Aug 20, 2010
UMNO Bukan Saja Buta Mata Hati Malah Turut Buta Celik.....!!!
"Apa sudah jadi dengan ADUN Sungai Rapat si Midah tu? Mula sekali saya ingin menguicapkan syabas dan tahniah kerana telah berjaya menghimpunkan beribu-ribu orang untuk datang menyertai ‘roadshow’ tajaannya baru-baru ini. Kini si Midah telah pergi berombongan ke balai polis Gunung Rapat untuk buat aduan terhadap Radzi Bin Zainon (Bekas Calon Pakatan Rakyat Sungai Rapat), yang ikut katanya telah menyalahgunakan Pusat Khidmat DUN Sungai Rapat untuk memungut zakat/derma.
Midah mengadu bahawa surat yang diedarkan oleh Radzi itu menggunakan nama pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat dan menggunakan lambang kerajaan Negeri Perak, dan ini akan mengelirukan penduduk setempat .
Ikut katanya lagi, Radhi telah menggunakan alamat pusat Khidmat Masyarakat berkenaan berhampiran dengan alamat pusat khidmat saya iaitu di Lapangan Terbang, Medan Gopeng,Ipoh , dan ini merupakan satu penyamaraan yang serius.
Bila pula Radhi Zainon cuba menyamar sebagai ‘Penyelia’ Pusat Khidmat Masyarakat siMidah tu?Ha! Ha! Ha!...
Hanya mereka yang lahir diluar nikah tidak nampak .....
Terang dan jelas terpampang di kepala surat edaran tersebut tulisan “PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT (PR) DUN SUNGAI RAPAT”. Apakah siMidah dan barua-baruanya tidak nampak?
Kalau ikut ramalan Tok Nujum Pak Belalang, hanya mereka yang lahir diluar nikah sahaja yang tidak nampak …..Anda semua tentu nampak perkataan "(PR)" kerana anda bukan spesis 'anak luar nikah' seperti mana kata Tok nujum Pak Belalang; bukan saya yang kata, Tok Nujum Pak Belalang yang kata....
Saudara Radhi ketika dihubungi menyatakan bahawa, “PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT (PR) DUN SUNGAI RAPAT telah lama diwujudkan iaitu sejak 2008 lagi dan memang telah menggunakan alamat yang sama hingga kehari ini.”
“Hamidah hanya baru 2-3 bulan sahaja membuka pejabatnya dibangunan yang sama dan dia sepatutnya menggunakan nama PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN SUNGAI RAPAT
-Sumber : Tranung kite
Nota :
Kita selalu doakan agar Allah menjaga penglihatan kita supaya sentiasa berkeadaan baik....
Kita juga mintak supaya Allah turut terang kan mata hati kita...
Tapi malang sungguh bagi UMNO bukan setakat hatinya yang dah buta...
Malah matanya juga buta tapi yang peliknya ia masih celik....
Kah...Kah...Kah....!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UMNO memang buta segala-galanya
ReplyDelete