Jun 13, 2010
Jelas..Sahih & Muktamad...!!!
PAS Tidak Mahu Tanggung " Biawak" Hidup-Harakah
PENGKALAN CHEPA, 13 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana tidak mahu menanggung "biawak hidup" dan yakin tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.
Berucap sewaktu penangguhan Muktamar Tahunan kali ke-56 di Pusat Tarbiayah Islamiah Kelantan (Putik) hari ini, beliau juga berkata, Umno juga telah rosak akibat amalan rasuah yang berleluasa diamalkan mereka.
"Kita menolak perpaduan dengan Umno. Perpaduan menanggung biawak hidup, menyanjung rasuah," katanya.
Keburukan Umno juga katanya turut diakui bekas pemimpin mereka sendiri yang melihat Umno sudah tiada masa depan.Umno juga katanya sudah jelas ditolak rakyat semenjak PRU ke-12 lalu.
"Tak ada pasal-pasal kita nak pikul orang yang sakit sampai ke usus ini," katanya lagi.Menjelas lanjut pada sidang media selepas itu, ustaz Hadi mengulangi penegasannya bahawa PAS menolak perpaduan dengan Umno.
Ianya antara lain kerana Umno juga mengamalkan perkauman sempit. "Gagasan dengan BN tak boleh selesai masalah kerana mereka masih tebal dengan perkauman malah dibejati dengan rasuah," tegasnya
---------------------------------------------------------------
Kah...Kah...INI SUDAH BAGUS...JELAS & TEPAT...!!!
Kah..Kah...INI KENYATAN BERANI DARI OARNG YG MEMANG BERANI...!!!
Woittt....MACAM INI LAH PERSONALITI PEMIMPIN YG WAJIB KITA PILIH.....!!!
Kah..Kah...PEMIMPIN MESTI CAKAP JELAS-JELAS.....!!!
Kah..Kah...ADA TERIMA KA...ATAU TAK ADA TERIMA KA.....!!!
Woitttt....INI LAH PEMIMPIN NEGARA MASA DEPAN...!!!
Kah...Kah.. BUKAN MACAM MAT MONGOl...SEMUANYA MASIH KLUK..KLEK & BELUM MUKTAMAD...!!!
Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...SELAIN BERIMAN, WARAK...PEMIMPIN HENDAKLAH ADA KARISMA DAN TEGAS DALAM YENTUKAN SESUATU DASAR...!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment