Aug 26, 2010
Kurma Segar Edaran Said Taiyyob....!!!
KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said hari ini 25 Ogos, mengumumkan akan meneruskan pengagihan kurma dan zam-zam, walaupun telah dikritik hebat, bukan sahaja dari kalangan pembangkang bahkan dari penyokong kerajaan.
Beliau dipetik Bernama berkata kerajaan Terengganu akan mengagih-agihkan 250,000 bungkus kurma dan 250,000 botol air zam zam kepada rakyat yang beragama Islam di negeri itu berikutan sambutan baik yang diterima pada tahun lepas.
Beliau membayangkan tempahan baru kurma dari Tunisa akan dibuat dan pemberian kurma dan air zam-zam akan lewat sedikit kerana kesuntukan masa, maka tahun ini pemberian itu lewat sedikit.
"Harga kurma dari Tunisia tahun ini murah sedikit berbanding kurma Nabi yang ditempah dari Mesir tahun lepas," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini Rabu.
Dengan itu, Ahmad membayangkan 'kontrak' baru pembekalan kurma akan dibuat dimana kontrak pembekalan kurma pada tahun lalu telah dibidas kerana membekalkannya dengan harga yang agak mahal.
Katanya pengagihan dilakukan menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang akan pergi dari rumah ke rumah.
Pada musim Ramadhan tahun lalu Ahmad telah memberi amaran kepada JKKK yang tidak menyampaikan kurma serta zam-zam tersebut ke pintu-pintu rumah.
--------------------------------------------------------------------
Kah...Kah.....INI SATU LAGI PROJEK MEMAHAT SEJARAH..MENCIPTA TAMADUN....!!!
Kah...Kah.....SEKARANG AIR ZAM-ZAM BOLEH DI DAPATI DI TERENGGANU....
Kah...Kah.....DI KEMAMAN BERSEPAH DI MERATA TEMPAT ADA POKOK KURMA...
Kah...Kah.....TAPI YANG PELIK..PADA KOTAK KURMA ADA GAMBAR MAT SAID...!!!
Kah...Kah....INI BUKAN TUJUAN POLITIK..TAPI DAH JADI TANGGUNGJAWAB KERAJAAN...
Woittttt.....ORANG TEGANUNG DOK LAPOR NAK MAKAN KURMA...!!!
Woitttt......BAGILAH PADA JKKK...METANGKEDARAH SEMUA KURMA TU...!!!
Kah...Kah...BILA BAGI KURMA...SEMUA RAKYAT DAPAT TIADA YANG TERTINGGAL....
Kah...Kah....BILA BAGI DUIT EHSAN...HABIS ANOK BERANOK JKKK KEBAS....!!!
Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...BAGILAH APA PUN...RAKYAT BUKAN BODOH LAGI...TUNGGULAH MASA DAN KETIKA...TAHULAH NASIB MUNG WAHAI UMNO...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment