Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 18, 2010

Kambing Hitam Untuk Korban...!!!

Ini Kambing Hitam...!!!
Ini Pun Hitam..!!!Ini Manusia..Tapi Terpaksa Jadi Kambing Hitam..Kesian..!!

PEGUAM : SARJAN TUDM JADI KAMBING HITAM KES JET ENJIN – MInsider

Peguam keluarga Sarjan N. Tharmendran, yang kini menghadapi tuduhan mencuri dua enjin jet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), mahu mendedahkan semua dengan membuat laporan polis berhubung layanan buruk diterimanya ketika dalam reman.

Lawyer N. Surendran memberitahu The Malaysian Insider bahawa anak guamnya dijadikan “kambing hitam” apabila dikenakan tuduhan bersubahat dan mencuri enjin-enjin pesawat jet F5 TUDM dan ditahan reman di Penjara Sungai Buloh.

“Dia hanya seorang staf berpangkat rendah dan kami percaya tuduhan ke atas dia hanya bertujuan melindungi pihak tertentu,” kata Surendran.

TUDM mengesan kehilangan enjin jet dan rekod penyelenggaraan pada 22 Mei 2008 dan laporan polis dibuat pada 4 Ogos tahun yang sama.

Kehilangan itu dilihat sebagai isu besar yang memalukan dan menjejaskan nama kerajaan ekoran siri peristiwa menimpa Kementerian Pertahanan.Najib Razak berjanji tidak akan ada sebarang usaha untuk menutup kes tersebut.Surendran mendakwa anak guamnya itu dipaksa membuat pengakuan mencuri enjin-enjin itu.
--------------------------------------------------------
Kah...Kah.....BILA HITAM MESTI JAHAT....BLACK MARKET...!!!

Kah...Kah....BILA HITAM MESTI HODOH....MACAM BUDAK HITAM...!!!

Kah..Kah.....BILA HITAM MESTI HARAM...MACAM BLACK MONEY..!!!

Kah...Kah....ORANG JAHAT MESTI ANGKUT DENGAN BLACK MARIA...!!!

Kah...Kah....TAPI ADA JUGAK HITAM YANG CANTIK...MACAM HITAM MANIS...!!!

Kah..Kah.....KADANG-KADANG HITAM ITU BAIK...MACAM KAMBING HITAM....!!!

Kah...Kah....KALAU ADA KAMBING HITAM ..MESTI ADA KAMBING PUTIH...!!!

Kah..Kah....KAMBING PUTIH MESTI TERLEPAS...SEBAB DIA BERSIH...!!!

Kah..Kah...TAPI SEBENARNYA KAMBING PUTIH LAH YANG JAHAT DAN PALING KOTOR...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...RAKYAT YANG BARU LAHIR SEMUANYA ADALAH PUTIH BERSIH...KERAJAANLAH YANG AKAN MENCORAKKANNYA SAMAADA AKAN JADI HITAM ATAU KEKAL PUTIH..!!!

No comments:

Post a Comment