Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Feb 10, 2012

Jawapan Suhaimai & Amirudin Terhadap Tuduhan Raja Petra...!!!



Raja Petra Kamaruddin bertajuk "The Selangor Sand Mining Scandal" di dalam laman webnya yang mempunyai banyak kesalahan fakta dan berniat amat jahat dengan memutar belitkan beberapa perkara untuk memberi gambaran saya dan sdr Amiruddin terbabit dengan salahlaku rasuah.

Artikel beliau itu ditulis secara berhati-hati untuk memberi gambaran seperti berikut:

1.Bahawa saya dan YB Amiruddin Shari menubuhkan sebuah syarikat; atau terbabit dengan sebuah syarikat bernama Double Dignity (M) Sdn Bhd dengan tujuan mendapatkan kerja-kerja pembersihan pasir dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) secara tidak sah;
2.Bahawa saya dan YB Amiruddin Shari adalah ahli politik yang makan rasuah dengan menuntut pelbagai bayaran dari Double Dignity (M) Sdn Bhd; dan
3.Bahawa saya dan YB Amiruddin Shari adalah dalang aktiviti kecurian pasir yang berlaku di Selangor pada ketika itu.
Penjelasan saya mengenai Double Dignity (M) Sdn Bhd bakal membuktikan bagaimana Raja Petra Kamaruddin hanya menggunakan beberapa insiden biasadengan menyembunyikan perkara sebenar bertujuan untuk mencemar imej Pakatan Rakyat, Wakil Rakyat KEADILAN dan memfitnah saya serta YB Amiruddin Shari.

LATAR BELAKANG DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD

•Saya mengenali En Adnan iaitu tuan punya Double Dignity (M) Sdn Bhd melalui seorang kenalan. Kenalan tersebut mohon berjumpa dengan saya untuk memperkenalkan En Adnan kepada saya dalam bulan Januari 2009.
•En Adnan memperkenalkan Double Dignity (M) Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti perladangan kelapa sawit di Sabah.
•Saya menjelaskan secara tegas kepada beliau bahawa saya tidak punya kuasa untuk mempengaruhi apa-apa keputusan Kerajaan Negeri di Selangor.
•En Adnan memaklumkan bahawa Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak mempunyai rancangan untuk menjalankan aktiviti di Selangor dan mahu menumpukan aktiviti perladangannya di Sabah.
•Selepas pertemuan awal itu, saya tidaklah selalu berjumpa En Adnan seperti yang cuba digambarkan oleh Raja Petra Kamaruddin dan sebarang pertemuan adalah dalam tugasan saya sebagai wakil rakyat.

LANTIKAN KE LEMBAGA PENGARAH DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD

•Menjelang Mei 2009, En Adnan menyatakan hasrat beliau untuk menjemput saya menganggotai Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd. Beliau menyebut bahawa syarikat tersebut berhasrat untuk membayar elaun ahli Lembaga Pengarah sebanyak RM5,000 sebulan sebagai permulaan.
•Berikutan dari tawaran tersebut, saya ada meminta pegawai saya dan kenalan untuk menyemak latar belakang En Adnan, termasuklah memastikan bahawa beliau dan isteri beliau benar-benar duduk serumah untuk mengelakkan perangkap seperti yang berlaku di Perak.
•Semakan awal pegawai dan kenalan saya menunjukkan bahawa En Adnan dan isterinya serta seorang lagi rakannya adalah individu yang sah dan syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd benar-benar wujud. Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dalam syarikat ini adalah anak saudara kepada seorang Wakil Rakyat dari UMNO.
•Oleh kerana bersangka baik dan hubungan atas dasar profesionalisme perniagaan, saya memberikan persetujuan untuk dilantik ke Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd bermula bulan Jun 2009. Saya telah menyerahkan dokumen dan maklumat yang dimohon untuk menyempurnakan perlantikan tersebut dalam bulan Jun 2009.
•Saya tidak dimaklumkan oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bahawa perlantikan saya ke Lembaga Pengarahnya hanya disempurnakan pada 18 Januari 2010 seperti yang ditunjukkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia; bertepatan dengan tarikh 18 Januari 2010 dalam satu surat sokongan yang disiarkan oleh Raja Petra Kamaruddin.
•Gambaran yang cuba diberikan seolah-olah perlantikan saya ke Lembaga Pengarah adalah sebagai balasan untuk mendapatkan kontrak pembersihan pasir dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah berniat jahat dan tidak tepat, kerana perlantikannya saya dibuat lebih awal.
•Menjelang September 2009, En Adnan menawarkan satu lagi jawatan ahli Lembaga Pengarah dan memohon bantuan saya mengenalpasti calon-calon yang bersesuaian.
•Saya memperkenalkan YB Amiruddin Shari dan selepas beberapa kali perbincangan, YB Amiruddin Shari bersetuju untuk turut dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd.
•Segala butiran yang diperlukan untuk menyempurnakan perlantikan YB Amiruddin Shari diberikan kepada Double Dignity (M) Sdn Bhd dalam bulan September 2009.

TUDUHAN PERMOHONAN KONTRAK PEMBERSIHAN PASIR OLEH DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD

•Raja Petra menuduh bahawa saya mengarahkan Double Dignity (M) Sdn Bhd untuk menghantar permohonan membersihkan pasir kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd di dalam satu mesyuarat bertarikh 29 May 2009.
•Seterusnya beliau cuba bermain kata-kata dengan menyebut bahawa pada 18 Januari 2010, Double Dignity (M) Sdn Bhd telah menghantar permohonan tersebut dan menyalinkannya kepada saya dan YB Amiruddin.
•Raja Petra juga menyebut bagaimana permohonan itu disertakan dengan surat sokongan dari YB Amiruddin Shari.
•Rekod Kumpulan Semesta Sdn Bhd menunjukkan bahawa:
1.Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah pun berdaftar dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd sehingga ke hari ini (hanya syarikat yang berdaftar dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang layak membuat sebarang permohonan);
2.Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah membuat sebarang permohonan untuk apa-apa kerja pembersihan pasir dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd; dan
3.Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah diberikan apa-apa kerja pembersihan pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn BHd.
•Maknanya, Raja Petra mereka-reka cerita dengan berniat buruk dan memberi gambaran bahawa penglibatan saya dengan Double Dignity (M) Sdn Bhd adalah bagi tujuan mendapatkan kontrak pembersihan pasir, sedangkan syarikat terbabit tidak pernah sekalipun terlibat dalam sebarang urusan dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd mahupun permohonan mencuci pasir di Selangor.
•Oleh yang demikian;
1.Tuduhan bahawa saya mengarahkan Double Dignity (M) Sdn Bhd membuat permohonan dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah satu pembohongan; dan
2.Tuduhan bahawa pada 18 Januari 2010, satu permohonan telah dibuat oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd juga satu pembohongan.
3.Perlu diketahui bahawa permohonan untuk mencuci muka sauk seperti dipohon dalam surat yang dikemukakan oleh Raja Petra seharusnya ditujukan kepada pihak yang menjaga kawasan terlibat iaitu PUAS bukannya Kumpulan Semesta.
•Jika dilihat kembali, tarikh 18 Januari 2010 dipilih sebagai tarikh penting dalam fitnah ini kerana ia adalah tarikh lantikan saya dan YB Amiruddin Shari ke Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd, walaupun butiran saya dan YB Amiruddin Shari telah diberikan jauh lebih awal dari itu.
•Tarikh 18 Januari 2010 juga ditulis dengan tangan oleh individu dari Double Dignity (M) Sdn Bhd pada surat sokongan dari YB Amiruddin Shari – bermakna ia dirancang sedemikian rupa untuk memfitnah kami.
•Malangnya, Raja Petra dan pihak yang mahu memfitnah saya terlupa untuk merekacipta satu permohonan palsu di Kumpulan Semesta Sdn Bhd agar dapat dipadankan dengan tarikh 18 Januari 2010 itu.

SURAT SOKONGAN KEPADA PERMOHONAN DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD

•Raja Petra menulis untuk memberi gambaran bahawa YB Amiruddin Shari mengeluarkan surat sokongan bagi mempengaruhi keputusan permohonan Double Dignity (M) Sdn Bhd mendapatkan kerja-kerja pembersihan pasir.
•YB Amiruddin Shari mengesahkan surat tersebut dikeluarkan tetapi dengan syarat ketat bahawa ia perlu mematuhi prosedur dan tata kerja yang ditetapkan, sebagai isyarat kepada mana-mana pihak yang ditunjukkan surat itu supaya mematuhi semua peraturan.
•Oleh kerana syarat tersebut ditetapkan, ia tidak mempunyai apa-apa kesan untuk mempengaruhi apa-apa keputusan.
•Pun begitu, sebagai wakil rakyat telah menjadi kebiasaan orang ramai datang mendapatkan surat sokongan bagi pelbagai tujuan. Apabila bertepatan dengan tugas seorang wakil rakyat dan tidak melanggar peraturan (melalui syarat yang jelas yang ditulis di dalam surat sokongan), ada waktunya surat sokongan sedemikian rupa dikeluarkan.
•Bezanya dengan surat sokongan yang menjadi amalan Barisan Nasionalialah wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak campur tangan dan tidak menghubungi pegawai yang berkenaan untuk mengenakan tekanan dan mempengaruhi keputusan.
•Dalam kes Double Dignity (M) Sdn Bhd ini, permohonan pun tidak pernah dibuat kepada Kumpulan Semesta Sdn Bhd – maka tidak ada sebarang salahguna kuasa mahupun penyelewengan.
•Walau bagaimana pun, saya dan YB Amiruddin Shari mengakui bahawa tindakan mengeluarkan surat sokongan perlu lebih perhatian dan wajar dihentikan sama sekali memandangkan ia boleh dijadikan perangkap untuk memfitnah Pakatan Rakyat, seperti yang berlaku dalam kes ini.

BAYARAN OLEH DOUBLE DIGNITY (M) SDN BHD

•Artikel Raja Petra cuba memberi gambaran bahawa saya memeras ugut dan menuntut bayaran yang berterusan dan melampaui batas dari Double Dignity (M) Sdn Bhd.
•Hakikatnya, urusan saya dan YB Amiruddin Shari dengan Double Dignity (M) Sdn Bhd adalah hubungan profesional dalam kapasiti saya dan beliau sebagai ahli Lembaga Pengarah.
•Bayaran-bayaran yang disebut oleh Raja Petra sebahagian besarnya adalah elaun ahli Lembaga Pengarah sebanyak RM5,000 sebulan seperti yang ditawarkan oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd.
•Saya senaraikan setiap pembayaran dan pembohongan Raja Petra seperti berikut:

TARIKH JUMLAH (RM) TUJUAN PEMBAYARAN

15 Ogos 2009 3,000

Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Jun 2009

25 Ogos 2009 2,000

Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Jun 2009

9 September 2009 10,000

Pembayaran elaun Lembaga Pengarah oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd bagi bulan Julai danOgos 2009. Tuduhan bahawa saya menuntut dan menerima bayaran RM35,000 pada tarikh tersebut adalah pembohongan semata-mata.

Tuduhan bahawa saya menuntut bayaran untuk menampung perbelanjaan aktiviti Ramadhan juga adalah pembohongan semata-mata

16 dan 17 September 2009 5,000

Tuduhan bahawa saya mengarahkan En Adnan mengadakan satu majlis buka puasa adalah satu pembohongan.

Saya dan YB Amiruddin Shari dijemput menghadiri majlis buka puasa syarikat, atas kapasiti saya sebagai ahli Lembaga Pengarah syarikat.

Bayaran yang diberikan sebanyak RM5,000 adalah elaun Lembaga Pengarah bagi bulan September 2009 yang dibayar awal. En Adnan menyatakan pembayaran bagi bulan Septemberdibuat awal memandangkan beliau tidak akan ada di Kuala Lumpur semasa hujung bulan kerana pulang beraya di kampung

30 September 2009 10,000

Saya mengesahkan bahawa saya ada memohon sumbangan derma kepada aktiviti jamuan raya yang diadakan di kawasan saya dari En Adnan.Di peringkat awal beliau yang menawarkan membantu kerana kami adalah rakan perniagaan bersama.

Saya juga mengesahkan bahawa saya ada menerima RM10,000 bagi tujuan tersebut melalui pegawai pejabat saya

5 Januari 2010 50,000

Ini adalah pembohongan paling besar yang cuba memutar belitkan keadaan sebenar untuk memfitnah saya.

Seorang kenalan saya (tidak dinamakan untuk menjaga aib beliau, dirujuk sebagai A), menghubungi saya untuk mendapatkan bantuan meminjam wang bagi menjelaskan bayaran beliaupada kontraktor yang mengubahsuai pusat asuhan beliau. Beliau sedang ubahsuai pejabat dalam usaha membuka sebuah pusat Smartreader di Kota Damansara pada ketika itu.

Saya ada menanyakan beberapa orang rakan yang lain untuk meminjamkan wang RM50,000 yang diperlukan bagi pihaknya sementara pinjaman rakan A diluluskan oleh PNS.

Akhirnya saya bertanya rakan niaga iaitu, En Adnan yang bersetuju memberikan pinjamantersebut.

Walau bagaimana pun, saya tidak berada di Kuala Lumpur pada masa itu dan A memerlukan wang dengan segera untuk membayar kontraktor yang sedang mengubahsuai pusat Smartreadernya iaitu kontraktor bernama Smart Renovators Sdn Bhd.

Oleh sebab itulah, saya memohon supaya wang RM50,000 dimasukkan ke dalam akaun seorang lagi rakan saya iaitu Ashmali dan isterinya Puan Norlela untuk diuruskan. Oleh kerana saya menjamin pinjaman tersebut, saya tidak mahu menyerahkan keseluruhan RM50,000 kepada A dan mahukan bayaran dibuat terus kepada kontraktor, agar wang tidak diselewengkankegunaannya.

Puan Norlela membantu saya menguruskan pemindahan wang tersebut seperti berikut:

RM27,500 dibayar terus dalam bentuk cek bank kepada kontraktor

RM12,500 dibayar terus dalam bentuk cek kepada rakan kongsi A, iaitu Puan Farah

Kesemua cek dan baki RM10,000 diserahkan oleh Puan Norlela kepada Azmin Karim iaitu Pegawai Khas Pejabat saya, bagi pihak sayayang kemudiannya disampaikan kepada A.

Tidak ada satu sen pun dari wang tersebut yang diberikan kepada saya, ia adalah satu urusan berhutang peribadi biasa di antara seorang ahli perniagaan kepada seorang rakan yang lain.

Saya hanyalah peminjam dan penjamin yang menjadi orang tengah dan kini menjadi mangsa fitnah apabila urusan peribadi ini diputar belitkan.

Dalam perkara ini kesemua rakan saya turut menjadi mangsa keadaan yang diputarbelitkan dan saya amat simpati dengan mereka yang tertarik bersama dalam 'permainan' ini

•Oleh yang demikian, selain dari sumbangan bagi jamuan hari raya berjumlah RM10,000 pada 30 September 2009 – semua bayaran yang dibuat kepada saya adalah dalam kapasiti saya sebagai Lembaga Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd.
•Sepanjang penglibatan saya dan YB Amiruddin Shari di dalam Double Dignity (M) Sdn Bhd, saya hanya menerima 6 kali pembayaran elaun iaitu bagi tempoh Jun hingga Disember 2009. YB Amiruddin pula menerima 3 kali iaitu bagi tempoh Oktober hingga Disember 2009.
•Ia langsung tidak ada kena mengena dengan sebarang bayaran bagi tujuan mendapatkan kontrak atau pun tuntutan bayaran bagi perbelanjaan saya seperti yang dituduh Raja Petra.

PERBUALAN TELEFON DAN CUBAAN MENGAITKAN YB AZMIN ALI

•Saya menafikan perbualan telefon yang disiarkan oleh Raja Petra. Saya yakin seperti juga pembohongan yang dibuat mengenai permohonan kontrak oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd yang tidak wujud dan bayaran-bayaran yang tidak wujud, perbualan telefon itu juga adalah rekaan putar belit dialog yang diselang seli dengan perbualan sebenar yang di mungkin di rakam
•Saya juga mengecam sekeras-kerasnya cubaan untuk mengaitkan fitnah ini dengan YB Azmin Ali kerana beliau langsung tidak terbabit di dalam perkara ini.
•Saya mengesyaki bahawa pihak yang mendalangi fitnah ini terkeliru dengan Azmin Karim, iaitu pegawai saya yang banyak menjalankan tugas bagi pihak saya.

Kesimpulannya, Raja Petra menulis artikel tersebut dengan niat jahat untuk memberikan gambaran buruk sedangkan realitinya adalah berlainan sekali.

Saya yakin beliau kini bersekongkol dengan anasir-anasir Barisan Nasional yang cuba mengalihkan perhatian dari skandal NFC yang semakin memuncak. Harapan mereka dengan menimbulkan fitnah sebegini, ia menimbulkan keraguan dan ketidakyakinan rakyat kepada mana-mana parti politik Pakatan Rakyat

Saya juga ingin menyebut bahawa kes ini telah disiasat sepenuhnya oleh SPRM dan sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan lanjut. Saya menceritakan kesemua perkara di atas semasa saya di siasat SPRM pada Julai 2010 lepas. Saya juga dimaklumkan secara peribadi oleh pegawai penyiasat SPRM bahawa tuduhan ini tidak benar dan tidak melibatkan salahguna kuasa.

Ini bukanlah kali pertama Barisan Nasional dan mereka yang bersekongkol seperti Raja Petra mengambil beberapa insiden dan diputar belitkan untuk memfitnah Pakatan Rakyat di Selangor. Saya dan YB Amiruddin Shari bernasib baik kerana kami masih hidup dan tidak menerima nasib yang menimpa mendiang Teoh Beng Hock, yang turut dijadikan mangsa sebegini semata-mata untuk memfitnah Pakatan Rakyat.

Akhir sekali, cabaran saya dan YB Amiruddin Shari kepada Barisan Nasional dan Raja Petra – kalau benarlah saya dan YB Amiruddin Shari telah melakukan salahguna kuasa, menuntut bayaran untuk mempengaruhi keputusan dan sebagainya – sila senaraikan segala keputusan yang telah dipengaruhi termasuklah kawasan-kawasan balak, pasir dan tanah yang telah diluluskanbagi kepentingan peribadi kami. Nyatakan kawasan mana sebagai dorongan bagi setiap bayaran yang dilakukan jika benar berlakunya salahguna kuasa.

Tuduhan yang hendak dibuat perlulah mempunyai bukti yang kukuh, seperti mana yang dibawa oleh KEADILAN dalam kes NFC. Jika tidak, ini hanyalah satu lagi fitnah bersiri untuk menggoyang keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

SHUHAIMI BIN HAJI SHAFIEI
ADUN SRI MUDA

AMIRUDDIN SHARI
ADUN BATU CAVES

10 FEBRUARI 2012

Terbukti Malaysia Memang Sokong Israel....!!


Reuters edisi US melaporkan, pengeksport minyak kelapa sawit dari Malaysia telah menghentikan dari membekalkan minyak kelapa sawit kepada Iran yang merupakan sebuah Negara Islam.

Penghentian penghantaran ini melibatkan 30,000 tan minyak sawit yang merupakan sebahagian dari keperluan Iran bagi setiap bulan.

Kenapa perlu Malaysia menghentikan penghantaran tersebut sedangkan Iran adalah sebuah Negara Islam yang seperti juga Malaysia?

Punca sekatan terhadap Iran ialah kononnya untuk menghentikan program pembinaan senjata Nuklear oleh Iran sedangkan perkara ini telah berulang kali dinafikan oleh Iran.

Jika benar sekalipun Iran merancang untuk membina senjata Nuklear, Negara yang paling terancam ialah Negara haram Yahudi iaitu Israel.

Ini kerana Iran pernah mengugut untuk memusnahkan Negara haram tersebut.

Dalam hal minyak masak ini.. jelas demi Israel, Malaysia telah menyekat penghantaran minyak masak tersebut kepada Iran..

Ini kerana menurut Chegu Bard .. Hasil dari dokumen yang berjaya di akses menunjukkan tidak kurang dari 100 metrik tan Malaysia membekalkan minyak sawit ke Israel. Beliau yakin jumlahnya lebih dari itu kerana terdapat banyak penghantaran tetapi sehingga kini beliau cuma mempunyai dokumen membuktikan dua penghantaran dan menurut sumber ada lebih dari dua penghantaran setiap bulan.

Kenyataan media sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Jika bukan kerana Malaysia lebih mendahulukan Israel dari Iran yang merupakan Negara Islam, mungkin juga minyak kelapa sawit keluaran Malaysia dikawal pengedarannya oleh Israel.

Dakwaan Israel Funding Corp. yang mengatakan mereka adalah pihak yang diberikan mandate dan telah dilantik sebagai wakil sah untuk kebanyakkan penjual dan juga pembeli kepada Minyak Kelapa Sawit Mentah berkuatkuasa dari 1 Januari 2005 hingga ke 1 Januari 2030

Feb 9, 2012

Amboi....Baik Betul Shahrizat...!!


SPRM Sahkan Shahrizat dipanggil, tapi Shahrizat dakwa dirinya datang secara sukarela -MR

Meskipun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil mendakwa dirinya secara sukarela meminta untuk disoal-siasat, namun Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa Shahrizat dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan.

Shahrizat Jalil , juga Ketua Wanita UMNO kembali bertugas di Kementeriannya pada hari ini selepas bercuti tiga minggu, berada di ibu pejabat SPRM pada jam 4 petang tadi, dipercayai ada kaitannya dengan siasatan isu National Feedlot Corporation (NFC). Menurut laporan The Star Online, Shahrizat mendakwa dirinya secara sukarela memohon untuk disiasat SPRM, melalui satu pesanan ringkas (sms) kepada wartawan media itu.

"Excuse me !! I am here at SPRM willingly. Have requested to be questioned and investigated so that no stone is left unturned. Enuff of wild allegations!" (Saya berada di SPRM secara sukarela. Saya meminta untuk disoal-siasat agar siasatan itu dilakukan secara menyeluruh. Cukuplah tuduhan liar!)

Namun demikian, ketika dihubungi MerdekaReview pada jam 6 petang, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali mengesahkan bahawa Shahrizat dipanggil untuk memberi kenyataan. Wartawan menyusul dengan memetik laporan The Star Online, bahawa Shahrizat mendakwa dirinya yang minta untuk disoal-siasat.

"Saya tak tahu apa dia cakap. Yang saya tahu dia dipanggil untuk beri kenyataan," kata Mustafar Ali. Bagaimanapun, apabila ditanya apakah soal-siasat ini berkaitan dengan isu NFC, beliau menamatkan perbualan sebelum wartawan sempat menghabiskan soalan.

Shahrizat Abdul Jalil adalah isteri kepada Pengerusi Eksekutif NFC, Mohamed Salleh Ismail, dan anak-anak mereka juga terlibat untuk menyandang jawatan dalam syarikat berkenaan. Sebelum ini, beberapa orang pemimpin Parti Keadilan Rakyat mendedahkan penyalahgunaan wang melalui NFC, dengan menyasarkan Shahrizat Abdul Jalil. Shahrizat yang enggan tunduk kepada tekanan pada awalnya, bagaimanapun mengambil cuti selama tiga minggu, mulai 12 Januari 2012 untuk memberi laluan kepada siasatan SPRM.

Cita-Cita Nak Jadi MB Tak Kesampaian....!!


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor.

Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti.

Husam berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.

Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

"Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang.

Husam, yang juga ADUN Salor berkata, beliau berada di Kedah pada 9 Mac 2008 untuk membantu Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Pada 10 Mac beliau berada di Perak, untuk membantu menubuhkan "kerajaan rakyat" sebelum negeri itu dirampas oleh BN pada bulan April, selepas tiga ADUN meninggalkan Pakatan.

"Saya telah dimaklumkan mengenai rancangan Hasan (kanan) kerana pada hari yang sama, beliau telah mengatur mesyuarat dengan (pemimpin) Umno dan topik perbincangan ialah untuk menggabungkan PAS dan Umno.

"Jika rancangan itu berjaya, Hasan sepatutnya menjadi menteri besar Selangor.

"Tetapi kerana prinsip dan komitmen kami kepada Pakatan Rakyat, maka pemimpin PAS menolak cadangan tersebut," tegas Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan.

Hasan, ADUN Gombak Setia, telah menafikan pernah mahu menyertai Umno, dan menegaskan beliau disingkir daripada PAS kerana pendirian tegasnya mempertahankan Islam dan kempen menentang kes murtad yang "berleluasa" di kalangan umat Islam.

Tetapi, tegas Husam lagi, Hasan masih bercita-cita untuk menjadi MB, dan ini, tambah naib presiden PAS itu, terbukti melalui kecaman berterusan (Hasan) terhadap pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Hipokrit...!! Malaysia Bekal Minyak Sawit Ke Israel...!!

Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

REGIM UMNO/ BN HARUS TAMPIL PERJELAS DAGANGAN SAWIT DENGAN ISRAEL

1. SAMM dengan ini menegaskan semula pendirian SAMM iaitu tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel. Umat Islam wajib menentang Israel kerana isu penjajahan kiblat pertama umat Islam (al Aqsa) namun semboyan penentangan kepada Israel ini melangkaui isu agama dan harus disambut oelh semua kerana ia isu kezaliman dan penindasan serta penjajahan moden dengan mewujudkan negara haram Israel.

2. Isu hubungan Malaysia - Israel ini kembali menjadi perhatian apabila Media milik Umno dan para pemimpinnya sedang giat menggunakan petikan kata-kata Anwar di WSJ yang berbunyi I support all efforts to protect the security of the state of Israel untuk melakukan serangan bertubi pada beliau sebagai penyokong zionis.

Ketua Umum PKR itu turut mengeluarkan satu kenyataan mengecam pihak-pihak yang memutarkan kenyataannya dan menjelaskan bahawa beliau ada menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi ketika ditemubual oleh WSJ pada hari Khamis, 26 Januari 2011.

“Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati,” kata beliau, sambil menegaskan bahawa pendirian beliau selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

2. Malaysia sebelum ini secara hipokrit telah menipu rakyat Malaysia kononya negara ini tidak lansung mempunyai hubungan dengan Israel. Hipokrasi pemerintah negara telah dirobek apabila 7 November lepas melalui sidang Dewan Rakyat, SAMM dengan kerjasama dan melalui YB Er Teck Hwa, ahli Parlimen DAP Bakri telah membangkitkan persoalan mengenai hubungan dagang Malaysia - Israel. Tidak boleh lari dari soalan yang turut disertakan dokumen beberapa borang kastam yang menjadi dokumen rasmi penghantaran/penerimaan barang dagangan Israel-Malaysia akhirnya YB Mukhriz Timbalan Menteri kemneterian Perdagangan Antarabangsa (MiTi) terpaksa mengakui bahawa hubungan dagang memang wujud tetapi hanya dagangan 'terkawal' melibatkan syarikat asing (Multi Nasional Company-MNC) yang beroperasi di negara ini. Ini kononya terpaksa diberi kebenaran atas menjaga kepentingan pelabur yang datang ke Malaysia. Mukhriz menyatakan selain dari itu tidak ada lansung hubungan dagang. Menteri (MiTi) YB Mustafa Mohamad lansung diam dan tidak berani memberikan kenyataan mengenai perkara ini.

3. Tidak berpuas hati Er Teck Hwa bangun mencelah beberapa kali dengan menyebutkan ia bukan transaksi biasa. Er mendedahkan kewujudan borang JK 69 yang menunjukkan syarikat yang beroperasi di Malaysia mengambil barang (tidak siap) dari Israel dan kemudian memasangnya di kilang di Malaysia kemudian menjualnya sebagai produk dari Malaysia. Maka secara tidak lansung barangan Israel berjaya sampai dipasarkan ke negara yang memboikot Israel dengan bantuan Malaysia. Panik dan tidak mampu menjawab pendedahan Er Teck Hwa yang dibantu SAMM maka hasilnya Er Teck Hwa diarahkan keluar dari dewan.

4. Terbaru SAMM telah menemui beberapa dokumen membuktikan bahawa wujud hubungan dagang lain secara terus dan melibatkan syarikat Malaysia. Dua dokumen 'Booking Conformation' melibatkan dua syarikat dari berpengkalan di Johor telah didapati menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung pelepas terus ke Ashdod iaitu pelabuhan terbesar Israel yang terletak 40 km dari Tel Aviv.

5. Dokumen ini telah didedahkan kepada wartawan dalam sidang media 8 Febuari 2012, 11.30 pagi di Komtar, Pulau Pinang.

6. Melalui carian di laman rasmi salah satu syarikat tersebut ada kaitan dengan Felda. Persoalanya adakah minyak hasil sawit peneroka Felda turut terlibat dihantar ke Israel ?

7. Hasil dari dokumen yang berjaya di akses menunjukkan tidak kurang dari 100 metrik tan Malaysia membekalkan minyak sawit ke Israel. SAMM yakin jumlahnya lebih dari itu kerana terdapat banyak penghantaran tetapi sehingga kini SAMM cuma mempunyai dokumen membuktikan dua penghantaran dan menurut sumber ada lebih dari dua penghantaran setiap bulan.

8. Jumlah penghantaran yang banyak ini bukan sahaja cukup untuk kegunaan domestik Israel, tetapi menyebabkan Israel mampu memasarkan semula minyak sawit. Malah sudah ada usaha Israel menyimpan stok minyak sawit dan jika ini tidak dikawal maka Israel pasti mampu menjadi antara pemain utama pasaran hadapan sawit maka ekonomi negara pasti terancam apabila Israel boleh mengawal harga.

9. Lebih memeranjatkan terdapat bukti bergambar yang membuktikan 'pihak kerajaan' Israel juga telah hadir ke kawasan pelabuhan Malaysia untuk memastikan 'keselamatan' dan 'kebersihan' minyak sawit yang dihantar. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan Malaysia diwajahkan langsung tidak punya hubungan dengan Israel ? Ternyata regim ini 'munafik' !

10. Satu surat rasmi akan dihantar ke MiTi untuk meminta penjelasan mengenai perkara ini. SAMM menuntut regim tampil memberikan penjelasan dan menghentikan segera semua bentuk hubungan dagang dengan Israel serta meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan Palestin kerana sikap hipokrit Malaysia.

11. Mengikut laporan Kesatuan Eropah Malaysia merupakan negara ke 15 yang aktif membantu ekonomi Israel.

Sekian ;

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
http://www.anakmudamalaysia.com/

Jahil...Bodoh & Bangang....!!


Salam perjuangan, Saya tidak berapa kenal dengan penyanyi yang bernama Adira AF8 tetapi kontroversi yang diciptanya dengan tersiarnya gambar Adira memeluk seekor anjing telah menimbulkan kontroversi.

Saya petik jawapan Adira mengapa beliau memeluk anjing tersebut yang dimiliki oleh ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah yang saya baca daripada laman sesawang mstar online.

“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu.
“Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,” katanya.

Simpati saya kepada Adira yang sedar dalam keadaan tidak sedar ataupun mungkin sebaliknya. Cukup cetek pengetahuan Adira tentang hukum sehinggakan beliau menafsirkan hukum mengikut akalnya sahaja.

Jawapan Adira yang bercelaru juga sudah cukup membayangkan betapa celarunya Adira dalam perkara ini.

Sama-sama kita bantu Adira dalam hal ini, menghentam tindakan beliau tidak banyak membantu beliau untuk kenal Islam dengan lebih dekat.

Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
www.khairulfaizi.com

Ada Lagi Rupanya...!!


Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.

Sebelum ini, KEADILAN telah mengemukakan bukti bahawa sejumlah S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010. Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

KEADILAN juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi membeli kondominium-kondominium mewah di Singapura.

Pada 17 Januari 2012, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura. Berdasarkan maklumat ini, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli.

Hasil siasatan mengesahkan bahawa selain dari satu unit kondominium mewah Orchard Scotts, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil telah membeli dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura.

Butir-butirnya adalah seperti berikut:

Kondominium Pertama

Alamat: #08-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965

Hakmilik: Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga: S$7,114,000 bersamaan RM17,205,209

Tarikh dibeli: 27 Mei 2010

Pembiaya: United Overseas Bank Limited (UOB)


Kondominium Kedua

Alamat: #11-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965

Hakmilik: Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga: S$7,177,000 bersamaan RM17,357,575

Tarikh: dibeli 27 Mei 2010

Pembiaya: Malayan Banking Berhad (Maybank)

Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse.

Kemudahan pembiayaan untuk membeli 2 buah kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pembelian dua buah kondominium mewah di Singapura ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk megumpul harta, sedangkan tujuan asal dana tersebut diberikan tidak dipenuhi.

Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar. Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.

Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Dato’ Seri Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan sebegitu tinggi untuk melangsaikan tanggungan hutang bulanan kepada bank-bank terbabit. Ada kemungkinan dana awam berjumlah RM250 juta itu diselewengkan kepada pelbagai syarikat yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, sebahagiannya untuk menampung bayaran balik pinjaman kondominium yang dibeli.

Dengan pendedahan terbaru ini, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC (baik dibayar secara terus atau melalui urusniaga timbal balik berdasarkan pendepositan dana yang besar) yang telah didedahkan setakat ini adalah seperti berikut:

Cerita Di Belakang Tabir....!!


Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar. Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’ yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah. Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.

Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya. Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan. Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.

Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah ‘gila talaq’. Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan ‘gila’ dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai ‘gila’. Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila ‘ditalaq’ menjadi gila. Pendekata, Hassan Ali sudah ‘gila talaq’ dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.

SEJARAH RINGKAS

Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998. Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu. Sebagai seorang ‘baru’ dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang ‘lama’ seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.

Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor. Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir. Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.

Jelas sekali bahawa pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasit tetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau.

DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR

Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan. Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.

Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”. Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi MB. Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.

Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo. Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.

Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri.

MELAGA PAS DENGAN DAP & PKR

Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor. Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR. Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.

Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan. Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu.

SAYA DIPECAT SEBAGAI TPJ 2

Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. YB Iskandar dinaikkan pangkat menjadi TPJ 2 dari TPJ 3 dan YB Dr Che Rosli dilantik menjadi TPJ 3. Itu semua saya tidak hairan, itu hak Hassan Ali sebagai PJ. Oleh itu saya tidak menjadikan pemecatan saya sebagai satu isu sepertinya sekarang. Tetapi saya telah sempat berpesan sambil saya keluar mesyuarat setelah dipecat, “ingat keputusan muktamar adalah untuk kukuhkan PR, bukan merosakkannya”.

Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media. Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).

TUDUHAN GOLONGAN ERDOGAN

Kumpulan yang menyokong beliau mula mempopularkan istilah ‘golongan Erdogan’. Istilah ini digunakan terhadap diri saya dan beberapa pimpinan Negeri dan Pusat yang lain dan kami dituduh tidak wala’ pada pimpinan dan terlalu kuat menyokong DSAI. Oleh itu, penggunaan istilah yang bertujuan untuk menghina dan menjadikan orang prejudis terhadap saya bukan perkara baru. Dulu Erdogan dan sekarang parasit. Penggunaan nama untuk tujuan menghina merupakan senjata kegemaran golongan seperti ini rupanya.

Kaedah ini membuktikan kerapuhan hujjah pihak yang cuba memburuk saya. Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau ‘name calling’.

SAYA DAN HASSAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN

Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS Pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama 6 bulan. Hassan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa. Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media.

Berbeza dengan saya, hukumannya tiada tempoh masa. Ianya berkuat-kuasa selagimana PAS bersama PR.

SOKONGAN HASSAN MERUDUM

Walaupun saya yang dikenakan tindakan yang lebih keras oleh jawatan kuasa disiplin, ahli PAS melihat dan menilai apa yang sedang berlaku. Ramai beranggapan bahawa tindakan Hassan Ali menjejas kestabilan PR dan menguntungkan pihak lawan. Maka pada tahun 2011, semasa pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan, sokongan Hassan Ali di kalangan ahli PAS terbukti merudum.

Pada 2009 Hassan Ali mendapat undi yang ke-empat tertinggi semasa pemilihan AJK PAS Pusat. Pada 2011, beliau mendapat undi yang ke 16 tertinggi.

Dalam kes saya pula adalah sebaliknya. Pada 2009 saya tidak terpilih apabila menduduki tempat ke 23 tertinggi sedangkan hanya 18 yang tertinggi akan dipilih. Pada tahun 2011, saya mendapat undi ke 8 tertinggi.

Peribahasa menyatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah apa yang berlaku ke atas diri Hassan Ali pada tahun 2011. Setelah melihat popularitinya jatuh sedemikian rupa, beliau tidak pula dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden. Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.

Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan.

Untuk melengkapkan kekecewaan beliau, pada penghujung tahun 2011, semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia. Walaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad dan sekiranya Gombak Setia tidak mahu, maka tempat lain bersedia, Hassan Ali tidak peduli.

Pada ketika itu, mungkin Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun ‘exit strategy’ atau ‘strategi untuk keluar PAS’. Inilah apa yang dapat saya rumuskan berhubung tindakan beliau semenjak peristiwa mutakhir tahun 2011 yang saya ceritakan di atas.

PEMECATAN HASSAN ALI

Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor.

Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak Setia. Mungkin beliau menganggap beliau akan diletakkan di kerusi yang sukar untuk dimenangi kerana beliau bukan lagi pimpinan di Negeri Selangor.

Dengan dibekal sangkaan buruk sebegini, Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara ‘terhormat’. Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.

Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya. Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.

Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu. Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis. Selepas itu dikatakan tiada yang mampu melainkan dirinya. Akhirnya berkata tidak mengapa juga.

KENAPA SAYA YANG DISASARKAN?

Dalam kemelut yang terhasil, Hassan Ali melihat saya sebagai punca kejatuhannya. Oleh itu saya disasarkan beliau. Dalam serangan beliau terhadap diri saya, Hassan Ali tidak kisah samada apa yang dikatakan adalah benar atau sebaliknya. Namanya roadshow untuk mempertahankan aqeedah tetapi saya dan pimpinan PAS menjadi sasaran. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan ‘aqeedah’ itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah. Itu saya tidak pasti.

Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam. Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.

Bagaimanakah boleh saya menghalangnya? Kuasa apa yang ada pada saya? Saya PJ atau dia? Saya exco atau dia? Kalau benar saya ada kuasa untuk menghalang, kenapa tidak saya menghalang diri saya dari didakwa JAIS atas tuduhan mengajar tanpa tauliah?

Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga. Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.

Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut. Mereka hanya menunggu untuk menguatkuasakannya apabila lessen diperbaharui. Rancangannya ialah supaya disebut secara khusus larangan berkenaan dalam lessen baru. Tidak sempat lessen mati, pihak penguat-kuasa bertindak tanpa arahan dari pihak MBSA. Hanya atas arahan seorang ahli Majlis lama.

Hakikatnya kita berbeza dari segi pendekatan. Hassan Ali suka gunakan kuasanya dan suka memaksa sedangkan saya lebih cenderung kepada kaedah dakwah dan mendidik. Terhadap yang Islam dan yang bukan Islam.

KESIMPULAN

Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq. Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.

Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW),
“Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas).

Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta.

WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD

Feb 3, 2012

Selamat Pulang Shahrizat...!!


PKR: Lagi pendedahan sambut kepulangan Shahrizat -MK

PKR akan menyambut kepulangan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kembali bertugas dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan keluarga menteri pembangunan wanita itu.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata pendedahan tersebut, Rabu depan, adalah mengenai dakwaan pembelian hartanah oleh keluarga menteri tersebut.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan pembelian itu berkait dengan National Feedlot Corporation -- syarikat milik keluarga menteri berkenaan yang terjebak dalam skandal projek lembut Pusat Fidlot National.

"Shahrizat akan kembali minggu ini jadi mungkin kita akan sambut dia dengan sesuatu... Kita sedang mengesan lebih banyak hartanah yang mungkin telah dibeli oleh keluarga itu," kata Rafizi kepada Malaysiakini.

Tambahnya, PKR akan dapat mengesahkan salah satu daripada perkara itu, minggu depan.

Shahrizat bercuti tiga minggu, berakhir minggu ini, untuk membantu siasatan berhubung dakwaan skandal itu.

Kilang Lynas Ibarat Bom Jangka...!!


PAS mendesak kerajaan dan Lynas menjelaskan kenapa firma AkzoNobel yang merupakan kontraktor utama dari Belanda menarik diri dari projek Lynas di Gebeng sedangkan ia adalah pembekal utama resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki pendinding konkrit.

Penarikan diri kontraktor utama ini menimbulkan kebimbangan awam berhubung soal keselamatan dan kesihatan. Kerajaan diharap tidak menyembunyikan fakta sebenar dan rakyat berhak mengetahuinya kerana kelulusan lesen sementara untuk syarikat ini beroperasi dengan lima syarat yang mesti dipenuhi; dilihat sebagai suatu keganjilan dan kesangsian.

Apa makna ribuan bantahan rakyat dibuat, kalau kerajaan langsung tidak memikirkan bantahan tersebut?

Lynas adalah bom jangka yang telah dipasang. Andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, bagaimana nasib lebih 300 ribu warga Kuantan, pencemaran air sungai dan lautan, kilang penapis minyak sawit yang hanya 2 km dari kilang.

Sampai hari ini, rakyat masih tidak faham mengapa kerajaan sanggup mengambil projek yang terlalu besar risiko untuk rakyat. Dengan kelulusan lesen pra-operasi telah semalam bermakna jarum jam 'bom jangka' telah bergerak. Jangan sudah terhantuk baru terngadah!

Rakyat diseru undilah Pakatan Rakyat pada PRU-13 yang tekad menghentikan operasi Lynas jika mendapat kuasa nanti. Nampaknya ini adalah jalan terakhir untuk kita bersama-sama menyelamatkan rakyat Kuantan, Gebeng dan sekitarnya daripada bom jangka Lynas yang telah dihidupkan ini.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
Pesuruhjaya PAS Pahang