Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 22, 2010

Raja Sesumpah Hidup Lagi...


Ezam Serah Dokumen Bukti Anwar Lindungi Skandal Bekas Presiden Bank Dunia Yang Juga Seorang Yahudi

Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Ezam M. Noor akan menyerahkan beberapa dokumen kepada parlimen yang mengandungi maklumat mengenai bukti Anwar bersubahat melindungi skandal Presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz dengan teman wanitanya.

Kata Ezam, beliau berharap dapat menyerahkan dokumen berkenaan kepada ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin malam Khamis ini dalam satu ceramah.

Bercakap kepada para pemberita di sini, Ezam berkata, maklumat tersebut berguna kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen yang akan mendengar siasatan ke atas Anwar yang dihadapkan ke jawatankuasa itu kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan 1Israel.

Menurut Ezam, seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Bank Dunia telah mengirimkan dokumen itu kepadanya dua hari lalu kerana tidak tahan dengan sikap hipokrit Anwar dalam menuduh Kerajaan Malaysia bersubahat dengan sebuah syarikat yang ada kepentingan dengan warga Israel sedangkan Anwar sendiri bersubahat dengan presiden Bank Dunia yang juga seorang Yahudi yang turut merancang perang ke atas Iraq.

Dalam skandal yang berlaku pada tahun 2001 itu, Wolfowitz telah menaikkan pangkat teman wanitanya sendiri yang bernama Shaha Ali Riza.Ekoran pendedahan pihak media berhubung skandal itu, Wolfowitz telah meletakkan jawatannya sebagai presiden Bank Dunia.

Bagaimanapun menurut Ezam, dokumen yang diperolehinya itu membuktikan, Anwar telah terlibat secara langsung dalam percubaan untuk melindungi Wolfowitz daripada skandal tersebut dengan bersubahat menerima Shaha Ali Riza untuk dipindahkan ke sebuah yayasan yang bernama The Foundation For The Future.

Yayasan tersebut dipengerusikan oleh Anwar sendiri ketika itu. Dan Anwar memperolehi jawatan tersebut atas rekomendasi Wolfowitz.Dan berdasarkan dokumen itu lagi, Shaha terus menerima gaji yang bebas cukai itu daripada Bank Dunia walaupun telah dipindahkan ke yayasan berkenaan.
-------------------------------------------------
Kah...Kah....LAMA MENYEPI..INGATKAN DAH MAMPUS....

Kah...Kah....RAJA SESUMPAH TERUS MENERUS DI PERKUDAKAN BN....

Kah..Kah.....INI MEsTI JELOUS KAT FIRAUN BESAR, PAKAR BEDAH OTAK..DEPA DAH KAYA..!!!

Kah...Kah....MANA DIA FIRAUN BESAR..??? TAK KAN TAK KELUAR STATEMENT PASAL ANWAR..???

Kah..Kah.....MANA DIA KONTRAKTOR PADANG GOLF...?? TAK KAN TAK DATANG TOLONG...???

Kah...Kah....STATEMENT KALI INI ..AMBIK DARI KOTAK YANG MANA..??? BERAPA BN BAYAR..???

Kah..Kah.....ZAID YANG BERTANDING..KENAPA ANWAR PULAK YANG KENA..!!!

Kah..Kah.....AIMAN TAK KISAH....SUKAR NAK PERCAYA BERITA ORANG FASIK...!!!

No comments:

Post a Comment