Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 11, 2012

Catatan Dari Mumbai Oleh Bakal PM Malaysia Ke-7...!!


Catatan dari Mumbai, Anwar sedia maafkan... -MK

Saya dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi.

Lebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.

Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.

Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media Umno, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan -- berlandaskan undang-undang dan fakta -- bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya.

Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian.

Kasih sayang Azizah dan keluarga; kesetiaan rakan-rakan PKR; dukungan PAS dan DAP; para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya.

Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media Umno yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya.

Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah.

Kami sekeluarga amat terharu dengan luahan simpati dan dukungan semua. Semoga usaha murni kita bersama direstui dan diberkati Allah SWT.

Ajal BN Sudah Sampai...!!


Tergugat Di Perak, 135 Wakil Rakyat BN Berkampung - HD

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Tindakan BN yang akan mengadakan pemukiman Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka selama tiga hari bermula 12 Januari ini di Perak menandakan mereka rasa tidak selamat lagi di negeri itu.

AJK PAS Pusat Idris Ahmad berkata, pemimpin Umno sekarang sedar bahawa rakyat Perak masih dengan sentimen membenci BN ekoran cara mereka mengambil alih negeri yang disifatkan tidak demokratik.

"Sekarang mereka cuba mengambil hati rakyat dengan program turun ke padang, konon cuba menyelami masalah rakyat bawahan.

"Apabila rakyat perhatikan selepas rampasan kuasa tidak ada apa-apa kelebihan yang Umno tawarkan untuk rakyat malahan apa yang berlaku ialah hanya dendam kesumat dan fitnah kononnya kerajaan PR menindas Melayu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Difahamkan seramai 135 wakil rakyat BN akan mengikuti program pemukiman itu di beberapa kawasan di Perak.

Sebelum ini Pengerusi Kelab Adun BN (BNBBC), Datuk Nadzri Ismail berkata, setiap wakil rakyat akan menetap bersama keluarga angkat masing-masing di 135 kampung terpilih melibatkan lapan bahagian utama iaitu Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Taiping, Padang Rengas, Beruas dan Lumut.

Pemukiman sama sebelum ini telah dibuat di Selangor.

"Kawasan-kawasan ini adalah kawasan yang gelap pada perkiraan BN, maka tumpuan khas harus diberikan untuk menarik sokongan.

"Sekarang pemimpin Umno BN terpaksa melutut kepada rakyat unuk mengemis undi daripada rakyat," katanya.

Sah...!!! Wang Zakat Telah Di Selewengkan...!!


BUKTI SALAHGUNA WANG ZAKAT MAIWP

Saya pada hari ini tampil dengan bukti-bukti dakwaan salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum selama ini.

Pertama ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00. Baucer tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.

Kedua merupakan surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat (iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucer tersebut) digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Jamil Khir berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.

Namun Laporan Ketua Audit menyebut bahawa MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini.

Saya juga ingin membetulkan laporan Utusan pada 4 Januari lalu yang memetik Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salahguna zakat ini tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. KEADILAN tidak pernah mendakwa demikian, sebaliknya kami merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara seperti tertera.

KEADILAN memandang serius penyalahgunaan institusi penting umat Islam ini. Saya akan membuat laporan polis esok 11 pagi di Balai Polis Dang Wangi berkaitan dengan kes salahguna wang zakat ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan

Doa Isteri Iringi DS Anwar...!!


ABANG Nuar sudah siap berpakaian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?

"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?

Hati-Hati...Musuh Anwar Tak Akan Duduk Diam...!!


Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada fitnah liwat oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan semalam, disambut dan diraikan sebahagian besar rakyat, terutama penyokong pembangkang. Namun, wujud kebimbangan di kalangan komuniti online sejak semalam berhubung kemungkinan masih ada perancangan musuh Anwar dan seteru parti pembangkang untuk cuba membuat onar, termasuk apa juga yangboleh membawa kepada pendakwaan baru terhadap pemimpin itu membabitkan fitnah video seks.

Dan, dalam perkembangan terbaru hari ini, sebuahblog tempatan melaporkan seorang lagi mengaku pernah diliwat oleh Anwar.

Blog berkenaan, really.tigaline.com turut menyiarkan foto lelaki yang membuat dakwaan terbaru itu.

Pengakuan itu, menurutnya, dibuat oleh individu terbabit di laman Facebook.

Bagaimanapun laman sosial berkenaan didapati sudah dipadamkan.

Foto yang digunakan ialah milik warga Indonesia, iaitu Yuli Arianto sedangkan nama lelaki yang mendakwa diliwat Anwar ialah YuRi. Ia dipercayai watak yang tidak wujud tetapi sengaja dicipta diFacebook oleh musuh Anwar dan PR.

Semakan inimajalah.com.my pada 6.45 petang ini mendapati beberapa blog lain, dipercayai dikendalikan penyokong Umno-Barisan Nasional (BN), turut menyiarkan dakwaan liwat terbaru itu.

Ia termasuk badutrakyat.blogspot.com, malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com dan amry85.blogspot.com.

Turut dibimbangi ialah kemungkinan keputusan pembebasan Anwar semalam boleh bertukar 360 darjah jika pihak pendakwa membuat rayuan di mahkamah berhubung keputusan semalam.

Ini, sebagaimana diperkatakan di Internet sama ada di blog, forum, Facebook atau Twitter, adalah berdasarkan pengalaman pahit pembangkang dalam kes perundangan sehingga menyebabkan pertukaran kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat (PR) kepada Barisan Nasional (BN).

Perubahan mendadak di Perak itu berlaku dalam masa hanya beberapa hari sedangkan sebelum itu mahkamah sudah memutuskan Perak kekal di tangan PR.

Perubahan mendadak itu berlaku setelah kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Rayuan.

Perkara sama, menurut pelbagai artikel dan komen di blog, forum dan laman sosial, turut dibimbangi berlaku bagi kes pembebasan terbaru Anwar, semalam.

– inimajalah.com.my

Jan 10, 2012

Lagi Tawaran PAS Kepada Rakyat Terengganu...!!


KUALA TERENGGANU – Setelah menawarkan lima manifesto pada 15 Oktober tahun lalu, PAS Terengganu bergerak maju ke hadapan dengan mengisytiharkan lagi ikrarnya kepada seluruh rakyat.

Tawaran yang dikemukakan itu, menunjukkan kesungguhan PAS Terengganu sebagai ‘kerajaan menunggu’ bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Menurut Pesuruhjayanya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)Terengganu telah menipu rakyat dengan tidak menunaikan janji mengembalikan royalti petroleum.

“Mad Said (MB Terengganu) kata dalam dewan (Sidang DUN) nak bayar royalti dalam bulan Mac 2011, kita tungu…tunggu…(rupanya) ‘menipu atas darat kering’,

“Perdana Menteri menipu, Mad Said Menteri Besar sendiri menipu,”ujarnya ketika berucap pada ceramah perdana, Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk, pada Sabtu 7 Januari.

Maka, kata Wahid, janji pertama daripada lima manifesto tambahan yang diumumkan ialah meneruskan usaha perjuangan mengembalikan hak royalti petroleum kepada negeri Terengganu.

Yang keduanya, kata beliau, PAS Terengganu menegaskan akan mengganti tanah baru atau rumah kepada pemilik yang terlibat dengan pengambilan balik tanah.

Selain itu, PAS Terengganu berjanji akan memberikan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik (rumahtangga) yang bermeter, setiap individu pada setiap bulan.

“kita juga berjanji untuk memberi 20 meter padu air yang pertama, ini telah dilaksanakan dengan jayanya di negeri Selangor, kita akan beri percuma, kalau guna lebih, kena bayar,”jelasnya.

Undurlah Secara "Gentlemen" Wahai Hassan Ali...!!


Lepas Jawatan Sukarela, Nasihat MB - HD

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyeru supaya Datuk Dr Hasan Mohamad Ali melepaskan jawatannya sebagai exco negeri itu secara sukarela kerana Hasan tidak lagi mewakili PAS.

Khalid dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, beliau telah mendapat nasihat daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri berkenaan status Dr Hasan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

Katanya, Pejabat Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri telah menasihatkan bahawa beliau mempunyai kuasa untuk menggugurkan Dr Hasan sebagai ahli Exco kerana beliau tidak lagi mewakili PAS dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

“Saya berpendapat beliau sebagai seorang ‘gengtleman’ perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat,” kata Khalid.

Tambahnya lagi, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga berpandangan bahawa meskipun perkenan DYMM Sultan Selangor diperlukan dalam pelantikan Ahli Exco, namun perkenan DYMM Sultan tidak diperlukan untuk pelucutan atau pengguguran jawatan Exco.

Ekoran itu ujarnya, beliau akan mengadap DYMM Sultan Selangor pada Jumaat ini untuk memberi taklimat kepada baginda berhubung perkembangan terbaharu dan berbincang dengan baginda mengenai calon-calon penganti yang sesuai bagi jawatan Exco.

Dalam pada itu PAS Selangor semalam memaklumkan akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan status 'Exco' Hasan Ali itu.

Mereka juga menasihat seluruh ahli PAS negeri itu akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh PAS Pusat semalam.

Adam Adli Adalah Jelmaan DS Anwar Ibrahim....!!


KUALA LUMPUR, 9 Jan — Aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tanpa dibela peguam semasa dibicarakan.

Penuntut sarjana muda pendidikan berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi, Adam Adli berkata beliau mula dibicarakan pada pukul 3.30 petang tadi.

“Ketika dibicarakan saya seorang diri berdepan dengan lapan orang panel...saya seorang diri tanpa pembelaan peguam.

“Saya tidak dibenarkan membawa peguam kerana ia adalah peruntukan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), satu pembelaan yang saya tidak layak dapat,” katanya.

Adam Adli dibawa oleh rakan-rakannya ke mahkamah di Jalan Duta petang tadi.

Adam Adli mencetuskan kontroversi apabila bertindak kain rentang yang gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menggantikannya bendera kebebasan mahasiswa.

Anak kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang ini berkata akan menghabiskan tempoh penggantungan dengan berkempen menuntut kebebasan akademik sehingga AUKU dimansuhkan.

“Saya akan pastikan tiada penindasan lagi,” katanya menambah akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan itu yang disifatkan berat sebelah.

themalaysianinsider

Tahniah Kepada AJK PAS Pusat Kerana Membuat Keputusan Yang Tepat & Berani....!!


"Keputusan AJK PAS Pusat memecat bekas pesuruhjaya PAS Selangor tepat dan mengikut perlembagaan parti PAS, walaupun ada hujah songsang dari pemimpin PAS dan ahli majlis syura sendiri bernama Ustaz Nazaruddin Mat Isa. Untuk rekod Nazaruddin Mat Isa salahseorang AJK PAS yang dilantik selepas kalah dalam pertandingan timbalan presiden PAS tahun lalu.

1.Bersetuju dengan pandangan Sdr. Aziz Bari , watak Hassan Ali menjadi batu penghalang atau laibiliti kepada PAS semenjak Hassan Ali menjadi exco kerajaan Selangor dan Hassan Ali tiada pengaruh yang kuat dari akar umbi penyokong dan ahli PAS sendiri.

2. Bersetuju dengan pandangan menteri besar Selangor, sepatutnya Hassan Ali meletak jawatan ecxo kerajaan Selangor. Walaupun kerajaan Selangor atau MB Tan Seri Khalid belum belum lagi membuat keputusan muktamat kerana semasa artikal ini ditulis MB Selangor belum membuat keputusan dan belum mengadakan mesyuarat exco.

3. Keputusan Mahkamah Tinggi diluar kotak fikir rakyat Malaysia. Namun pada 9/1/2012 Hakim Mahkamah Tinggi Jalan Duta membebaskan dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim pertuduhan liwat dengan Saiful.

4. Syabas kepada Yang Arif Hakim tersebut, kamu bertindak mengikut lunas luans undang undang. kerana sepanjang perbicaraan Anwar kes liwat dengan Saiful, hujah dan bukti dari Saiful dan isu DNA meragukan. Jelas liawat 11 ada konsipirasi Najib dan Rosmah.

5. Seorang pelajar UPSI digantung 3 smester oleh senat UPSI kerana menurunkan gambar Haji Najib Razak di PWTC semasa unjikrasa dalam isu Akta universiti dan kolej univeristi (auku). Tahniah dan syabas kepada pelajr UPSI yang terlibat dalam episod pejuang seorang pelajar universiti. Sepatutnya jiwa dan keberanian sdr, Adam Adli menjadi ikon semua pelajr universiti dalam isu negara dan isu yang membabitkan kezaliman kerajaan BN/UMNO.

6. Kepada semua rakyat Malaysia tak kira apa pangkat dan darjat serta pekerjaan pada 16/1/2012 kadar permium semua jenis kenderaan bermotor dinaikan tarif oleh Bank Negara Malasia. Dengan kata mudah faham bayaran premium kepada syarikat insuran seperti takaful islam, untuk mendapat road tax pengguna dinaikkan harga pada tarukh tersebut. Ini satu lagi kezaliman kerajaan Bn/UMNO kepada rakyat.

8. Kepada PAS Selangor dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Rani jadikan isu Hassan Ali atau Hassan Akidah ( kata pinjam dari MSO) sebagi pengajaran yang berguna dalam berjamaah dan berpolitik. Carilah calun penganti untuk ecxo kerajaan Selangor yang patuh dan akursetia kepada pemimpin. Dr. Rani sila rujuk kepada pemimpin PAS Pusat.