Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 23, 2010

Lu Pikir Lah Sendiri...!!!


Bukan kerana Rosmah Penerbit NTV7 Berhenti?

Kata Joseph Salang..

"Ketika menggulung ucapan penangguhan oleh Tian Chua (PKR-Batu) yang bertajuk “Kembalikan Kebebasan Media Serta-Merta” pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang telah berkata dakwaan Tian Chua bahawa Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor campur tangan dalam pengurusan stesen penyiaran NTV7 sehingga menyebabkan seorang penerbitnya meletak jawatan, adalah tidak benar dan tidak berasas.

Dibawah ini ialah kenyataan dibacakan oleh penerbit yang dimaksudkan iaitu Joshua Wong dalam satu sidang media yang telah dilakukan di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor untuk membuat pendedahan tersebut

Kenyataan perletakan jawatan

Saya telah meletakkan jawatan sebagai Penerbit rancangan forum Editor's Time, pada 20 April 2010 untuk menunjukkan ketidakpuasan saya sekeras-kerasnya terhadap syarikat media yang saya berkhidmat.

Saya tidak berpuas hati apabila pihak syarikat mengenakan sekatan yang tidak wajar terhadap pemilihan panelis dan topik perbincangan untuk rancangan Editor's Time, setelah menerima aduan daripada pihak Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri. Aduan itu diterima selepas rancangan yang dirakamkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ini disiarkan. Sekatan dikenakan tanpa siasatan yang menyeluruh dan adil.

Sekatan-sekatan ini termasuklah:-

Pertama, Jangan bincang isu politik;

Kedua, Jangan mengundang pembangkang sebagai panelis, termasuk ahli parlimen DAP Tony Pua untuk membincangkan Model Ekonomi Baru; dan

Ketiga, Jangan bincangkan isu "PRK Hulu Selangor" seperti yang dijadualkan dalam rancangan pada 22 April.

Ketiga-tiga sekatan ini kurang wajar, malah bertentangan dengan autonomi editorial. Sekatan yang dikenakan terhadap rancangan ini merupakan self-censorship (menapis-diri), bercanggahan dengan prinsip profesional media. Keputusan ini merupakan hukuman terhadap rancangan ini, dan menjejaskan profesional pasukan penerbitan rancangan ini.

Nota SK :

-Jadi apa yang tidak berasas?
- Tuduhan Tian Chua tidak berasas atau
- Dakwaan Tian Chua tidak berasas itu sendiri tidak berasas?

No comments:

Post a Comment