bentuk buah ubi gadong kebangaan Mat Said...
Berhati-hati kalu nok makan sebab silap haribulan buleh koh bahang tanoh...
Sila Jauhkan dari kanak-kanak...
Pesanan dari Mat said & Kerajaan Negeri Terengganu....!!!
Kah...Kah...Kah...!!!

Dalam Jamban Ada UMNO....!!!

Agaknya inilah gambaran tempat tingal UMNO Seperti yang di dakwa Oleh Abdu Fatah Harun (ADUN PAS Bukit Tuku)...

Bantah Umno 'najis tandas', ADUN Paloh digantung -MK

ADUN Paloh daripada BN hari ini digantung selama sehari daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kerana didakwa ingkar perintah Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim.

Datuk Nozula Mat Diah diperintah keluar dewan dan digantung sehari daripada menghadiri persidangan setelah enggan mematuhi arahan Mohd Zaki yang memintanya supaya duduk bagi membolehkan Dr Nik Mazian Nik Mohamed (PAS-Gaal) meneruskan perbahasan Bajet 2011 kerajaan negeri.

Insiden berlaku ketika Nozula bangun membantah perkataan yang dikeluarkan Abdul Fatah Harun (PAS-Bukit Tuku) yang mengumpamakan Umno seperti "najis dalam tandas" ketika mencelah perbahasan Dr Nik Mazian.

Kata-kata Abdul Fatah menyebabkan Nozula bangun meminta Abdul Fatah menarik balik kenyataannya yang disifatkan sebagai menghina Umno.

Suasana dewan menjadi "panas" apabila Abdul Fatah enggan menarik balik kata-katanya dan Mohd Zaki, yang cuba menenangkan keadaan dewan, menyifatkan apa yang dikatakan Abdul Fatah tidak menyalahi peraturan dewan.

Ini menyebabkan perang mulut antara Nozula dan Mohd Zaki, yang kemudiannya berang dengan keengganan Nozula duduk, lalu memerintahkannya keluar dewan.

Ketika ditemui di luar dewan, Nozula melahirkan perasaan sedih dengan penghinaan Abdul Fatah terhadap Umno.

"Apa yang dikatakan Bukit Tuku menimbulkan kemarahan dan menghina Umno seolah-olah Umno tidak berjasa. Saya sedih Umno dihina sebegitu rupa. Saya menerima arahan (timbalan) speaker yang menghalau saya," katanya yang dilihat mengalirkan air mata.

Nozula berkata ini kali ketiga sepanjang beliau menjadi ADUN diperintah keluar dewan dan sekali digantung elaun.- Bernama

Nota :

UMNO adalah singkatan daripada...
"UNITED MALAY NAJIS ORGANIZATION".....
Kah...Kah....Kah....!!!