Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 11, 2011

ISA : Ikut Suka Aku...!!


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan tindakan Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad yang dengan angkuhnya mengugut untuk memecat mana-mana kakitangan Felda yang didapati menyokong Pakatan Rakyat.

Ugutan itu disampaikan dalam pertemuan sulungnya dengan seluruh kakitangan Syarikat Kumpulan Felda di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney pagi tadi. Majoriti kakitangan Felda yang hadir, berbisik sesama sendiri mengutuk kesombongan beliau yang mahu menunjukan kuasa itu. Mereka yang menyokong BN pun naik meluat dengan beliau.

Ugutan terbuka itu mengambarkan betapa terdesaknya Barisan Nasional untuk mengembalikan sokongan kakitangan dan seluruh peneroka Felda kepada Barisan Nasional menjelang PRU-13. Inilah budaya lapuk BN, bila terdesak mereka akan mengugut dan menekan kakitangan Kerajaan dan agensi yang berkaitan supaya terus menyokong BN.

Kalau 10 atau 20 tahun lalu, bolehlah beliau buat ugutan begini kerana pada masa itu rakyat tak celik undang-undang dan pelembagaan. Hakikatnya Isa tidak boleh sesukahatinya memecat kakitangan Felda yang menyokong Pakatan. Hak setiap kakitangan Felda untuk menyokong mana-mana pemimpin dan parti yang disukainya dalam pilihanraya adalah hak yang dijamin Perlembagaan. Adalah kesilapan besar jika Isa, memecat kakitangan Felda, dan beliau boleh diheret ke Mahkamah selepas itu.

Dalam pertemuan pagi tadi, Isa dilaporkan turut mengakui bahawa BN kini kehilangan majoriti sokongan kalangan Generasi ketiga Felda yang kini lebih menyokong perjuangan Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) yang dipengerusikan oleh AJK PAS Pusat, Saudara Mazlan Aliman.

Beberapa pegawai kanan Felda Holdings juga telah melaporkan bahawa pejabat-pejabat utama Felda telah dimasuki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes-kes yang dibongkar oleh Anak baru-baru ini. Kemenangan peneroka Felda Kemahang Tiga dan Felda Sungai Koyan dalam saman mereka tahun lepas juga turut memberikan tekanan kepada BN yang akhirnya mengantikan Pengerusi Felda, Dato' Dr. Yusof Noor yang dianggap terlalu lemah dengan Isa yang baru sahaja kembali menjadi ADUN undi Pos di Bagan Pinang.

DPPWP mengesa supaya pihak SPRM meningkatkan pemantauan kepada organisasi Felda dibawah pengurusan Isa, kerana rekod sudah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersih. Skandal Rasuah beliau ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan tidak mudah dilupakan rakyat. Begitu juga dengan rasuah yang beliau tebarkan sepanjang kempen di Bagan Pinang tahun lalu. Kenapa orang sebegini masih mendapat tempat dalam organisasi seperti Felda. Apa agenda Najib sebenarnya?

DPPWP mengesa agar warga Felda meningkatkan sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan nasib mereka sama ada golongan Peneroka atau pengurusan Felda di Jalan Gurney dapat terus dibela dan organisasi Felda dapat dibersihkan dari pemimpin yang korup dan suka mengugut. Jika BN kalah dalam PRU-13 dengan sokongan kakitangan Felda, Isa pasti akan dihumban keluar dari Pejabat Pengerusi Felda.Jadi, sebelum itu semua berlaku, lebih baik dia letak jawatan hari ini dan meminta maaf kepada semua warga Felda atas ugutan bodoh yang dilakukannya hari ini.

Pertahankan Felda, Singkirkan ISA, Tumbangkan Barisan Nasional!

Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Satu Malaysia Kena Tipu...!!


PERUNCIT: BEKALAN MINYAK MASAK TAK MENCUKUPI - MK

Beberapa peruncit di sekitar Lembah Klang mendakwa pembekal minyak masak kelapa sawit telah mengurangkan bekalan sehingga 50 peratus kepada mereka, sekali gus meruncingkan masalah kekurangan bahan itu di pasaran.

Mereka berkata sekalipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga dari kanan) telah menyatakan bekalan ditambah 14,000 tan metrik lagi kepada 84,000 tan metrik bulan ini, bekalan kepada mereka masih tidak berubah.

Tinjauan di kedai dan pasar raya juga mendapati kebanyakannya sudah hampir kehabisan bekalan manakala pilihan jenama minyak masak kelapa sawit pula terhad.

Nota :

Mari kita bertaruh yang mana satu akan muncul:

1 - kerajaan akan terus berusha tetapi keadaan ...
2 - harga minyak kita lebih murah dari....
3 - kerajaan beri subsidi berjumlah...
4 - lebai karim di kg gibong akan berjimat ....
5 - kerajaan akan terus pantau...
6 - peniaga cari untung berlebihan akan di dakwa....
7 - tiga pengusaha kilang minyak haram di tangkap...
8 - sebuah lori cuba seludup di tahan....
9 - tuan punya warung berjanji tidak akan...

Inilah Negaraku Malaysia...!!


BEKAS PENOLONG PEGAWAI DAERAH HULU LANGAT DIPENJARA 6 BULAN DENDA RM20,000 – BH

Seorang bekas Penolong Pegawai Daerah dihukum penjara enam bulan dan didenda RM20,000oleh Mahkamah Sesyen di sini, pagi tadi selepas didapati bersalah menerima rasuah sebanyak RM10,000 daripada Ketua Eksekutif sebuah syarikat melombong pasir, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, Mat Ghani membenarkan hukuman itu ditangguhkan bagi membolehkan tertuduh membuat rayuan dan mengekalkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Norhanizatuazwin Samsuni, 30, dikenakan hukuman itu selepas Hakim Mat Ghani Abdullah mendapati dia bersalah kerana setuju menerima wang RM10,000 daripada Ketua Eksekutif syarikat Syarikat Winmont Development Sdn Bhd, Datuk Lau Kim Soo, sebagai balasan kepada kelulusan untuk satu permit membawa keluar pasir.

nota:

lihat undang rasuah dalam negara ini
biasanya mata mata cabuk kena tangkap
biasanya pegawai cabuk kena tangkap
biasanya kerani cabuk kena tangkap

akan dikenakan hukuman maksima
akan dipenjara dan akan di denda

yang besar besar
yang rasuah berjuta juta
yang rasuah berbilion
yang ini tak akan kena tangkap
yang ini selamat sepanjang hayat

Mari Kita Boikot Utusan Malaysia...!!


UTUSAN TERUS JADI MUSUH NO 1 SATU MALAYSIA – HD

Akhbar Utusan Malaysia disifatkan sebagai musuh nombor satu konsep satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib Razak.

Ketua anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata, walaupun Utusan terus menolak dasar satu Malaysia, namun tidak ada sebarang usaha dari kerajaan dan Umno untuk menyekat pendekatan perkauman Utusan itu.

"Yang sedihnya, negara tidak pernah berpecah sebegini teruk dalam sejarah 53 tahunnya melain semasa 18 bulan di bawah Najib sebagai Perdana Menteri yang menjadikan konsep satu Malaysia kosong dan penuh hipokrit," kata Kit Siang.

Semuanya kerana tidak lain dan tidak bukan dari Utusan Malaysia yang hampir setiap hari mempromosikan kepalsuan dan kebencian antara kaum dan memecahkan negara, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Yang paling memeranjatkan selama 18 bulan yang lalu tidak ada sebarang usaha yang serius dibuat untuk memastikan Utusan Malaysia, sebagai media rasmi Umno, menyokong cita-cita satu Malaysia," katanya.

Nota:

akhbar ini tidak ada jalan lain
kalau tak menjual perkauaman
nak jual apa lagi?
pembaca dah merosot
saban tahun rugi
anak muda langsung tak ambil pot
maka terpaksa jaja agenda ketuanan melayu
dan jual cerita derhaka terhadap raja dan sultan

lama ke lamaan akhbar ini akan tinggal nama
tak ada pembaca – sekarang pun pejabat kerajaan
dan sekolah-sekolah dipaksa membeli akhbar ini
ada juga kaki bodek beli beribu-ribu naskah kemudian
diedarkan percuma – semua ini hanyalah bekalan
oxygen untuk sementara.

sementara apa?
sementara belum tutup
kah...kah...kah...!!

Jan 10, 2011

Dalil Mengapa PAS Perlu Ganti UMNO ( Siri 2 )..


Tema yang cukup menarik didengar oleh rakyat Malaysia dan tepat pada masanya ketika negara di landa dengan berbagai krisis, lantaran dipegang oleh orang yang tidak amanah dengan rakyat dan negara. Walaupun ia merupakan tawaran yang menarik untuk rakyat, tetapi meresahkan pemimpin yang berada di puncak kuasa. Sekarang pemimpin BN dilanda dengan mimpi ngeri takut kehilangan kuasa, kerana ini merupakan satu azab di dunia. Media Bn diarahkan untuk memburukkan apa yang tercatat dalam buku jingga.

Kenapa perlu ubah sekarang?

1.Pengurusan ekonomi tempang

Keadaan ekonomi negara berada ditakuk lama sejak krisis kewangan Asia Timur 1997/1998 telah ditinggal jauh oleh negara-negara Asia dan juga negara jiran, seperti Singapura malahan negara Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Cuma kelebihan Malaysia kaya dengan slogan yang menjadi candu supaya rakyat syok sendiri dan lupa hakikat sebenar. Antaranya slogan Model Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi Ekonomi (PTE). Walaupun kaya dengan slogan ekonomi negara 12 tahun berturut-turut defisit. Wang Petronas dihisap sampai hendak kering , sejak tahun 2007-2010 sebanyak RM325 bilion. Hutang negara makin meningkat berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tahun 2009 sebanyak 53.3%, melonjak naik berbanding kadar 35.1% dalam tahun 1998. Pertumbuhan ekonomi 2006-2010 hanya 4.2% sedangkan sasaran adalah 6%. Contoh pengurusan ekonomi negeri BN seperti yang dilapor oleh Ketua Audit Negara berhubung perbelanjaan melampau dan amat meragukan dalam projek pengubahsuaian Rumah Rehat Bentong sehingga disyaki berlaku penyelewengan dana kerajaan.

Dalam laporan Ketua Audit Negara menyebutkan tentang pemasangan papan tanda tandas di Rumah Rehat Bentong dituntut dengan jumlah RM871 sedangkan audit menjelaskan pada harga pasaran barang tersebut hanya berharga RM65.

Begitu juga dengan tuntutan set sofa yang pada nilaian pasaran cuma berharga RM990 telah dituntut sebanyak RM3,530. Lebih mengejutkan dalam laporan itu ialah tuntutan set lampu yang pada harga pasarannya cuma RM9,200 tetapi telah dituntut terlalu tinggi sehingga berjumlah RM38,700. Ini hanya sekadar contoh, yang menjadi bukti rakyat wajib tukar kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

2.Institusi Kehakiman Dipertikaikan

Satu ketika dahulu institusi kehakiman negara kita adalah antara yang terbaik, kerana tidak ada campur tangan dipihak eksekutif. Ia berlaku tragedi hitam apabila pemecatan Tun Saleh Abbas 1988. Selepas daripada peristiwa pemecatan Tun Saleh keadaan sudah berubah. Apa yang dilihat oleh rakyat dalam kes Linggam dan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah buktinya. Sebuah negara akan hancur jika institusi yang dianggap oleh rakyat untuk mendapat pengadilan telah diragui. Ianya bukan sahaja oleh rakyat yang cerdik malahan di kalangan pelabur asing yang tidak mahu datang melabur di negara ini.

3.Tahap keselamatan negara membimbangkan.

Bagaimana kerajaan boleh mengambil APCO Yahudi Israel sebagai penasihat komunikasi dengan bayaran RM77 juta setahun. Apa jaminan maklumat keselamatan negara tidak terlepas kepada mereka?. Kenyataan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi telah pun mendedahkan berlaku pembocoran dan penjualan rahsia penting negara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara. Setakat hari ini isu itu selesai begitu sahaja. Kononnya diselesaikan melalui saluran diplomatik.

Begitu juga dengan isu kehilangan enjin kapalterbang yang besar boleh hilang. Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan menyifatkan kehilangan enjin F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda aras keruntuhan moral pimpinan negara ini.Beliau melahirkan kekesalannya kerana perkara yang tidak pernah dibayangkan boleh berlaku sebelum ini seperti kehilangan enjin pesawat yang saiznya besar tetapi mudah pula untuk diseludup ke luar negara. Kalau sampai dua enjin pesawat pejuang boleh hilang yang ahli silap mata terkenal dunia seperti David Copperfield tidak boleh hilangkannya tetapi yang menjaga keselamatan negara boleh hilangkan, ini satu gambaran tahap keselamatan negara.

4. Tahap keselamatan sosial juga merosot

Kerajaan terpaksa berbelanja wang sebanyak RM59 juta untuk memasang CCTV di seluruh negara. Betapa banyaknya wang rakyat terpaksa dibazirkan kerana keselamatan berada ditahap yang parah. Statistik jumlah keseluruhan orang hilang di negara ini dari tahun 2007 hingga 2010 iaitu seramai 7,312 orang yang dilaporkan PDRM amat membimbangkan rakyat.

Daripada jumlah itu, seramai 3,653 orang yang telah ditemui manakala bakinya sejumlah 3,479 masih belum ditemui.
Meskipun daripada jumlah yang ditemui tersebut lebih 95 peratus daripadanya dijumpai masih hidup, namun jumlah yang masih gagal ditemui menjadi titik persoalan yang besar.

5. Sempadan negara mudah terbolos.

Laporan Berita Harian pada 27 Ogos 2010 amat menggerunkaan tahap keselamatan negara yang mudah dimasuki dengan suapan rasuah. Dalam laporan eksklusifnya mendedahkan ada anggota dan pegawai imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam, di Pelabuhan Klang menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin dari Indonesia.
Mengikut laporan itu, setiap penguat kuasa di percayai dibayar RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram, termasuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cop palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan. Apa jaminan pula dengan sempadan negara yang lain?

6.Rasuah

Rasuah telah menjadi barah negara yang sukar diubat daripada atas hingga peringkat bawah. Jika perkara ini tidak dicegah ia akan mendatangkan musibah yang besar. Semuanya berpunca daripada orang yang memimpin negara, naik dengan kuasa rasuah. Laporan audit 2008 sebanyak RM28 bilion hilang kerana ketirisan dalam pentadbiran. Indek rasuah tahun 2010 hanya 4.4 walaupun sasaran 4.9/10 berbanding dengan tahun 2009 2.9/10.

7. Gagal mewujudkan politik yang harmoni

Walaupun cuba untuk berlindung disebalik slogan 1 Malaysia. Beberapa insiden yang berlaku melambangkan kegagalan kerajaan mewujudkan keharmonian kaum yang ada pada hari ini. Contohnya apa yang berlaku kepada Datuk Nasir Safar Pegawai Khas Perdana Menteri, Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin, Ucapan Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datp' Johari Abdul Ghani dan ucapan dua orang pengetua sekolah. Umno dan BNlah pihak yang tidak henti-henti mengapi-apikan kebencian perkauman sama ada melalui agensi-agensi kerajaan yang dikuasai oleh kerajaan Umno BN atau media-media arus perdana yang dikuasai mereka.

Ustas Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
..

Asalkan UMNO/BN...Semuanya Boleh....!!


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi yang mempertahankan Pengarah Pelajaran Johor Tn. Hj. Markom Giran berkempen untuk Barisan Nasional di Sekolah Menengah Tenang Station pada 31hb Disember 2010.

Tindakan beliau amat memalukan rakyat Malaysia khususnya warga pendidik dan masyarakat di Dun Tenang, Johor. Dalam kenyataannya semalam Dr Mohd Puad menyatakan bahawa tindakan Tn Hj Markom tersebut tidak salah kerana sebagai penjawat awam beliau berhak menyokong polisi-polisi kerajaan.

Dr Mohd Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan maka tiada kempen dilakukan oleh Pengarah Pelajaran Johor tersebut. Sebenarnya Timbalan Menteri Pelajaran ini tidak mengkaji ucapan sebenar Tn Hj Markom yang rakamannya boleh diperolehi dengan mudah di YouTube. Beliau juga boleh mendapatkan penjelasan daripada Pembantu Khas beliau En. Zahari Bin Sharif yang turut hadir dalam taklimat tersebut. Secara jelas Tn Hj Markom mengesa guru-guru kaunseling menyokong dan berkempen bagi calon Barisan Nasional(BN) dalam pilihanraya Kecil Dun Tenang. Antara ucapan-ucapan beliau adalah :

“Kalau tidak ada pilihanraya Tenang, maka saya tidak akan berjumpa tuan-tuan semua”
“ Memohon bantuan gerakan jentera bantu kerajaan untuk menang pilihanraya kali ini”

Tn Hj Markom juga meminta guru kaunseling berbangsa Cina dan India membuat program motivasi di sekolah Jenis Kebangsaan. Selepas program tersebut, guru kaunseling tersebut dikehendaki berjumpa ibu bapa pelajar bagi mengenalpasti kecenderungan politik mereka. Beliau menyatakan terdapat empat kategori ibu bapa iaitu hijau adalah penyokong pembangkang, kelabu mereka yang membantah dasar-dasar kerajaan, putih dan biru dipercayai penyokong BN. Tn Hj Markom juga mendesak kepada guru-guru kaunseling menukarkan kecenderungan poitik ibu bapa daripada kelabu kepada biru. Jika pegawai pendidikan tidak boleh berfungsi maka mereka akan ditukarkan ke tempat lain.

Taklimat Tn Hj Markom ternyata dengan jelas cuba mengerakkan guru-guru kaunseling memenangkan calon BN. Bagaimana Dr Mohd Puad boleh menyatakan bahawa taklimat tersebut adalah menyokong polisi-polisi kerajaan. Apakah mengkategorikan pengundi Dun Tenang sebagai hijau, kelabu, putih dan biru itu boleh dianggap usaha menyokong dasar kerajaan? Apakah memaksa guru kaunseling menukar pandangan politik pengundi DUN Tenang daripada kelabu kepada biru itu boleh dianggap sebagai usaha menyokong polisi-polisi kerajaan? Intipati taklimat Tn Hj Markom bukan menyokong polisi kerajaan sebaliknya menyokong parti UMNO- BN. Malah tindakannya telah menyalahi Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Dr Mohd Puad hendaklah berkecuali dalam menilai laporan-laporan yang telah dikemukakan walaupun daripada Pakatan Rakyat. Beliau tidak boleh berpihak atau dilihat berpihak. Tindakan Dr Mohd Puad yang secara jelas berpihak kepada Tn Hj Markom tanpa kajian yang mendalam dilihat sebagai tindakan yang tidak profesional. Jika Dr Mohd Puad boleh bertindak sedemikian rupa bagaimana beliau boleh berperanan secara berkesan sebagai ahli Parlimen Batu Pahat dan Timbalan Menteri Pelajaran. Bayangkan bagaimana Dr Mohd Puad boleh bertindak secara adil jika terdapat laporan-laporan guru terlibat dengan pembangkang. Saya sangat khuatir ramai lagi warga pendidik yang akan menjadi mangsa dasar pilih kasih seorang Timbalan Menteri Pendidikan.

DPP Malaysia mendesak kepada Dr Mohd Puad agar menyesali dan memohon maaf khususnya kepada semua warga pendidik serta masyarakat Dun Tenang berhubung dengan kecuaian beliau memberi respon yang salah terhadap isu ini. DPP Malaysia juga meminta Tn Hj Markom agar memberi notis 24 jam berhenti sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil Dun Tenang. Beliau dilihat berpotensi memandangkan beliau sudah dikenali ramai melalui media baru dan kebetulan beliau sudah hampir bersara awal tahun ini. DPP Malaysia penuh yakin Dato Abdul Ghani Othman, Pengerusi Perhubungan UMNO Johor akan bersetuju dengan cadangan ini.

Suhaizan Bin Kayat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat
..

Rasopariso Yang Tiada Erti...!!


PM JANJI SELESAI KEMELUT UMNO PERLIS: SHAHIDAN –UM

Najib Razak berjanji akan menyelesaikan kemelut yang melanda kepimpinan UMNO Perlis yang diterajui Md. Isa Sabu.

Bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim berkata, perkara itu diberitahu sendiri Perdana Menteri semasa beliau menemuinya beberapa hari lepas bagi menyatakan pendiriannya berhubung kemelut yang berlaku itu.

Katanya, beliau tetap berkeras tidak boleh bekerjasama dengan Md. Isa walaupun beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkenaan sejak akhir Disember lepas.

"Soal perlantikan saya sebagai timbalan, Md. Isa tidak timbul, tetapi yang saya pertikaikan masalah dalaman UMNO negeri berkenaan berlarutan sejak selepas pilihan raya umum 2008 lagi sampai sekarang tidak boleh diselesaikan,” katanya.
------------------------------------------------------------
Woit… TAK SANGKA… ADA KEMELUT….

Kah..Kah... SHAHIDAN INI ORANG GEDEBE PADANG BESAR

Kah...Kah….SIAPA TAK KENAL SHAHIDAN…. INI BUKAN CAP TEKO… INI TAIKO…

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH.... DARI PERLIS SAMPAI KE SABAH... SEMUA OARANG KENAL DENGAN TAIKO NI...

Nota :

Kemelut ini adalah petanda yang baik...
Jangan kita silap baca...Shahidan ini bukan musuh...
Musuh kepada musuh kita adalah sahabat kita...
Kah...Kah...Kah...!!

Kontraktor Melayu Tak Sama Dengan Kontraktor UMNO...!!


KONTRAKTOR MELAYU MINTA MAAF TAMPARAN BUAT UMNO – HD

Ustaz Salleh Man menyifatkan tindakan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang memohon maaf kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi seribu makna kepada kontraktor supaya lebih matang dan bersikap terbuka.

"Kini semua tembelang Umno sudah nampak,” ujarnya selaku Pesuruhjaya PAS negeri.
Tambahnya, orang Melayu jangan sewenang-wenangnya menyalahkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang jelas bersih daripada segala rasuah dan penyelewengan.

Bagi Adun Permatang Pasir itu, Umno mendapat tamparan hebat apabila persatuan kontraktor itu dengan rela hati memohon maaf secara terbuka Guan Eng, kelmarin.
Persatuan itu memohon maaf kepada ketua menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kononnya tidak berlaku adil kepada kontraktor Melayu sejak mengambil alih pentadbiran pada Mac 2008 lalu.

Yang Dipertuanya, Mohamed Fadzil yang datang bersama kepimpinan persatuan berkenaan ke Pejabat Ketua Menteri di tingkat 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) sekaligus menangkis semua tuduhan yang selama ini dikira fitnah.

Bagi Lim tindakan tersebut merupakan satu usaha bijak kerana tidak terjerat dengan dakyah yang sengaja dipasang oleh Umno dan BN bagi mengucar-kacirkan kerajaan yang lebih telus terutamanya dalam hal membabitkan pemberian projek kerajaan.

"Saya bersyukur kerana mereka datang bertemu dan memohon maaf secara terbuka di depan media.

“Mungkin selama ini mereka terpengaruh dengan pembohongan Umno yang sengaja mencari alasan agar kontraktor melayu menjauhkan diri kerana kononya DAP sebagai pemerintah," ujarnya semasa berucap pada Program Penganugerahan Warga Emas dan Sumbangan Kepada Waris yang meninggal dunia di Pejabat Jabatan Kerjaraya Bukit Mertajam, semalam.

Nota :

Ada beza antara kontrektor melayu...
Dengan kontrektor UMNO...

Kontrektor melayu berkerja sepanjang hari
Kontrektor UMNO berkerja sebulan tak sekali
Kontrektor melayu bertukang dahulu bekerja hingga selesai
Kontrektor UMNO berhutang dulu hingga kerja terbengkalai
Kah...Kah...Kah...!!!

Jangan Harap Le....!!

UMNO HANYA BOLEH MIMPI NAK BERGABUNG DENGAN PAS KARTA ANWAR - MI

Umno pimpinan Najib Razak hanya boleh “bermimpi” sekiranya mahu bergabung dengan PAS, kata Anwar Ibrahim dengan merujuk kepada isu di sebalik pertemuan 24 Disember.
Selain PAS, Pakatan Rakyat turut disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
“Najib boleh bermimpi kalau nak ajak PAS (bergabung),” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.
“Umno sudah ditimpa mala petaka,” kata Anwar ketika menyampaikan ceramah pada program Solat Hajat dan Pidato Perdana anjuran PAS di Stadium Malawati di sini malam tadi.

Nota:


Yang ini bukan mimpi...
Yang ini amat menakutkan...
Yang ini buat najib terliur...
Yang ini buat UMNO tak tidur malam...
yang ini buat Najib bermimpi di siang hari...
Kah....Kah....Kah...!!!

Bahaya Jangan Di Cari...!!

Ini projek sapa? ini kroni sapa? mana dia sprm ? betul tak runtuh? kalau runtuh macam mana?

MRR2 SELAMAT DI GUNAKAN, KATA MENTERI – MI

Orang ramai yang menggunakan jejambat di Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) di Jalan Sungai Buluh-Kepong kini tidak perlu khuatir dengan keselamatan jejambat berkenaan kerana ia kini selamat untuk dilalui setelah struktur yang terjejas siap dibaik pulih hari ini.

Menteri Kerja Raya Shaziman Abu Mansor berkata struktur yang terjejas itu iaitu rasuk silang pier 28 siap sepenuhnya hari ini dengan menggunakan teknologi kabel keluli pra tegasan selepas teknologi dari Jerman yang digunakan sebelum ini mengalami kegagalan.

Pada Ogos 2008, serpihan konkrit perekat dari jejambat itu terjatuh ekoran tendon yang digunakan untuk mengukuhkan rasuk silang yang diperbuat daripada bahan Carbon Fibre Reinforced Polymer (CFRP) itu rosak akibat tindak balas kimia.

Nota:



Apa jadi kes tiga budak perempuan
yang meninggal dunia tenggelam
jembatan gantung runtuh?

Ingat tak program apa?
Program perkhemahan satu malaysia

Mana laporan yang dijanjikan?
Mana laporan stadium runtuh?