Jul 6, 2010
Anggota BOMBA Sepatutnya Belajar Ilmu Ular....
'Raja Ular' bantu bomba tangkap tedung 4 meter-MKini
Seekor ular tedung selar berukuran empat meter yang melingkar di atas pokok berdekatan Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Green Lane ditangkap oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dengan bantuan Raja Ular, Shaiful, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Skein Cit Banchong, berkata bantuan Shaiful diperlukan kerana ular itu amat berbisa dan sukar ditangkap jika hanya menggunakan penjerut.
"Pada mulanya selepas menerima panggilan pada pukul 2.35 petang, pihak bomba bergegas ke tempat kejadian dengan beberapa anggota tetapi kami terpaksa menghubungi Raja Ular untuk membantu kerana keadaan terlalu bahaya," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.
Ular itu dipercayai tersesat dari hutan di belakang sekolah itu. Ianya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
Guru besar sekolah itu, Mariani Yusaof berkata, pihaknya menyedari kehadiran ular itu apabila terdengar bunyi bising daripada kicauan burung.-Bernama
Nota :
Anggota BOMBA sepatutnya di dedahkan dengan ilmu bermain dengan ular...
Sebagai penyelamat BOMBA perlu mahirkan diri dengan ilmu penyelamat yang sebenar...
Dalam Sebuah hospital..tentu ada doktor pakar..
Begitu juga dengan BOMBA..sekurang-kurangnya mesti ada seorang yang pakar bagi setiap balai yang mahir dalam bermacam ilmu seperti ular dan sebagainya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment