Jul 9, 2010
1 Malaysia Terus Di Jumudkan....!!!
Harakah pula digantung? -MKini
Pihak pengurusan Harakah sedang mengendalikan isu permit akhbar itu yang tamat 7 Julai semalam dan belum diperbaharui oleh kementerian dalam negeri hingga kini.
"Isu ini sedang dikendalikan oleh pengurusan Harakah," kata pengerusi jamaah pengurus Harakah, Datuk Mustafa Ali yang juga setiausaha agung parti itu dalam kenyataan ringkasnya.
Namun, seperti 'rakannya' Suara Keadilan, sidang pengarang lidah rasmi PAS, juga akan tetap menerbitkan akhbar mereka - Harakah - seperti biasa.
Pemangku ketua pengarang Harakah Taufek Yahya berkata pihaknya membuat keputusan itu memandangkan surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang baru diterimanya tengah hari ini tidak melarang tindakan itu.
"Kita cetak macam biasalah. Dalam surat itu dia tidak halang kita cetak," katanya.
Harakah hari ini dilaporkan diberi tujuh hari mulai kelmarin bagi menjawab surat tunjuk sebab daripada KDN berhubung pelbagai isu berkaitan syarat penerbitan termasuk kegagalan menghantar lapan salinan bagi setiap keluaran akhbar itu.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam dipetik berkata kegagalan akhbar itu menjelaskannya dengan memuaskan boleh menyebabkan permohonan permit penerbitannya yang tamat semalam menemui masalah.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Taufek berkata akhbar dua kali seminggu itu akan berada dalam pasaran pada Isnin depan.
"Edisi Jumaat telah pun dicetak dan diedarkan," kata Taufek yang mendakwa telah memohon memperbaharui semula permit penerbitannya pada April lepas.
Nota :
Kalau boleh kerajaan pun nak sekat sekali berita yang terdapat dalam dunia siber...
Namun iannya tidak mungkin dapat di lakukan....tapi tidak mustahil ianya akan di laksanakan....
Kalau terlaksana ..maka sah lah malaysia adalah sebuah negara yang berorientasikan fahaman komunis dan bukan lagi demokrasi seperti yang di war-warkan...
Hanya kerajaan yang berfahaman komunis saja yang akan menyekat rakyatnya dari mengetahu berita sebenar dan lebih suka jika rakyatnya bodoh, bebal. bahlol, tolol, bangang dan jumud....
Bila rakyat dah bebal senanglah si pemerintah nak tipu dan perbodohkan rakyat...itulah tujuannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment