Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 14, 2012

Hujan Tidak...Ribut Pun Tidak....Kenapa Polis Pulak Yang Terasa...??


POLIS BUKAN DALANG LETUPAN – BH

Ketua Polis Negara, Ismail Omar, semalam menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam tiga insiden letupan di sekitar kawasan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini, sejurus keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diumumkan, Isnin lalu.

Beliau turut menganggap tuduhan itu sebagai berniat jahat, selain cubaan pihak tertentu menjejaskan imej pasukan dan kerajaan, lebih-lebih lagi dalam mendukung penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2011.

“Sebagai Ketua Polis Negara, saya amat kesal, kecewa dan marah dengan tuduhan sebegini... walau sebaik mana pun pegawai dan anggota saya melaksanakan tugas, orang masih kata kita (polis) jahat.

“Justeru, kita menawarkan sagu hati RM10,000 kepada mana-mana individu atau pihak yang boleh menyalurkan maklumat hingga tertangkapnya dalang utama kejadian itu,” katanya.
---------------------------------------------------
woit...TAK PASAL PASAL PULAK TERASA....
kah kah kah..AIMAN TAK KISAH...HUJAN TIDAK,,RIBUT PUN TIDAK...KAH KAH KAH...

NOTA:

ingat tak macam mana cara untuk baca akhbar
di malaysia...KITA MESTI BACA CARA TERBALIKKK
kah kah kah

Selamat Bercuti....!!


SHARIZAT BERCUTI BOLEHKAN PUTRAJAYA REDAKAN KEMELUT NFC - MI

Keputusan Shahrizat Abdul Jalil mengambil cuti tiga minggu daripada tugas menteri bermula hari ini dilihat sebagai rancangan meredakan keadaan oleh Putrajaya buat Ketua Wanita Umno dan partinya ekoran penyelewengan dana kerajaan melalui syarikat penternakan yang dibiayai kerajaan, demikian menurut kenyataan satu sumber dalaman.

The Malaysian Insider difahamkan pentadbiran Najib merasakan itu adalah langkah terbaik dalam situasi sekarang walaupun sesetengah pihak beranggapan cutinya itu atas dasar rasa bersalah terhadap skandal projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Turut berkemungkinan tindakan akan diambil terhadap suami dan anak-anaknya selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis selesai menjalankan siasatan terhadap projek bernilai RM250 juta yang memperolehi pinjaman mudah pada 2008.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan terdapat kecelaruan di dalam projek tersebut.

Kondom 1 Malaysia....!!


MALAYSIA BAKAL JADI PENGELUAR KONDOM UTAMA DUNIA - UM

NEW DELHI 13 Jan. - Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).

MREPC berkata, Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion.

"Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom,” kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama.

Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.

Pengeluar utama Asia — Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia — terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.
----------------------------------------------------
woit...MARI KITA TUNGGU....

kah kah kah...BILA MAJLIS FATWA NAK BERSIDANG....

kah kah kah....AIMAN TAK KISAH....SELURUH DUNIA NAK TUNNGU FATWA TENTANG BERITA INI...

MANTAN PENGERUSI SPR SOKONG TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KELANTAN

Orang Kuat UMNO (OKU)....!!

Senarai Harta KM dan Exco Pulau Pinang


KM Pulau Pinang dan Exconya telah membuat pengisytiharan harta yang dimiliki mereka. Perisytiharan harta itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG. Lihat senarai dibawah…

Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau PinangSimpanan tetap-RM298,785
Sahan Amanah- RM25,989
Saham Amanah-Amanah Mutual Berhad-124,845
Saham-2000 unit DRB-Hicom
Dua unit rumah kedai di Melaka
Nilai keseluruhan- RM965,000

Datuk Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri IAmanah Saham Bumiputra(ASB)-RM157,819
Rumah teres di Sri Nibong-RM140 000
Rumah flat di Teluk Kumbar-Rm25 000
Toyota Camry-RM140,000

P Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri IIBanglo di Semenyih, Selangor -RM328,000
Tanah pusaka di Sitiawan, Perak
Kereta-Perodua Kelisa-RM36,000, Mercedes 230E-RM200,000

Phee Boon Poh, Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam SekitarSaham
-7667-Amprop
-55,000-di BSKL
-5667-Dutaland Berhad
-60 000-Pan Malaysian Ind Bhd
-10 000-Jutajaya Holding Bhd
Saham Amanah
-1.14 juta unit di Gain Assure
-293,399 unit Global Infrastructures Fund
Rumah-Beberapa unit rumah di Pulau Pinang dan New Zealand
Kereta-Toyota Alphard-RM169,000
Nilai keseluruhan-RM1.39 juta

Chow Kon Yeow, Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu LintasSaham Amanah Public Mutual
-Public China Select Fund-20 500
-Public China Titans Fund-21 000
-Public Dividend Select Fund-10 000 [Semak Harga DI SINI]
Rumah di Balik Pulau-RM590,000
Dua flat di Bukit Gambir-RM196,000
Proton Waja-RM65,000

Abdul Malik Abul Kassim, Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal PenggunaTidak ada harta kecuali Proton Tiara-RM36 000, Honda CRV-RM104,000
Lim Hock Seng, Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan
Saham di Kotindak dan Kojadi
Kereta-Volvo 2406L-RM61,000, Honda CRV-RM104,000.

Law Heng Kiang, Exco Pelancongan dan KebudayaanKondominium di Island Glades-RM239,000
Kereta Honda Civic 1.8-RM114,000

Law Choo, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan AirSaham 100,000 unit di Ramunia, 100,000 unit di Poh Kong serta 100,000 unit di MNC

Wong Hon Wai, Exco Jawatankuasa Perancangan Desa, Perumahan dan KesenianApartmen di Paya Terubong-RM97,000
Sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM600,000.

Kereta adalah berdasarkan harga beli dan susut nilai tak dikira. Begitu juga dengan rumah, pertambahan nilai rumah semasa juga tak diambil kira. Ia hanya berdasarkan harga beli.

Jan 13, 2012

Majlis Peguam Bukannya Orang Bodoh....!!


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Majlis Peguam kelihatan lebih berpihak kepada kepentingan pembangkang apabila menyuarakan pendapat berhubung keputusan kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lepas.

Timbalan Perdana Menteri berkata Majlis Peguam dilihat mementingkan pembangkang apabila meminta Pejabat Peguam Negara tidak merayu terhadap keputusan mahkamah itu, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Beliau berpendapat Azlan Mohd Lazim, bapa Mohd Saiful Bukhari mempunyai hak untuk memohon Pejabat Peguam Negara mengemukakan rayuan terhadap pertuduhan itu bagi mendapatkan keadilan untuk anaknya.

"Itu suara seorang bapa yang kita tahu mahu anak beliau mendapat pembelaan yang secukup-cukupnya dan saya fikir ini tidak bertentangan dengan proses undang-undang," katanya kepada pemberita selepas melawat Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan restoran yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia di kawasan Wangsa Maju di ibunegara hari ini.

Bercutilah Untuk Selama-Lamanya....!!


Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution menganggap cuti tiga minggu daripada tugas menteri yang dipohon oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mulai esok - sewaktu siasatan dijalankan ke atas Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) - merupakan "langkah pertama" sebelum digugurkan daripada senarai calon BN.

Beliau juga menyifatkan percutian tersebut hanya satu langkah untuk
menyelamatkan air muka menteri berkenaan.

Saifuddin (kiri) yakin menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu tidak akan disenaraikan oleh perdana menteri sebagai calon dalam pilihan raya umum nanti kerana beliau dilihat sebagai satu satu liabiliti.

Ahli parlimen Machang itu berkata kes yang membabitkan Shahrizat yang juga ketua Wanita Umno itu, jauh lebih besar daripada yang membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

"Ini tidak mengejutkan langsung, " kata Saifuddin yang mendakwa bukti yang mengaitkan Shahrizat dengan NFC "adalah terlalu banyak".

Shahrizat menjadi sasaran kritikan sejak Laporan Ketua Audit Negara 2010 dikeluarkan Oktober lalu.

Laporan itu menyatakan NFC, yang diuruskan oleh suami dan anak menteri berkenaan, berada dalam keadaan "kucar-kacir" selepas diperuntukkan RM250 juta daripada dana awam.

Shahrizat pula bertegas bahawa NFC - yang sedang disiasat berkaitan dakwaan pecah amanah jenayah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis - tidak ada kaitan dengannya.

PKR mendakwa NFC telah menyalahgunakan sebahagian daripada peruntukan RM250 juta untuk projek ternakan lembu itu, dengan membeli hartanah mewah dan tanah yang tidak berkaitan dengan projek tersebut.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (kiri) pula berkata Shahrizat sepatutnya sudah lama berbuat demikian.

"Beliau sepatut mengambil cuti daripada jawatannya sehinggalah isu tersebut selesai," kata Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang. - Malaysiakini

Selamat Jalan Romeo...!!


SHAH ALAM, 13 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memaklumkan perlantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang baru bagi mengantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan diadakan pada 18 Januari nanti di Istana Kayangan.

Beliau yang hadir pada sidang media selepas mengadap Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi tadi memberitahu pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan status kedudukan Dr Hasan yang tidak lagi menjadi ahli PAS.

"Pagi tadi saya telah mengadap Tuanku Sultan untuk memberi taklimat mengenai status Dr Hasan sebagai ahli MMKN atau Exco.

"Dalam pertemuan itu saya telah mempersembahkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah menerima surat rasmi dari PAS yang memaklumkan bahawa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada 8 Januari yang lalu telah membuat keputusan memecat Dr Hasan dari menjadi ahli PAS berkuatkuasa serta merta," jelasnya.

Tambahnya Khalid lagi, memandangkan Dr Hasan bukan lagi ahli PAS, maka beliau tidak lagi boleh menjadi ahli MMKN dan Khalid telah menasihati Tuanku Sultan untuk membatalkan perlantikan beliau (Dr Hasan).

"Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan Baginda akan menulis surat pembatalan perlantikan Dr Hasan sebagai ahli MMKN.

"Pada masa yang sama, Tuanku Sultan telah menurunkan kuasanya pada saya untuk melantik ahli baru MMKN, dalam pada itu Baginda juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," sambungnya lagi.

Ketika ditanya mengenai calon yang bakal mengantikan Dr Hasan itu, beliau menjelas buat masa ini belum ada senarai calon yang diterima dan beliau akan bertemu dengan pemimpin PAS Pusat dalam masa terdekat bagi mengetahui nama yang dikemukakan oleh PAS nanti.

"Saya tidak menerima lagi nama calon dan ia bergantung kepada PAS, dalam pada masa yang sama saya akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin PAS Pusat bagi mengetahui nama calon yang dipersetujui oleh mereka.

"Manakala surat penamatan itu pejabat Tuanku Sultan akan serahkan pada Dr Hasan sebelum 18 Januari dan sebagai peraturan kerajaan negeri, beliau (Dr Hasan) perlu memulangkan segala kemudahan yang diberikan kepadanya dalam tempoh yang singkat ini," jelas Khalid lagi.

Sebelum itu perlantikan ahli MMKN yang baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada 18 Januari pada sebelah pagi, waktu yang tepat belum diputuskan lagi. - Harakahdaily

PERKASA Melambai-Lambai Pada Hassan Ali...!!


Desas - desus menyatakan orang kuat PERKASA Ibrahim Ali telah menelefon Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Hassan Ali untuk mempelawa nya menyertai pertubuhan itu, sama ada sebagai ahli mahupun terus selaku presiden. Presiden PERKASA itu menawarkan secara terbuka kepada Hassan Ali apabila pegangan Hassan Ali didapati selari dengan perjuangan PERKASA iaitu mempertahankan Islam, Melayu dan kedaulatan raja raja. Beliau bersedia member laluan kepada Hassan Ali sebagai presiden PERKASA dan sanggup berundur setelah tiga tahun menerajui pertubuhan Pribumi Perkasa itu.

Katanya Hassan Ali akan mempertimbangkan tawaran nya itu, tambahnya lagi yang beliau sanggup menyerahkan jawatan itu kepada sesiapa yg layak. Sejauh mana penerimaan Hassan Ali terhadap pelwaan itu masih menjadi tanda tanya.- http;//addin77.blogspot.com