Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 16, 2010

Anak Altantuya Sudah Lama Beraya Tanpa Ayah & Ibu Di Sisi......!!!

Najib lewat: 2 jam, ibarat 20 hari, kata Rosmah -MKini

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menasihati isteri dan keluarga anggota tentera yang terpaksa bertugas di dalam dan luar negara semasa Aidilfitri supaya bersabar dan tabah menghadapi
situasi tersebut.

Katanya, beliau sebagai seorang isteri begitu memahami perasaan apabila suami yang juga ketua keluarga terpaksa meninggalkan keluarga demi menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada negara meskipun pada sambutan Aidilfitri.

"Percayalah, saya pernah melalui situasi yang sama ketika suami saya (Datuk Seri Najib Tun Razak) pada ketika itu bertugas sebagai Menteri Pertahanan terpaksa meninggalkan saya di Rome disebabkan beliau ingin menyambut Hari Raya dengan anggota tentera kita yang bertugas di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bosnia Herzegovina.

"Ketika dalam perjalanan pulang, helikopter yang dinaiki beliau 'delay' (lewat) dua jam disebabkan ada anggota rombongan yang sesat dan dalam masa dua jam itulah saya ni cukup risau memikirkan keadaan suami saya dan masa dua jam tu pula terasa lama, ibarat macam 20 hari," kata Rosmah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada anggota tentera di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Nota :

Bila tiba musim perayaan...kaum keluarga angkatan tentera lah yang selalu mendapat perhatian...
Anggota tentera malaysia hanya pergi bekhidmat dengan panji PBB di seluruh dunia...
Tapi tak terfikirkah kita bahawa sudah berapa tahun anak Altantuya Shariibu yang di bunuh dengan kejam menghadapi hari-hari pentingnya tanpa seorang ibu di sisi apatah lagi kehadiran seorang ayah...!!! Tak Terfikirkah kita semua ini...???
Suami atau isteri ATM hanya pergi berkhidmat dan insyaAllah akan kembali semula ke pangkuan keluarga mereka...
Tapi Altantuya telah pergi dan tak mungkin akan kembali lagi...
Apa perasaan anaknya bila mengenangkan hal ini, lebih-lebih bila dia tahu bahawa maknya telah di bunuh dengan kejam sekali di Malaysia negaraku...!!

No comments:

Post a Comment