Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 31, 2011

Senyum Petang Senin....!!

Sekular Itu Jahiliyah....!!


Kelmarin setibanya saya di rumah selepas berada di Tenang, Johor selama tiga hari, saya dikejutkan dengan satu rombongan bas kaum India dari Hulu Selangor yang siap menunggu ketibaan saya. Mereka meminta saya untuk berucap sepatah dua kata dan saya menjemput mereka naik ke masjid jika ingin mendengar ucapan saya. Alhamdulillah, tanpa fobia dan takut, mereka naik ke masjid.

Tidak tahulah pula saya jika langkah saya itu boleh menjadi isu kepada pihak-pihak tertentu. Namun bagi saya, Islam perlu diperlihatkan dengan wajahnya yang sebenar bukan hanya melalui lidah orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang Islam. Hasilnya, biarpun 50 tahun negara merdeka, orang bukan Islam masih belum memahami Islam sehinggalah perkara yang paling asas seperti soal larangan bersalaman antara bukan mahram pun masih dipertikaikan!

Islam adalah rahmat. Sekular pula warisan jahiliyyah. Ada yang nampaknya memarahi saya apabila saya membangkitkan soal jahiliyyah. Bahkan ada yang menafsirkan jahiliyyah hanyalah orang-orang Arab yang kafir di zaman Nabi Muhammad SAW. Sukalah saya ingatkan terhadap satu buku yang dikarang oleh Dr Muhammad Qutb yang bertajuk Jahiliyyah fil Qarnil Isyrin (Jahiliyyah di Kurun ke-20). Ini bukti saya bukannya orang pertama yang menyatakan jahiliyyah wujud di zaman ini.

Sukalah saya ulangi, setiap perkara yang bertentangan dengan Islam ialah jahiliyyah. Datangkanlah apa jua jenis nama ideologi sekalipun, jika tidak selari dengan Islam, pastinya ia jahiliyyah walaupun tidak memakai nama jahiliyyah. Ia seperti menggelarkan zina dengan seks bebas, sekalipun nama berbeza dan dilembutkan nadanya, ia tetap zina. Dadah disebut morfin, heroin dan sebagainya, ia tetap dadah. Arak pula digelar minuman keras dengan pelbagai jenama, hakikatnya ia tetap arak yang diharamkan. Demikianlah sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme dan ism-ism yang diasaskan oleh manusia moden tetap merupakan benih jahiliyyah. Setiap masa dan saat, kita diberikan dua pilihan, Islam atau jahiliyyah. Pilih Islam ertinya selamat, menentang Islam bererti memilih jahiliyyah.

Ada yang berkata jahiliyyah hanyalah bermakna bodoh. Ini satu tanggapan yang salah. Tidakkah orang-orang Arab di zaman nabi merupakan orang-orang yang cerdik. Mereka pakar di dalam perniagaan, pakar peperangan dan pakar bahasa. Gelaran jahiliyyah bukanlah kerana mereka bodoh tetapi kerana mereka menolak Islam. Justeru Allah SWT berfirman :

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Yang bermaksud : “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.” Surah Al-Maidah ayat 50.

Saya ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu kuat menghentam saya, benarkah perjuangan UMNO berlandaskan Islam? Jika benar, rujuklah kembali kepada al-Quran dan al-Hadis sebagai dasar. Hairan saya, Timbalan Perdana Menteri sendiri boleh menakut-nakutkan kaum Cina di Tenang, Johor dengan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Dalam masa yang sama, PAS dituduh sebagai kuda tunggangan DAP. Jika TPM sendiri menyebut PAS tidak pernah menggugurkan agenda negara Islam, UMNO pula bagaimana? Difahami daripada kenyataan tersebut, UMNO tidak akan membawa Islam sebagai agenda perjuangannya. Hairan, jika disebut jahiliyyah mereka melenting, tetapi mereka sendiri menolak Islam. Situasi ini mengingatkan saya kepada bait-bait syair Iqbal, seorang penyair Paskitan ketika mengumpamakan senario umat Islam pada hari ini : Ke bumi tidak jatuh, ke langit tidak naik, sembah berhala pun tidak, sembah tuhan pun enggan.

Islam mengajar selepas mati ini akan nada hidup di akhirat. Sayang sekali, hidup akhirat ini tidak pernah meniti di bibir pimpinan UMNO. Sedangkan kepercayaan kepada hari akhirat merupakan tonggak kepada rukun iman dan Nabi Muhammad SAW seringkali mengingatkan dalam banyak hadisnya : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat……” Islam mengajar dunia ini milik Allah SWT, dipinjamkan kepada manusia sebagai khalifah. Sekular mengajar bahawa manusia berhak melakukan apa saja yang dikehendakinya apabila berkuasa. Islam mengajar bahawa setiap perbuatan manusia akan diadili di akhirat, jika baik natijahnya syurga dan jika tidak, natijahnya ialah neraka. Pernahkah syurga dan neraka disebut di daam ajaran sekular yang didokong oleh UMNO?

Ajaran sekular hanya memikirkan soal bagaimana untuk berkuasa. Etika dan undang-undang boleh diketepikan apabila tidak berpihak untuk mereka. Lihatlah di Tenang, dijanjikan peruntukan RM30 juta tanpa sedikitpun dijeling oleh SPRM. Barangkali bagi mereka, pengundi di Tenang boleh dibeli seperti membeli binatang ternakan. Rasulullah SAW hadir dengan membawa makanan roh bukannya makanan fizikal semata-mata seperti yang diamalkan oleh UMNO. Rasulullah SAW hadir bukan dengan menjanjikan projek seperti yang diibawa oleh UMNO kerana manusia memerlukan bukan hanya makanan fizikal tetapi juga makanan roh. UMNO masih beum cukup serik mempermainkan rakyat kerana hanya itu yang termampu dilakukan oleh mereka.

Seruan saya, baliklah kepada Islam. Islam yang adil, Islam yang membawa rahmat dan Islam yang menjanjikan kemenangan. Saya ulangi kembali pesanan saya kepada jentera pilihanraya PAS di Dun Tenang, kita bukannya memburu kemenangan di dalam pilihanraya di dunia semata-mata, tetapi kita memburu kemenangan di akhirat. Hari ini, PAS tewas di Tenang, namun PAS berpuas hati kerana telah melaksanakan tugas amar makruf nahi munkar. Adapun UMNO, bolehkah perjuangan mereka dibawa ke akhirat? Fikirkanlah.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Kg Pulau Melaka.
..

Terima Kasih Dari Cikgu Mala....!!


Terima kasih diucapkan kepada semua petugas-petugas, ADUN-ADUN, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, pembaca setia blog ini, pengikut blog ini, blogger-blogger dan media yang membuat liputan dari hari penamaan calon hingga ke hari ini iaitu hari pembuangan undi.

Jasa dan pengorbanan anda semua hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Teruskan berjuang dan berkhidmat untuk Islam demi menegakkan kebenaran dan menghalang kebatilan dari berkuasa di atas muka bumi ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kemenangan Islam. Disebalik kita mencari kemenangan ada hujan rahmat yang membasahi bumi Tenang sehinggakan seluruh kawasan Tenang telah digenangi air dalam mengharungi banjir. Kehadiran hujan menguji ketabahan petugas-petugas sehinggakan basah kuyup namun tetap tidak berganjak dalam memberikan servis yang terbaik.

Jangan kita berputus asa dalam berusaha sebelum kita mendapat kejayaan dan jika kita berjaya jangan dilupa pengorbanan mereka dibelakang yang banyak memberikan sokongan tidak kira waktu, hari dan perjalanan hidup ini. Kejayaan bukan milik individu sebaliknya milik jamaah yang mantap. Teruskan berjuang untuk Pilihan Raya Kecil di DUN Merlimau N.27 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Sekian dari kami sekeluarga.

Kenapa Rakyat Mesir & Tunis Memberontak...??


"Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu.

Lihat & Saksikanlah....!!


Nota:

Di tunis ada first lady
Di mesir ada first lady
Di malaysia ada fat lady
Kah....Kah...Kah...

Jan 30, 2011

Laman Web FLOM Kini Di Tutup....!!


KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin berkata, penutupan laman Pejabat Wanita Pertama (FLOM) di Jabatan Perdana Menteri membuktikan kerajaan takut kewujudan pejabat itu didedah kepada umum.

Zuraida percaya halaman berkenaan dipadamkan kerana Najib mahu menyorok sesuatu dari pengetahuan rakyat berhubung pejabat itu. Namun katanya, tindakan itu sudah terlambat kerana rakyat sudah mengetahuinya.

“Saya yakin beliau ada sesuatu yang mahu disorokkan dengan menurunkan laman berkenaan. Malangnya, rakyat sudah jauh lebih cerdik sekarang ini maka tindakan sedemikian sudah dapat rakyat hidu dari awal lagi,” kata Zuraida.

Menurutnya, sekiranya benar kewujudan pejabat itu sah dari segi peraturan, mengapa Jabatan Perdana Menteri memadam laman berkenaan, yang turut menyenarai nama pegawai yang bertanggungjawab terhadap Rosmah.

“Sekiranya benar, mengapa kerajaan takut sehingga terpaksa menutup laman berkenaan? Jika tidak, mengapa Najib masih tidak menjawab,” soalnya.

Rosmah sebelum ini dilapor mempunyai pejabat sendiri dikenali sebagai Bahagian Wanita Pertama Malaysia (F.L.O.M) di Jabatan Perdana Menteri, yang berfungsi khusus untuk menjaga hal-ehwal serta lawatan ke luar negara isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pendedahan KeadilanDaily.com sebelum ini turut memuatkan sekali pautan ke muka surat laman web bahagian berkenaan namun semalam, laman itu dipadamkan dan tidak lagi dapat ditemui pada laman web Jabatan Perdana Menteri.

Dalam perkembangan berkaitan, Zuraida berkata kebangkitan rakyat Tunisia yang menentang Perdana Menteri yang tidak mampu mengawal isterinya sendiri, tidak mustahil akan turut merebak ke Malaysia dalam jangka masa terdekat.

Beliau merujuk kepada kejatuhan bekas Presiden Tunisia, Zine al Abidine Ben Ali yang terpaksa melarikan diri daripada negaranya akibat kemarahan rakyat terhadap isterinya, Laila Trabelsi yang rakus menghabiskan harta negara.

“Jika dilihat di negara kita sendiri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri gagal mengawal isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Sehingga kini beliau hanya menikus apabila diminta memberi penjelasan berhubung pejabat Rosmah di Putrajaya,” kata Zuraida.

Rakyat Mesir Dah Sedar..Rakyat Malaysia Bila Lagi..??

Situasi di Mesir semakin getir apabila sekurang-kurangnya 74 orang maut manakala lebih 2,000 lagi cedera selepas puluhan ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan pada ‘Hari Kemarahan’ kelmarin.

Semalam bantahan rakyat merebak hampir ke semua bandar besar di Mesir.

Di tiga bandar utama negara itu iaitu Kaherah, Iskandariah dan Suez, perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan tetapi gagal meredakan tunjuk perasaan.

Dalam senario huru-hara di sini, kereta-kereta perisai cuba merempuh kumpulan orang ramai dengan anggota-anggota polis menembak gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.

Beberapa sumber perubatan berkata,kebanyakan penunjuk cedera akibat terkena tembakan pasukan keselamatan.

Selain kematian dan kecederaan, banyak bangunan dan kereta turut dibakar dalam kekacauan besar-besaran di ibu kota Mesir berkenaan.

Bantahan rakyat yang masuk hari keempat kelmarin, menyaksikan berpuluh-puluh ribu orang mengepung polis di sini.

Mereka turut berhimpun di sebuah jambatan yang menghubungkan sungai Nil untuk bertempur dengan pasukan keselamatan di sini yang setakat ini menyebabkan puluhan orang maut dan 1,030 cedera.

“Tunjuk perasaan ini bukan mencabar pentadbiran semasa. Tujuannya hanya satu. Ia adalah kerana anda (Hosni), anda patut pergi! Cukuplah apa yang anda lakukan kepada rakyat!” kata seorang penunjuk perasaan di sini.

Di bandar Suez, timur Mesir pula, deretan kereta kebal tiba di lokasi itu kelmarin selepas 13 orang maut dan sebuah balai polis dibakar perusuh.

Sekurang-kurangnya enam lagi turut maut di bandar Iskandariah, dengan sebuah bangunan pemerintah hangus dibakar manakala dua penunjuk perasaan terbunuh di bandar Mansoura.

Menjelang waktu malam semalam, ibu pejabat parti pemerintah, Parti Demokratik Nasional di sini dibakar diikuti kumpulan perusuh menyerbu masuk ke dalam bangunan stesen televisyen pemerintah.

Gelombang kebangkitan di Mesir kali ini menyusul selepas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali ditumbangkan oleh kuasa rakyat pada 14 Januari lalu.

Di Mesir, bantahan besar-besaran itu diadakan bagi menumbangkan pemerintahan tiga dekad Presiden Hosni Mubarak.

Rata-rata, rakyat memprotes kadar pengangguran dan kemiskinan yang melambung di Mesir selain berleluasanya rasuah.

Dalam usaha menyekat kebangkitan rakyat, pemerintah menggunakan pelbagai taktik termasuk kekerasan. Malah, perkhidmatan telefon bimbit dan Internet turut disekat. Namun, semua itu gagal membendung kemaraan rakyat.

Sehingga semalam, bilangan penunjuk perasaan bertambah hingga mencecah kepada puluhan ribu orang.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Hosni, 82, muncul di kaca televisyen buat kali pertama kelmarin dalam empat hari sejak kebangkitan rakyat bermula.

Beliau bagaimanapun, mengumumkan bahawa tidak akan sesekali berundur.

Sebaliknya, Hosni menawarkan untuk melaksanakan langkah-langkah demokrasi, bermula dengan pemecatan Kabinet.

“Saya akan memberi lebih kebebasan sekiranya rakyat patuh pada undang-undang,” katanya.

Menurutnya, Kabinet baru Mesir akan dibentuk pada hari ini.

Sementara itu, bekas ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Mohamed El-Baradei, 68 dikenakan tahanan rumah oleh polis kerana menyertai tunjuk perasaan di ibu kota Mesir kelmarin. – Agensi

Sah...Polis Adalah Parti Komponen BN...!!


Sedikit selingan..kau org seme nilailah gambar ini, Polis BN @ BN Polis.. Macam ni kata demokrasi dan tak 'bias'.

Sudah-sudah lah tipu rakyat.. Sekeping gambar menceritakan semuanya..

Ini Buka Fitnah...Ini Adalah Fakta...!!


ARAHAN POLIS DAN SPR MAHU SELAMATKAN BN – HD

Arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada parti politik khususnya Pakatan Rakyat sewaktu berkempen di Dun Tenang lebih bersifat "menyelamatkan BN".

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, tindakan pihak polis menghalang pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka seolah-olah dipengaruhi oleh pihak tertentu.

Namun katanya, pada masa yang sama SPR membenarkan baju mempunyai logo 1Malaysia dipakai di tempat mengundi.

"Polis mengeluarkan arahan supaya semua kenderaan berhenti mengibar bendera parti pada kenderaan yang disifatkan seperti berkempen tanpa permit.

"Saya berasa hairan dan ajaib kerana dalam masa yang sama SPR mengesahkan sekali lagi lagi bahawa lambang 1Malaysia pada baju dibenarkan dipakai di tempat mengundi.

"Nampaknya kedua agensi ini saling mengeluarkan arahan yang menampakkan satu langkah untuk menyelamatkan BN," katanya yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.
-------------------------------------------------------------
Kah...Kah...SPR INI MEMANG BARUA BN…...

Kah..Kah....POLIS PULAK JADI GENGSTER BERLESEN UNTUK BN.....

Kah..Kah...KALAU DUA KUMPULAN INI TAK ADA....

Kah...Kah...KITA DAH JADI SENANG LENANG....

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....KALAU MEREKA TAK ADA… DAH LAMA BN BERKUBUR....KAH...KAH...KAH....

Utusan Malaysia Tak Laku....!!

Nak buat macam mana..?? Bila baca Utusan Meloya rasa nak termuntah...!!

SYARIKAT SIMEN LAFARGE TAJA 5,000 NASKAH UTUSAN MALAYSIA – UM

Syarikat simen, Lafarge Cement Sdn. Bhd., telah menaja 5,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia bernilai RM4,896 untuk diagihkan kepada enam buah sekolah di Pasir Gudang dan Pontian, dekat sini.

Eksekutif Kanan Pemasaran Utusan Melayu (M) Bhd. Zon Selatan, Mohd. Asri Jantan berkata, sekolah-sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang, Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 2, SK Pasir Gudang 3, SK Pasir Putih dan SK Perigi Acheh.

Kata Mohd. Asri, turut menerima tajaan tersebut ialah SMK Telok Kerang iaitu satu-satunya sekolah dari Pontian.

Menurutnya, menerusi penajaan tersebut sekolah terbabit mendapat sisipan pendidikan ADaP, akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari Rabu bagi sekolah rendah, manakala pada hari Khamis untuk sekolah menengah.

Nota:

Kesian...sedih....
Mintalah kerajaan supaya tangkap harakah....
Tangkap juga Suara keadilan & roket....

Tutup malaysia kini
Tutup malaysia today
Tutup malaysian digest
Tutup malaysian insider
Dan paksa semua murid sekolah
Paksa semua tentera beli meloya
Kah...Kah...Kah....!!