KENYATAAN RESMI
Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Khamis 09 Jun 2011
CUKAI 6% TELEFON PRABAYAR : MOHON PENJELASAN SYARIKAT TELEKOMUNIKASI
Terdapat 3 syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Digi, Celcom dan Maxis. Pada tahun 2006 terdapat 17.8 juta mendaftar sebagai pengguna talian prabayar. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) mendapati rakyat Malaysia membelanjakan RM17 juta sehari untuk penggunaan SMS(Sistem Pesanan Ringkas). Pada tahun 2004 terdapat 9.5 bilion SMS telah dihantar oleh rakyat Malaysia. Secara puratanya pengguna telefon menghantar 4 SMS setiap hari.
Bermula Januari 2011 pihak kerajaan telah menaikkan cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6%. Cukai perkhidmatan pengguna telefon prabayar juga tidak terkecuali. Selama ini cukai 5% telah diserap oleh syarikat telekomunikasi. Memandangkan beban yang terlalu besar ditanggung oleh pihak syarikat telekomunikasi maka terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa syarikat terbabit tidak lagi menyerap cukai tersebut mulai Julai 2011. Ini bermaksud bahawa cukai ini akan ditanggung oleh pengguna sepenuhnya. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mewakili anak-anak muda Malaysia yang majoritinya pengguna telefon prabayar memohon penjelasan daripada pihak syarikat telekomunikasi mengenai kebenaran dakwaan tersebut. Penjelasan ini adalah penting untuk maklumat pengguna kerana merekalah yang menerima kesan terhadap polisi ini.
Jika benar dakwaan tersebut maka anak-anak muda Malaysia merasa terbeban. Jika mereka membeli kad prabayar sebanyak RM10 maka mereka hanya memperolehi RM9.40. Baki RM0.60 diserahkan kepada kerajaan. Sebahagian besar anak muda Malaysia adalah pelajar sekolah, pelajar universiti dan tiada pekerjaan yang tetap. Mereka adalah pengguna aktif telefon prabayar. Berikutan kenaikan harga barang keperluan harian maka anak-anak muda Malaysia cukup terbeban dengan bayaran cukai ini.
Suhaizan Bin Kayat
Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor
019-7285174
NOTA:
dengan senyap senyap
kita telah ditipu
dengan senyap senyap
najib nak kayakan kroni
Jul 18, 2011
Siapa Pelajar UiTM...Sila Angkat Tangan....!!!

UITM TAWAR ANUGERAH IBRAHIM ALI UNTUK PELAJAR - MK
Sebuah universiti tempatan membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.
Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM memuatkan butiran terperinci anugerah berkenaan yang menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA.
Selain mesti mempunyai prisip yang jelas dan konsisten, pelajar UiTM yang layak memohon juga mesti mematuhi empat kriteria.
Antaranya membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.
NOTA:
sesiapa pelajar uitm sila angkat tangan
kah kah kah
sesiapa pelajar uitm sila angkat tangan
kah kah kah
sesiapa pelajar uitm sila pangkah tangan
kah kah kah
sesiapa pelajar uitm sila pakai topeng
jika tak mahu di kenali
kah kah kah
Dr Lo' Lo': Mutiara Yang Tidak Akan Hilang Sinarnya

Dr LO' LO' binti Mohd Ghazali adalah satu nama besar dalam Pas. Meskipun kedudukannya dalam parti Islam itu khususnya dalam Dewan Muslimat bukan ditempat teratas, tetapi dewan itu seakan sinonim dengan namanya, Dr Lo' Lo'. Nama ini mula disebut dalam Pas sekitar tahun 90-an dan mulai mewangi pada awal akhir tahun 90-an. Kelopak perjuangannya mula berkembang dan disedari tatkala meletusnya era reformasi.
Era reformasi menerjahkan namanya ke tengah-tengah gelanggang. Era ini menguji kekuatan mental dan ketabahan feminis beliau sebagai seorang pejuang. Orangnya bertubuh kecil molek, berwarna putih kuning menjadi sekuntum bunga di dalam Pas.
Kelihatan manja tetapi tegas. Ia menjadi daya tarikan, istimewa kepada anak-anak muda terutamanya kaum wanita. Kelulusannya sebagai seorang doktor perubatan (profesional) telah memberi rangsangan kepada anak-anak muda lain untuk menuruti jejak langkahnya menyimbah peluh di padang perjuangan.
Kesungguhnya beliau berjuang dalam Pas, menjadi aktivis muslimat Pas yang gigih, tekun dan membawa Pas keluar dari kepompong muslimat pingitan sebelum ini ke jalan baru tidak boleh dialpakan. Beliau telah merintis membuka ruang lebih luas dalam Pas untuk kaum hawa mengibarkan panji Islam, duduk tinggi atau memberi pengorbanan sama besar dengan lelaki bersama rakan-rakan lain, Dr Siti Mariah Mahmud, Siti Zailah Yusuf dan lain-lain.
Sepanjang hayatnya beliau mendominasi dalam bidang kebajikan terutamanya dalam aspek kesihatan sesuai dengan kelulusannya sebagai seorang doktor perubatan. Jika tidak silap saya Dr Lo' Lo' juga pernah ikut sama memberi bantuan kemanusiaan, rawatan dan perubatan dalam tragedi gempa bumi di Yogjakarta tahun 2006.
Pada pilihan raya umum ke-11 (2004) beliau diberikan tanggungjawab oleh Pas bertanding di Parlimen Bukit Gantang, Perak tetapi tewas. Ketewasan itu tidak sedikit pun melemahkan semangatnya. Malahan kekalahan kali pertama itu menjadi perangsang untuk beliau terus mengorak langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Kekalahan dan pengalaman pertama itu mengajar beliau erti perjuangan menerusi berpilihan raya.
Siapa percaya pada tahun 2008, beliau seorang wanita yang lemah lembut boleh menang di sebuah kerusi bandaraya yang mempunyai berbagai lapisan masyarakat. Dr Lo' Lo' mengalahkan calon BN, Jamaluddin Aziz di kerusi Titiwangsa dengan majoriti 1,972. Kemenangan itu meletakkan namanya sebagai ahli Parlimen wanita pertama daripada Pas yang menang untuk mana-mana kerusi dalam Wilayah Persekutuan. Satu sejarah.
Nama yang sememangnya sudah bercahaya kerana Lo' Lo' itu sendiri bermaksud mutiara atau permata cepat mengharumkan Dr Lo' Lo'. Kerajinannya mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen menjadikan beliau popular dan disanjungi kawan dan lawan kerana komitmennya kepada tanggungjawab dan amanah. Isu-isu yang diambil bahagian ialah mengenai hak wanita dan juga isu-isu mengenai kepentingan Islam dan kebajikan insan.
Sebagai wakil rakyat wanita beliau tidak terelak terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah politik yang dilakukan lelaki. Lo' Lo' tidak dikecualikan atas persoalan gender. Kawasan Titiwangsa adalah pernah dimiliki oleh Sulaiman Mohamad, seorang politician Melayu yang dikenali sebagai samseng kampung dusun. Walaupun Sulaiman tidak lagi menjadi penghulu di situ namun Dr Lo' Lo' tetap menghadapi cabaran dan sindiran yang diwarisi dari Sulaiman yang diteruskan oleh penguasa Umno seterusnya.
Sekali lagi serangan dan kritikan terhadapnya selaku wakil rakyat oleh Umno tidak menjadi kudis gatal. Kemunculan Menteri Wilayah Baru Raja Nong Chik yang beriya untuk merampas Kampung Baru yang perlahan-lahan telah bertukar menjadi kubu untuk Pakatan Rakyat dan cuba merombak sokongan kepada Dr Lo' Lo' merupakan cabaran terhebat buatnya. Dr Lo' Lo' pernah dipersendakan oleh Raja Nong Chik kerana beliau seorang perempuan. Kalau tidak silap Dr Lo' Lo' pernah meminta Nong Chik meminta maaf kepadanya atas satu perbuatan Nong Chik yang kurang tamadun.
Keberaniannnya juga terserlah. Beliau mencabar untuk bersekemuka dengan sesiapa saja demi kebenaran dan keadilan untuk rakyat. Dalam berdepan dengan isu rampasan Kampung Baru beliau ke hadapan. Perjuanganya menjaga hak warisan orang Melayu Kampung Baru diperjuangkan sampai ke denyut-denyut nafas terakhir. Dalam keadaan beliau sudah sakit di mana seharus rakyat dilupakan namun beliau masih membela dan mempertahankan hak rakyat Kampung Baru. Beliau tidak rela Umno menzalimi penduduk Kampung Baru.
Penangguhan pembentangan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (RUU PPKB) pada sidang Parlimen Mac lalu sesuatu yang menggembirakan beliau. Penangguhan itu sedikit sebanyak adalah kerana kelancangan beliau menentang agenda berstrategi Umno itu. Dr Lo' Lo' tidak habis-habis memberi peringatan agar agenda untuk membangunkan Kampung Baru biarlah dilakukan secara adil dan hak orang Melayu di situ terbela selamanya.
Ternyata iltizam beliau kepada tanggungjawab dan amanah parti itu tidak pernah diabaikan. Walaupun beliau tidak dapat menyuarakan kepada Parlimen kerana dihalang kanser namun beliau tidak berputus asa. Jalan lain dicari bagi menyampaikan isi hatinya. Rakan-rakan seperjuangnya senantiasa membantu dan mewakili beliau bagi menyampai apakah yang tersekang di dadanya. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub pernah diwakilkan untuk menyampaikan ucapannya di Parlimen.
Meneliti dan mengimbau sejarah perjuangan dan keulitan serikandi ini, benarlah apa yang diungkapkan oleh Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat. Katanya; Dr Lo' Lo' adalah seorang mujahidah yang istiqamah di dalam perjuangan.
Mengapa tidak seperti dikatakan tadi beliau tidak mudah berputus asa dan berwalang durjana demi memastikan perjuangan partinya tegak di atas muka bumi ini. Selain itu beliau juga seorang yang rajin, ada masanya melebihi pejuang lelaki sendiri.
Saya ada secebis pengalaman dalam hal ini, melihat sendiri bagaimana rajin dan seriusnya beliau dalam perjuangan pada berkempen pilihan raya kecil bagi memastikan calon Pakatan Rakyat. Semasa berlangsungnya pilihan raya kecil Permatang Pauh yang melibatkan pertandingan Anwar Ibrahim, Dr Lo' Lo' adalah seorang tenaga kempen utama. Bagi memastikan kemenangan Anwar beliau telah turun naik ke pejabat-pejabat kerajaan untuk memberi risalah dan mendekati pengundi.
Beliau ada menceritakan bagaimana beliau dihalau keluar dari pejabat tetapi tidak diendahkannya. Hak demokrasi dan kebebasan bersuara dipergunakan seterusnya. Beliau memberi tahu ada kalanya beliau terpaksa bertengkar dengan kakitangan pejabat sebelum dapat meninggalkan risalah. Selamba saja beliau memberi tahu apa yang berlaku ke atasnya.
Pada pilihan raya kecil itu beliau juga turut sama mendekati para peniaga di sebuah pasar. Beliau melalui dari lorong ke lorong menemui segenap penjual di dalam pasar berkenaan. Sambil bertanya khabar beliau menghulurkan risalah kepada para peniaga. Cara diplomasi yang tinggi dan lemah lembut menyebabkan para peniaga senang menerima kunjungannya. Ini terbukti bila mana ada peniaga yang membelanjakan beliau dan rombongan untuk minum.
Demikian juga pada siri-siri kempen pilihan raya kecil lain atau acara refomasi. Wajah dan kelibat beliau akan senatiasa sahaja ternampak. Mengingati akan kerajinan beliau dalam membantu rakan dan memastikan kemenangan, teringatlah saya kepada seorang lagi ahli Parlimen yang seingat saya tidak pernah miss menjadi host kempen pada pilihan raya kecil. Orang yang saya maksudkan itu adalah Dr Mohd Hatta Ramli. Kalau dalam lelaki Pas ada Hatta yang rajin, komited maka dalam muslimat Pas ada Dr Lo' Lo' yang ulit dan tidak mengenang letih dan istiqamah.
Semalam jam 10:15 minit 15 Syaaban 1432 bersamaan 17 Julai 2011 dalam usia 54 tahun permata Pas yang bergemilang memancar sinar itu sudah pun tiada lagi. Dia sudah dipanggil pulang ke pangkuan penciptaannya untuk selamanya. Pas dan kita semua hanya diberikan pinjam sekejap saja permata penuh berazimat itu. Demikian takdir Allah, kita kena pasrah.
Namun sinar yang pernah hadir dan memberi cahaya kepada kita tetap akan terlekat kejap di sanubari. Kewujudannya ia bersama kita sebagai menandakan bahawa kita pernah bersama dalam mengibarkan panji-panji kebenaran ini dan selorong menuju ke mardtillah, insyaAllah.
Kalau kita semua benar sayang dan mengkagumi ratu jihad ini, ayuh.. terus kibarkan panji-panji ini yang ditinggalkan kerana ia akan meneduhkan rajuna itu di ambang Syurga. Penerusan perjuangan adalah doa kudus untuk Allahyarham. Al Fatihah
PAS Kehilangan Seorang Permata....!!

Lebih 2,000 Iringi Jenazah Dr. Lo' Lo' - HD
KUALA LUMPUR, 18 Julai: Lebih 2,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakyat dan pemimpin parti politik menghadiri pengebumian ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali di Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk Keramat pagi tadi.
Suasana sedih dan suram menyelubungi majlis pengebumian bermula jenazah dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat tengah malam tadi.
Jenazah disolatkan di masjid tersebut jam 10.20 pagi tadi dengan dipimpin Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum dibawa ke tanah perkuburan, diiringi ribuan yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.
Rata-rata mereka yang hadir tidak dapat menahan sebak setelah jenazah selamat dikebumikan jam 11.10 pagi.
Sejak tengah malam tadi, orang ramai tidak putus-putus mengunjugi jenazah allahyarhamah yang disifatkan sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat.
Anggota Unit Amal juga mula menjaga lalu lintas dan kawasan sekitar sejak tengah malam tadi bagi mengelakkan kesesakan di kawasan sekitar.
Anggota keluarga termasuk suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan anak-anak allahyarahamahberada di samping jenazah sehingga selesai dikebumikan.
Walaupun kelihatan sedih, mereka melayani pertanyaan pemberita dengan baik.
Dr. Aminuddin dengan tenang berkata, beliau redha dengan pemergian Allahyarhamah dan kagum dengan kegigihan isterinya itu menjalankan amanah walaupun terlantar di atas katil ketika sakit.
"Allahyarharmah berpesan kepada petugas-petugas pejabat khidmat masyarakat Parlimen Titiwangsa agar terus menjalankan tugas melibatkan kepntingan penduduk.
"Sehingga ke saat-saat akhir, beliau sering bertanya mengenai kawasan terutamanya isu Kampung baru yang diperjuangkan beliau," katanya.
Selain pimpinan utama PAS, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dan lain-lain.
Allahyarhamah meninggal dunia di Hopital Selayang jam 10.15 malam tadi setelah beberapa tahun mengidap barah paru-paru.
Al Fatihah - Dr. Lo' Lo' Meninggal Dunia Sebentar Tadi...!!
KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.
Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.
Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.
Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.
"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.
"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.
"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter
Jul 17, 2011
Dr. Lo' Lo' Kini Kritikal...!!
MP PAS Titiwangsa Dr Lo' Lo' 'kritikal'-MKAhli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali dikatakan kini dalam kritikal daripada penyakit barah yang dialami pemimpin PAS tersebut.
Ketika dihubungi, seorang ahli keluarganya, mengesahkan aktivis tersebut dalam keadaan kritikal. Anggota keluarga kini berkumpul menemani beliau.
"Beliau hanya diberi sedatif oleh doktor, dan sedang berehat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
"Kami minta orang ramai mendoakan kesihatannya," tambahnya.
Lo'Lo adalah anak perempuan bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah.
Beliau sangat aktif dalam Dewan Muslimat PAS tetapi sejak 8 Mac 2008, banyak menumpukan perhatiannya kepasda parlimen Tititwangsa, yang dimenanginya, dengan menewaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dengan majoriti 1,972 undi.
Nota :
Marilah kita sama-sama mendoakan agar Dr Lo' Lo segera sembuh daripada penyakit kanser yang dialaminya.
Untuk makluman, beliau masih dirawat di Hospital Selayang, Selangor dan keadaannya dilaporkan STABIL namun agak kritikal.
Video : Apa TV Singapura Kata Tentang Bersih 2..!!
Mungkin Lapuran ini belum anda lihat dan dengar!!
Anak-Anak Madey Akui SPR Tak Telus....!!
ANAK Tun Mahathir, Datuk Mukhriz mengakui bahawa kakaknya Marina menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu kerana mahukan pilihanraya yang lebih telus sambil menafikan bahawa kakaknya itu menyokong pembangkang [Sinar]. Dalam hal ini jelas sekali bahawa Datuk Mukhriz secara tersirat mengakui bahawa Malaysia memerlukan sistem demokrasi yang lebih telus. Kalau dilihat, sememangnya terlalu banyak bukti-bukti penyelewengan daftar undi yang sudah tersiar di internet, di blog-blog dan di facebook. Semua bukti-bukti ini tidak dapat dinafikan sama sekali.
Datuk Mukhriz, jelas sekali tidak bercanggah pendapat dengan kakaknya Marina yang menyertai perhimpunan itu, namun sebagai ahli politi BN, beliau terpaksa mengikut segala telunjuk kerajaan Rosmah Mansor. Permintaan BERSIH 2.0, yang berhimpun secara aman untuk mendesak pembaharuan dalam pilihanraya adalah tindakan yang wajar.
Hak untuk mendapatkan pilihanraya yang telus dan adil bukanlah hak pembangkang sahaja, malah sebelum ini pihak BERSIH 2.0 turut mempelawa penyokong-penyokong Barisan Nasional untuk sama-sama berhimpun secara aman sambil memeriahkan lagi perhimpunan tersebut.
KENYAAAN MEDIA

KERAJAAN HARUS JAMIN KEBAJIKAN KELUARGA MANGSA ARWAH BAHARUDDIN (16 Julai 2011)
Kematian arwah Baharuddin Ahmad, adalah bukti keganasan polis sudah memuncak dan mencapai limitasi. PIhak polis umpama penagih tegar, yang ketagihan melakukan keganasan terhadap rakyat.
Kehilangan punca pendapatan keluarga adalah sesuatu yang amat menyakitkan buat isteri arwah, Pn.Rusni.
Maka, saya menggesa agar pihak PDRM, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat malah seluruh kabinet kerajaan Malaysia agar tidak lepas tangan dan segera bertanggungjawab perkara ini.
Mereka harus memastikan agar kebajikan Pn.Rusni sekeluarga terbela dan terjamin selepas ini.
Mengulas cadangan Bersih 3.0 oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Mat Sabu, saya juga ingin menyatakan bahawa Wanita Keadilan akan bersiap sedia dan turut menyatakan sokongan penuh buat Bersih 3.0 - sehingga suatu reformasi sistem pilihanraya yang adil dan bersih tercapai.
Sekian. Terima kasih.
YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan
Merangkap Ahli Parlimen Ampang
http://www.twitter.com/@ybz99
NOTA:
berita telah mula tersebar
dari punca keluaraga
telah diketahui bahawa gigi arwah patah
telah diketahui tulang rusuk patah
persoalan?
kenapa tidak diberikan laporan post mortem
kepada keluaraga arwah
wal hal anak arwah sendiri seorang doktor
Subscribe to:
Posts (Atom)
