Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 9, 2010

Berjudi Lah Yang Halal Jangan Yang Harammm...!!!


Sindiket judi bola raih pertaruhan lebih RM1 bilion-MKini

Polis mengenal pasti sekurang-kurangnya empat sindiket perjudian bola sepak dalam talian tanpa lesen telah bergiat aktif sejak beberapa tahun lalu, membabitkan wang pertaruhan lebih RM1 bilion.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis telah menubuhkan satu pasukan pada April lalu bagi memantau sindiket terbabit yang dipercayai didalangi beberapa individu termasuk yang bergelar Datuk dan mengandungi pakar teknologi maklumat.

"Kita sedang menyiasat sama ada sindiket ini mempunyai kaitan dengan sindiket antarabangsa atau tidak," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Mohd Bakri berkata, unit pemantau itu akan bekerjasama dengan Interpol bagi mengesan kegiatan itu di peringkat antarabangsa.

Bagi membanteras perjudian semasa Piala Dunia di Afrika Selatan yang bermula Jumaat ini, unit pemantuan itu telah melancarkan operasi dikenali sebagai Ops Soga (soccer games) di semua negeri sejak sebulan lalu.

Katanya, sindiket ITU dipercayai turut mengambil pelajar lepasan jurusan IT dengan memberi bayaran lumayan bagi menjalankan aktiviti itu.

Mohd Bakri berkata, sindiket itu turut menggunakan kafe siber sebagai tempat pertaruhan.

Katanya, sindiket itu juga dipercayai bersekongkol dengan along bagi memberi pinjaman kepada mereka yang ingin berjudi.

"Amaran saya kepada sindiket ini, polis akan terus mengesan kegiatan haram mereka habis-habisan," katanya.- Bernama
----------------------------------------------------------------
Kah...Kah....YANG HARAM MANA BOLEH...HANYA YANG HALAL SAJA...!!!

Kah...Kah....WALAUPUN JUDI HANYA YANG HALAL DI BENARKAN...!!!

Kah...Kah...JANGAN ENGKAR ARAHAN POLIS...PILIHLAH JUDI YANG HALAL...!!!

Kah..Kah....DEMI VINCENT TAN.. BERJUDI PADA YANG BERLESEN SAJA..!!!

Kah..Kah....POLIS MESTI TEGAS SUPAYA JUDI HARAM TAK BEROPERASI...!!!

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH...BILA ADA ILMU AGAMA..DAH TENTU BOLEH NILAI YANG MANA HARAM DAN YANG HALAL...

No comments:

Post a Comment