BUBAR DUN: PAKATAN SELANGOR TIMBANG BERI NOTIS AWAL – MInsider
Pakatan Rakyat (PR) Selangor dijangka akan menggunakan pendekatan memberi notis memanggil pilihan raya umum negeri - amalan julung kali digunakan jika menjadi kenyataan.
Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat pimpinan PR Selangor pada 19 Julai lalu.
Malah pada mesyuarat itu PR juga telah memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jikapun Barisan Nasioanl (BN) memanggil pilihan raya umum tergempar di peringkat pusat dalam waktu terdekat.
Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir memberitahu The Malaysian Insider, pihaknya mahu mengamalkan pendekatan baru ini bagi menyuburkan prinsip demokrasi di negara ini dengan memaklumkan semua pihak bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh tertentu.
“Misalnya, kami mengambil ketetapan bahawa enam bulan sebelum DUN dibubarkan untuk diadakan pilihan raya umum negeri, kami akan memaklumkan kepada umum bahawa pilihan raya negeri akan diadakan.
Nota:
Ini adalah permulaan amalan demokrasi.
Bila kerajaan Namrud nak buat pilihanraya
tergempar – jangan kita ikut.
Itu semua adalah tatik mereka untuk menipu. jangan terperangakap.
Berbeza sekali bila kerajaan pakatan rakyat akan beritahu 6 bulan atau
lebih awal bila pilihanraya negeri akan diadakan. ini
adalah untuk persediaan bukan untuk menipu.
BN selalu buat pilihanraya waktu subuh, waktu
orang naik haji, waktu musim tengkujuh – semua ini trik
untuk memastikan mereka terus berkuasa.
Kenapa tak beritahu orang ramai bila pilihanraya akan diadakan?
Kenapa tidak di tetapkan tarikhnya lebih awal?
Kali ini semua akan berubah. dengan wujudnya negeri di
bawah pakatan rakyat maka banyak kemungkinan ciri
dan aura demokrasi akan mula diperkenalkan.
Jul 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment