Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 24, 2010

Altantunya Kena C-4, Khairul Kena C-8


Kita pun masih tidak lupa bagaimana mayat Altantunya hancur berkecai dengan daging berterabur sehingga melekat keatas pokok. Misteri adegan wayang yang jelas disebalik mahkamah itu menyaksikan bagaimana bom C-4 dari pihak keselamatan Negara digunakan. Nampaknya sekali lagi pokok menjadi tempat tersangkutnya mayat seorang kanak-kanak Tadika berusia 6 tahun dari Chabang Tiga, Kuala Terengganu akibat angkara stor simpanan bunga api dan mercun meletup.

Apa nak jadi Terengganu ku!. Zaman Mat Said ni selalu timbul isu dan berita sensasi. Selepas isu Tok Mek Wook, isu simbah asid dan kini di bulan Ramadhan yang sepatutnya hening ini menyaksikan kanak-kanak pula meninggal dalam keadaan menyayat hati. Mangsa yang maut Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Taman didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin di sini, dikatakan tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok yang berhampiran dengan rumah itu akibat letupan kuat tersebut kira-kira pukul 12.30 tengahari. Seorang saksi Nor Shafli Azhar, 36, berkata mayat Khairul Arif yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, tersangkut di atas pokok berdekatan telah diturunkan oleh orang ramai sebelum membawanya ke hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

"Apabila sampai saya mendapati rumah berkenaan rosak teruk dengan sebahagian dinding rumah tercabut dan berandanya runtuh. Dua orang lelaki turut terbaring di luar rumah dalam keadaan cedera parah, kaki seorang lelaki hampir hancur, selain mengalami kecederaan di bahagian badan manakala seorang lagi mangsa juga mengalami kecederaan parah di bahagian kaki," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd Shukri Dahlan yang turut melawat tempat kejadian, mengarahkan satu siasatan terperinci dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kejadian selain jenis bahan letupan dan individu yang terlibat.

"Kita akan meminta bantuan Unit Forensik dan Unit Bom dari Kuala Lumpur untuk membantu menyiasat dalam kes ini," katanya. Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Lepas isu C-4 kini Seksyen-8. Tapi mungkin kerana tidak terlibat dengan ahli politik atau orang berkuasa, rasanya tanpa gangguan dan gangguan tangan ghaib, pihak polis Malaysia amat cekap sekali menyelesaikan kes seperti ini. Tidak berbelit-belit dan akan segera tertangkap mereka yang terlibat. Apatah lagi unit bom dari KL memberi bantuan. Kita mengharapkan pihak terlibat dapat dikenakan tindakan tegas dan sewajarnya memandangkan seorang kanak-kanak yang tidak berdosa telah menjadi mangsa dibulan ramadhan yang mulia ini akibat terlibat dengan benda-benda yang terlarang.

Nota :

Apapun buat rakyat Malaysia seolah dah jadi trauma. Teringat-ingat apabila setiap kali timbulnya berita yang melibatkan bahan letupan. Rakyat tak akan tutup file isu keadilan buat Altantunya. Ia sentiasa menjadi ingatan. Apatah lagi setiap kes yang melibatkan bom dan kecederaan. maka rakyat akan teringat dengan Altantunya. Teringat dengan C-4

No comments:

Post a Comment