NAK HARAP YANG NI BELA WANITA...NO WAY..!!!
KALAU YANG NI...LAGI TAK BOLEH HARAP..!!!
Kelantan laksana cuti bersalin 90 hari tahun depan- Mlaysian Insider
Kerajaan Kelantan akan melaksanakan peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun depan berbanding dua bulan yang dikuatkuasakan sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar berkata peraturan baru itu bagi membolehkan kakitangan wanita mengambil masa lebih panjang menjaga anak dan keluarga dalam tempoh pantang bersalin itu.
“Kertas cadangan itu telah diperincikan di peringkat jawatankuasa portfolio saya dan akan diangkat ke mesyuarat Exco minggu depan sebelum diluluskan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Mingguan Exco, di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.
Menurutnya, pada dasarnya kerajaan negeri sudah lama bersetuju melaksanakan peraturan itu, tetapi mengikut prosedur ia perlu dibentangkan di peringkat mesyuarat Exco untuk mendapat kelulusan.
Ditanya sama ada peraturan baru itu boleh menjejaskan produktiviti kerja penjawat awam, Wan Ubaidah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang, berkata penjawat awam di jabatan kerajaan negeri ramai dan boleh membantu tugas kakitangan yang cuti bersalin.
“Oleh itu, kita tidak bimbang dengan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin 60 kepada 90 hari ini boleh menjejaskan produktiviti kerja kakitangan awam,” katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri terpaksa mengambil masa agak lama untuk meluluskan peraturan itu kerana ia melibatkan banyak implikasi, termasuk pencen kakitangan terbabit.
Beliau berkata, sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor dan Kedah memperkenalkan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin bagi penjawat awamnya.
“Kita memikirkan usaha melanjutkan tempoh cuti bersalin itu perlu bagi menjaga kebajikan dan kepentingan golongan kakitangan yang berkidmat dengan kerajaan negeri supaya dengan itu mereka dapat menjaga penyusuan anak dan keluarga dalam tempoh pantang itu,” katanya.
Langkah yang diambil kerajaan itu selaras dengan jawatankuasa yang dipengerusikannya untuk memartabatkan golongan wanita sebagai salah satu sayap penting dalam pembangunan negara. — Bernama
--------------------------------------------------------
Kah...Kah....INI BARU BETUL BELA WANITA......
Kah....Kah....90 HARI BARU BETUL-BETUL REHAT....
Kah...Kah.....DAH TENTU KERAJAAN 1 MALAYSIA AKAN IKUT JUGAK NANTI...
Kah...Kah.....KALAU SETAKAT NAK JAGA ANAK HARAM...BUKAN BELA WANITA NAMANYA...
Kah...Kah.....NAK HARAPKAN JUHI CHAWLA BANTU WANITA KAT MALAYSIA NI...??? LAIN TAHUN LA...!!!
Kah...Kah.....KALAU AJAK WANITA BERDEMO UNTUK BANTAH POLIGAMI...ITU BUKAN BELA....
Kah...Kah.....ITU NAK MENJAHANAMKAN KAUM WANITA SEBENARNYA....
Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH....HANYA ISLAM YANG MAMPU MEMBELA WANITA.....
May 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment