PELAJAR IPT TETAP DI LARANG BERPOLITIK - berita hairan
Kerajaan tetap mengekalkan larangan berpolitik kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam walaupun ada gesaan supaya mahasiswa dibenarkan terbabit secara aktif dalam parti politik.
Muhyiddin Yassin, berkata pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebelum ini sudah memadai kerana ia memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa untuk bersuara di kampus.
Larangan itu kekal. Tidak ada perkembangan terbaru mengenai cadangan membenarkan mahasiswa berpolitik. Mereka terikat dengan AUKU yang sebenarnya sudah dipinda dan memberi agak lebih kebebasan untuk mereka bersuara
Nota:
Anak muda pelajar dan mahsiswa jangan buang masa
Jangan hantar memo...
Jangan jumpa meja bulat....
Hanya ada stu jalan saja lagi....
Ramai ramai pergi daftar jadi pengundi
Kita sama humbankan gerombolan
Bukan sahaja AUKU akan dimansuhkan
Malah kita akan turut selamatkan negara ini
Aug 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment