Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 19, 2010

Syuhada' Mawimara...



1) Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.

2) Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.

3)Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

4)Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.

5)Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.

6)Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

7)Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

8)Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.

9)Furqan Dogan 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik

Turki mahu rejim Zionis mohon maaf pembunuhan aktivis-BHairan

ANKARA: Turki tidak akan menghantar semula dutanya ke Tel Aviv jika Israel tidak memohon maaf kepadanya atas serangan maut terhadap kapal bantuan antarabangsa yang dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza akhir bulan lalu.

Ankara mahu Israel memohon maaf kepadanya di atas serangan yang mengorbankan lapan warga Turki dan seorang warga Amerika Syarikat keturunan Turki itu dan juga memulangkan kapal yang dirampas. “Ia juga mahu Tel Aviv menyetujui agar siasatan antarabangsa dilancar berhubungan serangan itu dan mangsa dibayar pampasan,” kata seorang pegawai kerajaan Turki. Serangan ke atas kapal Mavi Marmara pada 31 Mei lalu mencetuskan kecaman antarabangsa ke atas Israel, sehingga menyebabkan rejim Zionis itu semalam melonggarkan sekatannya terhadap semenanjung Gaza. - AP

Nota :

Marilah kita mensedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada para syuhada' ini semoga rohnya berada bersama para syuhada' yang lain yang di janjikan syurga oleh Allah SWT.

No comments:

Post a Comment