Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 4, 2012

Majlis Peguam : 901 Di Benarkan Oleh Perlembagaan...!!


" SHAH ALAM, 3 JAN : Isu berhubung himpunan 901 sempena dengan pengumuman kes fitnah Liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sama sekali tidak bercanggah dengan undang-undang negara malah dibenarkan oleh Perlembagaan. Ini kerana himpunan yang bakal diadakan itu sekadar perhimpunan untuk memberi sokongan kepada DSAI yang dibicarakan semenjak hampir 3 tahun lalu berhubung konspirasi untuk mengaibkan Anwar di mata rakyat oleh musuh-musuh politik beliau.

Menurut Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee tidak tertulis di mana-mana perlembagaan pun bahawa kehadiran sebagai tanda sokongan kepada tertuduh di mahkamah adalah satu kesalahan.

"Mahkamah adalah tempat terbuka kepada orang ramai untuk hadir mendengar perbicaraan.

"Malah orang ramai mempunyai hak untuk hadir ke mahkamah apa lagi untuk memberi sokongan kepada tertuduh selain mendengar keputusan yang akan diberikan," ujar Lim memberi ketika dihubungi TV Selangor.

Lim turut memberitahu bahawa jumlah yang akan hadir ke perhimpunan itu nanti bukan satu isu untuk dijadikan alasan pihak berkuasa bahawa perkara tidak diingini akan berlaku.

"Sebaliknya jika pihak polis memberi kerjasama mengawal keadaan, saya tidak melihat sebarang masalah untuk rakyat yang prihatin berhimpun memberi sokongan kepada sesiapapun yang mereka ingini," tegas Lim yang dihubungi melalui panggilan telefon.

Berhubung dakwaan seorang menteri bahawa Majlis Peguam menjadi alat politik, Lim pantas menjelaskan itu bukan isu yang perlu dibangkitkan.

"Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak atau individu. Sebagai pengamal dan penegak perundangan kami cuma berminat pada asas perundangan iaitu keadilan yang menjadi hak setiap manusia," katanya lagi.

Lim turut membangkitkan sikap 'Double Standard' pihak berkuasa dalam menangani isu-isu seperti ini bilamana perhimpunan yang membabitkan PKR seringkali diprovokasi dengan isu keselamatan.

"Sikap double standard ini sangat mendukacitakan malah menjatuhkan karisma, keupayaan dan professionalisme pihak berkuasa polis dalam menjalankan tugas mereka.

"Sambutan Tahun Baru dihadiri oleh puluhan ribu rakyat dibolehkan dan dapat berlaku dengan baik hasil kerjasama pihak berkuasa juga. Tapi mengapa pula kes seperti ini yang tidak pun melanggar mana-mana undang-undang dijadikan isu?," soal Lim kembali.

Lim dengan positif juga menyatakan bahawa mereka yang akan hadir 9 Januari ini pasti terdiri dari golongan yang cintakan perundangan yang adil dan tidak akan sesekali mencetuskan huru-hara walau apapun keputusan mahkamah seperti yang cuba digemburkan sesetengah pihak.

"Saya harap orang ramai akan hadir memberikan sokongan kepada DSAI. Himpunan ini penting bukan sekadar membela DSAI semata-mata sebaliknya penting kepada orang awam juga berkenaan sistem perundangan negara yang semakin parah.

"Hadirlah beramai-ramai untuk menunjukkan bahawa rakyat hari ini sudah bosan dan jemu dengan konspirasi dan fitnah seperti ini dan rakyat menolak sebarang ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku," ujar Lim lagi.

sumber: TV Selangor

Otak Cerdik Tapi Sesat....Salah Siapa...??

Pelajar cemerlang 17 A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri melonjak namanya di negara ini kerana kecemerlangannya. Atas sebab kecemerlangannya dia menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426H/2005 dari Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail. Pernah menjadi Duta Akademik Berita Harian.

Sekitar 2009, riuh diperkatakan dia gagal di Universiti Edinburgh dalam bidang perubatan sehingga terpaksa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menerangkan di Dewan Rakyat bahawa dia tidak gagal.
Kini namanya diperkatakan semula kerana gambar seksinya mula tersebar di internet. Banyak blog memperkatakan hal ini. Mungkin kerana terkena kejutan budaya. Dahulu kita mengenali melalui imej sopan bertudung dan kini perbezaan amat ketara. Imej berpelukan dengan lelaki bukan muhrim mengejutkan kita.

Ini memberi gambaran kepada umum bahawa cemerlang 17A A1 tidak menjamin sahsiahnya sebagai muslimah turut cemerlang. A1 dalam Pendidikan Islam tidak mampu menjadi pedoman.

Nota :

Secara umumnya, doa harapan kita setelah kita usahakan apa yang sepatutnya. Ini kerana kita juga mempunyai dan akan mempunyai anak-anak.Sungguh kita perlu berdoa sungguh-sungguh supaya anak-anak kita terhindar dari bisikan duniawi dan selamat dunia dan akhirat. Mudah-mudahan…

Jan 2, 2012

Diam-Diam Berisi....!!


BESUT – Bantuan dan ‘sogokan politik’ yang terlalu banyak, diberikan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu menyebabkan wujud kelompok ‘majoriti senyap’.

Menurut Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, kumpulan itulah yang akan menumbangkan Umno/BN dalam pilhanraya Umum ke-13 akan datang.

Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, beliau mendapat maklumat bahawa risikan pihak keselamatan baru-baru ini membawa ‘label merah’ sebagai tanda bahaya kepada BN Terengganu.

“Saya dapat sedikit maklumat daripada rakan-rakan kita, risikan tentera yang dibuat sejak akhir-akhir ini memberikan laporan kepada pihak atas sana, pihak mereka, bahawa Terengganu ini berada dalam label warna merah untuk Umno dan Barisan Nasional,

“ertinya mereka ada satu kebimbangan yang kuat untuk bergerak mempertahankan kemenangan mereka di Negeri Terengganu,”ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada program Mukhaiyyam Qiadi PRU13 Pemuda Kuala Nerus disini, Sabtu 31 Disember.

Menurutnya, walau pun Umno kelihatan kuat, laporan keselamatan menunjukkan sebaliknya kerana masyarakat tidak berani menzahirkan sokongan mereka sebenar, bimbang tidak mendapat 'habuan' tersebut.

Beliau mendedahkan bagaimana peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) menjadikan agihan bantuan wang zakat sebelum Eidul Fitri lalu, sebagai ‘umpan’ untuk menarik sokongan di kalangan orang-orang PAS.

Katanya, JKKK telah pergi ke rumah orang-orang PAS yang menjadi sasaran dan memujuk mereka supaya menerima wang zakat itu.

“dia (JKKK) ‘target focus’ (sasarkan) pada orang-orang kuat PAS, setelah dipujuk akhirnya seorang daripadanya setuju untuk menerima dan menghadirkan diri ke majlis agihan bantuan itu,

“namun begitu, apabila beliau hadir dan mendengar ucapan yang menghentam PAS pada majlis tersebut, menyebabkan orang PAS tadi, akhirnya mengangkat suara,

“(beliau membantah) dan berkata, tolong beri tahu (ke) penceramah tu, dia tak paham dasar Umno dan dasar PAS,”terang Ustaz Wan Azhar.

Ahli PAS itu, katanya, bercakap agak kuat dan berkata lagi, beliau datang ke majlis itu untuk ambil duit zakat dan bukan untuk mengubah sikap dan pendiriannya, bahkan, duit zakat yang diterimanya, akan salurkan kepada PAS untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional .

Kata Wan Azhar, apabila sebutan itu didengari oleh kira-kira 15 hingga 16 orang yang disangka memberi sokongan penuh kepada Umno/BN, namun keadaan sebaliknya berlaku.

“15-16 orang ni (sekelilingnya), pergi pegang tangan dia dan berkata, serupa saja kita ni, demo kata kawe ‘biru-biru ni’ memang biru,

“tapi InsyaALlah, pada pilihanraya kali ke-13 in kita akan jatuhkan BN,”katanya

Zalim Sungguh Kerajaan BN...!!


"Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) amat kesal, dukacita dan amat marah terhadap pihak kerajaan Barisan Nasional dengan tindakan yang cukup tidak bertamadun, zalim dan kotor terhadap mahasiswa yang memperjuangkan hak kebebasan akademik. Penahanan 17orang mahasiswa yang berhimpun secara aman di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta kecederaan yang dialami oleh tiga orang mahasiswa adalah lambang kemunduran demokrasi Malaysia.

Justeru, DPPNK menuntut Kerajaan Barisan Nasional dengan serta merta bertindak:

Pertama: Bebaskan semua mahasiswa yang ditahan tanpa syarat.

Kedua: Menghapuskan serta-merta akta zalim Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Ketiga: Hapuskan serta-merta Akta Perhimpunan Aman.

Keempat: Membayar semua kos rawatan perubatan bagi mahasiswa yang cedera.

Kelima: Memohon maaf kepada semua mahasiswa dan rakyat Malaysia

Sekali lagi DPPNK mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim pihak kerajaan. Kami juga menyeru seluruh mahasiswa dan rakyat bangkit menghentikan segala kezaliman Barisan Nasional. Mahasiswa sebagai pemimpin dan pembimbing masa depan jangan gadaikan negara anda. Bergeraklah ke seluruh pelusuk negara; kampung, desa, tanah rancangan, bandar dan bandaraya. Harunglah sungai, denai, bukit dan lembah. Berilah peringatan kepada yang alpa. Sedarkanlah mereka yang lena. Tamatkanlah riwayat pemerintahan Barisan Nasional yang sudah lama.

Mohd Nasir Zakaria
Ketua Penerangan DPPNK
Ahli Parlimen Padang Terap"

Perbezaan Antara PR & BN Bila Sambut Tahun Baru....!!

Sham Kamikaze bersama Rakannya sedang membuat persembahan

Ustaz Azhar Bersama Zizan Raja Lawak..Dalam Program Tazkirah

Program Maksiat Anjuran Umno "Bangsat"..DiMana ada Maksiat Di situ Umno Sihat

Golongan muda ditarbiyyah cara menyambut tahun baru berkonsepkan Islam..Di mana Tempat Hidup Islam di Situ Umno Tenggelam..

Nota :

"Tahniah Kerajaan Negeri Selangor kerana menganjurkan sambutan Tahun Baru ke arah Islam.. Jangan jadi seperti Umno, Program Maksiat sebagai matlamat kerana mereka ini adalah sebuah Parti yang sudah Hancusss....!!

Jan 1, 2012

Video Himpunan Mahasiswa Di UPSI...!!

Countdown 2012 Bersama Ustaz Azhar Idrus di Dataran Kemerdekaan Shah Alam...!!


"Kepada sesiapa yang ingin menonton atau mendengar siaran ulangan Countdown 2012 Bersama Ustaz Azhar Idrus di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang telah diadakan pada 31 Disember 2011 boleh klik link di bahagian bawah artikel ini :-

Sekitar Program Countdown 2012 bersama Ustaz Azhar Idrus dan selebriti jemputan terkenal tanah air.

Program Countdown 2012 bersama Ustaz Azhar al Idrus, Zizan Raja Lawak, Sham Kamikaze, Imam Muda Asyraf dan Ustaz Syed Norhisham mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat tanah air kini. Malah, mengalahkan program Countdown 2012 anjuran Barisan Nasional diketuai oleh Dato Seri Najib Tun Razak. Allahu Akbar !!!

Alhamdulillah, ini petandanya kemenangan Islam semakin hampir. UAI yang juga ahli dan pendokong kuat PAS telah membuktikan kepada generasi muda kini bahawa Islam itu tidak pernah lapuk dek zaman malahan Islam adalah agama yang syumul dan paling versatile sehingga ke hari kiamat. Ini telah membidas balik kebanyakan cakap-cakap pimpinan UMNO dan BN yang memperlekehkan hukum Islam terus menerus.

Lebih kurang 70 000 orang telah membanjiri Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada malam semalam. Fenomena Ustaz Azhar Idrus telah mewarnai tanah air kini. Golongan agama dan orang yang memperjuangkan Islam nampaknya akan mengambil alih tempat daripada golongan artis dan politikus di Malaysia. Satu petanda yang baik, menunjukkan masyarakat sudah mula minat dan kembali kepada Islam. Walaupun kerajaan hanya retorik dengan Islam, namun Agama Allah tidak akan dapat dipadamkan.

Tolong-Menolonglah Kita Kearah Kebaikkan...!!


PRU 13 : Bersatu Tamatkan Kenagkuhan UMNO/BN - HD

IPOH, 1 Jan: Pilihanraya umum ke 13 yang dijangka pada pertengahan bulan Mac ini begitu penting kepada rakyat negara ini bagi membuat perubahan besar menamatkan keangkuhan dan kezaliman Umno BN sepanjang 54 tahun memerintah negara ini.

Oleh itu, seluruh rakyat perlu bersatu bersama Pakatan Rakyat menumbangkan Umno BN pada pilihanraya umum ini bagi menyelamatkan negara dan rakyat negara ini daripada kehancuran dan kezaliman.

"Kita perlu bersatu dalam menuju ke Putrajaya, PAS bersendirian tidak mampu untuk ke Putrajaya, begitu juga PKR dan DAP tidak memampu ke Putrajaya jika bersendirian, kita perlu bersatu bersama Pakatan rakyat dalam memastikan langkah ke Putrajaya berjalan dengan baik, kerana itu orang Melayu, Cina dan India mesti besatu untuk kita meranapkna Umno BN melalui undi dalam pilihanraya ini," kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub ketika berucap merasmikan pelancaran Dewan Himpunan Penykong PAS Negeri Perak di Dewan Budaya Jaan Tun Perak di sini semalam.

Rakyat negara ini telah memberikan masa yang panjang untuk Umno/BN memerintah negara ini, ternyata BN gagal mentadbir dengan baik dan banyak melakukan ketidakadilan dan kezaliman kepada rakyat serta menjuruskan negara ini ke arah kehancuran.

Menurut beliau, rakyat pelbagai kaum di negara ini mesti berani membuat perubahan besar dalam menyelamatkan negara demi masa depan genarasi yang akan datang.

"Angin perubahan telah pun berlaku di negara Amarika Syarikat dan juga negara negara Arab, sudah sampai masanya angin perubahan itu melanda negara ini, rakyat perlu bersatu untuk kit buat perubahan besar melalui undi dalam piihanraya umum ke 13 ini, jika rakyat berani membuat perubanan ini Umno/BN adalah terlalu kecil untuk kita tewaskan," tegasnya disambut dengan tepukan bergemuruh daripada hampir 300 orang ahli Dewan Himpunan Pemyokong PAS negeri Perak yang memenuhi dewan tersebut.

Sehubungan itu beliau yakin Dewan Himpunan Penyokong PAS di seluruh negara mampu menggerakkan masyarakat bukan Islam untuk bangkit membuat perubahan besar kepada politik negara.

Turut berucap memyuntik semangat ahli ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak pada pelancaran itu Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Penerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein, Pengerusi Lajnah Perpadan Nasional PAS Perak, Mohd Zainudin Mohd Yusof, Penerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Beh Heng Kin, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar dan Setiausaha DHPP Perak, Naliraja a/l Sengadam.

Datuk Tipu NFC....NFC Tipu Kerajaan....!!


Dalam keriuhan berkaitan isu NFC (baca National Family Corruption) tiba-tiba seorang datuk ditahan dan cepat didakwa. Isu yang membabitkan NFC menjadi lambat, polis tolak kepada SPRM, SPRM tolak kepada polis. Kertas siasatan ke atas NFC belum siap, kata SPRM. Shahrizat menjadi semakin diam!!

Datuk itu, Shamsulbahrin Ismail, 45 didakwa dan tidak mengaku bersalah atas dua tuduhan menipu pengerusi NFC. Seronok, datuk tersenyum riang, wajahnya diambil jurugambar. Dia juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Resouces Sdn Bhd.

Tuduhannya, dia dipercayai memperdaya Mohamad Salleh untuk membayar perkhidmatannya di sebuah restoran di Bukit Tunku pada pukul 6 petang, 20 November lalu. Tuduhan kedua, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.

RM1.755 pengerusi NFC ditipu Shamsubahrin. RM250 juta pengerusi NFC menipu pinjaman kerajaan. Ia diakui Laporan Ketua Audit Negara pada Oktober mendedahkan syarikat tersebut menjadi tidak terurus dan gagal membekalkan daging lembu seperti disasarkan. Sebabnya kerana…

Kondo One Menerong, tanah Putrajaya, umrah, Mercedes, kondo mewah Singapura, Meatworks, Senor Santos, Brawns melingkari NFC. Jumlahnya tetulah melebihi RM1.755 juta .

Nota :

Kalau pengerusi NFC ditipu RM1.755 juta, penipunya didakwa. Teatpi yang menipu kerajaan ratusan juta tak pilak didakwa!!...Tak Patut....!!!

Polis Buka Tirai 2012 Dengan Keganasan....!!

TANJUNG MALIM, 1 Jan: Himpunan mahasiswa protes Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dicemari insiden keganasan pihak polis yang bertindak memukul mahasiswa ketika cuba meleraikan mereka.

Dalam insiden awal pagi tadi, dua mahasiswa termasuk Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS, Safwan Anang Talib dilaporkan cedera parah dibelasah anggota FRU.

Beliau dilapor patah tulang rusuk, patah gigi geraham akibat dipijak anggota polis dan kini didakwa sedang mendapat rawatan di wad kecemasan di Hospital Slim River.

Seorang lagi mahasiswa yang cedera parah, Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipukul.

Selain itu, sekurang-kurangnya 17 mahasiswa lain ditangkap dalam insiden malam tadi dan kini telah dibawa ke balai polis Tanjung Malim.

Antara mereka termasuk pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli; dua bekas Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir dan Hilman Idham serta Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath.

Dalam satu respon segera, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan mengutuk keganasan ke atas mahasiswa yang berhimpun secara aman malam tadi.

Himpunan Protes AUKU & UPSI oleh SMM & BEBAS

Di saat rakyat Malaysia yang lain sedang khusyuk bergembira menyambut tahun baru 2012, anak-anak muda ini berjuang menuntut hak dan keadilan..tabik buat mereka...hidup anak muda!

Himpunan Kebebasan Akademik di UPSI diprovokasi lebih 100 anggota polis atas arahan UMNO! Bangkit Mahasiswa! Mahasiswa bersolidariti di UPSI. Bangkit Mahasiswa! -fightforjusticeforever


Keranda AUKU & protes Najib Razak di UPSI!


Bangkit mahasiswa! Solidariti Mahasiswa baring di hadapan UPSI. Mahasiswa terus baring sambil mendengar puisi di jalan raya di hadapan UPSI. Terus tuntut MANSUH


Situasi di depan Pintu Utama UPSI, mahasiswa berhadapan dengan FRU.


Pengerusi BEBAS Safwan Anang sedang kritikal dibelasah polis, dibawa ke Hospital Slim River.


Adam Adli Di Dalam Lokap Tanjung Malim...