Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 23, 2010

JANGAN MAIN API DAN BUNGA API



masjid di bakar
surau di sembah chat
kepala babi di lempar ke tepi masjid
semua dilakukan dengan harapan
orang melayu akan kembali menyokong

berita dialih
hijau jadi kuning
puteh jadi hitam
berita dibuat
tak ada jadi ada

dengan harapan orang melayu akan menyokong
pembakaran masjid
dengan harapan orang melayu akan menyokong
pelucahan surau
dengan harapan orang melayu akan menyokong
kepala babi

selama lima puluh tahun
orang melayu di tipu
selama lima puluh tahun
mereka mengakui membawa merdeka
selama lima puluh tahun
mereka klim membantu yang perlu

lima puluh tahun
mereka kenduri kendara
lima puluh tahun
mereka bercanda berpesta
lima puluh tahun
mereka merompak negara
lima puluh tahun
mengumpul harta
lima puluh tahun
menkaya anak bini dan kroni

31 ogos bukan hari malaysia
gerombolan bukan membawa merdeka

tanpa sopan
tanpa malu
bendera simbol negara hasil ciplak
tanpa sopan
tanpa malu
lagu negara ku hasil ciplak

masanya telah sampai
kita membangunkan negara baru
masanya telah sampai
kita buang semua yang layu
kita lahirkan yang baru yang segar

ancungkan tangan ke langit
laungkan lagu demokrasi
di hadapan penjara musuh
di belakang rakyat yang ampuh
tidak ada jalan lain
ayuh !

No comments:

Post a Comment