Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 5, 2010

Ampun Tuanku...Sembah Patik Harap Di Ampun......!!!


Tiada Hasrat Jual Tanah Kampung Baru Kepada Kaum Lain :Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk menjual walau seinci pun tanah di Kampung Baru di sini kepada kaum atau bangsa lain, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Malah, katanya kerajaan akan memastikan setiap pemilik tanah mendapat pulangan masing-masing apabila tanah mereka diserahkan untuk tujuan pembangunan.

"Seperti yang saya jelaskan, nisbah 60:40 hanyalah satu cadangan daripada pihak kerajaan dan ia sebenarnya bukan bermaksud menjual tanah sedia ada kepada bukan bumiputera atau pelabur asing mengikut nisbah tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, cadangan nisbah itu hanya akan diguna pakai apabila keseluruhan kawasan kampung berkenaan dibangunkan dengan pelbagai bangunan pencakar langit dengan mendapat persetujuan pemilik tanah.

Raja Nong Chik juga berkata, tidak ada seorang pun pemilik tanah yang akan dipinggirkan daripada proses pembangunan, bahkan setelah memiliki hartanah baru di kawasan berkenaan, mereka akan diberi peluang untuk menjual atau menukarkannya dalam bentuk saham atau pemilikan.

"Kita juga belum membuat sebarang keputusan sama ada unit-unit bangunan atau hartanah itu hendak dijual, disewa atau dipajak kepada bukan bumiputera atau syarikat asing.

"Cadangan nisbah itu sebenarnya bertujuan untuk memastikan pembangunan tersebut turut disertai oleh syarikat gergasi asing, khususnya dalam bidang perhotelan, pasar raya, bank dan sebagainya," katanya.

Katanya, jika pemilik tanah tidak bersetuju dengan nisbah yang dicadangkan itu, kerajaan bersedia untuk berunding sehingga satu persetujuan dicapai yang akan menguntungkan kedua-dua belah pihak. - BERNAMA
---------------------------------------------------
Kah...Kah...PATIK NAK TANYA..ISU KG. BARU DAH MUKTAMAD KE..???

Kah...Kah..NANTI CUKONG TAK MARAH KE...???

Kah..Kah...BERAPA KELAB MALAM AKAN DI BINA DI KG. BARU..TUANKU..!!!

Woittt.....INI BETUL-BETUL KE ATAU CUMA NAK SEDAP KAN HATI..???

Kah..Kah...SUSAH LAH NAK PERCAYA...IJAZAH PUN KAU TIPU INIKAN PULAK ORANG MELAYU...!!

Kah..Kah....MAT MONGGOL CAKAP MASIH BELUM MUKTAMAD...MALAON NI CAKAP MACAM DAH MUKTAMAD...!!!

Kah...Kah...NAMPAK GAYANYA MALAON NI MAIN HETAM SAJA...FLIP..FLOP.....!!!

Kah...Kah..AIMAN TAK KISAH...CUMA HARAP ORANG MELAYU JANGAN MUDAH TERTIPU...

No comments:

Post a Comment