Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 29, 2010

Orang Putih Sudah Balik...Kini Tinggal Yang Hitam Putih....!!!

Ini Bukan Semangat Merdeka...Ini Bangang Namanya...!!!

-Sumber : Merdeka Review

Seminggu sahaja lagi kita akan menyambut kemerdekaan tanahair kita yang ke-53. Lalu berkumandanglah lagu-lagu patriotik di saluran radio dan televisyen milik kerajaan dan juga "sedikit" bantuan daripada media-media aliran utama yang dimiliki oleh gabungan parti-parti politik pemerintah.

Rakaman video bersejarah peristiwa penurunan Union Jack dan laungan kemerdekaan oleh Tunku, dan iklan-iklan menarik beberapa syarikat yang ditubuhkan kerajaan diulang-tayangkan seolah-olah ada pesanan "subliminal" yang hendak ditanam dalam minda rakyat.

Bendera Malaysia yang dikenali sebagai Jalur Gemilang yang "kebetulan" menyerupai bendera Amerika Syarikat yang dikenali antara lainya sebagai "The Stars and Stripes", anehnya nama bendera pun lebih kurang maksudnya. Jika difikirkan nama Negara pun lebih kurang juga, cuba bandingkan The United States of America dengan The Federation of Malaysia.

Jalur Gemilang yang berkibaran semakin berkurang

Sejak minggu lepas lagi sudah kelihatan Jalur Gemilang dikibarkan di premis-premis perniagaan, dan bangunan-bangunan kerajaan dan korporat besar. Jalur Gemilang kita "sebenarnya" berasaskan bendera Malaya yang diluluskan oleh King George VI pada 19 May 1950.

Namun entah mengapa beberapa tahun kebelakangan ini semakin kurang bilangan Jalur Gemilang yang dikibarkan, semakin kurang perayaan Kemerdekaan diadakan, dan yang diadakan pun kurang mendapat sambutan berbanding zaman-zaman Mahathir Mohamad memegang tompok pimpinan.

Sebaliknya semakin banyak tunjuk perasaan dan demonstrasi yang membantah tindakan-tindakan kerajaan. Kerajaan pula terus mengambil tindakan keras terhadap perkara-perkara seremeh komik. Pada bulan Jun yang lalu, Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan buku terbitan Malaysiakini oleh kartunis popular Zulkifli Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai Zunar, mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Di dalam sebuah "negara merdeka" ini, kita masih terkongkong dengan Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Polis, Akta Fitnah, Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua akta ini (antaranya) secara terang menyekat kebebasan manusia dan bercanggah dengan hak asasi manusia.

Rakyat juga sudah kreatif dalam melahirkan ketidakpuasan mereka. Ramai yang memblog akan ketidakpuasan mereka, ada yang mengubah lagu melahirkan ketidakpuasan mereka, ada pula yang berkomedi, tidak kurang yang membuat pementasan theater, ada yang membuat filem, ada yang membuat dokumentari, ada pula melukis

Nota :

Nampaknya rakyat malaysia dah tak berapa minat nak sambut merdeka...
Tak tahulah kenapa sebabnya...???
Bagi SK...ini adalah kerana rakyat merasakan yang diri mereka di anaiai...
Dalam keadaan yang tak ubah seperti hidup di bumi asing...
Buat apa hidup merdeka..sedangkan dari PM sampai JKKK...semuanya melayu...
Tapi melayu merasakan mereka telah di tipu melayu....
Semangat kemerdekaan terus menjadi layu khususnya pada diri orang melayu...

No comments:

Post a Comment