Feb 2, 2010
Isu Royalti Minyak : UMNO Pujuk Agar Ku Li Tarik Balik Kenyataannya.
Utusan Malaysia - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah digesa menarik balik pendiriannya untuk menyokong pembayaran royalti minyak dan bukan wang ihsan kepada negeri Kelantan.
Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamed Aziz berkata, Tengku Razaleigh mungkin terlanjur kata berhubung perkara tersebut dan belum terlambat baginya untuk membetulkan semula kenyataan itu.
Menurutnya, beliau kecewa terhadap perubahan nada bekas Menteri Kewangan itu kerana ia bercanggah dengan kenyataannya 10 tahun lalu.
___________________________________________________
UCAPAN KU LI YANG TIDAK DI SIARKAN OLEH " UTUSAN DONGENG: : :
1) Pada sidang media selepas ceramahnya pula, Tengku Razaleigh menyifatkan Pengerusi UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai pengampu manakala Utusan pula adalah "akhbar dongeng".
“Jangan sebut nama itu depan saya. Mustapa pengampu Utusan dongeng,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Mustapa bahawa Kerajaan Pusat hanya akan membayar wang ehsan kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Ditanya konflik antara wang ihsan dan royalti beliau berkata, “royalti bukan wang ihsan dan wang ihsan bukan royalti, wang ihsan tidak wujud dalam perjanjian yang ditandatangani sebaliknya yang wujud hanyalah royalti.”
Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada Kerajaan Negeri untuk menolak atau menerima bayaran royalti atau wang ehsan.
2) Sambil menegaskan kehadirannya pada sesi penerangan malam ini mendapat perkenan Istana Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Negeri Kelantan berhak menerima royalti petroleum sebanyak 5% dan bukannya "wang ehsan" seperti yang terkandung didalam perjanjian antara Negeri Kelantan dengan Petronas.
“Saya maklum kepada Tuanku perkara ini, Tuanku perkenan. Pemangku Raja kata bagus Tok Li, bagus, beritahu rakyat perkara yang sebenar..!” kata beliau pada program penerangan isu tuntutan royalti di sini.
Justeru, Pengasas Petronas itu mengesahkan Kelantan berhak menerima bayaran wang royalti sebanyak 5% seperti yang termaktub didalam perjanjian antara Negeri Kelantan dengan Petronas. Pada masa yang sama Tengku Razaleigh juga berkata beliau tidak mempedulikan apa jua tohmahan orang berhubung kehadirannya malam ini.
-----------------------------------------------------
Kah..Kah..UMNO MACAM CACING KEPANASAN GARA2 STATEMENT KU LI....
Kah..Kah..RAKYAT TAHU DOH SAPA HOK CAKAP LEBONG...
Kah..Kah..NAMA BARU UTUSAN MALAYSIA IALAH "UTUSAN DOGENG"..BAPOK LEBONG..!!
Kah..Kah..LEPAH NING MAT SAID PULOK NOK JEMPUT KU LI MARI TRANUNG..!!
Kah..Kah..STOPA MAMAT TU.. MUKE JE NAPOK BAIK..TAPI BAPOK LEBONG..!!
Kah..Kah..ORANG JELI HABIH KENA LEBONG DI STOPA...
Kah..Kah..ORANG KELATE NOK ROYALTI BELAKO..CUMA STOPA NGAN AWE ADEK JAH HOK NOK DUIT EHSAN NYO..MENATE NYA GILO...LEPAH NING TAK DOK DOH LAH MUNG DUA EKOR NING...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment