Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 3, 2010

Penat Lelah "SESUMPAH" Akhirnya Di Bayar UMNO-APCO

Jawatan menurut pandangan Islam adalah amanah. Ia tidak melantik seseorang melainkan atas sikap amanah dan adil. Amanah kerana ia melibatkan Allah dan Rasul. Ia juga melibatkan kepimpinan keatas umat Islam. Amanah terhadap harta benda dan negara umat Islam. Penerima jawatan juga perlu amanah. Bukan hanya amanah ketika mula dilantik tetapi istiqamah dengan sifat tersebut sehingga selesai tugas dan tanggungjawabnya. Adil dalam melantik kepimpinan adalah meletakkan seseorang pada tempat yang selayaknya. Perlantikan seseorang bukan atas kehendak nafsunya tetapi perkiraan dan perhitungan sebaik mungkin untuk melaksanakan tugas, khidmat dan mencurahkan bakti dan jasa. Ia bukan melantik kerana ia isteriku, anak-anakku, teman dan rakanku. Tetapi ianya juga adalah amanah yang turut dipersoalkan keatasnya kelak.

Rasulullah Saw ketika diminta diberikan jawatan oleh Abu Zar al-Ghifari, Baginda menolaknya dengan sabdanya:

يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا
Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah dan jawatan itu amanah. Dan di hari kiamat kelak merugikan dan penyesalan melainkan orang yang mengambilnya dengan haknya dan menunaikan segala tuntutannya. (Riwayat Muslim).

Hari ini bukan kriteria itu yang menjadi sempadan. Siapa yang paling kuat mengampu maka ia diberi pangkat dan jawatan. Siapa yang paling kuat akur kepada tuannya maka ia diberi kedudukan. Kalau inilah menjadi neraca, itulah tanda dan saat-saat kejatuhan. Kejatuhan beberapa kerajaan Islam kerana mereka dilingkungi oleh golongan pengampu yang menjadi penasihat dan pengampu, maka itulah tanda-tanda kejatuhan. Para pegawai yang paling banyak mengutip cukai untuk dipersembahkan kepada pemimpin nescaya mereka diberi kedudukan, maka orang yang paling zalim akan mendekati kepimpinan.

Masing-masing hanya mencari jalan bagi memperkukuhkan jawatan masing-masing dan mereka sanggup melacurkan diri mereka sendiri. Mereka sanggup menjilat ludah dan kahak mereka sendiri. Benarlah Rasulullah Saw bahawa golongan ini ada sepanjang zaman. Samada pembantu dan penasihat yang baik atau penolong yang buruk dan jahat.
-----------------------------------------------------
Kah...Kah.....INI ADALAH STARTEGI BIJAK DARI SESUMPAH....!!!

Kah...Kah......SESUMPAH MEMANG LICIK..CERDIK PULAK TU...!!!

Kah...Kah......KAWAN-KAWAN DALAM PKR TAK JELOUS KE...???

Kah...Kah......FIRAUN BESAR DAH TENTU MELALAK MINTAK NAJID LANTIK SENATTOR...!!!

Kah...Kah.....GENG DALAM UMNO-APCO MESTI TAK PUAS HATI...!!!

Kah...Kah.....KONTRAKTOR PADANG GOLF TAK TERLIUR KE NAK JADI SENATOR...???

Kah...Kah.....GOLDEN FROG APA CERITA...??? SENYAP JE..!!! TAK NAK JADI SENATOR KE..???

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH...HANYA ORANG YANG JUJUR DALAM KEHIDUPANNYA YANG LAYAK DI LANTIK SEBAGAI PENASIHAT..!!!

No comments:

Post a Comment