Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 30, 2010

Saiful Mungkin Liwat Tiba di Mahkamah....!!!


Kereta Saiful Bukhari dicuri di Medan Tuanku -MK

Kongsi 141Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kereta Proton Waja miliknya dicuri malam semalam.

Kereta itu adalah hadiah daripada ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya pada 2004.

Menurut Saiful Bukhari, kereta Waja berwarna perak itu disedarinya hilang ketika meletakkannya di Lorong Medan Tuanku, Kuala Lumpur malam tadi.

"Saya telah membuat laporan di balai polis Dang Wangi dan menyerahkan polis untuk menyiasat perkara itu.

"Saya sedang makan dan apabila kembali, saya sedari kereta saya hilang,” katanya kepada Malaysiakini.

Saiful Bukhari berkata dalam mesej twitternya semalam, beliau memohon sesiapa yang menjumpai keretanya dengan nombor pendaftaran WLG9170 untuk menghubunginya atau pihak polis.

"Saya berdoa kepada Tuhan dan menyerahkan perkara itu kepada Allah," katanya di twitter.

Nota :

Kepada pencuri kereta Waja WLG9170...di harap dapat memulangkan semula kereta tersebut kepada tuannya...kerana tuan kereta ada perbicaraan kes liwat di mahkamah...!!! Kah...Kah...Kah....!!!

Back To Normal....!!!


Gelaran 'Temenggong' Tengku Fakhry ditarik -MK

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V menarik balik pelantikan dan penganugerahan gelaran 'Temenggong' dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) yang ditauliahkan kepada adindanya, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra berkuatkuasa hari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias pada satu sidang akhbar di pejabatnya di Kota Bharu setelah surat pemakluman itu diserahkan kepada kakitangan Istana Mahkota, Kubang Kerian di Kota Bharu, 10 pagi tadi.

Mohd Aiseri berkata, Sultan Muhammad Ke-V turut menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi) yang dianugerahkan sebelum ini kepada Tengku Muhamad Fakhry (kiri).

"Penarikan telah dimaklumkan kepada Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra hari ini melalui surat kepada beliau yang dialamatkan di Istana Mahkota, Kubang Kerian,” katanya.

Tengku Muhammad Fakhry Petra merupakan anakanda ketiga kepada Sultan Ismail Petra manakala Sultan Muhammad Ke-V adalah yang sulung. - Bernama

Nota :

Untung sabut...timbul..
Untung batu...tenggelam....
Untung manusia...semuanya Allah yang tentukan...
Semua yang berlaku ada hikmahnya...ingat tuuu...!!!

Kenyataan Rasmi Presiden PKR


KENYATAAN BRANSON MENJADI TANDA JELAS BUAT UMNO-BN UNTUK LAKSANAKAN REFORMASI SISTEM

Saya merakamkan penghargaan di atas kenyataan yang dibuat oleh Richard Branson,usahawan terkemuka Britain yang menyatakan pandangan ikhlas beliau mengenai konspirasi dan fitnah ke atas Anwar Ibrahim.

Kenyataan Branson, dalam majlis khas di Kuala Lumpur semalam, tuntasnya senada dengan kenyataan-kenyataan tokoh-tokoh besar dunia seperti Sheikh Yusuf Al-Qardhawi, Sheikh Taha Jabir Al-alwani, Maulana Ihsan Hendriks dan lain-lain tokoh yang mengecam perbicaraan berat sebelah kes konspirasi kedua ke atas Anwar. Penekanan beliau mengenai keperluan Malaysia menjadi lebih terbuka wajar dipandang serius oleh pemerintah.

Tatkala imej negara sekian lama dicemar dengan ketidakadilan, senario ini,j ika dibiar berterusan, pastinya mengesani persepsi masyarakat dunia ke atas imej Malaysia. Justeru KEADILAN mengalu-alukan kenyataan Branson itu dan diharap menjadi indikator jelas buat Umno-BN untuk melaksanakan reformasi sistem.

KEADILAN konsisten mempertahan prinsip kedaulatan undang-undang melalui sistem kehakiman yang telus dan saksama. Yang kekal dikecam ialah penyalahgunaan proses mahkamah dan memperalatkan jentera dan instrumen kerajaan untuk memfitnah sewenangnya.

DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Berita Bohong Memang La Boring....!!!



Nota:

Hari-hari tv buat cerita..
Cerita tentang PKR dan Pakatan...
Macam macam cerita yang di reka....
Pasal duit haram la...bergaduh la...keluar parti la...
Tapi yang peliknya orang ramai langsung tak ambil pot....
Ramai yang buat deeek aje...

Yang peliknya orang ramai lebih percaya pada internet...
Yang peliknya orang ramai lebih percaya kan laman web
Yang peliknya orang ramai percaya kan youtube...
Yang peliknya ramai nak tahu siapa pembunuh sebenar Dato' Sosilawati...
Ramai yang tertanya-tanya siapa calon UMNO yang baru Di Galas...

Ini yang buat Sepang Kederang susah hati ni...
Kah....Kah....Kah....!!!

UMNO Memang Lapar Duit....!!!


SEBAHAGIAN daripada 40 penerima bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan RM100 yang diberikan kerana kesal dana sumbangan itu dikatakan diperoleh daripada sumber judi pada satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN Penaga, Kepala Batas, semalam.

Nota :

UMNO Telah Berjaya MengLEMBUkan Melayu.....!!!


Lebih 40 warga emas pulangkan wang ihsan P. Pinang-UM

KEPALA BATAS 29 Sept. - Lebih 40 warga emas hari ini memulangkan semula wang ihsan yang diberikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada mereka selepas berasa curiga dengan sumber wang tersebut.

Seorang daripada mereka, Saidin Chik, 72, berkata, dia bertindak demikian selepas mendengar laporan media bahawa wang ihsan tersebut dipercayai datang dari sumber tidak halal.

"Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan negeri.

"Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan gunakannya untuk perbelanjaan... apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat macam ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Saidin dan kumpulan warga emas tersebut sebelum itu menyerahkan wang berkenaan kepada Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Azhar Ibrahim untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri.

Saidin yang juga seorang imam di Pulau Mertajam di sini berkata, kesemua mereka bertindak demikian atas kerelaan hati.

Seorang lagi penerima Rosnani Mohd. Rashid, 62, berkata, dia berasa lega dapat memulangkan semula wang itu dan berharap kerajaan negeri tidak mempermainkan rakyat terutama orang Islam dengan memberikan sumbangan yang berasal dari sumber haram. - Bernama

Dr Asri: Bantuan k'jaan Pulau Pinang tidak haram -MK

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya dalam pesanan SMS kepada Malaysiakini dari Beijing, China.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.


Nota :

Nampaknya agenda UMNO/BN untuk mengLEMBUkan orang melayu telah berjaya....
Di LEBUkan sejak Dulu..Kini Dan Sampai Mampus....
Elok sangat lah tu...Dah Lah Bangang...Sombong Pulak.....

Ku Li Adalah Talian Hayat BN Di N45 Galas....!!!


DUN Galas: Ku Li dilantik pengarah pilihan raya UMNO/BN-UM

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya UMNO/BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO hari ini.

"Dengan restu Presiden (UMNO) Datuk Seri Najib Tun Razak, saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional. - Bernama

Harun dakwa Ku Li sokong calon Pas di DUN Galas-UM

KUALA TERENGGANU 29 Sept. - Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Harun Taib tidak bimbang pengaruh kuat Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan menjejaskan peluang Pas untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Sebaliknya, Harun yakin Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu akan menyokong calon Pas pada pilihan raya kecil DUN terbabit yang bakal diadakan tidak lama lagi.

"Kita yakin Tengku Razaleigh sendiri akan memberi sokongan kepada calon Pas pada pilihan raya kecil itu. Tengku Razaleigh orang bijak berpolitik.

Biasanya dia melihat suasana dan realiti,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Pas Terengganu, di sini hari ini. - Bernama
-------------------------------------------------------------
Woittttt.....INI BARU HEBAT....TAK PAYAH MESYUARAT....TERUS BAGI KUASA....!!!

Kah...Kah....BARU KAU TAHU KU LI NI SIAPA....

Kah...Kah....INI MENUNJUKKAN BAHAWA PAS AKAN MENANG SELESA DI GALAS....

Kah...Kah....PENGUNDI ASLI DI DUN GALAS TAHU WALAUPUN KU LI UMNO TAPI NALURINYA ADALAH PADA PAS...

Kah...Kah...KU LI MEMANG TAHU UMNO MEMANG JAHAT DAN AMALKAN RASUAH...!!!

Kah...Kah....UMNO MEMANG JENIS MUKA TAK MALU...KAU HENTAM KU LI...KAU TIBAI KU LI....SEKARANG TERHEGEH-HEGEH MINTA TOLONG PADA KU LI.......

Kah...Kah....AMPUN KU...PATIK HARAP KU FIKIRLAH MASAK-MASAK YE....

Kah...Kah....TAK KAN KU NAK TOLONG ORANG JAHAT...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...KITA KENA INGAT...RAMBUT MEMANG SAMA HITAM...TAPI HATI LAIN-LAIN...HATI KU LI MEMANG PADA PAS.....ALLAHUAKBAR.....!!!

Bila Taik Judi..Bercakap Soal Hukum Judi...!!!!


Parti Islam Se-Malaysia PAS merasa harian tindak tanduk pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM 100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi. Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan Kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu.

Bagaimanapun, YAB Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas

PAS sebagai sebuah Parti Islam yang berdasarkan kepada Islam, tidak mengiktiraf judi sebagai sumber yang sah, malahan ketika PAS mula memerintah Kelantan 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengarahkan supaya jangan ada lagi premis di Kelantan dibenarkan menjalankan aktiviti judi. Tindakan ini dibuat apabila Tuan Guru Nik Aziz diberitahu oleh semua tokoh agama Kristian, Hindu dan Bhuda, judi adalah haram di sisi agama mereka.

PAS berpandangan Umno dengan judi ini seperti kembar siam yang sukar dipisahkan. Malahan daripada awal lagi Umno sudah hidup dengan judi. Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam Umno membantah loteri kebajikan adalah haram. Pemimpin Umno tidak memperdulikan bantahan ulamak dalam Umno, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951. Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan Umno BN meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada Syarikat Ascot Sport Tan Sri Vincent Tan Berjaya Group pada 6 Mei 2010.

PAS mendesak Umno kena berusaha dahulu membersihkan diri daripada najis judi kerana membiarkan orang Melayu menjadi Lembaga Pengarah Resort Wold Bhd dan Genting Berhad. Sepatutnya pemimpin Umno kena sedar bahawa “bapa judi” ialah kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno BN. Perjuangan untuk menghapuskan judi perlu dimusnah di peringkat pusat. Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah taik judi. Sepatutnya ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno. Jangan biarkan orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi biarlah kamu itu tinggal dulu menjadi pendokong kerajaan judi.

PAS berpandangan Umno yang memang mempolitikkan apa sahaja peluang untuk menaruh kebencian rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan isu agama dan kaum supaya Pakatan Rakyat retak dan senang untuk BN meluluskan banyak lagi lesen judi. Kebiasaannya suatu hukum akan berubah apabila pemimpin Umno buat, contohnya judi halal kalau yang buat itu ialah Kerajaan Umno BN, tetapi berubah menjadi haram kalau lain daripada kerajaan Umno BN. Begitu juga hukum orang bukan Islam masuk masjid menjadi haram kerana berhadas besar kalau Cina DAP, tetapi suci lagi menyucikan jika yang masuk itu India MIC YB Kamalanathan ahli parlimen Hulu Selangor.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Nota ;

"Umno dengan judi di ibaratkan seperti kembar siam yang sukar dipisahkan....
Malahan daripada awal lagi Umno sudah hidup dengan hasil judi..."


Ya Allah...Bala Apa Pulak Yang Kau Turunkan Ni...!!


Tasik Kenyir kawasan bebas cukai 2012 - MK

Kongsi 0Terengganu akan maju setapak lagi apabila tasik buatan manusia, Tasik Kenyir di Hulu Terengganu akan menjadi kawasan bebas cukai mulai tahun 2012.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata Tasik Kenyir akan menjadi tarikan kepada lebih ramai lagi pelancong dengan pengwujudan kawasan bebas cukai itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Kuala Terengganu hari ini, beliau berkata Tasik Kenyir yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai kawasan bebas cukai minggu lalu akan diwartakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengambil masa kira-kira 18 bulan untuk menyediakan kompleks bebas cukai, kompleks kastam dan sebagainya.

Selain itu, 300 unit chalet dan hotel bertaraf tiga hingga lima bintang akan dibina bagi memudahkan pelancong menginap di Tasik Kenyir.

Katanya, untuk tujuan itu juga kerajaan negeri akan menyambung bekalan elektrik dari Kampung Kepah ke Pulau Bayas di Hulu Terengganu dengan kos kira-kira RM27 juta.

Ahmad berkata, dengan adanya beberapa daya tarikan pelancong di Tasik Kenyir seperti taman burung, taman rama-rama, taman gajah dan lain-lain akan lebih menarik perhatian pelancong.

"Tambahan pula, dengan siapnya Lebuhraya Pantai Timur (LPT) akan memudahkan lagi pelancong datang ke Tasik Kenyir," katanya. - Bernama
-------------------------------------------------------------
Woittttt......YA ALLAH...JAUHKAN KAMI DARI BALA MU YA ALLAH....

Kah....Kah....BUAH ANGGUR TASIK KENYIR PUN BELUM KELUAR HASIL LAGI..KELUAR PULAK PROJEK BARU....

Kah...Kah....POKOK UBI GADONG BELUM PUN BERBUNGA LAGI...NAK BUAT KAWASAN BEBAS CUKAI PULAK...

Kah...Kah....BERUNTUNGLAH ORANG KUALA BERANG ...BELI BARANG MURAH SEBAB TAK KENA CUKAI...

Kah...Kah....ABANG MAT KITA MEMANG OTAK KREATIF DAN AMAT INOVATIF.....

Kah...Kah....DALAM HUTAN POKOK GELANG DI KIJAL PUN...ABANG MAT BINA PASARAYA GIANT...

Kah...Kah....KITA TAHU SEKARANG ABANG MAT DAH KAYA...DUIT ROYALTI DENGAR DAH DAPAT...

Kah...Kah...KALAU MACAM TU...GANTI LAH BALIK MASJID BUJAL TU....

Kah...Kah...BUKAN MACAM DERIH...MUKA JE HANDSOME TAPI TAK CERDIK...

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...UMNO BUAT PROJEK MEMANG IKUT SUKA KEPALA OTAK MEREKA SAJE...BUKAN FIKIRKAN UNTUK RAKYAT....!!!

Nota :

Mat Said kata...antara sebab dia buat projek tanaman ubi gadong kerana...
Arwah maknya dulu suka tanam ubi gadong...
Derih Jusoh Pun begitu juga....
Arwah ayah saya pernah bagi pada saya replika masjid kristal...
Sebab itu saya nak buat projek masjid kristal...

Cukuplah....bodohkan melayu....
Dah terlalu ramai sangat melayu yang bodoh....
Mana tak bodoh...belajar dah lah malas..dok asyik hafal jawapan saja...
Kah...Kah...Kah....!!!

Sep 29, 2010

Biar Primitif Asalkan Tak Bahang Pitih....!!!



Nota :

Kata orang tua-tua ada benarnya......!!!
Biar Miskin asalkan hidup bahagia....
Biar muka tak handsome....asalkan berakhlak mulia....
Biar pun gemuk...asalkan jadi First Lady....
Biar pun primitif...asalkan baik & tak pandai curi pitih...
Biar pun takut bini...asalkan dapat jadi Perdana menteri....
Kah...Kah...Kah....!!!

Ramalanku Benar Belaka....!!!


Kertas Siasatan BPR Sahkan ADUN Kulim Di Tawar RM 5 Juta - HD

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Raja Petra Kamarudin melalui blognya Malaysia Today hari ini mendedahkan satu kertas siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar.

Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee , Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1.

Laporan itu mendedahkan sasaran siasatan mereka adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2.

Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai.

"Bahagian Perisikan Ibu Pejabat telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut.

"YB Mahazir Khalid yang datang berjumpa dengan A1 (Lim Soo Nee) dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta dan sekiranya A1 hendak lebih lagi, boleh berbincang dengan Datuk Seri Najib.

"A1 juga dimaklumkan, sekiranya beliau lompat parti ke BN, beliau akan mendapat beberapa projek," tulis laporan itu.

Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai itu melaporkan, Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya.

Nota :

Entah apa pulak Zul Nordin nak cakap...
Tapi kita dah dapat agak..apa yang Zul Nordin akan cakap...
Saya keluar PKR..Bukan kerana nakkan duit...
Saya keluar PLR....sebab saya adalah pejuang islam tulen...
Kah...Kah...Kah....!!!!

Warga FELDA Tak Selamanya Bodoh....!!!!


Peneroka menang lagi kes saman Felda - MK

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu, lapor Harakahdaily.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya berikutan saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.

Namun, hakim memutuskan, bayaran berkenaan hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak mencukupi.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah berkenaan kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.

Nota :

Dulu...Belanda..Jepun dan British jajah negara....
Lepas dijajah sekian lama...maka kononya merdekalah kita...
Namun bagi warga felda...mereka terus di jajah...
Dijajah oleh ejen penjajah..iaitu Felda..di bawah tajaan UMNO...
Walau ada tanah sendir..tapi hidup macam menumpang di tanah orang....
Walau ada ladang sendiri...tapi macam kerja di ladang orang...
Potong sana..tolak sini...baki tinggal tak berapa sen...
Tapi kini peneroka bukan bodoh lagi...
Internet banyak mengajar peneroka felda jadi orang cerdik...
balaci Felda iaitu JKKK pun pening tengok peneroka Felda dah mula sedar.....
JKKK pun tak percaya...warga felda dah saman felda di mahkamah...
JKKK pun hampir gila bila peneroka telah menang dalam saman mereka di mahkamah...
Sekarang...Apa felda nak buat...??? Apa JKKK nak buat...??
Nak pecat peneroka felda...?? Nak halau mereka semua...???
Di persilakan lah....??
Nak tak nak...Kini Felda terpaksalah bayar balik segala penipuan mereka selama ini kepada peneroka felda...Nasib kaulah Felda...!!!

Dulu Soalan...Sekarang Jawapan Pulak Yang Bocor....!!!

Ini lagi la haru...Kah...Kah...!!!

"Jawapan Bocor", JPNT Mahu Kekalkan Prestasi ? - BO

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu diminta memberi penjelasan tentang dakwaan kejadian 'jawapan bocor' yang berlaku keatas pelajar tahun enam sekolah rendah yang mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru -baru ini.

Pengerusi Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) Cikgu Fauzi Abu Samah berkata pihak mendapat aduan dari warga pendidik negeri Terngganu berkenaan kejadian tersebut.

"MAMPAT dapat 'respon' daripada warga pendidik negeri Terengganu berkaitan dengan UPSR, kalau kita dulu terkenal, popular soalan bocor, tapi di Terengganu (sekarang) terkenal dengan 'jawapan bocor'.
"pelajar darjah 6 diberi jawapan bulat-bulat, disuruh menghafal,"katanya yang ditemui di Majlis Rumah Terbukanya disini semalam 28 September.

Sehubungan itu, menurutnya, seorang guru kepada pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah dalam daerah Dungun yang menyatakan ada pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR tahun lalu, tetapi tidak dapat membaca dengan baik.

Cikgu Fauzi berkata, pihaknya membuat semakan, ada pelajar yang kurang pandai, mendapat keputusan yang baik dalam UPSR, mendakwa jawapan diberikan oleh guru-guru mereka.

"Kita pun dapat respon daripada pelajar, ada yang kita 'check', kita dapati pelajar ni bukan kumpulan yang pandai, kita tanya, pandai, adik boleh menjawab periksa dengan baik, "tiba-tiba jawapan yang diberikan sangat mendukacitakan, beliau tak pandai, tapi cikgu bagi jawapan,"ujarnya menjelaskan isu terbabit.
------------------------------------------------------------------
Kah...Kah....PATUTLAH HEBAT SANGAT....INI KERJA KAMU RUPANYA....

Kah...Kah....PATUTLAH NAMPAK CERDIK...TAPI SEBENARNYA BODOH....!!!

Kah...Kah....TAK PAYAHLAH BUAT SEKOLAH...HANTAR JE JAWAPAN KAT RUMAH.....KEMUDIAN HAFAL SAMPAI INGAT...!!!

Kah...Kah...INI BERMAKNA...DAPAT BANYAK "A" PUN BUKAN SEMESTINYA CERDIK....!!!

Kah...Kah...GENERASI ULU-ALBAB SEBENARNYA LEMBAP....!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....PATUTLAH CIKGU DI TERENGGANU KURANG MENGAJAR...DAH ADA JAWAPAN RUPANYA....HEBAT....HEBAT....!!!

From Galas With Love....!!



Nota :

Tiba-tiba DUN Galas dah jadi makin popular...
Undi penduduk di DUN Galas sangat mahal harganya...
TGNA pernah kata...kalau orang bagi kopi...kacau...
Orang bagi kain...pakai....
Orang bagi duit...ambik...
Orang bagi lembu...sembelih...
Orang bagi gulai kawoh...makan...
SPR bagi kertas undi ...pakoh....
Bila orang tanya pakoh hok mana...
Jawablah dengan sopan...saya pakoh PAS....!!!
Kah...Kah...Kah...!!!

Rakyat Malaysia Dah Tak Phobia Lagi Dengan BN....!!!


ISU BTN : PEMUDA GERAKAN MAHU HAMIM DILUCUT JAWATAN - MI

Pemuda Gerakan menggesa supaya Hamim Husin dilucutkan jawatan Timbalan Pengarah Belia Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan ekoran kenyataannya bersifat perkauman, perkembangan yang dikhuatiri boleh menjejaskan perpaduan kaum.

Setiausaha Agungnya Dr Dominic Lau berkata kenyataan yang dibuat Hamim adalah tidak berasas dan keterlaluan.

“Saya mahu supaya beliau (Hamim) dilucutkan jawatan tersebut kerana beliau dilihat sebagai tidak tahu matlamat sebenar konsep satu Malaysia.

“Kenyataan yang dibuat beliau secara terbuka telah merendahkan orang Malaysia bahkan ia bertentangan dengan matlamat Najib Razak,” katanya dalam satu kenyataan.

Lau juga menggesa supaya kursus yang dibawa dalam BTN diubah terutamanya modulnya supaya selaras dengan konsep satu Malaysia.
--------------------------------------------------------
Woitttt.....JANGAN JADI PARTI KHOO SOO KUN....KUAT SAPU & GOSOK TELOR....

Kah...Kah...GERAKAN KENA BERANI...BERANI UNTUK PICIT TELOR..BUKAN GOSOK TELOR BN...

Kah...Kah...BILA LAGI MASA NYA UNTUK TIBAI BN...??? INI LAH MASANYA...

Kah...Kah...BILA KAYU DAH CONDONG....NAIK KE ATAS DAN GOYANG BIAR KUAT.....

Kah...Kah...BILA NAMPAK BN DAH TERSEPIT....CUBA SEPIT KAN LAGI.....

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH....ITU GERAKAN...KALAU CAMPUR MIC..PPP...MCA...TAIB MAHMUD..SEMUA MINAT PICIT TELUR BN...MAKA PECAHLAH TELOR BN...KAH...KAH...

Fatwa Pagi Rabu Kabinet Malaysia....!!!!

Ini Dosa Kering Atau Dosa Basah...??Yang ini macam mana...??? kering atau basah...???

PEMBOHONG BESAR, DOSA KERING – BH

Muhyiddin Yassin berkata, Anwar Ibrahim memburukkan imej Malaysia di Indonesia adalah pembohongan besar dan satu dosa kering.

Muhyiddin berkata, Anwar sanggup mengkhianati negara sendiri dengan melakukan pembohongan besar semata-mata menarik sokongan rakyat Indonesia terhadapnya.
Katanya, tuduhan Anwar di Indonesia bahawa media negara ini menggalakkan persepsi negatif terhadap republik itu, bertujuan mempengaruhi pemikiran rakyat Indonesia bahawa apa yang berlaku di sini ketika ini bukan perbuatan segelintir pihak, tetapi disebabkan tindakan Malaysia.

“Saya percaya media di Malaysia amat bertanggungjawab. Media Malaysia tidak menggembar-gembur perkara seperti ini berbanding apa digembar-gemburkan oleh pihak di Indonesia. Anwar Ibrahim sebagai rakyat Malaysia... janganlah mengkhianati negara dengan membuat pembohongan.
---------------------------------------------------------
Woitttt.....BILA NAJIB TAK ADA...MACAM-MACAM FATWA KAU KELUARKAN YE....

Kah...Kah...MASHITAH TAHU TAK PASAL FATWA NI....???

Kah...Kah...INI FATWA PENTING UNTUK SATU MALAYSIA....

Kah...Kah...TAJUK FATWA HARI INI IALAH MENGENAI DOSA KERING....

Kah...Kah...APA ITU DOSA KERING...??? TOLONG LAH JELASKAN PADA RAKYAT....

Woittt......KALAU ADA DOSA KERING....MESTI ADA DOSA BASAH.....

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....SEJAK BILA PULAK UMNO SIBUK PASAL DOSA-DOSA NI...MACAM MACAM CARA UMNO NAK TIPU MELAYU....

Biar Lebih Perasaan...Jangan Terlebih Perasan...!!!


Nota :

Lantaklah...apa orang nak kata....
Gemuk ke...pendek ke..janji "First Lady"
First Lady...You...!!!
Kah...Kah...Kah....!!!!

Satu Malaysia Telah Di Bangangkan Oleh UMNO....!!!

Jamban Satu Malaysia...Kah...Kah...Kah...!!!

KYMI CATAT SEJARAH KOLAM SATU MALAYSIA – BH

MELAKA TENGAH: Kolej Yayasan Melaka International (KYMI) di sini, mencatat sejarah apabila muncul sebagai institusi pengajian pertama di negeri ini berjaya mencipta `Kolam 1Malaysia' terbesar di Melaka sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-53 negara, baru-baru ini.

Karya dihasilkan Persatuan Kebudayaan India (ICS) KYM itu berukuran 22 meter panjang dan 12.6 meter lebar, menggunakan biji sagu merah, biru, kuning dan putih.

Pengarah program, Kumar Menoheran, 21, berkata kolam yang dihasilkan itu antara lain bertujuan melahirkan tanda cinta terhadap negara sempena menyambut hari kemerdekaan dan menyokong semangat 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Katanya, 400 kilogram biji sagu digunakan bagi menghasilkan karya berkenaan yang mengambil masa empat jam setengah untuk disiapkan.
----------------------------------------------------
Woittttt......KERJA KERJA BANGANG SUDAH BERMULA.....

Kah...Kah....SEMUANYA SATU....ADA JAMBAN SATU MALAYSIA.......

Kah...Kah....ADA ROTI JON TERBESAR SATU MALAYSIA.......

Woittttt....INI SEMUA PROJEK NAK BODOHKAN ORANG MELAYU.....

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...KESIAN ORANG MELAYU...SEJAK DARI ZAMAN SEKOLAH LAGI TELAH DI BODOH KAN OLEH UMNO.....!!!

Santa Claus Dah Datang....!!!!



Nota:

Inilah sumbangan tebaik untuk penduduk di galas
Makan tak abis...rumah boleh di sewa
Wahai orang kampung...!!!
Cepat-cepatlah buka warong kopi....
Jualah apa saja...mesti habis di beli....
Bukalah bilik gerakan...Jangan lupa minta projek...
Santa Claus dah datang....
Kah...Kah....Kah.....!!!!

Awas...Gemuk Boleh Mencacatkan Imej....!!!


PERANTAU JAGA IMEJ NEGARA – ROSMAH - UM

Rosmah Mansor mahu rakyat Malaysia yang berada di perantauan supaya sentiasa menjaga nama baik dan imej negara.

Beliau berkata, sebagai duta kecil negara, mereka harus pandai membawa diri semasa berada di negara orang di samping menjalin hubungan baik dengan rakan dari negara-negara lain.
------------------------------------------------------------
Kah...Kah....JANGAN TIDUR LAGI....MARI KITA KETAWA BERIRAMA.....KAH....KAH....KAH.....!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....CITTT POORAHHHHH....KAH.... KAH.... KAH.....!!!!

Berhasutlah Kamu Untuk Kebaikkan....!!!

TG haji Hadi Sedang Bersemangat Menghasut rakyat supaya kembali kepada perjuangan Islam & Tinggalkan UMNO yang jahil...

AHMAD MASLAN DAKWA PENEROKA DIHASUT SAMAN FELDA - UM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan mendakwa, ada pihak yang kini menghasut peneroka Felda supaya mengambil tindakan saman di mahkamah berhubung isu manipulasi perahan buah kelapa sawit.

Beliau mendakwa, isu peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan yang memenangi kes terhadap Felda baru-baru ini telah dijadikan kes rujukan oleh pihak tertentu untuk menghasut peneroka-peneroka Felda lain untuk mengambil tindakan yang sama.

"Saya nak maklumkan berhubung kes saman (peneroka ) Felda Kemahang 3 itu bukan satu kes rujukan kerana kali ini, Felda akan lebih bersedia dalam menghadapi kes-kes saman,” katanya.
------------------------------------------------------------
Woitttt....HASUT MENGHASUT UNTUK KEBAIKKAN ADALAH PERLU....

Woittttt...HASUT PENEROKA SUPAYA BENCIKAN PENIPUAN DAN KEZALIMAN....

Woittt.....MEMANG LAAA DI HASUT...SUPAYA PENEROKA BENCIKAN UMNO YANG ZALIM.....

Kah...Kah..APA PULAK NAK HAIRANKAN...???

Kah...Kah..TIAP-TIAP MALAM ADA CERAMAH PAKATAN...HASUT PENEROKA SUPAYA TOLAK PARTI PENIPU....

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....CERAMAH ITU... MENGHASUTLAAA.... BANGANG...HASUT SUPAYA PENEROKA JADI CERDIK DAN TIDAK BODOH MACAM DULU.....

Nota:

Yang tipu harga sawit itu apa hal?
Siapa yang suruh tipu timbang?
Siapa yang suruh tipu gred?
Siapa yang suruh tipu harga?
Mestilah kerja UMNO....
Salahke hasut peneroka tolak UMNO...???
Hentikan kerja menipu...
Internet pun dah masuk Felda sekarang...
Kah...Kah....Kah....!!!!

Sep 28, 2010

Ketawalah Sepuas Hati...Sebelum Ketawa Di Kenakan Permit....!!!



Nota :

Kafir laknat di AS kini kononnya phobia dengan Islam...
Singapura pulak phobia dengan cerita mitos "Singapura Di Langgar Todak "
Dan yang paling lucu...Malaysia kini amat Phobia dengan Kartun...!!!
Biasanya jika terlebih phobia....akan menjadikan orang itu sasau...
Sebab jadi sasau lah pelukis kartun Zunar telah di tangkap....
Kah...Kah....Kah....!!!

Kaburator Molek...Tali Kipas Okay....Lak Tak Dok Tayar....!!!!

Ragu dengan ayat Allah...Macam ragu dengan Allah Jugak...!!!

Hina Islam: K'jaan tidak diam diri, kata Dr Mashitah -MK

Kongsi 0Kerajaan tidak akan berdiam diri terhadap sebarang bentuk penghinaan terhadap agama Islam di negara ini, bagi mengelak perkara yang tidak diingini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata perkara itu tidak boleh terus dibiarkan dan tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang menghina Islam.

"Tidak boleh setakat dimaafkan. Kalau tidak orang Islam akan bangun dengan satu kemarahan yang akan berbentuk perkauman.

"Saya khuatir akan berlaku (sesuatu) kalau tindakan tegas tidak ambil," katanya ketika ditemui pemberita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Waqaf Malaysia bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung kewujudan beberapa klip video dalam lamanweb YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.

Dalam laporan akhbar hari ini, Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen berkata paderi yang didakwa bernama Benjamin Stephen itu dikatakan menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak.

Mengulas lanjut, Dr Mashitah yang kesal terhadap perkara itu, menggesa Jabatan Agama Islam Sarawak, yang bertanggungjawab terhadap isu itu, supaya segera membuat penyiasatan agar ia tidak berleluasa.

"Sebelum ini, kita cuma dengar (penghinaan terhadap Islam) di Barat sahaja...ancaman bakar Quran. Kalau penyakit ini berjangkit dalam negara, perkara ini harus dilihat secara serius.

"Apa pun, dalam hal ini kalau bertepatan, KDN (Kementerian Dalam Negeri) perlu ambil tindakan dan pada masa sama, umat Islam diingatkan supaya kefahaman tentang Islam dipertingkatkan," katanya.- Bernama
------------------------------------------------------------
Woittttt......HINA HUKUM HUDUD TU TAK MENGHINA ISLAM KE....????

Woittttt......KELUAR FATWA BANGANG PEREMPUAN BOLEH BERZINA JIKA DARURAT...TAK HINA ISLAM KE...???

Kah....Kah...UMNO DOK HINA ISLAM PAGI PETANG SIANG MALAM TAK NAMPAK.....BARAT HINA ISLAM KAU NAMPAK....

Kah....Kah....PENCURI TAYAR..JANGAN POTONG TANGAN...TAPI BAGI KERJA DI KEDAI TAYAR....

Kah...Kah.....PENCURI BANK...JANGAN POTONG TANGAN...TAPI BAGI KERJA JADI PENGAWAL BANK...

Kah...Kah....POLIS PUN KATA...TAK PERNAH DENGAR LAGI FATWA BANGANG MACAM TU....!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...99% YAKIN DENGAN ALLAH...1% MASIH LAGI MERASA RAGU DENGAN ALLAH...MAKA KUFURLAH JADINYA....

Kecik-Kecik Tak Nak Sekolah....Bila Besar Jadi Bangang....!!!


Sarawak Report: Tanah Iban pula ditipu

Portal berita Sarawak Report mendakwa sebuah firma yang dikaitkan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud cuba membayar 'pampasan' RM4,000 - bagi mendapatkan keuntungan membalak yang bernilai lebih RM230 juta.

Tanah berukuran 3,305 hektar itu membabitkan 16 perkampungan Iban di di Kampung Ensika di mana penduduknya sejak beberapa generasi telah bercucuk tanam, menghuni, dan memburu. Mereka mendakwa tanah berkenaan telah digazetkan sebagai tanah hak warisan pribumi (native customary rights - NCR) sejak 1956.

Menurut Sarawak Report, kawasan yang terancam itu adalah kawasan berbukit bakau berhampiran Sebangan yang tidak dimasukkan sebagai kawasan 'pembangunan' kerana kedudukannya yang tinggi berbanding kawasan sekitar yang telah ditebang.

Bagaimanapun portal berita berkenaan melaporkan tanah tersebut kini 'diintai' oleh Quality Concrete Holdings Bhd memandangkan hutan itu mempunyai kayu yang keras dan mempunyai harga pasaran yang tinggi.

Quality Concrete didakwa dimiliki sebahagiannya dan diarah oleh adik Taib - Raziah.

"Raziah adalah pemegang saham dan pengarah bukan eksekutif yang dibayar oleh Quality Concrete Holdings, sebuah syarikat awam yang dimiliki oleh keluarga Tiang Ming Sing dan Tiang Ming Kok (masing-masing pengerusi dan pengarah urusan).

"Justeru beliau mendapat manfaat secara langsung daripada hubungannya dengan ketua menteri yang bertanggung-jawab.”

Menurut portal berita itu lagi, oleh kerana Quality Concrete memiliki Sijil Pendudukan selama setahun yang diterima mengikut Seksyen B, Ordinans Hutan, maka syarikat itu dikehendaki oleh undang-undang untuk mendapatkan persetujuan tuan tanah iaitu penduduk Iban sebelum memulakan kerja-kerja pembalakan.

Bagi menyelesaikan kemelut itu yang dianggap sukar mendapat persetujuan, Sarawak Report mendakwa Quality Concrete - menggunakan kombinasi ugutan, rasuah dan perwakilan yang tidak sah dalam usaha mendapatkan tanah berkenaan.

Antara caranya ialah memberi bayaran sagu hati RM250 kepada setiap 16 keluarga dan RM800 kepada setiap ketua kampung untuk mendapatkan persetujuan mereka.

"Kami juga diugut jika kami menolak tawaran itu, kami dianggap menenatng kerajaan dan menolak pembangunan negeri,” kata seorang daripada penduduk berkenaan.
------------------------------------------------------------------
Kah...Kah....DULU SEMUA TEPUK TANGAN....SOKONG TAIB MAHMUD....!!!!

Kah...Kah....MACAM-MACAM SLOGAN..AGI IDUP..AGI NGELABAN DENGAN SI TAIB....

Kah...Kah....SEKARANG APA SUDAH JADI...IBAN TERTIPU LAGI....

Kah...Kah....PADAN MUKA....KEJAP LAGI BUKAN SAJA BALAK.....ULAT SAGU PUN PAYAH NAK DAPAT...

Woittttt.....JANGAN RISAU....MASIH ADA MASA LAGI.....TIBAI TAIB MAHMUD CUKUP-CUKUP DALAM PILIHANRAYA NANTI....

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....TAIB MAHMUD DAH TAHU ORANG IBAN KEBANYAKKANNYA BODOH...SERUPA MACAM MELAYU KAT SEMENANJUNG LAH JUGAK.....SPESIS YANG BODOH SOMBONG....KAH...KAH....KAH...!!!!

Air Liur UMNO Dah Mula Meleleh......!!!


Saingan Sengit Wanita Pemuda Umno & Bahagian

Berita pemergian Chek Hashim, walaupun disambut dengan kesedihan oleh ahli dan penyokong PAS, , ada pihak yang menunggu-nunggu berita tersebut sekian lama.

Sejak kedengaran khabar allahyarham Che Hashim sakit pada tahun 2009, sekurang-kurangnya tiga pihak dalam Umno bahagian Gua Musang yang telah bersaing bagi merebut tempat untuk bertanding.

Antara tokoh yang paling menonjol adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor yang pastinya akan membawa suara wanita Umno seluruh Kelantan bahkan seluruh Malaysia ke pedalaman Gua Musang itu.

Selain Wan Hazani, Ketua Pemuda Bahagian Bazlan Baharuddin dilaporkan telah mengorak langkah awal, mendekati pengundi dan berkempen secara kecil-kecilan, sejak berita Allahyarham Chek Hashim mengidap barah kritikal tahun lalu.

Bazlan yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, sudah tentu akan membawa lobi pemuda Umno Malaysia yang sudah lama hanya sayup-sayup kedengaran

Namun, sudah pasti orang lama Umno yang cukup terkenal, yang juga Ketua Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ada suara tertentu yang tidak boleh dotolak olek kepimpinan Umno Malaysia.

Nota :

Bagi UMNO mereka perlu bersaing untuk menjadi calon pilihanraya...
Ini membuktikan kepada kita bahawa..Menjadi YB pada pesepsi UMNO adalah untuk menjdi kaya raya...
Matlamat mereka bukanlah untuk membela masyarakat di situ...
Kita tunggu dan lihat...siapa yang akan di calonkan UMNO mewakili mereka...
Kita juga akan tengok budaya "Cah Keting" sudah mesti akan berlaku...
Berapa banyak Bangsal protes yang akan di wujudkan...

Sep 27, 2010

Komuniti Kartun Dah Mula Protes....!!!



Nota :

Petikan Ucapan Dato' Mahfuz Omar ( MP Pokok Sena )...

"Para pemimpin parti perasuah pula telah lama hilang kuasa dan suara kepada tauke-tauke yang yang menambat mereka dengan rasuah.

"Bukan setakat hilang kuasa, akibat ditambat rasuah, mereka juga merelakan dasar affirmatif yang sepatutnya membantu orang-orang Melayu diperalatkan untuk menimbunkan lagi kekayaan tauke-tauke yang menjadi tuan-tuan mereka,"

Dato' Haji Mahfuz Omar
Naib Presiden PAS



Nota :

Kartun pun tahu beza yang mana betul dan yang mana salah...
Kah...Kah...Kah....!!!

Siapa Yang Khianati Ketuanan Melayu.....???


MELAYU MESTI TERAJUI NEGARA INI, WAKIL BTN BERITAHU PUTERI UMNO - MI

Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin berkata orang Melayu mempunyai mandat penuh untuk memerintah negara ini dan oleh itu mereka harus bersatu menghadapi sebarang ancaman.

Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu akan hilang kuasa jika penguasaan Putrajaya diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

“Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas,” kata Hamim pada majlis dialog anjuran Puteri Umno di sini hari ini.

“Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran,” tambah beliau.

Nota:

Yang memimpin seharusnya lah :
Jujur...Ikhlas....Berbudi bahasa & berilmu

Jadi melayu sahaja tidak menjamin kebaikkan
selama 53 tahun ini dikatakan ketuanan melayu lihat apa hasilnya :

Rasuah bangunan runtuh rantah
Kezaliman di lembagakan melalui undang undang zalim
Orang melayu di bodohkan
Orang melayu di takut kan
Orang china di jadikan musuh
Orang india di jadikan seteru
Orang serawak di rampas tanah
Orang sabah jadi orang asing di sabah sendiri
Maka setakat jadi melayu tidak dapat menjamin apa-apa.....

Memanglah ada melayu ada bukan melayu....
Yang sokong idea melayu mesti jadi pemerintah kerana:

1 – orang ini dapat projek. dapat cari makan dengan lumayan dengan dasar
ketuanan melayu. dapat meniaga atas angin. dapat jadi kontrektor jual projek.

2 - ada juga orang china dan india yang sokong dasar ketuanan melayu.
mereka sokong kerana mereka tahu dasar ini membodohkan melayu.

Cina dan India jenis yg macam ini memang tak mahu melayu pandai befikir.
Kalau melayu rajin befikir...hakim melayu tak boleh terlibat rasuah
Kalau melayu befikir...tanah TUDM kekal sebagai harta negara
Kalau melayu berfikir....Dah tentu air, leterik, hopital akan terus jadi milik awam.

Maka oleh sebab itu Cina atau India suka melayu terus jadi bodoh....
Bila melayu jadi bodoh....mereka pun akan sokong pemimpim melayu yang bodoh.

3 – melayu di takut takut kan – bila melayu takut - melayu jadi bodoh.
bila melayu jadi bodoh - senang mereka di kawal untuk terus dibodohkan

Kah....Kah....Kah....!!!!

Makna Babi Gila Dan Babi Gila Adalah Berbeza....!!!


IKLIM PERLABURAN: RICHARD BRANSON SELAR SIKAP ANWAR - UM

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Bilionair dan usahawan terkenal dunia, Sir Richard Branson menyelar sikap bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebagai perosak kepada imej dan iklim pelaburan negara.

Beliau yang juga pengasas Kumpulan Virgin berkata, iklim pelaburan Malaysia di peringkat antarabangsa amat menggalakkan tetapi beberapa isu perlu ditangani agar tidak menjejaskan reputasi negara di kalangan pelabur asing. - Utusan


BRANSON SAYS ANWAR TRAIL DAMAGES MALAYSIA -MI

Virgin Group founder Sir Richard Branson has called on the Malaysian prime minister to intervene in Anwar Ibrahim’s sodomy trial, calling the issue “a thorn” in Malaysia’s otherwise good reputation.

“If you’re a bold leader, you should get rid of things like this which are damaging your reputation,” he said today at the “Dawn of the New Decade: Alternative Investments in Asia” conference here.

“This has gone on for a long, long time. It looks bad overseas.”

While Branson did not think Anwar’s Sodomy II trial was causing foreign investors to shy away from Malaysia in any major way, the mercurial entrepreneur nonetheless said more people would want to invest in Malaysia if it were more open and liberal.

He added that it was incumbent on the prime minister to address the “damaging” trial as good leaders looked after their citizens well, much like how good employers take care of their employees.
-----------------------------------------------------------
Woittttt.....INI LAH BAHAYA KALAU JADI WARTAWAN YANG TAK FAHAM BAHASA INGGERIS.....

Kah...Kah....ORANG CAKAP LAIN.....MALAON INI TULIS LAIN......

Kah...Kah....ORANG NAIK KAPAL SELAM....DIA DUDUK ATAS KAPAL SELAM.....

Kah...Kah....ORANG DOK CERITA PASAL KAJIAN DI ANGKASA.....DIA DOK CERITA PASAL MAKAN SATAY DI ANGKASA......

Woittttt.....PATUTLAAA MELAYU TERUS JADI BODOH......

Kah....Kah....AIMAN TAK KISAH....KALAU PENULIS AKHBAR DAH TERBUKTI BODOH.....PEMBACA DAH TENTU DUA KALI BODOH.....

Nota:

Wartawan media ini telah menterjemahkan Virgin Airlines Company
sebagai : syarikat kapal terbang yang belum pernah bersetubuh.....
Kah...Kah...Kah....Kalau tak tahu tanyalah pada Zainudin Maidin...
Kah...Kah....Kah....!!!!

Terkini Dari Kelantan - ADUN Galas Kembali Ke Rahmatullah...Al-Fatihah...


Pada jam 4.30 petang ini
Ahli Dewan Undangan Galas Che Hashim Sulaiman telah meninggal dunia.

Beliau meninggal dunia di rumah sakit Al-Islam Kuala Lumpur.
Beliau dilaporkan mengidap barah usus.



Nota:

Setiap yang bernyawa pastikan akan merasai mati...
Alfatihah buat Cik Hashim Sulaiman...Semoga Rohnya di tempatkan bersama orang-rang yang di berkati Allah...

Sep 26, 2010

9 Dari 10 Rakyat Malaysia Alami UMNO Phobia...!!!


HAPUSKAN ISLAMOPHOBIA :PM - MK

Najib Razak menegaskan kerjasama Amerika Syarikat (AS) amat perlu bagi mengurangkan salah faham dan pandangan negatif terhadap Islam sehingga memperlihatkan peningkatan fenomena Islamophobia termasuk di kalangan rakyat kuasa besar ini.

Pengetahuan masyarakat AS mengenai Islam adalah rendah dan usaha mempertingkatkan kefahaman mengenainya perlu dilakukan, kata Perdana Menteri sambil merujuk kepada kajian majalah Time baru-baru ini misalnya menunjukkan 26 peratus rakyat AS berfikiran presiden mereka adalah penganut Islam.

‘‘Pengetahuan asas tentang perkara seperti ini (Islam) adalah rendah; jadi kefahaman tentang Islam perlu dipertingkatkan,” katanya kepada wartawan Malaysia di hotel penginapannya hari ini.

Nota :

Amanat TG Haji Hadi :

Saudara-saudara sekelian percayalah,


Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka....
Allahuakbar...Allahuakbar....!!!

Pak Turut Memang Tak Tahu Apa Yang Dia Turut...!!!


Zunar: Polis pun tidak tahu apa yang ditanya - MR

Bermula dengan perintah reman satu hari dari Majistret Sepang, disusuli pula dengan lawatan polis ke pejabat Malaysiakini, babak Cartoon-O-Phobia melabuh tirai pada hari ini apabila kartunis Zunar dibebaskan pada kira-kira jam 6.15 petang ini. Bagaimanapun, segala-gala ini gagal menundukkan Zunar, yang tidak akur dengan tindakan polis.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Zunar atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque (gambar kanan) berkata, polis sendiri pun tidak tahu apa soalan yang hendak diajukan kepadanya sepanjang proses siasatan, tetapi sekadar mahu mendapat penjelasan tentang kartun lukisannya.

Nota :

Tindakan polis ini adalah bertujuan untuk menakut-nakutkan Zunar agar beliau berhenti melukis kartun.

Harap brother Zunar akan terus melukis dan berpegang kepada prinsip dan falsafah beliau dalam berkartun iaitu membongkar segala penyelewengan dan korupsi dalam kerajaan....

Be Strong Bro...Wa caya sama lu...!!!

Dollah Hadhari...Derih Bestari....!!!

Lesen Judi UMNO Terengganu Pun Sokong... Inikan Pulak Lesen Karoake...Apalah Sangat...!!!

Luluskan 20 Lesen karoake Baru - BO

KUALA TERENGGANU - Tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu meluluskan 20 lesen karaoke baru disifatkan sebagai mencabar selujruh rakyat, menghina umat Islam dan agama Islam di negeri ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah mempersoalkan tindakan kerajaan itu kerana kelulusan lesen karaoke tersebut bukan dalam lingkungan bandar.

"Dalam beberapa persidangan (DUN) yang lalu, saya pernah tanya, bahkan termasuk YB Batu Burok tanya dalam sidang yang lepas, berapakah jumlah karaoke yang telah diluluskan di pernigkat negeri Terengganu ini, dan kita telah melihat maklumat itu sudah (ada) banyak karaoke, bahkan 100 lebih kalau tak silap saya karaoke yang telah diluluskan di seluruh negeri,

"yang banyak (di) Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Kemaman, bahkan kita persoalkan kenapa di Besut, dalam suasana masyarakat disitu yang dekat dengan Islam, yang rapat dengan Islam, bukan bandar sekalipun, kenapa kerajaan luluskan?,"soal Ustaz Mohd Nor yang juga ADUN Bukit Payung.

Menurutnya persoalan isu pemberian lesen karaoke lebih mengejutkan apabila Umno/BN berani meluluskannya di waktu masyarakat sedang berpuasa di bulan Ramadan dan kemudian menyambut Syawal.

"Umno meluluskan 20 lagi karaoke, dalam erti kata seolah-olah mencabar rakyat negeri Terengganu, adakah rakyat Terengganu akan (berani) membuat perubahan dalam pilihanraya yang akan datang?,"ujarnya.

Katanya, Umno/BN Terengganu menganggap seolah-olah suasana yang ada pada hari ini, rakyat Terengganu tidak akan berani untuk buat perubahan dengan sebab rakyat Terengganu hari ini dipancing undi dengan sogokan duit yang banyak.

"sogokan duit raya, duit ehsan yang dibuat (diberi) kurma dan pakaian sekolah, maka (MB Dato' Seri) Ahmad Said dengan Umno/BN dengan beraninya menganggap rakyat Terengganu tidak berani membuat perubahan walaupun meluluskan 20 karaoke baru, dan menghina umat Islam, menghina Islam sendiri,"tegasnya

Oleh itu, beliau menyeru kepada seluruh anak-anak muda negeri Terengganu supaya bangkit melakukan perubahan, bagi mengajar umno bahawa umno cuba mengejek islam dan rakyat negeri Terengganu.

"Jadi saya menyeru kepada anak-anak muda supaya melakukan perubahan kali ini, bagi mengajar Umno bahawa Umno cuba mengejek Islam dan rakyat negeri Terengganu,

"InsyaAllah lusa, hari Ahad, (26 Sept) kita (Dewan Pemuda) akan mengadakan mesyuarat, kita akan buat satu tindakan, sama ada kita kerah semua anak-anak muda (atau kita akan) bertemu dengan anak muda dan rakyat untuk memaklumkan bahawa inilah sikap Umno yang rakus,"jelasnya.

Nota :

"Rakyat perlu insaf & sedar bahawa UMNO bukanlah membela islam, namun mereka sebenarnya menghina umat Islam secara keseluruhan dan telah menjatuhkan maruah rakyat negeri Terengganu secara khususnya...."

Bukan Salah Ibu Mengandung....Tapi Salah UMNO Yang Memimpin....!!!


Tindakan Ganas Mat Rempit Terhadap Polis Membimbangkan -MStar

KUALA TERENGGANU: Tindakan agresif sesetengah pihak terutama golongan muda yang terlibat dalam gejala rempit terhadap polis kini semakin membimbangkan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan 'mat rempit' termasuk yang disertai golongan remaja bawah umur bukan sahaja tidak menghormati peraturan malah dilihat semakin berani melanggar undang-undang.

Menurut beliau, ia kini menjadi fenomena serius dan merupakan cabaran yang perlu ditangani pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) seluruh negara.

"Kini anggota (polis) terpaksa berhadapan dengan tindakan ganas sekumpulan masyarakat yang tidak hormat undang-undang ini. Saya telah arahkan semua kontinjen memberi perhatian serius dalam menangani perkara ini," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Ibupejabat Polis Kontinjen Negeri, di sini Ahad.

Beliau sebelum itu melawat dua anggota polis yang terlibat dalam kemalangan yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. Ismail turut diiringi Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Konstabel Arizan Mohamad, 24, berasal dari Sarawak, patah tulang selangka kiri dan juga tulang kaki kiri selain menerima 10 jahitan di kepala akibat rempuhan sebuah motosikal dan kini masih menerima rawatan di HSNZ.

Kejadian berlaku pada kira-kira 11.30 malam 15 September lepas semasa Konstabel Arizan bersama 15 anggota dan pegawai polis sedang membuat sekatan jalan raya di Jalan Masjid Zainal Abidin di sini.

Anggota itu dirempuh motosikal yang dinaiki dua remaja yang cuba untuk membolosi sekatan polis.

Sementara itu Konstabel Mohd Hishamudin Shafiee, 23, pula dimasukkan ke hospital sama setelah mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri semasa mengikuti program gotong-royong di Balai Polis Cabang Tiga di sini pada 17 Sept lepas.

Sementara itu, beliau berkata pelancaran akaun laman sosial popular Facebook milik PDRM bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara pasukan itu, media dan masyarakat.

Katanya, laman sosial Facebook itu merupakan usaha terbaru pasukan itu menyampaikan perkhidmatan seiring dengan perkembangan semasa. -BERNAMA

Tiada Apa Yang Boleh Di Banggakan Dengan UMNO...!!!!


Dasar UMNO Jadikan Melayu, Islam Lemah - HD

MARANG, 26 Sept: Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini menjadi lemah akibat dasar Umno yang sekular dan tidak mahu mengambil cara hidup Islam sebenar.

Menurut Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, dua hujah dan fakta mudah yang jelas menyokong dakwaan tersebut adalah berhubung isu melulusakan lesen judi, dan menyekat bantuan dan peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Berucap pada satu majlis ceramah di sini malam semalam beliau berkata, terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula didakwa meluluskan cadangan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).

Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar dan dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Baru ni kita dah lawan dah judi bola yang diluluskan pada zaman Tun Dr Mahathir, sekarang Najib lulus pulak lesen kasino di Sabah.

"Adakah yang lulus ini Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua? Yang lulus ini adalah Umno, maka Umno lah yang merosakkan Islam dan menodai kesucian Islam," katanya yang juga Setiausaha Agung PKR.

Hujah kedua, jelasnya adalah berhubung penarikan semula bantuan kepada SAR yang juga dibuat pada zaman Dr. Mahathir yang didakwa terpengaruh dengan pidato Presiden Amerika pada waktu itu, George Bush.

Bush dalam pidatonya pada satu ketika dulu mengkritik sekolah agama di Pakistan yang didakwa sebagai tempat melahirkan pengganas yang kemudiannya turut dipercayai Mahathir.

Mahathir kemudiannya bertindak mengarahkan kerajaan menarik balik peruntukan kepada SAR.

"Yang tarik bukan Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua, tetapi yang tarik peruntukan dan bantuan SAR tempat anak kita kenal Allah, kenal Rasul, kenal al-Quaran kenal adab, adalah pemimpin Umno," katanya.

Dalam pada itu beberapa pihak telah mendesak Najib menjelaskan kebenaran dakwaan bahawa kerajaan akan membina kasino di Sabah tersebut.

Mereka berpendapat, rakyat berhak untuk mengetahui hala tuju negara ini yang dilihat gemar mempopularkan judi.

Nota :

"Yang tarik peruntukan dan bantuan SAR tempat anak kita kenal Allah, kenal Rasul, kenal al-Quaran kenal adab bukannya Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh atau Tian Chua, tetapi yang tarik peruntukan tersebut adalah pemimpin UMNO..."

Sep 25, 2010

Isu Phobia : Umno Lagi Teruk Banding AS....!!!


CARTOON-O-PHOBIA: Pelancaran buku tanpa buku dan pengarang - MR

Apa yang berlaku hanya membuktikan tajuk bukunya, CARTOON-O-PHOBIA. Ia seolah-olah kartun, apabila pelancaran sesebuah buku kartun berlangsung tanpa kehadiran pengarang dan buku itu. Zunar ditangkap empat jam sebelum koleksi kartun ketiganya dilancarkan, malah dipindahkan sebanyak lima kali dari IPD ke IPD dalam tempoh tujuh jam.

Isteri Zunar, Fazlina Rosley memperbarui status Facebook-nya pada kira-kira jam 1 pagi hari ini (25 September), yang memaklumkan bahawa suaminya kini berada di balai polis KLIA, ibu pejabat polis daerah kelima selepas tangkapannya pada jam 4 petang, semalam. 【Zunar ditangkap sebelum buku dilancar】

Biarpun sempat mempromosi buku ini, CARTOON-O-PHOBIA, sebelum mengakhiri ucapannya, Ketua Pengarang Malaysiakini Steven Gan berkata, "Kami tak ada buku di sini, kami tahu polis sedang mencarinya (ketawa). Bagaimanapun, tempah satu naskah hari ini, tempah beberapa naskah, beri kepada kawan kamu, sebelum ia diharamkan."

Bukan sahaja pejabat Zunar diserbu pada petang tadi, malah pencetaknya di Puchong dan pengedarnya, Gerak Budaya turut didatangi polis, menurut Steven Gan. "Saya tidak tahu di mana buku itu...(tapi) dengan cara apa pun (by hook or by crook), kamu akan dapat salinan kamu (seandainya menempah pada malam ini)," katanya.

Kata-katanya menggelakkan kira-kira 150 orang yang hadir untuk menghangatkan suasana dalam majlis pelancaran buku CARTOON-O-PHOBIA di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (SCAH), semalam. Ramai aktivis sosial dan orang awam tampil untuk memberi sokongan, walaupun tiada buku dijual dalam majlis pelancaran buku ini.

Ia seolah-olah kartun untuk haramkan buku

"Ia jadi seolah-olah kartun untuk mengharamkan buku," kata Mohd. Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak yang hadir untuk melancarkan buku ini. Beliau mengeluh bahawa kita kini hidup dalam suasana 30 atau 40 tahun terbelakang, kerana pengharaman buku hanya berlaku pada 20 tahun yang lalu.

"Kita tak pernah dengar, di negara Barat, kartun diharamkan. Tak pernah sepanjang hidup saya nampak, apapun bentuk penyampaian kartunis diharamkan. Tak pernah sebelum ini..." kata Nizar Jamaluddin.

Beliau melanjutkan bahawa pengharaman buku tidak membawa makna, kerana pada zaman terkini, maklumat boleh didapati dengan mudah dari sumber lain, misalnya internet. Justeru itu, pengharaman buku hanya akan mencungkil minat orang ramai untuk mengetahui kandungan yang cuba diharamkan itu.

Pemimpin PAS ini sempat menyindir sepupu Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Dalam Negeri, kerana turut menyumbang untuk mempromosikan buku Zunar. Malah, Nizar Jamaluddin mempersendakan kerajaan Barisan Nasional (BN), kerana tindak tanduk ini mencerminkan "Cartoon-O-Phobia", bahkan Nizar mencadangkan supaya Wikipedia memberi definisi kepada istilah baru ciptaan tanah air ini.

Nizar Jamaluddin yang terpilih sebagai ahli parlimen dalam PRK Bukit Gantang pada April 2009 mengulas bagaimana hasil karya Zunar memupuk kesedaran generasi muda sejak pergerakan reformasi pada tahun 1998. Beliau mengambil kesempatan untuk mengungkit apa yang berlaku di Perak, yang disifatkannya sebagai "kartun", kerana tidak masuk akal.

Malah, beliau sempat melontarkan kritikannya terhadap UMNO-BN, yang disifatkannya "sudah sampai akhir hayat". "Hayatnya tinggal nyawa-nyawa ikan", Nizar mengambil contoh isu ahli parlimen Serdang-DAP Teo Nie Ching dikecam UMNO kerana masuk surau, kritikan bekas PM Mahahir Mohamad terhadap dirinya dan sebagainya, untuk menyatakan bahawa semua serangan UMNO-BN ini akhirnya akan menikam diri.

Cara Zunar menunjukkan jari hantu

Dalam ucapannya, Steven Gan memuji sikap Zunar yang tidak mahu mengalah. Beliau berkata, "Mereka (kerajaan) telah mengharamkan tiga bukunya, nampaknya buku ini akan diharamkan kemudian. Ini bukunya keempat yang bakal diharamkan. Buku (baru) ini diterbitkan dalam masa beberapa bulan selepas bukunya diharamkan. Ini merupakan cara Zunar untuk menunjukkan jari hantunya kepada autoriti, saya tak tahu..."

Malah, Steven Gan cuba membandingkan Zunar dengan seorang lagi kartunis yang terkemuka, Lat. "...Zunar bukan Lat, beliau lebih hebat (better) daripada Lat," penilaian Steven Gan ini disambut dengan tepukan gemuruh.

Beliau lantas menjelaskan bahawa ia tidak bererti hilang hormat terhadap Lat, tetapi Lat dilihat lebih selesa dalam zon selamat-nya, sementara Zunar lebih berani untuk mengambil risiko, dan kadang-kala "tanpa jaring keselamatan di bawahnya".

Beliau yang sudah sekian lama berkecimpung dalam bidang media berkata, "Mungkin ia sesuatu perkara kecil untuk kamu letak Najib atau Mahathir di muka depan (buku). Tetapi apabila kamu meletak seseorang yang nampak macam Rosmah (isteri PM Najib) di depan muka, kamu cari pasal sebenarnya."

SMS daripada Zunar

Fazlina Rosley yang hadir ke majlis pelancaran buku memulakan ucapannya dengan merakamkan penghargaan kepada kawan, peminat dan penyokong Zunar. "...Apalah kartun kan? Kalau anak kita tanya, bapa kenapa kartunis, kan? Macam rockers tu lagi rock. Jadi, tanpa kalian semua, tanpa sokongan padu, career kartunis tu tidak dipandang tinggilah."

Fazlina Rosley membacakan sms daripada Zunar yang dihantar selepas ditangkap, "Tangkapan ini tidak akan mengubah pendirian saya untuk membongkar penyelewengan dan korupsi kerajaan. Malah tindakan ini mengesahkan tajuk buku bahawa kerajaan takut dengan kartun. Mereka boleh kurung badan saya, tetapi mereka tak boleh kurung otak saya. Saya bersedia tukar dari comic strip ke prison strip."

Sementara itu, kira-kira 20 orang polis mengawal di pintu masuk SCAH, malah dikatakan cuba menyekat kemasukan orang ramai ke dewan itu untuk seketika, sebelum tindakan ini dibantah aktivis sosial, Wong Chin Huat.

Menurut Wong Chin Huat, beliau menyatakan protesnya bagi pihak SCAH atas alasan bahawa sekatan tersebut "akan mengakibatkan pengurangan pendapatan bayaran parking". Anggota polis yang mengawal di situ akhirnya mengalihkan kon sekatan, dan menafikan bahawa wujudnya sebarang sekatan mahupun halangan.

Nota :

"Ia jadi seolah-olah kartun untuk mengharamkan buku," " kita kini hidup dalam suasana 30 atau 40 tahun terbelakang, kerana pengharaman buku hanya berlaku pada 20 tahun yang lalu."

"Kita tak pernah dengar, di negara Barat, kartun diharamkan. Tak pernah sepanjang hidup saya nampak, apapun bentuk penyampaian kartunis diharamkan. Tak pernah sebelum ini..." - DS Nizar Jamaludin ( Menteri Besar Perak Yang Sah )

"Tangkapan ini tidak akan mengubah pendirian saya untuk membongkar penyelewengan dan korupsi kerajaan. Malah tindakan ini mengesahkan tajuk buku bahawa kerajaan takut dengan kartun. Mereka boleh kurung badan saya, tetapi mereka tak boleh kurung otak saya. Saya bersedia tukar dari comic strip ke prison strip."- Fazlina Rosley ( Isteri Zunar )

Zunar Tawar Bantu UMNO/BN Atasi CARTOON-O-PHOBIA...!!!


Najib tawar bantu Obama atasi Islamophobia -MK

Kongsi 0Malaysia mahu membantu Amerika Syarikat (AS) mengatasi fenomena Islamophobia di kalangan masyarakat kuasa besar itu agar mereka tidak salah faham dan berpandangan negatif terhadap agama Islam.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah menyuarakan perkara itu kepada Presiden Barack Obama semasa mencelah dalam mesyuarat kedua pemimpin ASEAN-Amerika di kotaraya New York pada Jumaat.

Malah Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Obama kerana pendirian tegasnya terhadap cadangan seorang paderi di Florida untuk membakar kitab suci Al-Quran yang akhirnya membatalkan hasratnya.

Sungguhpun mesyuarat itu lebih berkisar soal perdagangan, keselamatan dan isu serantau, Najib sempat menarik perhatian Presiden Obama mengenai peningkatan fenomena Islamophobia di Amerika Syarikat kebelakangan ini.

Ensiklopedia dalam talian Wikipedia mentafsirkan Islamophobia sebagai ketakutan atau kebencian terhadap agama Islam dan penganutnya.

"Langkah paling penting ialah memberi kefahaman asas mengenai agama Islam bahawa ia membawa nilai-nilai sejagat dan selari dengan konsep pemodenan dan agama yang progresif.

"Islam juga dapat menjamin hak, bukan sahaja orang Islam tetapi juga hak bukan Islam," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia yang meliputi lawatan kerjanya selama enam hari di New York.

Fobia itu meningkat ekoran cadangan pembinaan pusat Islam dan sebuah masjid di tapak "Ground Zero" iaitu lokasi serangan pada 11 September, 2001 yang meranapkan Pusat Dagangan Dunia New York.

Nota :

TERKINI DARI FB ZUNAR : Saya akan ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut di bawah Akta Hasutan

Zunar bakal di tuduh kerana menghasut orang ramai untuk ketawa...
Kah....Kah....Kah....

Buang Yang Zalim...Undi Yang Prihatin....!!!


Kerajaan UMNO/BN Terengganu Tiada Budi Bicara - BO

KUALA TERENGGANU - Seorang penduduk asal Kampung Ladang, Roselan Zakaria, 49, mendakwa bayaran pampasan diberikan kepadanya serta 28 orang penduduk di Kampung Ladang Tok Pelam tidak setimpal.

Katanya, sebuah kedai makan yang menjadi punca mata pencarian keluarga hanya dibayar saguhati sebanyak RM2,500 berbanding tuntutan dibuat RM20,000 penilaian.

“Saya rasa cukup tidak puas hati kerana kedai (premis) perniagaan yang dijalankan sejak lebih lima tahun bersama empat buah kedai lain hanya dibayar RM2,500 sebuah pada 18 Ogos lalu,” jelasnya.

Malah, katanya ada di kalangan penduduk yang tinggal di atas rezab kerajaan sejak lebih 50 tahun lalu hanya dibayar ‘saguhati’ RM6,000 bagi sebuah rumah.

Puan Wook binti Awang, 65, (Gambar kiri) mendakwa kerajaan negeri hanya membayar saguhati harga sebuah rumahnya sejumlah RM6,000 sahaja.

“Saya duduk di Kampung Ladang (Tok Pelam) ini selama lebih 42 tahun tetapi pengambilan balik tanah oleh kerajaan saya hanya dibayar RM6,000 sahaja atas sebuah rumah.

“Saya sedih dengan apa yang berlaku ini meski pun keluasan rumah hanya 20x40 kaki persegi dan tidak setimpal dengan keadaan semasa hari ini,” ujarnya dengan nada sedih.

Beliau kini tinggal bersama suaminya yang berusia lebih dari 70, keuzuran serta tidak lagi bekerja sejak 12 tahun lalu.

Sehubungan itu, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, kerajaan Terengganu sepatutnya meletakkan 'budi bicara' dalam menyelesaikan isu rakyat serta penduduk di Kampung Ladang.

“Kita (PAS) telah bangkit dalam dewan (Sidang Dun Terengganu) lalu kenapa kerajaan tidak bayar pampasan kepada 28 buah rumah penduduk yang terlibat dengan pengambilan balik tanah oleh kerajaan?

“Waktu itu (dewan), kerajaan jawab tidak ada peraturan yang memaksa kerajaan bayar. Tapi saya (Adun Ladang) jawab, tidak ada juga peraturan menghalang kerajaan untuk bayar,” ujar beliau yang juga bekas Pengarah Tanah dan Galian negeri Tengganu.

Maknanya, kata beliau jika kerajaan negeri mahu bayar pampasan yang setimpal boleh dibayar atas budi bicara.

Menurutnya, jika untuk tujuan lain yang tidak berfaedah kerajaan boleh buat tetapi kenapa untuk rakyat ini tidak boleh berbuat demikian.

“Untuk penganjuran Monsun Cup berbelanja ratusan juta boleh diperuntukan. Saya rasa cara pentadbir itu tidak tepat dan bukan soal peraturan tetapi soal budi bicara yang tidak digunakan sebaik mungkin,” jelasnya.

Justeru, beliau akan terus memberi perhatian.perhatian kepada penduduk yang terlibat dan berjanji membawa isu berkenaan sekali lagi pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu akan datang.

Nota :

“Untuk penganjuran Monsun Cup berbelanja ratusan juta boleh diperuntukan....ini menunjukkan bahawa ini bukan soal peraturan tetapi soal budi bicara yang langsung tidak di beri peluang kepada rakyat...!!!

Undur Mahathir Negara Okay ( UMNO ).....


MELAYU PERLU INSAF -UM

Rais Yatim menyifatkan kenyataan Mahathir Mohamad bahawa Melayu akan hilang kuasa jika pembangkang memerintah sebagai satu peringatan sangat tajam dan tepat pada masanya.

Justeru, tegas beliau, jika orang Melayu masih enggan menginsafinya maka tidak hairanlah pada pengakhirannya mereka akan terima padah apabila tidak lagi mempunyai kuasa.

"Ketika itu orang Melayu jangan salahkan orang lain jika kuasa pemerintahan telah dipegang oleh bukan bangsa sendiri.

"Walaupun pada dasarnya sesebuah negara itu akan diperintah oleh parti politik berdasarkan majoriti penduduk tetapi itu semua bukan mustahil untuk tidak lagi dinikmati oleh orang Melayu," katanya.
-----------------------------------------------------------
Kah...Kah....MULA-MULA MELAYU TAK BERTERIMA KASEH.....

Kah...Kah....LEPAS TU...MELAYU HAPRAK....

Kah...Kah...KEMUDIAN MELAYU MUDAH LUPA......

Kah...Kah...LEPAS ITU MELAYU TAK PANDAI BERSYUKUR......

Kah...Kah...KEMUDIAN MEAYU AKAN HILANG KUASA......

Kah...Kah...HARI INI MELAYU TAK INSAF PULAAAAK.....

Woitttt.....INI SEMUA ADALAH UNTUK TIPU MELAYU......

Woitttt.....INI SEMUA TAKTIK NAK BODOHKAN MELAYU......

Woitttt.....PERGI JAHANAMLAH DENGAN UMNO.......

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...YANG KAMI TAK MAHU IALAH UMNO...ASAL BUKAN UMNO...IT'S OKAY....

Nota:

ABU = Asalkan Bukan UMNO....Kah...Kah.....Kah...!!!