Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 7, 2010

Ya Ampunnn,,,,Cakaplah Siapa yang Bersalah....???


PI Bala dakwa Razak Baginda tak bersalah -MKini

Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini mendakwa bahawa penganalisis pertahanan, Abdul Razak Baginda tidak bersalah dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Balasubramaniam ( tengah) membuat kesimpulan tersebut kerana beliau masih berkhidmat untuk Abdul Razak sehingga 26 Oktober 2006 untuk menghalang Altantuya daripada mengganggunya.

Altantuya hilang pada 19 Oktober 2006."Dia tidak ada kaitan dengan kes ini ... pada saya, orang ini tidak bersalah," kata Balasubramaniam dalam sidang akhbar di London hari ini.

Abdul Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat dengan dua anggota polis - cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar - dalam pembunuhan Altantuya pada 31 Oktober 2008. Azilah dan Sirul telah dijatuhi hukuman mati atas kesalahan tersebut.

Abdul Razak sebelum ini merupakan teman karib timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sidang akhbar hari ini, yang bermula pada jam 11 pagi (7 malam waktu Malaysia), pada awalnya dirancang untuk membincangkan isu-isu yang dibangkitkan dalam wawancara dijadualkan antara Balasubramaniam dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Walaupun wawancara itu dibatalkan secara tiba-tiba oleh SPRM, tetapi Balasubramaniam dan para peguamnya meneruskan dengan sidang akhbar tersebut untuk menyatakan peranannya sebelum dan selepas kehilangan Altantuya.

Balasubramaniam juga mendedahkan bahawa dia akan bertemu dengan pihak berkuasa Perancis pada 12 Julai, yang akan menyoalnya mengenai dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dari syarikat Perancis, DCN.

Bulan lalu, pihak berkuasa Perancis mula menyiasat DCN berhubung dakwaan pembayaran komisyen dalam beberapa urusniaga pembelian senjata, yang tidak dibenarkan di bawah undang-undang Perancis.
---------------------------------------------------
Woitttt....APA NI BALA...JANGAN LAH BIKIN SUSPEN....!!!!

Kah....Kah...TOLONG LAH...1 MALAYSIA TERNANTI-NANTI...SIAPA YANG BERSALAH...!!!

Kah...Kah....BALA..PLEASE...1 MONGOLIA TERNANTI-NANTI MALAON MANA YANG BUNUH ALTANTUYA...!!!

Kah...Kah...BALA YOU TAK PATUT BUAT POLIS KAT MALAYSIA JADI MACAM NAK SASAU...!!!

Kah...Kah...MENANTU AYAH DAH PUN TIBAI POLIS MALAYSIA TAK JALANKAN TUGAS...!!!

Kah...Kah...YOU KENA HATI-HATI BALA...SEMPADAN KUASA POLIS MALAYSIA SEKARANG DAH SAMPAI LONDON....!!!

Kah...Kah...SATU RAZAK DAH TAK BERSALAH...TINGGAL SATU LAGI RAZAK...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....RAMAI DAH AGAK ASIRUL & AZILAH TU CUMA PAK TURUT JE....TERPAKSA JADI KAMBING...PERSOALANNYA SIAPA YANG SURUH...??? KITA TUNGGU...!!!

No comments:

Post a Comment