Nota:
pak lebai..alim ulama
minta berbanyak banyak maaf
klip video ini terpaksa di tanyangkan untuk orang ramai
sesiapa dibawah 18 tahun
sila jangan tonton klip ini
klip ini tidak sesuai untuk
orang yang lemah jantung!!
Mar 25, 2011
Mar 24, 2011
Kenapa UMNO Menggelabah...??

VIDEO SEKS: JANGAN KAITKAN PENGAKUAN TIGA DATUK T DENGAN UMNO - MI
Pemimpin-pemimpin Umno menjauhkan diri mereka selepas Abdul Rahim Thamby Chik bersama dua yang lain mendakwa mereka adalah “Datuk T” — bertanggungjawab atas pendedahan rakaman video seks, yang mendakwai Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pelacur.
“Kami parti dengan tiga juta orang ahli, jika seorang atau dua menggunakan hak mereka untuk memawa perkara ini, tiada apa yang kami boleh lakukan,” kata Nazri Aziz ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.
“Mereka melakukan atas kapasiti sebagai individu tanpa pengetahuan kami. Umno tidak mahu dikaitkan dengan ini (pendedahan ini),” katanya.
Rais Yatim berkata perkara itu adalah soal kesalahan jenayah dan tidak harus dibuat tuduhan sembarangan.
“Ia mesti disiasat oleh polis dan Peguam Negara. Siasatan adalah untuk memastikan tiada nama atau parti diheret ke dalam isu ini dan fitnah,”
Cemerlang..Gemilang & Temberang...!!

SKANDAL SEKS VIDEO: PERTEMBUNGAN FAKTA DAN PEMBABITAN PIMPINAN UMNO
Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Dato’ Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari tiga dalang yang menamakan diri mereka “Dato T” berhubung pembabitan mereka di dalam skandal seks video yang memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dato’ Eskay menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut. Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Dato’ Eskay sendiri. Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Dato’ Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.
Pengakuan Dato’ Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.
Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal.
Saya juga mendesak Perdana Menteri sendiri memberi maklumbalas kepada satu laporan bahawa ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini. KEADILAN telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.
Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas.
Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi ini, tidak ubah seperti mana konspirasi tahun 1998 dahulu.
Demi membersihkan namanya dan UMNO, Perdana Menteri perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini.
NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
24 MAC 2011
Mat Boroi Sudah Kantoi...!!
KENYATAAN MEDIA SEORANG PENONTON24 Mac 2010
Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.
Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.
Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.
Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)
Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.
Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.
Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.
Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.
Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.
Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.
Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.
1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga
2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.
3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.
4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.
Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.
Sekian
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Mar 23, 2011
Video Seks : Dendam Rahim Tamby Chik Masih Membara Terhadap Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik ialah individu yang masih berdendam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, akibat kejatuhan karier politiknya satu ketika dahulu.Demikian dinyatakan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, mengulas pendedahan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini.
Johari dalam sidang media tengahari tadi mendedahkan beliau dijemput oleh Rahim untuk menonton rakaman video seks yang didakwa dilakukan Anwar di sebuah hotel di ibu negara, melalui kenalannya, bekas konsultat kehormat Thailand, Datuk Shazryl Eskay .
Namun Johari segera menafikan individu dalam rakaman video itu ialah Anwar berdasarkan bentuk tubuh badannya. Dalam pertemuan itu juga, Rahim turut mengajak Johari bersama pimpinan Keadilan yang lain supaya meninggalkan KEADILAN dengan menawarkan ganjaran.
”Pendedahan ini tunjukkan beliau (Rahim) sebagai seorang pendendam kepada Anwar disebabkan kejatuhan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka dan pemimpin Umno satu ketika dulu,” kata Dr Muhammad Nur.
” Nampak jelas Rahim ialah seorang pendendam yang akan sentiasa berusaha untuk menghalang Anwar muncul sebagai seorang tokoh pemimpin yang berwibawa dan berjiwa rakyat ,” tegasnya yang menyertai Umno empat tahun sebelum Anwar dipecat.
Terbabit konspirasi dengan Mahathir.
Menurutnya lagi, budaya fitnah yang dilakukan Umno telah berakar umbi sejak pentadbiran Mahathir lagi, dan semakin menjadi-jadi ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.
”Rahim Tamby Chik, ialah antara individu yang dikatakan terlibat menjatuhkan Anwar, sekali dengan Tun Mahathir pada 1998,” ujar beliau.
Ini kerana pada waktu itu Anwar dilihat lantang mengkritik kepimpinan Mahathir yang mengamalkan rasuah dan kronisme.
“Pemimpin Umno tidak takut dengan Allah SWT, terhadap azab daripada Allah. Mereka terlalu gila kuasa dan sanggup mengaibkan orang lain.
“‘Fitnah ini berlarutan sejak zaman Mahathir, sejak 12 tahun lalu. Sepatutnya ia telah berakhir tapi umno sanggup memfitnah tanpa melihat persoalan agama, iman, akhlak, dosa pahala dan syurga neraka,” ujar beliau.
Rahim Tamby Chik, yang merupakan bekas Ketua Menteri Melaka dan bekas Ketua Pemuda Umno, pernah terlibat dalam skandal seks membabitkan gadis bawah umur pada awal 1990an.
Namun beliau dibebaskan dari tuduhan berkenaan selepas pendakwa menggugurkan kes tersebut pada 1994.
Anwar, yang pada masa itu pemimpin nombor dua negara, dikatakan memberi tekanan supaya Rahim berundur dari jawatan kerajaan dan Umno akibat salah laku dan moral yang dilakukannya ketika itu.
“Sebab itu dia berusaha menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan Anwar Ibrahim. Sebab dia begitu marah kepada Anwar kerana menjatuhkannya disebabkan kehidupannya yang tidak memberi contoh teladan yang baik dan tidak bermoral,” katanya lagi./kd
6 April Penamaan, 16 April Buang Undi (Sarawak)

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon untuk pilihan raya negeri Sarawak pada 6 April manakala hari pengundiannya pula jatuh pada 16 April.
Ini bermakna tempoh berkempen selama 11 hari. Pengumuman itu sebentar tadi dibuat pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching.
DUN Sarawak dibubarkan kelmarin yang mana secara perlembagaan, pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun ini.
BN Sarawak yang lama dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang pula dengan tujuh kerusi, termasuk satu masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia."
Siapa Dato' T Akhirnya Terbongkar....!!
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul mendakwa Pengerusi Risda, Tan Sri Rahim Thamby Chik memujuknya supaya meninggalkan parti selepas menyaksikan tayangan video seks. Sepanjang penayangan video tersebut, katanya, Rahim yang merupakan bekas Ketua Menteri Melaka kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau yang juga ahli parlimen Sungai Petani menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Berikut adalah kenyataan beliau.
Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting.
Pada hari Isnin, 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.
Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain.
Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.
Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite.
Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.
Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.
Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara.
Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar.
Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.
Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerap kali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan.
Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.
Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.
Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.
Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti.
Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.
Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:
1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.
2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.
3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
4. Bahagian belakang si pelaku (punggung) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.
Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik.
Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011.
Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.
Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini di luar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)


