
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, soal pengampunan atau sebaliknya terhadap bekas model Kartika Sari Dewi Shukarno tidak berbangkit.Ini kerana menurut beliau, asas hukuman tersebut bukan berdasarkan kepada hukuman Islam.

“Islam menetapkan hukuman sebat sebanyak 20 sebatan kepada orang Islam yang melakukan kesalahan meminum arak.“Tapi dalam kes Kartika hanya dikenakan enam sebatan sahaja. Dan enam itu sebenarnya bukan undang-undang Islam,” kata beliau ketika dihubungi petang ini.
“Kalau betul-betul hukuman itu dijalankan berdasarkan kepada hukuman Islam, maka 20 sebatan tak boleh diubah-ubah, mesti kena 20 juga.
“Enam sebatan itu adalah undang-undang yang diadakan di bawah kuasa pentadbiran syarak, bukan undang-undang Islam,” katanya.
No comments:
Post a Comment