Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 8, 2010

Cerita Pilu Dari Johor...!!

SONGKOK ADALAH PAKAIAN PEMIMPIN MELAYU...

KANDANG LEMBU ADALAH TEMPAT TINGGAL ORANG MELAYU...

BANTUAN DIPROSES 2008 TETAPI SEHINGGA KINI TIADA JAWAPAN

BATU PAHAT: Daif dan usang, begitulah keadaan rumah sepasang suami isteri, Mohd Yusof Alam, 55, dan Halimah Abdullah, 49, di Kampung Parit Lapis Batu Puteh, Simpang Lima, Parit Sulong, di sini.

Keadaan rumah pasangan berkenaan yang sudah hampir berusia 52 tahun itu juga sudah tidak sesuai didiami berikutan terpaksa berhati-hati apabila memijak lantai kayu rumah berkenaan akibat beberapa beluti lantainya akan bergoyang ketika berjalan di atasnya.

Malah, pasangan suami isteri itu sehingga kini masih meniti titian usang dan tidak stabil yang merintangi parit di hadapan rumah mereka untuk keluar masuk setiap hari walaupun hampir kesemua penduduk kampung berkenaan sudah membina titian daripada konkrit.

Halimah berkata, mereka suami isteri reda dengan ketentuan takdir hidup yang dihimpit kemiskinan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Kami tidak mempunyai pelajaran kerana bersekolah setakat darjah enam saja apatah lagi hanya pakcik saja yang bekerja mengambil upah mengait sawit di kebun orang dengan pendapatan kira-kira RM200 sebulan dan wang itu digunakan untuk perbelanjaan harian.

"Makcik ada sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Bagaimanapun, makcik akan tetap menemani pakcik mengait buah kelapa sawit jika keadaan mengizinkan," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Makcik sebenarnya segan hendak meminta-minta, sebab itu kami suami isteri mendiamkan diri dan reda terhadap ujian tuhan ini.

Nota

"Berita ini bukan dari Harakah atau Suara Keadilan tapi dari Berita Harian. Daif dan usang, begitulah keadaan rumah sepasang suami isteri di Batu Pahat. Keadaan rumah berusia 52 tahun terpaksa berhati-hati apabila memijak lantai kayu rumah berkenaan akibat beberapa beluti lantainya akan bergoyang ketika berjalan di atasnya
-------------------------------------------------------------
Kah..Kah....MEMANG SAH JOHOR DAH NAK BANKRAP...!!!

Kah...Kah...NEGERI PALING KUAT UMNO DALAM DUNIA PUN MASIH ADA RAKYAT YANG HIDUP MEREMPAT...!!

Woittt.....DOK BANGGA DENGAN NUSAJAYA...RAKYAT HIDUP SUSAH TAK UBAH MACAM HAMBA..!!

Kah...Kah..MANA PEGI DUIT HASIL JUAL PASIR...??

Kah...Kah...MANA PEGI DUIT HASIL JUAL AIR...???

Kah...Kah...TAK KAN SIMPAN DALAM SONGKOK...!!!

Kah..Kah...INI MESTI GENG SONGKOK SENGET YANG TIBAI DUIT...!!!

Kah..Kah...KALAU TAK TIBAI...TAKKAN RAKYAT HIDUP MELARAT...!!!

Kah..Kah...RUMAH GENG SONGKOK SENGET MACAM ISTANA...RUMAH RAKYAT MACAM KANDANG LEMBU...!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...SUSAH MACAMANAPUN RAKYAT JOHOR WAJIB PANGKAH BN..KALAU TAK SOKONG BN NANTI BERDOSA BESAR

No comments:

Post a Comment