Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 9, 2010

Perayaan Jubli Emas PAS Kaw. Kemaman Meriah...!!!

Perasmian telah di sempurnakan oleh Dato'Ustaz Abu Bakar B. Chik, Timb. Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Terengganu.











Nota :

Perayaan Jubli Emas Kaw. Kemaman akan melabohkan tirainya pada malam ini..
Satu Ceramah Isu Semasa akan dia adakan pada malam ini...Jangan lepaskan peluang untuk datang beramai-ramai ke Ceramah Perdana ini yang akan di sampaikan oleh " Ybhg. Hj.Mat Bin Sabu, YB. Ust Nik Amar ( Kelnatan ) dan ramai lagi....jumpa di sana...

Ku Li Pun Tahu Calon PAS Akan Menang Di Galas...!!!


Ku Li setuju jadi pengarah pilihan raya BN di Galas -MK

Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengesahkan menerima pelantikan sebagai pengarah pilihan raya BN bagi dewan undangan negeri Galas.

Beliau berkata demikian setibanya daripada bercuti di luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pagi ini.

Menurut Razaleigh beliau menerima tanggungjawab itu sebagai anggota Umno dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang selama hampir 50 tahun, selain anggota Parlimen kawasan berkenaan.

Bagaimanapun pemimpin veteran Umno itu berkata, keputusan sama ada menerima tawaran sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu hanya akan diputuskan Isnin ini apabila mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Kita belum mengadakan mesyuaratpun. Kita bincang tadi, mungkin saya akan jumpa Perdana Menteri pada hari Isnin depan.

"Selepas itu, kita akan mengadakan mesyuarat, dan selepas mesyuarat, kita akan mengadakan sidang media, memaklumkan apa yang kita bincangkan dalam mesyuarat itu," katanya.

Pelantikan Razaleigh sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akhir bulan lepas, kerana yakin dengan kepimpinan beliau yang amat berpengalaman, berpengaruh serta dihormati pengundi di kawasan itu.

Semalam, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Ku Li merupakan calon paling layak bertanding di DUN Galas berdasarkan kewibawaan beliau, khususnya di Gua Musang, selain dalam arena politik di peringkat nasional.

Mengenai dakwaan Pas bahawa cadangan menamakan beliau sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu adalah tidak wajar selain merendahkan darjatnya, Ku Li berkata beliau menghormati pandangan parti pembangkang itu.

Nota :

Kita pun tahu KU Li bukannya orang bodoh....
Macam-macam UMNO dah buat pada beliau...
Stopa Mamat dah buat macam-macam pada Ku LI...
Tak Kan Ku Li dok tahu....
Tapi Ku Li memang orang yang baik...
Ku Li terima untuk jadi Pengarah pilihanraya...
Sebab dia adalah Ketua bahagian UMNO di Gua Musang....
Ahli Parlimen pulak tu...
Tapi tawaran untuk jadi Calon Galas belum tahu lagi....
Ku Li pun dok kebulur ..boo setakat nok jadi ADUN...
Tapi menatang UMNO jenis dok reti bahasa...
Kah...Kah...Kah....!!!!

TerKini....TerNow....TerBaru....!!!

Ahli parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, hari ini.

Mendiang berusia 54 tahun.Chong dipercayai menunggang motosikal Kawasaki 750 di jalanSembulan-Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez dari arah bertentangan pada sekitar jam 11.40 pagi ini.

Mayatnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkhawin dengan Linda Tsen Thau Lindan mempunyai empat orang anak.

Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.

Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Bukan DAP..Tapi UMNO Yang Anti Islam Di Malaysia...!!!

KUALA TERENGGANU - Sekiranya Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu anti Islam, tentulah semua ahli dan pimpinan DAP telah dimasukkan ke dalam penjara kerana Islam adalah agama rasmi yang termaktub dalam perlembagaan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata sekiranya DAP anti Islam, Dato' Seri Hishamudin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri mestilah mengambil tindakan.

"Kalau DAP anti Islam, kita semua sudah masuk dalam penjara, oleh kerana Islam agama rasmi (dalam perlembagaan), (Dato' Seri) Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri perlu mengambil tindakan, tetapi kita tahu ia (DAP anti Islam) tidak benar,

"tetapi dia (Hishamuddin) benarkan Umno Besut mengadakan ceramah yang begitu tidak bertanggungjawab,"jelasnya.

Lim berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Makan Malam dan Dailog Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat yang diadakan disebuah hotel disini semalam 8 Oktober.

Menurutnya sikap Hishamuddin membenarkan ceramah itu diadakan menunjukkan beliau bukan seorang yang mempunyai prinsip

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata Umno begitu terdesak sehingga sanggup menggunakan isu perkauaman dan isu sensitif.

Katanya, politik perkauaman dan sensitif yang diamalkan oleh Umno adalah satu politik merbahaya yang boleh mnganggu gugat keharmornian hidup rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

"Dan, ini adalah cara politik yang berbahaya, satu politik terdesak (desperado), Umno begitu terdesak sehingga rela untuk merosakkan keharmonian negara kita,

"ini (DAP anti Islam) tidak benar, ini satu fitnah dan dusta,"tegasnya.

Nota :

"Politik perkauaman dan sensitif yang diamalkan oleh Umno adalah satu politik merbahaya yang boleh mnganggu gugat keharmornian hidup rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini".

PAS Akan Tentang Habis-Habisan Kezaliman UMNO/BN....!!!


KEMAMAN - PAS berikrar akan terus menentang sebarang bentuk penindasan dan kezaliman Umno dan Barisan Nasional (BN) terhadap PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat.

Namun, penentangan dan perbalahan PAS-Umno/BN itu bukan kerana permusuhan kemanusiaan tetapi perbezaan dasar dan perjuangan.

Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik berkata kedatangan Islam di dunia ini adalah bagi menyelesaikan segala masalah dan kekusutan umat.

“Apa pun kezaliman yang dibuat terhadap PAS dan penindasan terhadap negeri Terengganu suatu ketika dahulu dengan ‘rampasan’ royalti minyak.

“Kezaliman mereka (BN) terhadap kerajaan PAS Kelantan dan Kedah, penindasan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. PAS akan bangkit menentangnya. Insya’Allah, rakyat akan bersama kita (PAS) dalam pilihan raya akan datang,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman di Pekan Kemasek, Kemaman pada 8 Oktober lalu.

Menurutnya, PAS bekerjasama dengan Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang dinamakan Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mendakwa Umno dan Barisan Nasional telah bertindak zalim dengan ‘merogol’ dan ‘merampas’ kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Justeru itu, katanya kezaliman yang dilakukan oleh Umno-BN terhadap PAS dan Pakatan Rakyat akan ditentang sepanjang masa.

“Kita (PAS) bercakap soal sambutan Jubli Emas adalah soal perjuangan. Perayaan itu adalah keceriaan dalam berorganisasi.

“Penegasan kita (PAS) soal Barisan Nasional (BN) dan bukan kerana kita (PAS) semata-mata hendak memusuhi parti (Umno-BN) ini.

“Kita (PAS) berbalah dengan Umno-BN bukan kerana permusuhan kemanusiaan tetapi kerana dasar dan perjuangan,” ujarnya.

Ustaz Abu Bakar menegaskan bagi melaksanakan dasar Islam yang diperjuangkan itu PAS menyertai pilihan raya kerana dibenarkan oleh agama.

Nota :

“Bagi melaksanakan dasar Islam itu kita (PAS) menyertai pilihan raya yang dibenarkan oleh agama kita (Islam).

“Pilihan raya ini ada prinsipnya, kita (PAS) menyertainya di atas dasar kita (PAS) memberikan kepada rakyat peluang menyokong kita (PAS).

Rumah Kediaman Pemimpin Gerakan Islam....!!!

Pemandangan Bilik Tidur Anak PM Paletin (Hamas)Ruang tamu Rumah PM Palestin ( Hamas )Ruang Makan Rumah PM palestin (Hamas)Rumah TG Mursyidul Am PAS
Rumah Tuan Guru Presiden PAS...

Pantu Seloka Untuk PRK N45 DUN Galas...!!!

Pergi Ke Paloh tengok wayang
Singgah sebentar di Pangkal Kala
Jambatan Manek Urai tak nampak bayang
Janji baru di Galas pula

Pergi ke Aring cari rotan
Buat kerja jangan malas
Manek Urai janji jambatan
Apa pula janji di Galas

Fitnah dan ugutan jadi mainan
Janji Jambatan makan tuan
Rakyat Galas tak makan umpan
Rasuah dan sogokan tidak berkesan

Tok Pa Awang Adek tidak sepadan
Dua-dua kuat berangan
Jabatan kerajaan habis digunakan
Tidak malu tidak segan

Kakitangan kerajaan otaknya cerdik
Susah dibohongi susah ditipu
Orang Galas sudah terdidik
Tetap istiqamah bersama Tok Guru

Pengundi Galas memang ramai
Akhlaq mulia serta berhemah
Didikan agama sudah disemai
Akidah mantap dan istiqamah

Utusan Meloya mula memfitnah
Bohong dan tipu sudah sebati
Ingatkah tuhan ingatkan Allah
BalasanNya dahsyat selepas mati

Kita hambaNya memang kerdil
Taubat nasuha kesukaan Allah
SPR dakwa dirinya adil
Selalu senget berat sebelah

Penamaan calon hari Selasa
Mengundi pula hari Khamis
Keputusan ini memang sengaja
Nak balik mengundi kena mengemis

Banyak kali rakyat perasan
Tindakan SPR amat meluat
Mengapa tak takut balasan tuhan
Dalam kubur dan Hari Kiamat

26 Oktober hari penamaan
4 November hari mengundi
Esok Ku Li bagi jawapan
Pemimpin Umno ternanti-nanti

Ku Li tiba di Lapangan Terbang
Ramai sambut tak macam biasa
Pemimpin berprinsip orang sayang
Jangan abaikan harapan bangsa

Muhyiddin senyap takut rakyat
Janji dulu masih terlekat
Lain kali hamba berhikayat
Sambil bergurau memberi ingat


Nota :

Pantun 2 kerap SK....

Najib ke Belgium untuk mesyuarat, Mahathir ke Australia untuk berubat....
Nampok terang lagi bersuluh...Memang sah UMNO akan bahang tanoh di Galas...

Kah...Kah....Kah....!!!

Oct 8, 2010

Hanya Allah Yang Tahu Siapa Bakal Calon PAS Di Galas...!!!!

Calon Galas: PAS akan solat istikharah -MK

Solat istikharah mungkin menjadi pemutus dalam menentukan calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 Nov ini, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun.

Katanya, ini kerana terlalu ramai calon yang berkelayakan dan seimbang yang dicadangkan PAS di peringkat akar umbi sebelum diperhalusi oleh pimpinan tertinggi parti itu.

“Kita percaya solat istikharah yang akan dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan menjadi kata pemutus untuk menentukan calon PAS pada pilihan raya kecil itu,” katanya kepada Bernama ketika melawat kawasan pilihan raya itu di Gua Musang, hari ini.

Abdul Fatah yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri berkata, mengikut amalan biasa yang dinyatakan oleh bekas ketua dewan ulama PAS negeri, Yahya Othman, parti itu menerima calon yang mempunyai kriteria tidak pernah melakukan dosa besar, seperti zina dan membunuh serta sanggup meninggalkan dosa-dosa kecil, termasuk merokok.

Beliau juga menyokong kenyataan anggota exco kerajaan negeri, bahawa PAS sedia menimbangkan untuk meletakkan Orang Asli sebagai calon pada pilihan raya akan datang termasuk pada pilihan raya kecil Galas.

“Ini semua tidak mustahil boleh terjadi, kerana masyarakat Orang Asli sekarang berbeza dengan sebelum ini kerana mereka kini berpelajaran tinggi dan tidak mudah menerima pandangan orang lain kerana boleh berfikir sendiri,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Bukit Tuku berkata, pemilihan calon sebenarnya bukan menjadi agenda penting PAS, tetapi lebih besar dari itu untuk menegakkan perjuangan berasaskan prinsip Islam.

“Justeri itu PAS tidak merasakan sesuatu yang sukar dan “pelik” dalam menentukan calon pada semua pilihan raya, termasuk pilihan raya kecil DUN Galas ini,” katanya sambil menyatakan keyakinan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan menerima jika beliau dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada 26 Oktober ini dan jika ada pertandingan pengundian akan diadakan pada 4 November.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kekosongan DUN itu berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46 akibat barah usus pada 27 September lalu.- Bernama

Nota :

"Pemilihan calon sebenarnya bukan menjadi agenda penting PAS, tetapi lebih besar dari itu untuk menegakkan perjuangan berasaskan prinsip Islam."

“Justeri itu PAS tidak merasakan sesuatu yang sukar dan “pelik” dalam menentukan calon pada semua pilihan raya"

UMNO Baru Terkejut Dari Mimpi....!!!!


Pemuda Umno: P'raya Galas umpama 'peperangan'-MK

Pemuda Umno Kelantan dan bahagian Gua Musang telah diarahkan membuat kajian sikap di kalangan pengundi di DUN Galas, yang bakal menyaksikan pilihan raya kecil 4 November ini.

"Kita mengggerakkan penuh jentera Pemuda. Dan kita menunggu apa-apa arahan tambahan dari pengarah pilihan raya (Tengku Razaleigh Hamzah) selepas ini," kata setiausaha Pemuda Umno Malaysia, Datuk Megat Fairuz Megat Junid.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana "ia adalah ebahagian daripada strategi pergerakan itu" dalam menghadapi pilihan raya kecil tersebut.

"Pilihan raya kecil (Galas) boleh diumpamakan seperti peperangan. Kita tidak boleh maklumkan kekuatan sebenar (kita)," katanya ketika ditemui Malaysiakini di majlis sambutan hari raya Aidilfitri anjuran Umno di PWTC di ibunegara petang ini.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan ekoran kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaiman pada 27 September lalu akibat penyakit barah usus.

Dalam pilihan raya umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang - yang diwakili oleh Tengku Razaleigh bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.

Seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos, layak memilih ADUN Galas.

Mengulas lanjut, Megat Fairuz yakin dengan kemampuan BN untuk merampas semula kerusi tersebut daripada PAS dalam pilihan raya tersebut kali ini.

Dalam majlis itu juga, ketiga-tiga sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri - menyampaikan anugerah khas kepada bekas ketua ketiga-tiga pergerakan tersebut. Ia disampaikan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, nama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah memimpin Pemuda Umno, tidak disenaraikan.

Ditanya mengenainya, Megat Fairuz berkata pergerakan itu tidak menafikan bahawa ketua umum PKR itu pernah "membuat kebaikan kepada Umno" sewaktu beliau memimpin pergerakan itu suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, katanya, oleh kerana Anwar telah meninggalkan Umno dan memimpin PKR, maka "tidak sesuai" beliau menerima anugerah khas tersebut.

"Sedangkan (pemimpin Pemuda) yang lain-lain setia dengan parti. Sempena dengan cogan kata Umno, bersatu, bersetia dan berkhidmat...

"Di saat anugerah ini (diberikan), beliau tidak lagi bersama dengan perjuangan Umno. Kategori kedua itu (iaitu) bersetia, sudah tidak ada," katanya.

Nota :

Lama betul UMNO tidur....
Dah nak masuk 12 kali PRK di adakan...
Baru sekarang nak mengaku bahawa menyertai PRK di ibaratkan seperti berperang....
Ini menandakan bahawa UMNO selama ini tidur dan tak buat apa-apa....
Kalau nak berperang biarlah secara gentlemen....
Kalau parti mestilah lawan dengan parti...
bukannya parti melawan kerajaan....

Awas...!!! Talian Hayat UMNO/BN Dah Tiba....!!!!


KOMPENI ASKAR WATANIAH DITUBUH DI 172 KAWASAN PARLIMEN - UM

Perancangan untuk mewujudkan satu kompeni askar wataniah di semua 222 kawasan Parlimen hampir mencapai sasaran apabila 172 kawasan telah diisi dengan pasukan itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Ismail Ahmad berkata, kementerian itu menjangkakan askar wataniah akan ditempatkan di baki 50 kawasan lagi menjelang tahun hadapan demi mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian itu iaitu 66,600 anggota dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Dengan pencapaian ini, kita sebenarnya sudah mencapai 50 peratus sasaran yang ditetapkan dan kini fokus kita adalah di Sarawak dan Perak,” katanya pada sidang media selepas majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Pada 13 April tahun lepas, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penubuhan satu kompeni askar wataniah di semua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan negara.

Pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun (untuk setiap kawasan Parlimen) yang terdiri daripada pelbagai kaum.
-------------------------------------------------------------------
Woitttt....MAKA DENGAN INI BERTAMBAH 66,600 LAGI UNDI POS.......

Kah...Kah..KEM INI AKAN DI FOKUS UNTUK PASANG DI PERAK DAN SERAWAK.....

Kah...Kah..KENAPA PERLU DI SERAWAK DAN PERAK...??

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...INI ADALAH UNTUK MEMASTIKAN SUPAYA PAKATAN RAKYAT KALAH....KAH...KAH....KAH....!!!!

Nota:

Ini adalah proses untuk top up untuk kawasan kawasan dimana UMNO/BN akan menang atau kalah dengan jumlah yang sedikit dalam PRU 13 nanti....!!!

Perhatikan Betul-Betul...!!!! Ini Bukan Bangla...Ini adalah RELA....Kah...Kah....!!!