Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 18, 2012

Saya Tidak Akan Pangkah BN....!!


16 Januari."Saya tidak akan mengundi BN (Barisan Nasional). Kalau kedai judi depan mata pihak berkuas a tidak nampak dan tidak ambil tindakan"

Itu antara kenyataan peniaga di pekan SLIM VILLAGE, Perak.

Barangkali ramai terfikir apakah hubungkait di antara Barisan Nasional, BN, dengan premis perjudian diceritakan di sini.

Untuk rekod, sebelum ini, Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat dan kemudian tampuk pemerintahan berpindah tangan kepada BN. Sebagai rakyat, orang ramai melihat, pemerintah berhak mendapatkan bantuan pelbagai pihak berkuasa untuk memberhentikan kegiatan perjudian masih beroperasi sehingga ke saat entri ini ditulis.

"Premis itu dilengkapi kamera litar tertutup, CCTV. Hanya pelanggan tetap sahaja dibenarkan masuk. Kini pintu belakang ditutup. Kebanyakkan pelanggan golongan tua berbangsa Melayu. Masyarakat setempat sebenarnya berasa gusar jika anak remaja mereka terjebak dengan gejala judi. Setiap hari selepas jam 5 petang, premis beroperasi 24 jam itu akan penuh dikunjungi pelanggan," ujar source saya.

Di kalangan pegawai dan anggota polis, terma 'source' bermaksud pemberi maklumat.

Jam 1.39 tengahari tadi saya menghantar pesanan ringkas, SMS, kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjung Malim, MDTM, Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

'Salam Tuan. Premis judi onlne telah beroperasi di SLIM VILLAGE sejak setahun lalu. Gambar dan laporan di http://mazidulakmal.com. Adakah MDTM tahu kegiatan itu? Terima kasih'.

Berikut balasan SMS saya terima 14 minit kemudian.

'Semua premis terlibat kita dah submit ke Bukit Aman termasuk polis juga memantau, sebagai makluman'

Saya kemudian mengajukan soalan seterusnya kepada beliau, juga menerusi SMS.

'MDTM tidak ada kuasa untuk menutup operasi, Tuan?'

Berikut respon diterima pada jam 2.27 petang tadi.

'Itu perjudian di bawah kuasa polis. Kami (MDTM) jika premis berlesen dengan MDTM, operasi perlu bersepadu dengan polis'.

Saya tidak berkhidmat dengan MDTM atau polis tetapi berikutan maklumat disalurkan, sebagai blogger saya terpanggil untuk melaksanakan tanggungjawab sosial dalam memerangi gejala merugikan masyarakat itu.

Jika pemerintah dan pihak berkuasa mengikut saranan 1Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 'Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan', pastinya banyak telah membuka mata sekaligus bersama menangani kes ini dengan kadar segera.

Ingat, kuasa memilih pemerintah terletak di tangan rakyat dan Pilihanraya Umum Ke 13bakal menjelang tiba.

Justeru, dengar keluhan rakyat dan laksanakan tanggungjawab dipikul.

Nukilan : Mazidul Akmal Sidik

Kami Sayang Tok Guru...!!


Nik Aziz: Melawan sejuk dan 'rohok' - MK

Selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-81 pada 10 Januari lalu, ketika kesihatannya menjadi tanda tanya, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata beliau masih sihat, cuma selalu keletihan dan alah pada cuaca sejuk.

"Kesihatan saya macam inilah. Sekejap dia tenggelam, sekejap dia timbul. Tengok keadaan. Keadaan yang menyusahkan sayalah, cuaca.

"Cuaca sejuk memang saya banyak terganggu. Dia (jadi) letih, dia selesema banyak kalau sejuk," katanya ketika diwawancara di kediaman rasminya di Kota Bharu minggu lalu, dua hari selepas ulang tahun kelahirannya.

Mursyidul Am PAS itu berkata, walaupun "rohok" atau banyak kerja yang meletihkannya, beliau masih cuba menghadiri pelbagai program kerajaan negeri dan parti, termasuk berulang alik ke Kuala Lumpur.

"Iulah masalahnya, sebab itu kalau tak penting sangat mesyuarat (itu) saya tak pergi Kuala Lumpur. Kesian tubuh saya.

"Tapi kalau benda itu menyangkut jawatan saya sebagai menteri besar, pesuruhjaya, saya pergilah. Itu pun kadang-kadang tak boleh pergi juga," katanya yang kelihatan bertenaga, menyembunyikan keletihan di riak wajahnya.

Berbaju Melayu jingga dan berdasi labuh tebal di luarnya, veteran politik Malaysia itu percaya beliau terpaksa menggagahi diri dengan kerja-kerja melibatkan aktiviti fizikal kerana ia "penting untuk akhirat",

"Sebagaimana kita duduk atas dunia, umur 100 tahun misalnya pun kita nak kepada harta, nak kepada sokongan, nak kepada pengaruh. Itu baru 100 tahun. (Tetapi) akhirat kekal,..

"Harta di akhirat pula namanya pahala. Atas dunia namanya ringgit, dolar, yen," katanya yang terkenal dengan logik-logik mudah ketika berceramah atau memberikan kuliah.

Ditanya tentang status rawatannya, Nik Aziz berkata, beliau sebelum itu baru sahaja memeriksa status kesihatannya di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara dan doktor mengesahkannya "bagus" tetapi "rohok" atau banyak bekerja.

Kehadiran Nik Aziz akhir-akhir ini dikatakan kurang memuaskan dan menyebabkan kehadirannnya di Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar menarik menarik perhatian ramai.

Dalam program itu, beliau bagaimanapun menunjukkan kecergasan dan bingkas bangun apabila pemimpin Pakatan di pentas diminta berdiri untuk membaca ikrar bersama.

Ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika menceritakan kembali saat genting ketika Nik Aziz dibawa ke hospital sebelum itu mengumpamakan seperti saat terhentinya detikan jantung manusia pertama ke angkasa lepas Yuri Gagarin dalam pengembaraan itu.

Sementara itu, berbeza dengan menteri besar lain, Nik Aziz bukan sahaja terlibat dalam kerja-kerja pentadbiran kerajaan negeri, malah dilihat mengambil tempat di hati sebahagian besar rakyat Kelantan sebagai sebagai pemimpin agama.

Malah, sejurus sahaja tamat ditemubual Malaysiakini Khamis lalu, azan Zohor seperti biasa dilaungkan di ruang tamu kediaman rasminya dan sejarah segera dihampar untuk diimamkannya.

Bukan sahaja kakitangan pejabat dan pembantunya, pengunjung yang mahu menemuinya di rumahnya - yang tiada langsung protokol ketat - juga turut bersolat bersama-sama.

Nik Aziz membuktikan kenapa beliau seorang menteri besar yang berbeza.

Nota :

Amin... sesungguhnya Malaysia sememangnya memerlukan kepimpinan seperti yang di tunjukkan oleh Mursidul Am kita ini.... semuga Allah memberikan kesihatan yang baik buat TGNA.

Semuanya Telah Selesai...!!


ADUN Sijangkang angkat sumpah ganti Hasan Ali-MK

ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Hasan Ali yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.

Dr Ahmad Yunus yang juga pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - mengangkat sumpah sebagai exco di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pagi ini.

Ahmad menggantikan Hasan selepas beliau dipecat dari PAS pada 8 Januari lalu susulan tindakan beliau yang merugikan parti itu.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa calon pilihan adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman tetapi menurut sumber beliau menolak pencalonan berkenaan.

Pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan yang sebelum ini dipegangnya.

Manakala portfolio mengenai hal ehwal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam akan disandang oleh Abdul Khalid.

Nota :

Tahniah kpd Dr Ahmad Yunus yg bru je diangkat sebagai angota EXCO gantikan Dr Hasan Ali.

Kita doakan selepas ni YB dapat jlnkan tugas lbih baik dri Dr Hasan Ali, Dgn harapan jga kepentingan rakyat jgn sombong, ego n riak ckuplah Dr Hasan Ali sorang... kita rapat setia kwn bersamam PKR, DAP PAS dlm PR untuk mengambil teraju NEGARA...........

Jan 17, 2012

Ahlan Wasahlan....Silakan Dato'...!!


Dedah 'parasit': Pakatan jamin keselamatan Hasan -MK

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyambut baik keputusan bekas Pesuruhjaya Selangor Datuk Hasan Mohd Ali yang membayangkan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya sebagai ahli PAS seperti dilapor media.

Bagi beliau, Hasan mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan, dan pada masa sama perlembagaan PAS memperuntukkan ahli yang dipecat boleh merayu kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari, namun terserah kepadanya untuk memilih.

Ketika diminta mengulas gesaan dari sesetengah pemimpin PAS yang mahu Hasan merayu, Mahfuz berkata beliau tidak boleh memberi respon kerana turut terbabit dalam mesyuarat jawatankuasa PAS pusat yang memutuskan supaya Hasan disingkirkan.

"Saya boleh kata begini. Kalau betul seperti dilapor media semalam, saya menyambut baik keputusannya yang tidak mahu merayu.

"Saya juga mendoakan agar beliau diberi kekuatan untuk terus berjuang seperti apa yang beliau cakap sebelum ini," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena pada sidang media di pejabat Agung PAS, semalam.

Ketika ditemui selepas itu, Mahfuz turut memberi jaminan bahawa negeri-negeri Pakatan Rakyat akan membenarkan Hasan yang mahu menjelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan isu pemecatannya itu.

"Saya bagi jaminan, bahawa Pakatan Rakyat akan jaga keselamatan beliau (Hasan) jika beliau mahu berceramah di negeri-negeri Pakatan Rakyat," katanya.

Hasan pada sidang medianya semalam berkata, beliau akan mendedahkan kumpulan 'parasit' dalam PAS pada program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan.

Kumpulan itu dakwanya telah memesongkan PAS dari perjuangan Islam.

Hasan juga membayangkan, kumpulan berkenaan menduduki jawatan penting dalam parti dan antara lainnya mereka berjaya mengubah hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatan beliau daripada parti itu.

"Kita tidak akan bertindak seperti PERKASA yang mengganggu ceramah (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu seperti sebelum ini.

"Jadi Hasan tidak perlu risau," kata Mahfuz lagi.

Pulak Dah...Semuanya Sudah Hancusss....!!


Pakar sejarah: Hang Tuah, Hang Li Po tak wujud -MK

Buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuan dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.

Khoo yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks.

"Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme" (di kalangan pelajar)

"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum.

"Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.

Azwan Ali Kutuk Madey & Hassan Ali Dalam Twitter....!!


Di fahamkan Twitter ini di keluarkan oleh Azwan Ali ekoran pertelingkahan Azmin Ali dengan Mahathir. Dengan nada yang tak puas hati, Azwan Ali telah mengutuk Mahathir di Twitter

Maka ramailah blogger-blogger pencacai UMNO memaki hamun balik Azwan Ali ekoran kenyataan beraninya di Twitter.

Ikuti Twitter Azwan Ali yang mengutuk Mahathir dan Hassan Ali......

Siapa Ganti Hassan Ali...??

Kuala Lumpur, 16 Jan: PAS Pusat telah menghantar nama calon bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor kepada Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau menghantar nama calon berkenaan telah menerima nama itu daripada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

PAS Pusat telah buat keputusan tentang orang yang akan menggantikan Datuk Hasan Ali dan saya telah menerima nama itu daripada Presiden dan nama itu telah pun saya maklumkan kepada Pejabat Menteri Besar Selangor sekitar pukul 12.30 tengah hari.
“Dan saya pun dah berhubung Pejabat Menteri Besar dan dah dimaklumkan mereka terima makluman itu,” katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun tidak bersedia mendedahkan nama calon yang dicadangkan itu.

“Tapi untuk hari ini, saya rasa saya tak sedia untuk memaklumkan nama itu sekarang kerana urusan selanjutnya urusan kerajaan negeri dengan DYMM Sultan Selangor,” ujarnya lagi.

Jelasnya, terserah kepada pihak-pihak berkenaan untuk mengambil langkah selanjutnya.

Semalam, beliau memberitahu Presiden PAS akan membuat keputusan calon bagi menggantikan Hasan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau berkata, nama itu akan beliau sampaikan kepada Menteri Besar Selangor.

"Kita jangka, jika tidak ada sebarang masalah, mesyuarat Exco Selangor Rabu ini akan mendapat anggota baru dari PAS," katanya.

Hasan dipecat daripada menjadi ahli PAS pada 8 Januari lepas oleh Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau bagaimanapun berpeluang membuat rayuan terhadap keputusan itu kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 30 hari selepas dipecat.

Bagaimana pun, malam semalam Hasan membuat keputusan tidak akan merayu. Ia diumumkan beliau dalam satu majlis di Gombak.

Pada 13 Januari lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan perlantikan exco kerajaan negeri yang baru bagi menggantikan Hasan akan diadakan pada 18 Januari nanti di Istana Kayangan, Shah Alam.

Beliau yang hadir pada sidang media selepas mengadap Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberitahu pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan status kedudukan Hasan yang tidak lagi menjadi ahli PAS. - harakahdaily

UMNO Tak Perlu Takut Pada Anwar....!!


Tiada sebab takut pada Anwar Ibrahim. Apa kuasa yang pada Anwar selain dari berimej buruk melakukan liwat satu dan dua. Mungkin akan ada liwat tiga yang dikatakan dilakukan keatas seorang pati. Tun Mahahtir Mohamad sah takut, kerana berbuat jahat pada Anwar dalam kes liwat satu dan rasuah sehingga di penjarakan selama 6 tahun lamanya. Najib pun barangkali takut juga , kerana berbuat jahat dalam kes liwat dua yang sah dan telah diputuskan mahkamah Anwar tidak bersalah.

Apa yang nak ditakutkan. Bukankah Anwar sendiri sudah membuat kenyataan yang dia tidak akan berdendam terhadap sesiapa yang buat jahat padanya

Dalam ucapan terbarunya, Ketua Pembangkang itu, merayu kepada seteru politiknya agak menghentikan ejekkan terhadap diri dan keluarganya.

Dan berkata "cukuplah" atas apa yang telah mereka lakukan dan mengulangi kesediaannya memaafkan mereka.

"Mereka telah lakukan segala-galanya terhadap saya, sepak saya, telanjang dan membogelkan saya tetapi saya bersedia memaafkan mereka.

Anwar meninta "Jangan ganggu kami lagi kerana kami akan terus berjuang," katanya membayangkan beliau tidak sanggup lagi untuk bertolak ansur dengan serangan kotor dan firnah yang dilemparkan lebih lama.

Oleh itu, takut hilang jawatan dalam kerajaan memang tak berasas sama sekali, kerana sejarah telah membuktikan pemimpin pergi dan datang.

Sesiapa saja boleh hilang jawatan dan sesiapa saja boleh dilantik memegang jawatan. Itu adalah kelaziman yang pernah berlaku.

Mengapa perlu takut.Kenalah takut pada Allah segala galanya. Kita tidak pernah diajar supaya takut kepada manusia. Islam ajar kita hendaklah takut kepada Allah.

Jadi mengapa perlu takut pada Anwar.Kan Berani kerana benar, takut kerana salah. Jadi sesiapa yang takut menunjukkan mereka bersalah.

Oleh itu Tun Mahathir, Najib, Muhyiddin dan puncuk pimpinan umno tak boleh berbohong lagi,kerana rakyat sedia maklum siapakah yang benar dan siapakah yang bersalah.

Takut hilang kuasa? Negara Malaysia ini bukan milki kita seorang saja, malahan Malaysia adalah milik semua. Sama samalah kita jaga.

Hendak harap umno/BN menjaganya sudah barang tentu tak boleh. Kerana sejak sekian lama harapkan pagar, pagar makan padi.

Namun ada lebih baik beri kepada orang lain pula menjaga Negara ini, Jangan ada prajudis yang orang lain tak boleh jaga. Mana tahu orang lain lebih wibawa.

UMNO setakat ini memang tidak boleh diharap langsung, usah nak jaga Negara, nak jaga bangsa dan agama pun tak boleh.

Oleh itu berilah kepada orang lain pula untuk menjaga Negara, bangsa dan agama. Kalau mereka tak boleh menjaga juga, pasti mereka akan kecundang dalam pilihanraya umum seterusnya.

Terima Kasih Kepada Dato' Hassan Ali Kerana Tidak Merayu.....!!


ALHAMDULILLAH, selain dari kita baru sahaja mendapat nikmat kebebasan DS Anwar Ibrahim dari fitnah Liwat II baru-baru ini, terbaru satu lagi nikmat yang Allah kurniakan kepada kita apabila Dr Hassan Ali dikatakan tidak akan merayu untuk kekal di dalam PAS.

Memetik kenyataan beliau,"Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan ‘parasit’ ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti".

Memang benar, beliau tidak boleh melakukannya di dalam parti iaitu untuk menghancurkan PAS dari dalam. Segala gerak geri beliau yang bertopengkan perjuangan Islam, Melayu dan raja-raja itu telah lama dihidu oleh pemimpin-pemimpin dan kita sendiri. Kononnya beliau gagal mendapat sokongan dari PAS di dalam isu arak dan murtad, tetapi beliau lupa bahawa beliau sebenarnya ketika itu berada di dalam sebuah negeri bernama Selangor yang jauh lebih baik dari Umno sebelum itu.

Apakah isu arak di Selangor yang menyebabkan Dr Hassan Ali tidak mahu bersama PAS lagi? Adakah cara Dr Hassan Ali sesuka hati merampas arak dari kedai-kedai 7 Eleven itu tanpa menghiraukan undang-undang yang di luar kawalan kerajaan negeri itu tindakan bijak? Apakah tindakan berhikmah tetapi berkesan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan cara berbincang dengan pengusaha kedai-kedai berkenaan agar tidak menjual minuman keras tersebut di penempatan majoriti Melayu itu tidak kena dengan Dr Hassan Ali? Jika begitu, mengapa tidak sahaja Dr Hassan Ali rampas semua arak-arak di Kilang arak terbesar di Shah Alam?

Adakah beliau tidak sedar, minuman keras yang kebanyakannya dijual di kedai-kedai 7 Eleven itu telah ditafsirkan oleh undang-undang persekutuan sebagai bukan minuman keras kerana di bawah peratusan alkohol yang dikatakan arak, maka kedai-kedai berkenaan mempunyai hak untuk menjualnya dan kerajaan negeri tiada kuasa untuk menghalangnya? Namun demikian, langkah kerajaan negeri tetap dibuat secara berbincang dan meminta kerjasama pengusaha kedai-kedai berkenaan agar menjauhkan penjualan minuman keras tersebut di penempatan majoriti umat Islam. Ini tidak pernah berlaku sewaktu Umno memerintah Selangor.

Tindakan paling bijak kerajaan negeri juga adalah dengan menawarkan modal perniagaan bagi umat-umat Islam yang mahu berhenti di kedai-kedai penjualan arak. Alasan yang diberikan oleh Dr Hassan Ali kononnya perjuangan beliau di dalam isu arak ini sentiasa ditentang oleh beberapa pimpinan PAS Selangor merupakan alasan yang terlalu dungu. Mengapa Dr Hassan Ali tidak menyalahkan JAIS yang sepatutnya ke depan di dalam isu ini? Adakah JAIS hanya bekerja untuk menangkap mereka yang memberi tazkirah tanpa Tauliah sahaja? JAIS sebenarnya sudah tahu bahawa undang-undang Persekutuan banyak menghalang tugas-tugas mereka sebab itu di zaman Umno memerintah lagi penjualan arak langsung tidak dikawal. Apakah JAIS hanya wujud di Selangor sewaktu PR memerintah sahaja?

Alhamdulillah, meskipun menyedari undang-undang berkaitan arak ini di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri mengambil beberapa langkah yang bijak penuh hikmah agar kesucian Islam tetap terpelihara. Dr Hassan Ali bertindak seolah-olah Kerajaan Persekutuan diperintah oleh PAS atau Pakatan Rakyat. Dr Hassan Ali mungkin berangapan Selangor di bawah Umno lebih bersih dan suci dari kerajaan sekarang.

Isu Gereja pula, Dr Hassan Ali mendakwa PAS Selangor bersekongkol dengan DAP dan PKR menentang usaha beliau yang kononnya berjuang menentang gejala murtad. Akhirnya, kita diberitahu isu Gereja ditutup kerana tiada bukti yang boleh menyatakan berlakunya kerja memurtadkan umat-umat Islam di Gereja berkenaan. Bukankah sebelum ini, Dr Hassan Ali dan JAIS sendiri melalak di dalam TV dan media mendakwa mereka mempunyai bukti kukuh? Di mana bukti itu? Mengapa PAS tidak dibenarkan bertemu pihak Gereja dan JAIS? Tidakkah baik jika PAS sendiri menyiasat isu berkenaan jika JAIS sendiri gagal menyiasat dan mendapatkan bukti? Apakah kehendak PAS untuk bertemu pihak Gereja, maka Dr Hassan Ali anggap PAS menyokong Gereja?

Dr Hassan Ali tidak perlu memberi berbagai alasan dan hujah dangkal beliau jika beliau tidak mahu merayu untuk dikekalkan bersama PAS. Bersyukur lah kita dengan tindakan Dr Hassan Ali itu kerana PAS tidak harus memiliki seketul daging busuk yang bakal menjangkiti orang lain. Biarlah daging busuk ini terpelanting dari PAS bersama beberapa ekor lalat yang menghurunginya. - wfauzdin.blogspot.com

Kita Ke Jalanraya Sekali Lagi Sebelum Pilihanraya..Jika......!!

NGO bagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mungkin sekali lagi akan turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Bercakap kepada media selepas melancarkan kempen pendidikan kepada pengundi di Kuala Lumpur hari ini, pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau khuatir kerajaan tidak akan mempertimbangkan syor dan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.

"PSC boleh tampil dengan syor dan cadangan mereka, tetapi kerajaan tidak akan melaksanakannya.

"Jika mereka tidak penuhi syarat dan cadangan yang dikemukakan, saya tidak tolak kemungkinan kita anjurkan satu lagi perhimpunan BERSIH sebelum pilihan raya," katanya.

Ambiga memimpin perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu dengan ribuan rakyat dari pelbagai latar berhimpunan di ibu negara bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Beliau juga melahirkan rasa kekecewannya dengan laporan pertama PSC.

Katanya, walaupun penggunaan dakwat kekal yang dikemukakan oleh PSC adalah hanya “satu daripada lapan tuntutan (BERSIH), namun ia permulaan baik.

“Saya menantikan lebih banyak syor dan cadangan dalam laporan kedua PSC,” katanya.

Pada sidang akhbar itu, Ambiga juga mengumumkan bahawa Sasterawan Negara Datuk A Samad Said akan dilantik sebagai pengerusi bersama BERSIH dan aktivis pelajar Shukri Abdul Razab pula sebagai anggota jawatankuasa pemandu. - Malaysiakini