Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 5, 2010

Dewa Brahmin Tetap Di Pertahan....


PENYOKONG SAMY VELLU SERBU PERHIMPUNAN GAS DI KLANG – MInsider

Perhimpunan kedua Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) di sini petang ini berhadapan dengan kekecohan apabila sekumpulan 50 pemimpin MIC, yang merupakan penyokong kepimpinan S. Samy Vellu menyerbu dan mengganggu perjalanan kempen itu.

Kumpulan itu muncul kira-kira 1 tengah hari sebelum perhimpunan GAS bermula dengan memaksa orang ramai daripada memasuki Dewan Dato Hamzah - lokasi program itu dianjurkan.

Sekitar pukul 2 petang kumpulan itu dan penganjur berhadapan dengan ‘perang mulut’, sekali gus menyebabkan pergelutan di kalangan mereka.

Kumpulan itu yang dipercayai diketuai oleh tiga lelaki iaitu Ketua Penerangan MIC Selangor L. Siva Subramaniam dan dua ketua cawangan dengan salah seorang dikenali sebagai “Taman Maznah” Chandran dan Dharmalingam, bekas MIC Bahagian Klang, turut menolak dan menghalang orang ramai yang mula memasuki Dewan Dato Hamzah.

Dharmalingam juga merupakan pengarah Lembaga Pelabuhan Klang yang pelantikannya dibuat atas syor Presiden MIC.

“Jangan anda berani bercakap mengenai MIC. Jangan mencemarkan nama Samy Vellu. Keluar dari dewan, hentikan perhimpunan ini,” jerit anggota kumpulan penyokong Samy Vellu ini dengan menuju ke arah pentas.

Pergelutan dan pertikaman lidah turut tercetus di dalam Dewan Dato Hamzah.
-----------------------------------------------------------------------
Woitttt....INI TAK PELIK...INI SUDAH JADI TRADISI DAN BUDAYA MIC.....!!!

Kah..Kah... BALING KERUSI....BERTENGKAR....ITU PEKARA BIASA....!!!

Kah...Kah...DEWA BRAHMIN DI TENTANG SENGIT OLEH DEWA GAS....!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....INGATKAN HARTA SAJA BOLEH DI WARISI..PARTI PUN NAK KENA WARISI JUGAK...YANG MELOPONGNYA ADALAH HINDU..!!!

No comments:

Post a Comment