Sep 29, 2010
Warga FELDA Tak Selamanya Bodoh....!!!!
Peneroka menang lagi kes saman Felda - MK
Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu, lapor Harakahdaily.
Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya berikutan saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.
Namun, hakim memutuskan, bayaran berkenaan hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.
Hakim menolak hujah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak mencukupi.
Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah berkenaan kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.
10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.
Nota :
Dulu...Belanda..Jepun dan British jajah negara....
Lepas dijajah sekian lama...maka kononya merdekalah kita...
Namun bagi warga felda...mereka terus di jajah...
Dijajah oleh ejen penjajah..iaitu Felda..di bawah tajaan UMNO...
Walau ada tanah sendir..tapi hidup macam menumpang di tanah orang....
Walau ada ladang sendiri...tapi macam kerja di ladang orang...
Potong sana..tolak sini...baki tinggal tak berapa sen...
Tapi kini peneroka bukan bodoh lagi...
Internet banyak mengajar peneroka felda jadi orang cerdik...
balaci Felda iaitu JKKK pun pening tengok peneroka Felda dah mula sedar.....
JKKK pun tak percaya...warga felda dah saman felda di mahkamah...
JKKK pun hampir gila bila peneroka telah menang dalam saman mereka di mahkamah...
Sekarang...Apa felda nak buat...??? Apa JKKK nak buat...??
Nak pecat peneroka felda...?? Nak halau mereka semua...???
Di persilakan lah....??
Nak tak nak...Kini Felda terpaksalah bayar balik segala penipuan mereka selama ini kepada peneroka felda...Nasib kaulah Felda...!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment